"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 28, 2009

UMNO/BN - Dulu, Kini & Selamanya...

Apabila UMNO/BN kalah dalam 7 PRK yang telah diadakan selepas berakhirnya PRU-12, banyak sudah muka-muka dan nama-nama yang telah disebut sebagai "faktor" kekalahan UMNO/BN. antara yang tersenarai ialah - Pak Lah, Che Det, Ezam, KJ, Najib dan tidak lupa juga kepada semua calon-calon yang mewakili UMNO/BN (ini hanya sebahagian kecil nama sahaja).

Seperti biasa mengikut tradisi UMNO/BN, akan ada mana-mana nama yang akan dijadikan kambing hitam atau penyebab kekalahan UMNO/BN dalam mana-mana PRK yang UMNO/BN berjaya menjuarai kekalahannya.

Parti agung ini tidak pernah mahu atau cuba untuk mencari faktor sebenar kekalahan mereka sebab pada mereka UMNO/BN adalah 1 nama yang dianggap sebagai "maksum". parti yang menggunakan nama ini mungkin pada fikiran ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya adalah parti yang diturunkan oleh Allah untuk membela "bangsa melayu" padahal mereka lupa Allah tidak pernah mengutuskan mana-mana nama untuk membela mana-mana "bangsa'.

Bersandarkan kepada sejarah pemerintahan UMNO/BN yang telah menguasai tampuk Kerajaan Pusat selama lebih 50 tahun, ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN gagal untuk mengerti bahawa mereka pada ketika ini telah mula kehilangan sokongan.

Setiap kali tamat mana-mana PRU atau PRK, mereka-mereka ini sibuk dengan "undi melayu'. penting sangat 'undi melayu" pada parti ini padahal pada waktu ini mereka jugalah yang sibuk melaungkan slogan "1Malaysia"...

Pada dasarnya "1Malaysia" itu merujuk kepada semua kaum dibawah 1 bumbung iaitu negara Malaysia dan semua kaum itu sudah tentulah semua bangsa yang ada di Malaysia. pada slogannya mereka bercakap tentang penyatuan seluruh kaum dan bangsa di Malaysia tapi pada kertas undi sokongan nampaknya mereka menitik beratkan pada hanya 1 bangsa sahaja iaitu "bangsa melayu" yang semakin hari semakin lemah.

Sebab itulah UMNO/BN mulai lemah. UMNO/BN mulai lembik, UMNO/BN mulai tidak bermaya kerana hanya mengharapkan pada sokongan kaum atau bangsa yang semakin hari semakin lemah iaitu "bangsa atau kaum melayu' sahaja.

Pokok yang lemah mengharapkan pada baja yang lemah, maka makin hancurlah pokok yang lemah itu sebab ianya dibajai oleh zat-zat yang lemah.

Pada aku kejayaan UMNO/BN mempertahankan kekalahan mereka dalam PRU dan siri-siri PRK akhir-akhir ini bukanlah disebabkan oleh mana-mana individu atau nama-nama yang pernah disenaraikan. kalahnya UMNO/BN ialah kerana rakyat menolak parti ini.

Apabila rakyat menolak, maka kalahlah parti itu. ini yang UMNO/BN tidak faham. perkara sebegini mudah pun UMNO/BN tak faham. masih juga mereka mencari sebab-sebab lain. susah untuk mereka mengakui bahawa rakyat telah menolak mereka. bila kalah akan keluarlah kenyataan - sokongan melayu tidak berubah.

Apa ada pada sokongan melayu? kalau UMNO/BN tak perlukan undian dari bangsa-bangsa lain, lucutkan slogan "1Malaysia" dari perjuangan UMNO/BN. kenapa tak naikkan sahaja slogan "1Melayu" kalau hanya sokongan melayu yang UMNO/BN perlukan..?

Pakatan Rakyat semakin hari semakin bertambah sokongan kepada mereka kerana semakin hari mereka semakin bijak berpolitik. mereka kerap bersama-sama dengan rakyat. mereka mendalami pemikiran rakyat, mereka merasai apa yang rakyat rasa. mereka menikmati juadah yang UMNO/BN sediakan setiap hari bersama-sama dengan rakyat marhaen.

