"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, May 12, 2009

DS Ir Nizar Kekal MB Perak Yang Sah - malaysiakini

Reactions: 
A

Stay of execution atau penangguhan pelaksanaan perintah/penghakiman mahkamah bukannya satu keadaan dimana pemohon mendapat perintah mengenepikan perintah yang dibuat oleh mahkamah yang pertama mengeluarkan perintah/penghakiman itu.

Ini bermakna, penangguhan pelaksaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry bukannya bermakna Zambry boleh berbuat apa-apa fungsi sebagai menteri besar perak. beliau cuma boleh duduk saja menunggu kes rayuannya didengar oleh mahkamah rayuan kelak. beliau tidak boleh menjalankan tugas sebagai MB Perak malah tidak berhak langsung menduduki pejabat MB Perak yang telah dikosongkan semula oleh YAB DS Nizar.

Kesan perintah penangguhan itu terhadap MB yang sah hanyalah setakat beliau tidak boleh menjalankan tugasnya melalui kuasanya sebagai MB selama mana perintah penangguhan itu berkuatkuasa.

Soalan pokok siapa MB Perak yang sah sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah tinggi semalam kekal tidak berubah. jadi, YAB DS Nizar ialah MB Perak yang sah dan kekal sebagai MB di negeri Perak sekarang.

Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat, walaupun YAB DS Nizar tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai MB (dek kerana perintah stay itu), tetapi DYMM Sultan boleh pada bila-bila masa dan dengan serta merta meminta dan mendapatkan khidmat YAB DS Nizar.

Jadi, persoalan besar sekarang, dari mana Zambry ini mendapat kuasa untuk menjalankan kuasanya sebagai MB sebagaimana yang beliau sebarkan dimedia sekarang..?

29 comments:

Fahd said...

Salam..situasi terbaru krisis ni membuatkn aku lebih sedih dan bersimpati mengenangkan apa yang terjadi kepada PR dan Ir Nizar khasnya

YA ALLAH TOLONGLAH KAMI!!!!!

mamposkauumno said...

Puak2 UMNO ni matau pasal undang2... semua main langgar aje. MACAM SAMSENG..... Dah la haram.. memang haramjadah betul la.......

Anonymous said...

suka2 mak bapak dia je umumkan kat tv dia akan jalankan tugas sbg menteri besar.. dey tambi..ini cuma penangguhan terhadap keputusan semlm.. tak bermakna ko bleh jd MB..

Anonymous said...

dah ler pening,tambah lagi pening di buatnye bila mahkamah rayuan buat keputusan.
ingat weekend ni nak pi Betong ler..release tention

Anonymous said...

World are watching the STUPIDITY of MALAY-SIAN

Anonymous said...

macam yahudi lawan palestine, main rempuh semacam je

Anonymous said...

World are watching the STUPIDITY of b-end

hahaha...

Anonymous said...

Ape kesudahannye krisis kat Perak ni? Dulu MB haram ambik alih, lps tu MB Nizar pulak ambik alih dan skrg tergantung......Lebih baik kembalikan hak rakyat untuk tentukan siapa yg layak....jadi Tuanku Sultan Perak lebih maklum ape yg sepatutnye dibuat.....sbb kalau begini saje...rakyat mungkin takkan ade rase hormat pade Tuanku...

rambo said...

woi .. x baik korang hina mahatma gandhi n neslon mandela perak... korang ni buta hati ke pe... hahahaha

Anonymous said...

isk2..betoi tu tak baik hina..hina laa zambry mugabe...dia tu lulusan phd dari uia.... tapi otak bingai...

pengliporlari said...

fining...ana punya kapala ada fining la...ana rejam enta dengan ini batu baru enta diam!!

Anonymous said...

Zambry adalah adik kpd Snoopy..

sebab adik Snoopy ialah Stupid !!!

Anonymous said...

