"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, August 27, 2009

Kes Kartika Membuktikan Betapa UMNO Selama Ini Mengabaikan Serta Tidak Menghormati Mahkamah Syariah

Kenyataan Musa Awang, Timbalan Persatuan Peguam Syariee menunjukkan betapa UMNO ini lidah bercabang. Di Pahang, panel Rayuan Syariah pun UMNO tidak mampu untuk memastikan kewujudannya. Banyak prasarana Mahkamah Syariah tidak pernah diambil kesah oleh UMNO sehinggalah ianya terdedah dengan kes Kartika Sari ini. Jikalau UMNO ambil kesah berkenaan mahkamah syariah, nescaya Kartika tidak perlu dihantar ke Penjara Kajang untuk disebat.

UMNO ini di depan mengaku berjuang Islam, tapi hakikatnya mereka lidah bercabang, telunjuk lurus kelingking berkait. Mahkamah Syariah mereka abaikan selama ini dan tidak kesah langsung kecuali yang perlu sahaja. Ikutilah kenyataan Musa Awang yang dipetik dari Malaysiakini

komentar Rentetan kekecohan yang berlaku dalam isu sebatan Kartika Sari Dewi Shukarno, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) memandang serius perkara tersebut kerana ia telah menjejaskan reputasi Mahkamah Syariah, Jabatan Agama Islam dan pihak-pihak berkaitan.

PGSM dengan ini menyatakan pendirian dan mengeluarkan kenyataan seperti berikut :

PGSM kesal dengan apa yang berlaku kerana akhir-akhir ini menampakkan unsur campur tangan pihak kerajaan dalam proses kehakiman di negara ini terutama kehakiman syariah semakin menjadi-jadi.

Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam menentukan agama anak pasangan yang memeluk Islam dan terbaru dalam isu sebatan Kartika Sari. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

Sebelum ini terdapat kes di Mahkamah Sivil ada seorang hakim yang memutuskan bahawa dia sendiri yang akan menghukum pesalah, tetapi kes tersebut tidak pula dipolemikkan, dan tidak ada pula menteri yang memberikan komen.

Pihak kerajaan termasuk menteri-menteri wanita Islam tidak sepatutnya memberikan komen terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Syariah.

Ia suatu tindakan biadap mencabar, mempertikaikan dan menghina keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Sebarang ketidakpuasan hati dengan keputusan Mahkamah hendaklah dibuat melalui tatacara dan prosedur yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Penghakiman yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Yunus adalah atas dasar menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sedia ada, dan atas dasar melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Menurut peruntukan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987, mahkamah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah yang melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan.

Kerajaan sepatutnya memberi perhatian dan menumpukan usaha ke arah memperbaiki infrastruktur, pentadbiran dan proses pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Syariah, seperti ketiadaan tukang sebat Syariah, ketiadaan penjara khusus untuk menempatkan pesalah Syariah, ketiadaan panel rayuan di beberapa buah negeri dan sebagainya.

Telah 52 tahun negara merdeka dan telah 52 tahun Perlembagaan Persekutuan wujud, namun perkara-perkara ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.

Mahkamah Syariah dianaktirikan sedangkan Mahkamah Syariah adalah tempat di mana orang Islam yang sebahagiannya mengundi kerajaan semasa pilihanraya, berurusan dan mengadu masalah rumahtanga, harta dan lain-lain.

Masalah ketiadaan tukang sebat bukanlah suatu isu yang besar kerana kerajaan boleh melatih tukang sebat sivil untuk melaksanakan sebat menurut syariah.

Kartika Sari adalah sebahagian masyarakat Islam yang menjadi mangsa akibat sikap anak tiri dan sikap kerajaan yang tidak sensitif dan tidak boleh dijangka terhadap kehendak dan keperluan masyarakat Islam di negara ini.

Kerajaan perlu mengambil tindakan drastik dan segera, dengan memberi penjelasan kepada masyakarat bahawa :

Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan hingga 80 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat.

Dalam Islam tidak ada beza antara pesalah lelaki dan wanita. Hak dan tanggungan mereka apabila melakukan kesalahan Syarak adalah sama di sisi Hukum Syarak dan di sisi Tuhan.