Pemimpin UMNO/BN pula hanya pandai bercakap, mengeluarkan kenyataan tanpa ada seorang pun antara mereka yang merasai atau menikmati apa yang kami rakyat marhaen nikmati selama ini. sebab itulah boleh dikatakan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO/BN akan menjadi bahan ketawa rakyat marhaen seperti kami ini.

UMNO/BN tidak pernah faham. mereka cuma faham apa yang mereka mahu beri kepada rakyat tetapi mereka tidak pernah cuba untuk mengambil tahu apa yang rakyat mahu mereka lakukan.

Ini yang selama ini dipraktikkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. mereka menemui rakyat, mereka berada bersama rakyat, mereka mendengar apa yang rakyat mahukan dan mereka sedaya upaya cuba untuk merealisasikannya walaupun berhadapan dengan berbagai dugaan dan cabaran.

Jika Pakatan Rakyat terus konsisten dengan cara yang mereka praktikkan sekarang, tidak mustahil hampir 6 juta pengundi-pengundi yang belum berdaftar akan tertarik untuk mendaftar sebagai pengundi yang sah seterusnya memilih Pakatan Rakyat dalam mana-mana PRU atau PRK yang bakal diadakan.

Para pengundi muda ini bukan bersama-sama Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan UMNO/BN, sebaliknya mereka akan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat kerana keyakinan mereka terhadap apa yang mampu Pakatan Rakyat lakukan demi kehidupan mereka dimasa hadapan.

Golongan muda sekarang tidak akan sekali-kali tertarik dengan 'tawaran" dari mana-mana pihak sebaliknya golongan muda ini lebih tertarik kepada mana-mana pihak yang mampu merealisasikan apa yang mereka mahu.

Mereka ada cita-cita mereka sendiri dan mereka sudah cukup bijak untuk mengaturnya mengikut kemahuan mereka. mereka juga sayangkan Negara Malaysia dan agama mereka, mereka lebih tahu apa yang mereka perlukan kerana mereka lebih terdedah kepada dunia luar.

Mereka ada segala akses ke dunia luar, dunia mereka bukan dunia dengan 1 bangsa sahaja tetapi dunia mereka adalah dunia "Anak Bangsa Malaysia'... semua bangsa dan agama dibawah 1 bumbung dan bumbung itu ialah Negara ini. mereka lebih berminat pada "Ketuanan Rakyat" daripada "Ketuanan Melayu" kerana disekeliling mereka, rakan-rakan mereka terdiri dari semua bangsa.

Mereka tidak lagi mementingkan diri mereka sendiri sebaliknya, mereka akan melakukan apa sahaja untuk membantu semua yang ada disekeliling mereka jika ada antaranya berada dalam kepayahan. mereka bukan hanya melayu, mereka bukan juga cina malah mereka juga bukan india sebaliknya mereka ialah "Anak Bangsa Malaysia".

Mereka inilah yang menolak UMNO/BN yang hanya memerlukan "Melayu". inilah sebab muktamad kenapa UMNO/BN kalah dalam setiap PRK selepas PRU12... tapi UMNO/BN tidak sesekali akan sedar. dulu, kini dan selamanya...
  • Bersatu kita bersatu, dengan setia berganding bahu... tipu terus menipu, kita tipu melayu... bersama kita bersama menjunjung hasrat semua... berjasa pada kroni, anak isteri dan bini...
  • Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak... bersatu bersedia, khianat cogan katanya...
  • UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia...

17 comments:

Anonymous said...