Menteri kesihatan memberi amaran kepada rakyat akan kemungkinan "gelombang kedua" jangkitan wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi susulan MB HARAM kena jangkitan tersebut hari ini.

bukanrakyatperak said...

bukan nk menderhaka dgn sultan, tp kta blh mencontohi DS Nizar...beliau teguh mempertahankan diri...akhirnya kemenangan berpihak kpd beliau...tahniah n doakan semua ini berakhir dgn baik

bukanrakyatperak said...

klu btl sah MB Perak,harap DS Nizar jlnkn tugas dgn bersih

acaivtec said...

Salam. Aku mmg tak reti tentang undang2 ngan perlembagaan. Cuma...kalau dah gitu kata topeng perak bg aku si mamak ni dah gila kuasa.Inilah masalahnya, kalau pemikiran di letakkan bawah paras bangang. Untuk D.S Nizar, bersabarlah. UNTUNG APA ORANG YANG LUPA DARATAN LEBIH BAIK ORANG YANG MENJAGA KESEDARAN.

Anonymous said...

Perisik rakyat,
Apakah anda sudah lupa "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah".

Peringatan itu adalah jelas tapi anda perli "Kah kah kah kah kah... ni nak habaq dekat Bijan... yang sebenarnya rakyat Perak dok tengah cool sekarang ni... tak de apa-apa kecoh, tak de masalah... semuanya dalam keadaan terkawal".

Apa yang dikata sudah dikotakan. Apa MB yang sah boleh buat bila dikenakan dengan akta "Stay of execution atau penangguhan pelaksanaan perintah/penghakiman mahkamah ...?" MB yang sah nampak bodoh kerana diperbodohkan oleh mahkamah.

Apa yang anda lihat dan dengar adalah cerita politik. Tiada pekara mustahil dalam politik. Bila diacah sikit anda sudah merasa gembira...

Sebenarnya anda adalah rakyat yang mudah diperbodohkan. Memang sakit hati bila perkataan ini ditujukan pada anda. Tapi anda kena terima kenyataan bahawa Mohd. Najib b Razak adalah salah seorang perancang utama dalam rampasa kuasa kerajaan negeri Perak.

Kini beliau adalah Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh ditangannya. Selain dari pada itu dia juga orang paling kaya selepas Tun Dr. Mahathir.

Dengan kuasa dan kekayaan yang dia miliki semua orang boleh diperintah dan dirasuahnya. Jika dia mahukan anda, maka anda juga akan jadi seperti ADUN Perak.... boleh diugut, boleh dirasuah yang akhirnya anda akan berpihak padanya.

Anda perlu fikir secara waras siapa yang melantik menjadi hakim dalam mahkamah. Dan apa tugas utama peguam negara...? Boleh kah anda percaya bahawa hakim tidak boleh diugut atau dirasuah...? Selain dari pada itu cuba anda teliti setiap kali ketua polis negara mengeluarkan kenyataan, kenyataan nya berpihak pada siapa...? Apakah Ketua Polis Negara manusia alim tidak makan rasuah...?

Sekarang timbul pula persoalan mengapa sultan perak tidak pernah bersuara sama ada mahu membubarkan DUN atau tidak...? Semua orang mahukan pilihanraya diadakan bagi memilih parti yang rakyat negeri perak suka. Namun permintaan itu seperti tergantong tanpa tali... keatas tidak kebawah juga tidak.

Mengapa sultan atau raja muda membisu...? Jawapannya mudah saja... bila seorang sudah termakan budi maka wajab orang itu mengenang dan membalas budi kepada orang yang memberikan sesuatu pada mereka. Kini keadaan sulatan amat terdesak "ditelan mati mak diluah mati bapak".

Pemimpin Barisan Nasional begitu bebas melanggar peraturan dan undang-undang dalam negeri Perak, apa yang anda dan rakyat boleh buat pada mereka...? Anda hanya boleh menjerit seperti perempuan latah saja, jika lebih dari itu anda akan ditangkap oleh polis pimpinan Hishammuddin Hussin.

