"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, February 14, 2009

Nizar & Ngeh Hadir Majlis Makan Malam Jubli Perak - malaysiakini

Nizar, Ngeh Dibenar hadiri majlis makan malam Jubli Perak

Kedua-dua tokoh Pakatan Rakyat tersebut dibenarkan menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Jubli Perak yang ke 25 di Kuala Kangsar. walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan samada para EXCO Pakatan Rakyat menerima jemputan atau tidak.

Apa yang dapat disahkan ialah setakat berita ini diterima, ketiga-tiga ADUN Pakatan Rakyat iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang mengambil keputusan berpaling tadah dari Pakatan Rakyat dan menyokong Bariasan Nasional dilihat tidak hadir dalam majlis tersebut setakat ini.

Kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional dilihat hadir dalam majlis dan diketuai oleh apa yang dipanggil Menteri Besar Halam Datuk Dr Zambry Kadir dan ini membuatkan majlis makan malam sempena sambutan Jubli Perak kali ini sebagai yang terunik dimana ianya dihadiri oleh 2 Menteri Besar 1 dari Pakatan Rakyat dan 1 dari Barisan Nasional.

Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika tiba di Istana Kandariah menyatakan kepada wartawan "kami datang ke majlis ini dengan keamanan" dan "Pakatan Rakyat berada disini"... sejurus selepas tiba, Dato' Seri Ir Nizar menunaikan solat di Masjid Ubudiah.

8 comments:

Pemuda Pelapis said...

Jom kita tengok...

WAJAH-WAJAH PENDERHAKA NEGARA

zali said...

tak ada yang uniknya...

bila masa pulak perak ada 2 mb?
perak hanya ada satu mb iaitu
zambri.

nizar?
sapa nizar?

Anonymous said...

Apabila mengimami makmum dalam solat, kita tanya dulu kepada makmum tu semua, dikalangan mereka ini yang mana bersetuju untuk diimamkan oleh kita. Ambillah iktibar dari tertibnya solat, solat itu tiang agama samalah seperti tiang negara. Untuk menjadi ketua, kita tanya kepada kalangan rakyat, siapakah yang mereka pilih. Undian rakyat mewujudkan pemimpin, manakala pemimpin itu perlu amanah kepada setiap orang yang memilihnya. Renungkanlah ini dan jadikanlah pengajaran kepada apa yang berlaku di perak.

Anonymous said...

siapa zali?
seorang yg hipokrit, yg banyak muntah kedarah projek2 umno. Tu yang dah tertutup pintu mata hatinya. Kesian kat dia... moga terbuka pintu mata hatinya...

Anonymous said...

wei pemuda pelapis...
klo pmuda mcm ni jgan heran la stu hari nti mlysia ni dah xwjud..
ko ckap pdai mcm ko 2 bgus sgat..
ko tuduh mcm kat depa apa ang tau isi hati depa ke...

awt sbb kuasa pmrtah xda kat depa.mcm2 ang ckap..2 yg ketua umno ang 2 wat mcm2 awt ang x kata dia nyanyuk...perbih duit rakyat...

klo btul nak mertabatkan sultan.x apa klo sultan 2 btul2 utamakan rakyat dri kturunan dia...sultan skrang xda tulah sbb dah jdi pak trut je...mcm mna rakyat nak ikut...
orang2 yg buat prhpunan skong sultan 2..cuba korang tnya pasal apa depa join skli...pasal apa2..sbb dpat duit je...pmpin2 skrng smua jdi magsa duit...duit3...
nak kuasa sebab nak duit je...
mcm najis 2 snn dah jdi mteri kewangan..aku x thu bpe byak duit dia clok msuk dlam pokek big mma 2...
klo ko kta dlm blog ko 2 ni muka *****..ko tgok la dlu muka ko 2...crmin dlu dri 2 sblm mgta dia org...tuiihhh

kembara putih said...

Pada malam tu MB Haram Zambry ada isytihar peruntukan kepada pasukan pancaragam tak? @ pasukan catering ke?

Anonymous said...

Tak payah dilayan pencacai2 UMNO kat dalam ni..sumer nak carik glamer je...makin dilayan makin syok sendirilah dia...biarkan dia terjun dgn labunya...diorang ingat bolehlah pengaruh org kat sini...org utan je yang boleh berkawan dgn diorang tu...mentaliti lembab dan beku dek kerana terlalu byk disuap dgn benda halam...

Anonymous said...

kah!!kah!!kah!!!

Masih bermimpi lagi,..

Nizar duduk di barisan ADUN biasa,.

Zambri duduk di barisan MB,..

Takkan xfaham lagi oii kerbau,..