Nasihat utk TP : Jangan menghasut dan mengapi-apikan semangat kebencian terhadap UMNO. Anda perlu ingat bahawa anda boleh hidup aman hingga kehari ini disebabkan asas dan dasar parti pemerintah yg menerjui kerajaan selama ini. Mungkin ini kenyataan yg anda biasa dengar dan anda telah muak dengannya. Namun itu adalah kenyataan dan hakikat yg tidak boleh ditolak begitu saja. Memang senang utk mengkritik, mencaci dan menghina. Juga memang senang untuk meruntuh dan memusnahkannya dan diganti dgn pakatan parti-parti yg anda perjuangkan. Tapi ia tidak semudah yg anda fikir dan impikan. Penduduk berbangsa Melayu yg hanya 60% dinegara ini telah berpecah kepada beberapa beberapa ideologi politik yg mereka percaya. Utk berkuasa mereka memerlukan sokongan 40% dpd golongan bukan Melayu yg ketika ini dilihat sangat kritikal utk menentukan kuasa. Maka didlm proses perebutan 40% sokongan dari golongan ini pelbagai manifesto dan janji telah diberi oleh parti pemerintah dan parti pembangkang utk memikat hati mereka utk meraih sokongan. Oleh itu moral kpd kenyataan diatas, janganlah terlalu yakin dan taksub dgn kejayaan lepas sehingga lupa kpd asal usul, keamanan, dan kemakmuran yg anda nikmati selama ini sehingga sanggup membuang, menghina, mencaci, dan ada ketika sehingga ada niat kecenderungan utk berbunuhan sesama agama semata-mata utk mendapat kuasa.

En. yAt-kO said...

aku sokong 100% Perisik Rakyat.. Kami Golongan muda mahukan perubahan dasar kerajaan.. peminpin BN mmg tk boleh buat perubahan setelah diberi peluang 50 thn lebih. apa yg diorg pandai hanyalah merosakkan negara, pecahbelahkan hubungan kaum, dll lagi. banyak isu2 tk dapat diselesaikan.. semua isu rakyat di tong sampahkan.. rakyat di perbodohkan.. ish3

kemboja said...

UMNO 50 tahun memerintah....islam makin lama makin hancur. Konon UMNO memperjuangkan Islam....alih2...nak buat hukuman sebatpun tak confident. Apa punya haprakkkkk...

Anonymous said...

Umno ni hidup dalam dunia fantasi ciptaan mereka dari dulu, kini dan selamanya. Bila ada rakyat mengkritik mereka maka mereka mengatakan rakyat tak berterimakasihlah dan berbagai lagi seperti komen yang pertama di atas.

Ini adalah pengangan dan kepercayaan khurafat yang sejak dahulu di pegang oleh orang umno sehingga mereka percaya orang selain dari umno tak boleh memerintah seperti umno dan rezeki itu di sebabkan oleh umno.

Tengoklah betapa sesat puak-puak umno ni yang terlalu taksub kepada umno sehingga yang datang itu semuanya dari umno.

Tetapi mereka tidak sedar sesuatu yang berlaku itu adalah ketentuan dan dengan keizinan Allah jua.

Sebab itu parti asabiyyah ini tak kan berubah sampai bila-bila walaupun apa yang terjadi kerana kepercayaan khurafat mereka melebihi dari kepada kepercayaan kepada yang maha esa.

Anonymous said...

Awas H1N1 bala Tuhan ke atas Umat Islam yang menyokong dan membela kelakuan Homosex di Malaysia. Insaf sebelum terlambat.

Anonymous said...

Kepada mamat yang sokong sangat UBN tu sudah sudahlah. Anda telah dipengaruhi oleh UBN sehingga berfikir bahawa UBN sajalah yang dapat memajukan negara tercinta ini. Saya rasa anda telah tersilap.

UBN terlalu lama dibuai mimpi indah sehingga sudah tidak dpt membezakan antara yang baik dan yang buruk. Banyak perkara telah dihalalkan atas nama UBN ini dan bila terdesak anda telah diperbodohkan oleh mereka dengan isu pengkhianat Melayu. Anda menelan bulat2 ludahan UBN dan inilah yang terhasil.

Anonymous said...

BN dah nak hancur.Parti kompenennya dah berpecah belah.Umno sukar diselamatkan lagi.

IRON MASK said...

kepada anon August 28, 2009 10:03 PM

hang kena mengucap.....ish....hang dah anggap parti pemerintah macam tuhan yang bagi keamanan kepada manusia....walhal....semua tu datang dari Allah yang maha Esa....bertaubatlah woi.....