Diharap anda tidak akan memandang rendah terhadap kewibawaan Mohd. Najib Razak dalam kemelut politik Negeri Perak kerana dia adalah dalangnya.

alrid said...

MB haram Menang majoriti undi pos kat pulau tu memang berlagak gila, kelayakkan jadi adun pun takda layaknya , MB haram boleh lah, kat pulau kalau BN lawan ngan BATU NISAN pun dia menang! teman dikabor kan kat pulau tu yang layak mengundi 5 ribu je tapi undi POS 17 ribu. ItU yang ZAmbry tambi haram ni meroyan tak tentu arah. ini lah padah kalau menang undi POS! gua ingat kalau letak samy vellu kat pulau tu sure menangnyalah selagi SPRM kat malaysia ni tak telus dan ADIL.lepas ni kalau jadi bubar kat perak mesti ramai puak BN berebut nak bertanding kat pulau, yang pasti TAJOL sure mintanya..kawasan selamat BRO.....!

Anonymous said...

.....kenapa nizar dan zambry beria sangat nak jadi MB...?sebab dua² rasa diaorang betul...jika dillihat kembali secara minda yang betul² open minded,kedua²nya sama ada BN mahupun PR ada jugak silapnya...tapi aku tak nak lah komen pasal tu sebeb mereka yang lebih arif lebih memahami...cuma aku ni sebagai seorang penggiat seni kadangkala terfikir...ini satu drama ke....?ingat tak time mula² dulu berlaku sandiwara yang mana kerajaan PR perak amat teruja sekali dengan kemasukan nasarudin dari BN ke PR...seolah² menunjukkan yang PR perak betul² kuat dan ampuh...namun itu cuma drama yang dimainkan BN yang bermula dari itu telah meragut terus pemerintahan PR di perak..andai itu benar² drama mainan BN,maka BN benar² berjaya meproducekan satu drama yang bagus dan two thumbs up..!!bravo kepada para pelakon yang terlibat terutama kepada lakonan nasarudin yang benar² berjaya meninggalkan kesan di hati PR perak akibat lakonan beliau termasuk DS anwar ibrahim..tapi di ulangi andai itu lakonan berdasarkan skrip BN la...jadi seandainya kita lihat situasi sekarang ni pulak...mungkin ini satu lagi drama samarinda BN episod kedua kot...?hari ini mereka memberi babak dimana PR teruja dan gembira kerana perisytiharan nizar sebagai MB...tapi esoknya kegembiraan itu diragut kembali...cuma babak seterusnya belum mampu diagak lagi...malah mungkin lebih teruk lagi...andai itu satu drama la..tapi aku yakin la jugak,rakyat perak taknak lagi sandiwara² lagi ni dan berharap kali ini badan kehakiman negara benar² telus dalam membuat keputusan sama ada zambry atau nizar yang layak...cuma aku rasa rakyat perak yang berpendapatan bawah rm700 sebulan yang ada 8 anak yang 5 masih bersekolah dan 3 masih kecil,akan terfikirkah mereka pasal bende² ni...?doakan keadilan benar² terbukti kali ini...amiiin...--salleh kudud--

Anonymous said...

salam,
rakyat sudah tidak boleh percaya lagi kepada badan kehakiman dan polis diraja untuk menjalankan tugas dengan telus. mereka telah dilacuri oleh umno dan bn. bolehkah mahkamah rayuan membuat deklarasi dengan bersidang melalui satu hakim sahaja? atas arahan siapakah ini terjadi? kita harus berfikir dengan rasional! rakyat telah diperbodohkan dengan retorik bn melalui media massa perdana. bodoh dan pengecutkah sungguh diri kita ini dalam menegak keadilan? ayuh rakyat yang citakan keadilan sejagat mari kita bangun menentang ketidakadilan yang berlaku ini. kita inginkan negara yang harmoni dimana semua rakyat sejahtera dengan kekayaan yang ada dibumi negeri yang kita cintai ini. kita tidak mahu generasi akan datang menyalahkan kita terhadap kepincangan yang berleluasa ini. negeri kita sudah macam tidak mempunyai pemimpin yang menghormati undang-undang. reda dan relakah kita akan keadaan ini? setiap peringkat rakyat boleh mengambil peranan untuk membetulkan keadaan. ingat kita akan ditanya diakhirat kelak tetang tindakan yang kita lakukan semasa hayat kita dudunia ini.
jika kita berkuasa diperingkat mana pun gunakanlah tangan kita untuk menentang kekufuran ini. ayuh bangun! tuhan tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita berusaha untuk mengubahkanya.

