"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Tuesday, February 03, 2009
Kisah 2 ADUN PKR Perak-JANGAN CEPAT MELATAH!! - malaysiakini
Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.
Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!
Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan. Beliau adalah antara anak didik Alahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!
Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau! Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!
Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.
Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Sebagai pemimpin yang beretika dan professional, di manakah letaknya pendirian kedua-dua YB ni dalam masa mereka diwar-warkan akan melompat. Di kala itu, rakyat Behrang dan C/Jering tertanya2 di mana dan apakah pendirian YB mereka... dan rakyat yg memilih mereka berhak utk mengetahuinya kedudukan DUN diberikan oleh mereka
Sikap berdiam diri dan bersembunyi menggambarkan seolah-olah mereka tidak mempunyai kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan. Tambahan pula bila jawatan dunia ditarikbalik, baru lah timbul penafian peletakan jawatan tsbt semata-mata takut kehilangan nikmat duniawi.
Mohon penjelasan dari Tuan Saiful yang lebih mengenali mereka dan juga lebih baik penjelasannya dari tuan punya diri.... jika masih utuh perjuangannya dan masih setia berkhidmat untuk rakyat.
saudara saiful,
sukacita utk saya kembali ingatkan kpd pendokong, penyokong, & kepimpinan pakatan rakyat...bahawa menjadi ADUN & MP itu bukanlah satu kerusi yg istimewa hingga kita boleh mengaut keuntungan peribadi & keluarga.
tetapi jawatan ADUN & MP itu adalah satu AMANAH...diulang...AMANAH.
jikalau rasa tidak boleh memikul amanah tersebut, adalah lebih baik jgn tawarkan diri utk bertanding jadi calon...ataupun mengundurkan diri apabila diri dicalon menjadi calon.
ingatan ini ditujukan kpd 2 ADUN & juga ADUN, MP pakatan rakyat yg lain...sila ambil ingatan akan peringatan ini.
kpd saudara saiful....kenapa perlu mendabik dada dgn berkata mengenali 2 ADUN nie berbanding orang lain???....kenapa perlu mendabik dada dgn berkata 2 ADUN nie & juga kamu (saiful) adalah golongan2 awal reformasi dahulu???...adakah kamu rasa kamu terlalu hebat kerana menjadi generasi awal reformasi???
adakah kamu lupa...rakyat marhaen yg lain juga adalah generasi reformasi...jgn kamu ingat kamu seorg sahaja yg bertempik, berteriak, kene simbah air dgn FRU...orang lain pun kene jugak.
adakah kerana kamu (saiful) & juga 2 ADUN tu yg dgn bangganya menjadi generasi awal reformasi membuatkan kamu perasan sorang2 yg kamu lebih hebat, lebih berpengalaman berbanding orang2 lain sehingga orang2 lain (especially pengundi) tidak layak utk tegur mereka & juga kamu (saiful)???
jikalau beginilah cara kamu (saiful) berfikir...nampak sangat kamu sangat ego & sombong...kerana kamu masih tidak mengerti erti AMANAH....dan kerana itu kamu (saiful) tidak layak utk jadi pemimpin....tak perlulah nak mendabik dada dgn berkata kamu ahli majlis pimpinan tertinggi PKR...rasanya kamu tidak layak utk berada dlm di barisan hadapan saf perjuangan.
p/s: berapa ramai yg mendabik dada jadi generasi awal reformasi, pegang jawatan tu, jawatan ni dlm parti...tapi hampeh...contoh ada disekeliling kita.
muhasabahlah.
satu lagi ingatan kpd saudara saiful & juga yg lain.
kalau nak kaya raya, nak hidup senang, nak bagi keluarga2 rapat hidup senang....jawatan ADUN, MP, MB, menteri, timb menteri bukanlah jawapannya.
nak hidup senang, nak kaya raya...maka buatlah business...jadilah businessman.
jawatan ADUN, MP, MB, menteri adalah satu jawatan AMANAH...ianya adalah AMANAH RAKYAT....AMANAH mentadbir sesebuah negeri, negara supaya ianya ditadbir dgn cara yg mengikuti Islam, ditadbir dgn amanah, bersih, adil, jauh dari amalan2 rasuah....yg tujuan akhirnya adalah utk rakyat.
ingat bende nie...nak kaya raya jadilah businessman....bukannya jadi ADUN or MP.
Post a Comment