"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, February 03, 2009

Suara Changkat Jering Vol.II - malaysiakini

Assalamualaikum Warahmatullah, salam dari Changkat Jering buat warga siber sekalian !
 
Malam tadi warga PAS di peringkat Kawasan Bukit Gantang, MTD N14 Changkat Jering & UPU2 telah berkumpul untuk menyusun strategi & gerakerja di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning.
 
Sebagaimana pertemuan Exco Perak & kepimpinan PAS Pusat di kediaman Menteri Besar di Ipoh malam tadi, kami warga Changkat Jering pun tidak mahu ketinggalan untuk membuat persediaan awal ke arah PRK N14 Changkat Jering.
 
Walaupun semua warga PAS mengharapkan calon dari PAS akan bertanding, tetapi itu bukanlah satu keutamaan, apa yang diputuskan PAS Pusat & Pakatan Rakyat akan diterima jua, yang penting kerjaan PR Perak dipertahankan.
 
Semua UPU2 diminta membuka Bilik Gerakan masing2, culaan terkini disediakan, bahan2 PRU yang lalu diguna semula & titambah yang baru, tempat2 penginapan dicari untuk petugas2 luar & pelbagai lagi gerakerja telah dirancang.
 
Tiba2, hari ini aku dengar PRK tidak akan diadakan ! Potong stim betullah! Mungkin budget BN dah susut kot, atau takut kalah lagi teruk, atau BN nak kerusi percuma tanpa  perlu pilihanraya ?
 
Walau apapun, PAS tetap siap siaga, buat Pak Najib & Haji Zahid, KAMI LAWAN TETAP LAWAN, BIAR SAMPAI MENANG !

ALLAHU AKHBAR!!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam sahabat, ayat yg akhir berbunyi BN nak kerusi percuma tampa perlu PRK . Dengan sukacitanya saya bermurah hati ingin memberi kerusi percuma lebih dari yg diperlukan. Jiran sebelah rumah saya pun nak bagi kerusi dekat BN. Jiran sebelah jiran saya pun nak bagi kerusi, jiran sebelah jiran sebelah jiran pun nak bagi, senang kata semua jiran saya nak bagi kerusi percuma dekat BN. MNM4774