yobleh.

Anonymous said...

nasib baiklah kedua orang MB yang bertelagah tu orang Melayu/Islam...penuh dengan teknik kotor. Kalaulah bukan Melayu?islam dah lamalah kau oraag kutuk orang bukan Islam sebaiag tak ada nilai....padan muka kau orang! Ini bukti ornag dari mana mana agama pun ada yang jahat!!!
Ini tenguklah contohnya di malaysia.Yang jadi pembunuh- polis/ ahli politik yang makan rasuah, yang kaya raya denga duit rasuah....yang tikam belakang....yang tipu kat mahkamah semuanya ornag Melayu/islam!!


INGAT!!!
NILAI SESEORNAG MANUSIA ITU PATUT DASARKAN AMALANNYA BUKAN KERANA AGAMA ATAU KETURUNAN NYA SAHAJA !!!!

Anonymous said...

yang sedihnya...saya dengar ada tempat bila habis semayang jumaat....bila mendoakan kesejahteraan raja...ada yang pasang niat berlawanan dan menterbalikkan tapak tangan....kesian pada raja ....yang diseret ke kancah politik yang kotor dan hina.ANGKARA SIAPAKAH INI...maafkan hamba patik yang hina hanya sekadar menyampaikan apa yang didengar....DAULAT TUANKU....

Anonymous said...

PANDAI LA KORANG KOMEN SINI!!!! CINA BILANG " MA HOU PAO"!!! PERKARA DAH BERLAKU BARU KORANG CKP BANYAK2!!! BILANG TERUJA INILA TERUJA ITULA!! KHAKKK PTUIIII!!!!!! KLU PERKARA BLUM BERLAKU KORANG KOME BEGITU SAYA THUMP SEPULU UP!!!! BODOH!! Tai Ling Ngong!!!! mcm lah korang pakar !!! khakkk ptuiiiiiii!!!!

BIG BOSS MAN said...

Jangan dibuai keputusan mahkamah semalam.
Semalam 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengistiharkan bahawa Datuk Seri ir. Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.

Maka gempitalah keseronokan penyokong Pakatan Rakyat seolah demokrasi yang telah diperkosa secara hina beramai - ramai telah mendapat dara dan kehormatanya semula.

Malah ada 'pemimpin' yang sudah pergi lebih jauh mengatakan institusi Kehakiman telah kembali bebas. (Jika telah bebas tidak akan Zambry mudah mendapat laluan ekspress pagi ini menangguh keputusan semalam)

Imbas kembali ketika dua ADUN 'katak' hilang dan kemudian dikesan di Pekan, Pahang, cheGuBard telah menghantar 13 sms kepada pemuka Pakatan Rakyat dengan meminta difikirkan bahawa sekarang ialah masa yang sesuai dihadapkan kepada Istana Perak agar Pilihanraya Negeri perlu diadakan demi mendapatkan kerajaan yang benar punya majoriti.

Namun mungkin ketika itu ramai yang masih rasa selesa maka sms che'GuBard tidak dilayan malah ada yang membalas dengan 'kita masih punya majoriti' malah ada yang lebih terlampau berfikiran positif dengan mengatakan sabar mungkin dua ADUN itu tak lompat cuma merajuk..... hahahahahahahahahaaaaa.

Kini sekali lagi keputusan bijak demi kepentingan rakyat perlu diambil.