Golongan aktivitis wanita lantang memperjuangkan hak dan keistimewaan wanita dan kesamarataan taraf antara lelaki dan wanita. Mengapa dalam isu ini hendak dibezakan pula taraf antara lelaki dan wanita dari segi pelaksanaan hukuman jenayah?

Pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat menurut undang-undang Sivil.

Enam kali sebatan menurut syariah tidak sama dengan hatta satu sebatan menurut undang-undang sivil. Alat sebatan yang digunakan untuk kes syariah hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh pegawai kesihatan kerajaan. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran pegawai perubatan kerajaan.

Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki disebat berdiri, manakala perempuan dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

Pegawai perubatan kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

Artikel ini diterbitkan daripada kenyataan media Musa Awang, timbalan presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

26 comments:

iam_khufu said...

Satu Malaya dah tahu UMNO/BN parti kacau bilau. Cuma yang buta hati je masih larat nak sokong. Yang peningkan palo hotak aku ni geng2 lawyer syariah tu jugak yang tolong bagi undi kat BN masa pilihanraya.

Pening2.

Anonymous said...

Hentikan campur tangan k'jaan dalam kes syariah!

Anonymous said...

Bermula dengan unsur campur tangan kabinet dalam MENENTUKAN AGAMA ANAK PASANGAN YANG MEMELUK ISLAM dan terbaru dalam ISU SEBATAN KARTIKA SARI. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam era 1Malaysia, Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan.

Campur tangan kerajaan dalam sistem pentadbiran kehakiman syariah perlu ditamatkan segera. Persoalan timbul, mengapa menteri-menteri kerajaan terlalu gemar memberikan komen terhadap kes-kes di Mahkamah Syariah sedangkan terdapat kes-kes di Mahkamah Sivil yang lagi teruk dan dangkal.

http://www.malaysiakini.com/news/111517

Anonymous said...

Semua benda kerajaan BN/UMNO nk campur tangan alih-alih yg haram jadi halal.
SEMUA NK KASI PELINGKUP MALAYSIA.
panas hati!!!

Anonymous said...

bila najib kata lbh kurang gini: "kartika masih boleh merayu kpd kerajaan negeri. Saya percaya kerajaan negeri amat prihatin..bla..bla..bla". apsal lak merayu ke kerajaan negeri? ini kes mahkamah la. Full stop.

Anonymous said...

Tak lain Tak bukan ni semua kerja ROSMAH MANSUR la ni.NAJIB NAJIS pn angguk!!!
"BAIKLAH YANG ESOK ABANG BUAT SIDANG MEDIA KASI RAKYAT BANTAH HUKUM ISLAM"

UMNO UMNO.NAMA SAJA MELAYU TAPI SEMUA XMCM ORG ISLAM.BUAT APA ISLAM HANYA PADA NAMA???LINGKUP LAH MALAYSIA UMNO/BN NK CMPUR TANGAN MAKHAMAH SYARIAH PULAK!!!!

Anonymous said...

salam,


beza sebat islam dengan sivil di www.duniacacamarba.blogspot.com


don murano

Anonymous said...

aku rasa kalau kaum lain faham psl HUKUM ISLAM mesti semua dok pakat gelak dekat UMNO/BN ni.NAMA SAJA MELAYU ISLAM tapi SEMUA MCM XRETI AGAMA.malunya aku tgk PEMIMPIN KITA NI.dah la sama2 ISLAM tp cetek pengetahuan AGAMA!!!
tu la depa ni terlalu melebihkan mengejar kebendaan.akhirat lupa..
ntahla malaysia ni.kecewa beb ada pemimpin mcmni!!!

Unknown said...

salam,

perisik rakyat kini di www.duniacacamarba.blogspot.com

Anonymous said...

HUDUD!..HUDUD!..KUDUT!..KUDUT!..OPSS KENE MINTAK IZIN DGN LEBAI KIT SIANG..KUDUT!..KUDUT!..HUDUD!..KEHKEHKEHKEH

TAKEBEER!!...TAKEBEER!..TAKEBEER!!

CLIXNIAGA said...

Ikut kata Tok Guru presiden...

Anonymous said...

http://www.duniacacamarba.blogspot.com/

NK TGK PM MALAYSIA DAN MENTERI-MENTERI YG JAHIL PASAL AGAMA MASUK SNI.