Anonymous said...

sb ade org mcm anon 10:03pm ni la, UMNO berjaya tipu sampai 50 tahun..

otak kolot, pemikiran sempit..

generasi muda dah muak, dan kami mahukan perubahan dalam negara ini..

Pengundi Ampang said...

Sebenarnya rakyat Malaysia tidak membenci parti UMNO tetapi mereka benci perangai pemimpin UMNO dan kuncu-kuncunya dari parti MCA/MIC.

Selama lebih 50 tahun rakyat Malaysia telah memberi peluang kepada pemimpin UMNO-BN mentadbir semua negeri dalam Malaysia. Sepatutnya pemimpin UMNO-BN bertambah matang dalam menyelesaikan masaalah rakyat.

Tapi malangnya semakin lama mentadbir Malaysia semakin zalim pemimpin UMNO-BN terhadap rakyat.

Mereka berebut-rebut mendapatkan jawatan dalam parti tujuannya adalah untuk menjadi lanun berlesen.

Lanun yang berlesen akan bebas melakukan apa saja rompakan dalam negara sedangkan lanun yang tidak berlesen akan dianggap sebagai penjenayah seperti Teoh Beng Hock.

Sebagai rakyat biasa kita tidak akan tahu berapa banyak harta negara telah dirompak dan diagih-agihkan dalam kelompok mereka saja.

Tapi rakyat hanya diberitahu bila harga gula akan naik, harga petrol akan naik, harga tol akan naik....

Benarkah kerana UMNO-BN maka rakyat Malaysia khususnya bangsa melayu boleh jadi kaya dan hidup aman hingga hari ini...? Jangan bohong...!!! Hanya pemimpin UMNO saja yang hidup senang lenang tapi ahlinya hidup setaraf pendatang haram. Itu pun ahli UMNO masih tak sedar diri lagi.

Selama lebih 50 tahun UMNO-BN memerintah Malaysia terlalu banyak keburukan dari kebaikan yang dilakukan oleh mereka.

Sekarang giliran UMNO-BN pula jadi pembangkang... oleh kerana itu ISA jangan dihapuskan.

Abu said...

Anon totok kata:

"Nasihat utk TP : Jangan menghasut dan mengapi-apikan semangat kebencian terhadap UMNO. Anda perlu ingat bahawa anda boleh hidup aman hingga kehari ini disebabkan asas dan dasar parti pemerintah yg menerjui kerajaan selama ini. Mungkin ini kenyataan yg anda biasa dengar dan anda telah muak dengannya. Namun itu adalah kenyataan dan hakikat yg tidak boleh ditolak begitu saja. Memang senang utk mengkritik, mencaci dan menghina. Juga memang senang untuk meruntuh dan memusnahkannya dan diganti dgn pakatan parti-parti yg anda perjuangkan. Tapi ia tidak semudah yg anda fikir dan impikan. Penduduk berbangsa Melayu yg hanya 60% dinegara ini telah berpecah kepada beberapa beberapa ideologi politik yg mereka percaya. Utk berkuasa mereka memerlukan sokongan 40% dpd golongan bukan Melayu yg ketika ini dilihat sangat kritikal utk menentukan kuasa. Maka didlm proses perebutan 40% sokongan dari golongan ini pelbagai manifesto dan janji telah diberi oleh parti pemerintah dan parti pembangkang utk memikat hati mereka utk meraih sokongan. Oleh itu moral kpd kenyataan diatas, janganlah terlalu yakin dan taksub dgn kejayaan lepas sehingga lupa kpd asal usul, keamanan, dan kemakmuran yg anda nikmati selama ini sehingga sanggup membuang, menghina, mencaci, dan ada ketika sehingga ada niat kecenderungan utk berbunuhan sesama agama semata-mata utk mendapat kuasa."

Huhuhuu...mmg dh muak pon...len kali ko cakap la at budak kecik...mungkin diorang blom muak lg...huhuhu

perompak harta rakyat said...