Pertama keputusan mahkamah ialah berasaskan Nizar, masih sah kerana tidak ada undi tidak percaya.

Ada yang mengatakan undi tak percaya ialah 2/3 dalam dewan mengundi tolak Nizar baru sah gugur MB. Itu mungkin wujud dalam kertas tetapi tidak bagi Bn. Saksikan sahaja bagaimana mereka memilih Speaker ? Tiada 2/3 undi tidak percaya menolak speaker. Dewan belum bermula ? Speaker menegaskan ADUN tertentu perlu keluar dewan sejajar dengan keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan tetapi mereka berdegil, menjadikan Dewan umpama pasar dan kemudian membawa masuk 'gangster' untuk menarik dan mengurung speaker yang sah agar mereka boleh mengistyiharkan speaker baru.

Kini Zambry telah mendapat laluan ekspres di Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Maknanya Nizar harus mengosong dan exco harus mengosongkan kembali pejabat yang baru mereka masuki pagi tadi.

Dalam masa terdekat DUN akan dipanggil bersidang. Dengan speaker haram, SUK haram, Setiausaha Dewan haram, Penasihat Undang - Undang haram. Maka akan dibuat proses undian haram menolak Nizar memilih Zambry. Kemelut tidak akan berkesudahan.

Kini jawapannya cuma satu desakan rakyat. Bayangkan jika semua berjiwa besar tak kira Bn, Pakatan mahupun Istana ketika peringkat awal lagi buat sahaja Pilihanraya Umum Negeri sudah pasti krisis akan berakhir. Sesiapa sahaja yang menang akan memerintah dengan tenang....

Bagi Pakatan Rakyat perlu digerakkan rakyat untuk merafak sembah kebawah Duli Tuanku Sultan Perak agar diperkenankan dibubarkan DUN. Tiada jalan lain tumpukan penerangan di kawasan Melayu terangkan isu penderhakaan Umno. Gerakkan rakyat perbagai latar belakang segera !!!

Kepada DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak inilah masa yang sesuai Tuanku perbetul keadaan yang semakin berserabut. Sekarang terpulanglah kepada tuanku bagaimana tuanku mahu rakyat mengenang tuanku......

Merujuk semula keputusan semalam.....sebenarnya kita perlu berhati - hati, Najib sebenarnya telah meletakkan kita di dalam buai, kita silap kalau melayan dengan berbuai. Keputusan semalam dibuat oleh Hakim yang benar berani menegakkan undang - undang, persoalanya kenapa hakim tersebut tidak ditukar seperti biasa.

cheGuBard bersama Mohamad Sabu pernah dibicarakan sehingga 3 Majisteret bertukar kerana bersikap adil. Mahkamah yang membicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyaksikan hakim yang bersikap adil ditukar..

Respon melampau dalam kegembiraan sesetengah pihak sejak semalam sengaja dipancing Najib. Mood sekarang ialah kononya Mahkamah atau institusi Kehakiman bebas.

Bagi Najib biar hilang Perak sekejap (ingat mereka telah ada speaker haram dan belum tentu Istana setuju bubar DUN jika tanpa desakan kebangkitan rakyat) asalkan dapat korban yang lebih besar.

Mahkamah yang diberikan persepsi kononya bebas inilah yang akan mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan depan.

Perancangan kem Najib dalam agenda jahat amat teliti. Najib berdepan dengan kesukaran menyusun orang - orangnya dia memerlukan pilihanraya umum untuk menstruktur secara total kerajaan dan Bn. Namun dalam keadaan sekarang hampir mustahil Bn akan menang dengan selesa atau kemungkinan untuk kalah juga besar.

Pakatan boleh menggugat dengan syarat teruskan khidmat cemerlang dengan kerajaan negeri yang ada, jangan buat salah besar dan paling penting jangan ada pertelagahan besar antara parti gabungan.

