"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 03, 2009

Keputusan Besar Kerajaan Perak Malam Ini - malaysiakini

  • Kesemua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak akan menghadiri mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan tindakan selanjut berhubung isu membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.
  • Seorang Adun PKR memberitahu Malaysiakini, pertemuan 30 wakil rakyat Pakatan itu akan turut melibatkan pemimpin ketiga-tiga parti gabungan dalam Pakatan di negeri itu.
  • Pertemuan itu akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin di Ipoh jam 8 malam ini.
-malaysiakini

TP - Hangpa bincanglah elok-elok... mana yang hangpa rasa betoi, buat, mana yang hangpa rasa tak yakin, tak payah buat.

Apa-apa keputusan hangpa, bakal penentu.

Rakyat tengah perati. kalah jadi arang, menang jadi abu (kalau nasib baik, kalah - kalah teruss, menang - menang terusss).
  • Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dipetik memberitahu sebuah portal berita yang beliau telah keluar dari PKR dan kini menjadi wakil rakyat bebas.
  • Portal berita itu juga memetik Jamaluddin sebagai berkata, Adun Changkat Jering, Osman Jailu juga telah keluar parti dan kini menjadi Adun bebas.
  • Agendadaily - yang melaporkan telah menghubungi Jamaluddin selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Jamaluddin dan Osman Jailu masing-masing masih Adun Behrang dan Changkat Jering - memetik beliau sebagai berkata, tiada sebab untuknya terus berada dalam parti itu.
-malaysiakini

TP - Kenyataan dekat atas tu datang dari mana?

Aku gelak dari jauh je...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!

Hangpa paham ke tak???

3 comments:

Anonymous said...

hairan wal ajaib..!!!

'Agendadaily - yang melaporkan telah menghubungi Jamaluddin..'

Camne puak2 nie dapat hubungi merpati 2 sejoli nih ??!
Satu Malaysia dah dekat satu minggu dok cari dan cuba hubungi depa tapi tak dapat !!

Gamaknyer, deme berdue nie tukar nombor kot...!!!

Salam perjuangan..

EQUILIBRIUM said...

teman heran batang idung 2 ekor ni tak muncul pun spr kata depa masih adun. aperkejadahnya ni. takkan pc 2 barua semalam tu lebih laku dari kuasa speaker dun perak.

Anonymous said...

Eloklah buat mesyuarat tergempar. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak kan sedang bergolak dengan masalah dalaman... Tak payah nak sorok-sorok lagi...