Anon
August 28, 2009 10:03 PM

Jikalau ditakdirkan BN tak perintah Malaysia dan sebaliknya diganti oleh Parti lain sejak 52 tahun dulu, aku teramat2 yakin Malaysia lebih Maju dan rakyatnya lebih kaya dari Singapura.

Cuba kau tengok negara sebesar titik dalam peta dunia mampu mengkayakan rakyat yang mana kita semua tahu negara itu tidak mempunyai apa-apa hasil bumi jika nak dibandingkan dengan Malaysia, semua ada. Dari Petroleum, sawit, getah, bijih timah dan bermacam2 lagilah hasil dari perut bumi Malaysia.... Tapi Masih ramai rakyat Malaysia terutamanya umat Melayu yang kununnya dibela oleh parti Yahudi Bani umNO ini masih ketinggalan dari segi ekonomi.... Ni belum cerita bab wang ZAKAT yang dibayar oleh mereka yang berkemampuan tiap2 tahun lagi ni...
Duit zakat pun ntah kemana.. Walaupun masuk sokkabar pencacai hasil zakat kutip dari rakyat bejuta2, tapi masih ada antara kita yang tinggal dalam gubuk buruk...

Kat Kelantan majoriti orang Melayu, tapi napa hasil Gas Asli kau sedut tapi sanggup menipu 1 Malaysia mengatakan tiada gas/petroleum di Kelantan?.... Ni bukan PEROMPAK namanya?

Sejak BNatang memerintah negara dah berapa billion malah ntah mungkin dah jejak trillion Ringgit Malaysia yang hilang masuk ke kantung beberapa kerat pemimpin dan kroni BNatang hasil salah urus tadbir negara @ mengganggap harta rakyat pembayar cukai adalah harta mak bapak umNO yang boleh dibelanja sesuka hati pada bila-bila masa seberapa banyak pun angkanya....

Ini yang telah diamalkan oleh Parti Pemerintah yang terlalu lama berkuasa ini yang mana tidak diterangkan langsung dalam akhbar pencacai yang kerjanya membodek....

Maka untuk itu marilah kita menguburkan umNO BNatang agar kita memperoleh kekayaan dan kemakmuran yang selama ini tersekat dari sampai ketangan kita akibat dirompak oleh Parti warisan British Kafir Haarrr biii ini.....

Anonymous said...

anon August 28, 2009 10:03 PM

Harharhar....silap tempat la mau nasihat...cuba kau lapangkan dada & otak utk fahami komen2 di atas.

Anonymous said...

kepada anon August 28, 2009 10:03 PM

Ko adalah pembayar cukai..bapak ko pembayar cukai..mak ko pembayar cukai..ko suka ke duit yang ko bayar BArisan Najis guna sesuka hati??? Duit pembayar cukai adalah duit rakyat...Buat masjid kristal untuk bermegah megah guna duit sape??? DUIT RAKYAT!!! Buat F1 guna duit sape?? DUIT RAKYAT!!! buat masjid Besi untuk bermegah2,guna duit sape??? DUIT RAKYAT!!! buat monsun Cup berjuta2 duit sape?? DUIT RAKYAT!!! Duit rakyat nie a.k.a DUIT BARISAN NAJIS KE???

Hak melayu di Malaysia nie pun dah lama di dihapuskan..Bila mana penyenaraian syarikat ke BSKL menjadikan ia PUBLIC LISTEd, hanya ada ekuiti 30% saham milik bumiputera dan selebihnya kepada umum(kaum lain).

Ko dah idup ke masa adanya Lembaga Lektrik Negara, Telekom Malaysia, Lembaga Air,Keretapi Tanah Melayu, yg sebelum diswatakan..selepas dswastakan,berjuata syarikat ini untung setiap tahun...tapi apa rakyat dapat hasil keuntungan ini??? 0 = kosong!!!

Syarikat Beras Nasional aku rasa pun nak tukar nama esok esok...Beras Hong Kong!!!

Mana MELAYUYA yang puak2 UMNGOK yang menghunus keris mempertahan kan MELAYU!!!