Regim pemerintah tidak kuat tetapi penentang regim sering terlalu lemah. Jarang regim ditentang secara sepasukan yang kuat seperti tahun 2008. Ini semua berlaku kerana kerja Anwar menjadi orang tengah yang berjaya. Kekuatan Anwar bukan pada pidatonya tetapi yang ditakuti ialah Anwar sebagai 'penghubung' tenaga penentang regim. Tanpa Anwar adakah mungkin DAP dan PAS duduk semeja.... yang membuahkan bukan Melayu diyakinkan memangkah PAS dan melayu memangkah DAP....

Ada yang menuduh pengadaian prinsip. Sebenarnya tiada prinsip yang digadaikan Anwar berjaya mengisarkan semua konsep dengan konsep keadilan sejagat.

Masalah Najib kini adalah Anwar. Anwar perlu diasingkan dari menjadi orang perhubungan. Kem Najib percaya tanpa Anwar Pakatan akan berpecah dan regim kekal berkuasa. Mood menolak regim Bn tinggi , Najib tidak boleh membuat gila dengan senang senang menangkap.

Maka semalam Najib telah mendapat senjatanya. Mahkamah dilihat bebas. Bn dengan kononya sugul mengatakan terima keputusan Mahkamah Bebas, tetapi ada pemimpin Pakatan Rakyat dengan tersengeh meraikan dengan yakin keputusan Mahkamah yang kononya bebas. Graf kepercayaan rakyat terhadap mahkamah meningkat.

Bulan depan mahkamah akan memulakan perbicaraan secara terus menerus selama sebulan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Percayalah Najib telah mendapat senjata Mahathir iaitu mahkamah. Mahkamah akan digunakan untuk memenjarakan Anwar semula.

Kali ini untuk tempoh yang lebih lama. Sekarang terpulang kepada kita, pemimpin pakatan rakyat untuk bersatu. Ketepikan masalah ranting. Tidak kiralah ulama atau profesional. Wakil rakyat atau tidak....pandai cakap Inggeris atau tidak...apa yang kita dapat hari ini adalah berkat penyatuan gerak kerja semua dengan mempergunakan Anwar bukan kerana kecerdikan seorang sahaja....

Kepada rakyat terpulanglah selepas 8 Mac 2008 ramai mula mengukir senyum kerana umpama ada cahaya di hujung terowong gelap. Kini terpulang pada kita semua mahu berjalan ke arah cahaya itu atau duduk menati cahaya itu padam.

Ayuh bangkit !!!!!!!

motoraku said...

petikan dari sidang akhbar semalam:

PETALING JAYA: Menteri Besar sejak Februari lalu, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak.

-kira dia mengaku asal kulit itam tapi perangai tak macam tokoh tu pun buat malu jer!!biasa la cakap belit2-

Anonymous said...

Salam Sembah

kah-kah-kah
pakatan rakyat terkana
bn menang
tapi rakyat penentu segala kuasa
ALLAH menentukan segala perancangan kita
sososososososososo
fikr dengan waras
dan tenang agar kita berserah pada Yang ESA
MAHKAMAH 11 MACAM BAGUS
TAPI PADA 12 BERUBAH PULA
BN- BABI NEGARA tak fikir
keputusan mahkamah akan menyebabkan pelabur akan keluar dari malaysia
jadijadijadijadijadi
RAKYAT PARIA ini akan terus tertindas
maka rakyat perlu bangkit untuk
untuk memperotes keputusan ini dnengan undi menjatuhkan BN ni

Anonymous said...

wahai rakyat Perak kalian telah di perintah 50 ++ tahun lebih dan akhirnya kalian nak ubah kerajaan,
teruskanlah semangat kalian demi utk kebaikan rakyat negeri perak

Anonymous said...

Kalau Sultan Perak sayang rakyat baginda, eloklah baginda melakukan solat istikharah.

Anonymous said...

Dengan penampilan jantan bukan, betina pun bukan, aku memang lama dah suspek si Azwan ni gay