INFO UNTUK
ORANG BUKAN ISLAM YANG TIDAK TAHU,
ORANG ISLAM YANG JAHIL @
SENGAJA MENJAHILKAN DIRI!

SEBAT CARA ISLAM.

-rasa nk ludah muka-muka munafik ni.pemimpin MALAYSIA kita sendiri jahil.

dewata said...

rosmah takut dia pulak kene sebat kalau kene tangkap tengah menonggang.....ahahahaha

zahid ehudi said...

SIS memang haramjadah.....

rambut oren, pakai baju cam sial nak campurtangan urusan mahkamah syariah...nak berhujah guna hujah liberal...macam kapir

sape yang dok backing SIS ni kalau bukan pemimpin pemimpin UMNGOK...

tak penah pon tgk komen pencacai UMNGOK pasal SIS ni..... menyokong gak ke gerakan sister in syaitan ni...

penyokong umngok kan cakap umngok la parti penegak islam.....

wakmeli said...

selagi malaysia dipimpin oleh pemimpin sekular dan munafikun, jadi la camni sampai bila2. bangsa dilaung2kan manakala agama dipijak2, wat2 ada je...klau ikhlas nak perjuangkan agama islam, xde msalah pun. patut mertabatkan islam dari segi syariah yg cuba dijalankan sekarang, bukan stakat berbangga membina ribuan masjid2 nmpak gah sahaja. material mana sama ngn rohani.

wakmeli said...

selagi malaysia dipimpin oleh pemimpin sekular dan munafikun, jadi la camni sampai bila2. bangsa dilaung2kan manakala agama dipijak2, wat2 ada je...klau ikhlas nak perjuangkan agama islam, xde msalah pun. patut mertabatkan islam dari segi syariah yg cuba dijalankan sekarang, bukan stakat berbangga membina ribuan masjid2 nmpak gah sahaja. material mana sama ngn rohani.

mail lambong said...

aku menyarankan kita berdemo untuk menghentikan campur tangan UMNO dalam soal islam dan komen munafik moden iaitu yahudi malaysia alf baru..

eyman said...

mahkamah dah jatuh kan hukuman.tp bole lg di tangguhkan.siapa punya kerja???

Anonymous said...

Jeffry said...

mamat hi elok mati drp hidup meracau tidak tentu pasal..

Hebat sgt lah tu ..cuba cubit paha sendiri jika terasa sakit ..lemahlah tu ..dan ada yg berkuasa drp ko mamat..

Anonymous said...

yahooooo!!!

MCA bergaduh dan bergolak...kita tunggu dan lihat je...kah..kah..kah!!!

Anonymous said...

Umno tau sebat duit rakyat je, yang lain-lain tu lantaklah kau orang nak buat apa.

kembara putih said...

Mulanya kes Kartika ni bertujuan nak jerat PAS dan menaikkan UMNO, tapi tak sangka bertukar jadi carca-marba dan akhirnya UMNO yang terbelit tengkuk.

Unknown said...

Assalamualaikum, ana rasa tak payahlah kita dok sibuk mengata kat orang, yg ni tak betul, yg tu tak betullah, apa yg penting marilah kita same2 menambahkan amal ibadat kita pd bln yan mulia ini moga semua amln kita diterima. Slmt menyambut hari kemerdekaan...

Anonymous said...

Kerajaan monggolia ini memang tak respect undang-undang. Undang-undang sivil ke atau syariah semuannya mereka baling dalam tong taik.

Lihatlah apa yang terjadi di Perak dan kes Kartika ini. Sungguh malang sekali nasibmu wahai Malaysia yang menyambut hari jadi ke 52.

Kepada insan-insan yang menghuni Malaysia, marilah kita sebat kerajaan monggolia ini humban mereka ke dalam lubang najis.

EQUILIBRIUM said...

kalau tk salah taraf mahkamah syariah dan sivil adalah sama di malaysia. tapi dari segi perlksanaan dan fasiliti nampak tak sama.

mahkamah syariah tak disokong dari segi perlaksaannya utk memertabatkan di tempat yg betul. kerajaan 2malaya patut berbuat lebih lagi. baru le nampak amno ada kesungguhan menjaga islam.

Anonymous said...

Aku sokong sesangat. Jangan rakyat je yang kene, menteri-menteri pun kita heret skali!!!