Ko suruh la puak2 UMNGOK istihar harta,nak tengok berapa banyak DUIT RAKYAT Barisan Najis dah ROMPAK!!!

Ada berani buat????

Anonymous said...

PEROMPAK HARTA,..

ko jgn asyik memandang ke langit smpi lupa bumi yg ko pijak,.

berapa byk lagi ngra yg punyai hasil bumi yg jauh lebih byk dri msia,.tpi ngranya masih mundur malah hancur dan berkecai,.cth: Indon & IRAQ

armzeli said...

Bersatu kita bersatu,
dengan setia berganding bahu...
tipu terus menipu,
kita tipu melayu...

bersama kita bersama menjunjung hasrat semua...
berjasa pada kroni, anak isteri dan bini...

Lambang kita yang rebah,
dipandang keji dan haprak... bersatu bersedia,
khianat cogan katanya...

UMNO terus lara,
rompak rakyat Malaysia...

sesuai dinyanyikan sempena
Perarakan Hari Merdeka yg ke 52


kah.kah..kah..kah..

perompak harta rakyat said...

Anon
August 29, 2009 3:01 PM

Memang aku tak nafikan ada negara selain Malaysia yang mempunyai hasil bumi yang lebih banyak dan kaya tetapi masih mundur dan berkecai, ni sume sebab apa????

..... Sebab pemimpin2 mereka adalah SAMA SPESIS dengan pemimpin Parti Yahudi BNatang Gerombolan United Malay National Organaisation.........

-Perompak Harta dan Khazanah Kekayaan Negara Kepunyaan Rakyat-

Mereka2 ini tidak mempunyai nilai yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang 'Berjiwa Pemimpin' kerana Jawatan yang mereka sandang sekarang ini adalah diwarisi, dan hasil dari gejala politik wang yang mana mereka ini naik dalam parti assobiah tersebut disebabkan mereka telah merasuah perwakilan untuk mengundi mereka, jadi siapa yang paling banyak keluar duit dia yang akan dapat jawatan tersebut, dan bukannya sapa lebih cemerlang dalam berbakti pada rakyat yang akan dipilih. Ini adalah salah satu faktor kebanyakkan pemimpin Gerombolan United Malay National Organisation dilihat oleh rakyat Marhaen sebagai hampas dan sampah yang ntah macam mana orang sebangang ini boleh menjajah negara kita yang tercinta ini lebih 50 tahun...

Oleh sebab itulah mereka yang tidak layak memerintah ini apabila terus menerus diberi mandat memerintah habis semua harta rakyat dibahamnya.... perut mereka dan bini semakin buncit memakan suatu yang bukan hak mereka....

Apa yang penting bagi mereka perut dan tembolok mereka haruslah diisi dulu... kemudian anak bini dan kroni.... saki bakinya baru diserah pada rakyat dan kemuadian mereka mendakwa - Hanya BN boleh memerintah negara, 1 lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional....

Anon August 29, 2009 3:01 PM, kau tau tak setiap titis darah yang mengalir dalam badan kau, semuanya dah dicukai oleh United Malay National Organisation? Garam dan gula yang kau makan, air paip yang kau masak lalu minum, gas yang kau guna wat memasak, nasi yang kau makan.... dll...

Kesimpulannya setiap benda yang kau makan dan pakai yang dibeli dalam Malaysia semuanya dah dicukai oleh umNO....

Jadi layakkah pemimpin Parti Keparat ini menyuruh rakyat Marhaen 'Bersyukur dan Berterima Kasih' pada BN?.... Ataupun mereka yang sepatutnya berterima kasih pada rakyat yang memangkah mereka selama ini kerana undi dari rakyat bawahan seperti kita lah yang membuatkan mereka hidup mewah melampaui batas dan walaupun duit dah berjuta masih lagi nak makan komisyen kapal selam 500 juta!!!!

-Kimak nye umNO....

Mereka ini sudah terlalu lama bergayut pada kuasa dan kemewahan hidup hingga terlupa hasil bumi dan kekayaan negara ini adalah milik bersama,

-bukan kepala bapak umNO yang Punye