"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 08, 2009

N-31 Bagan Pinang: UMNO/BN Cuba "Beli" ATM Dengan RM300..!

Sebelum ni aku postkan 1 artikel pendek bertajuk N-31 Bagan Pinang: An Envelope Containing Cash -+RM300..?. itu adalah komen yang aku dapat dari seorang pembaca blog ini... (thanks for your early information).

Baca lagi dekat bawah ni yang aku petik dari blog (`•.¸ ♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´) -

Selepas gagal menafikan dakwaan awam melibatkan tentera dalam kancah politik, Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini dituduh mengheret tentera bergelumang dalam politik wang pula.

Pendedahan eksklusif tersebut dibuat oleh Brigadier Jeneral (B) Arshad melalui tulisan terbaru dalam blognya yang mengesahkan tentera kini bukan sahaja dilibatkan dengan agenda politik.

Arshad, 66, mula merasa curiga tentang kad jemputan Perayaan Ulangtahun Regimen Amor Ke 2 yang diadakan di Kem Sunggala, Port Dickson, dekat sini pada 5 Oktober lalu.

Beliau mempersoalkan mengapa satu sambutan peringkat regimen perlu dihadiri oleh ‘orang-orang berpangkat dan kenamaan’ termasuk Menteri-menteri UMNO dari Kuala Lumpur?

”Adakah orang-orang yang berpangkat tinggi dengan ‘paku-paku’ di bahu kini mengikut rentak irama tarian Menteri-menteri UMNO?,”soal beliau

Kesangsiannya tentang keterlibatan tentera dalam politik bukan sahaja terjawab namun satu panggilan telefon yang diterimanya hari ini ’melondehkan’ bukan sahaja seluruh kem tentera, bahkan Menteri Pertahanan sendiri.

Arshad (gambar knan) menyatakan, panggilan yang diterima dari Port Dickson mengesahkan mereka-mereka yang hadir dalam Majlis Prisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah menerima sekeping sampul surat setiap seorang.

Sambil menyindir beliau berkata, dalam setiap sampul terdapat wang tunai RM300 dan amat bertuah mereka yang hadir menerima sumbangan ikhlas dari Najib.

Katanya, sekiranya beliau tahu, beliau juga sanggup beratur untuk menerima habuan RM300 itu.

Pendedahan demi pendedahan terus berlaku menunjukkan bagaimana UMNO dan Barisan Nasional kini sanggup mengambil risiko melemahkan keselamatan negara dengan ’memperkudakan’ angkatan tentera.

Sebelum ini pendedahan turut di buat oleh Lt. Kolonel (B) Malakan dari Rejimen Askar Melayu berkaitan manipulasi undi pos dalam angkatan tentera.

Cerita sepenuhnya di http://mindnoevil.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-and-promotion-in-army.html.

12 comments:

Anonymous said...

Pekara seperti ini mesti dijadikan isu dan mesti diterangkan kepada semua pengundi Bagan pinang.

Sikap pemimpin UMNO menyalahgunakan angkatan tentera perlu dihalang. Kesalahan ini akan merosakkan kesetiaan anggota tentera terhadap tugasnya.

Jika pemimpin UMNO sudah mengajar anggota tentera menerima rasuah untuk memberi kemenangan kepada calon mereka, maka tidak mustahil pihak musuh dari luar negara juga boleh memberi rasuah kepada anggota tentera supaya mereka tidak mempertahankan negara jika diserang.

UMNO-BN kini sudah menjadi parti yang tidak bermaruah dan tidak boleh dipercayai lagi. Dulu Tun Dr. Mahathir telah menjahanamkan institusi kehakiman dan kini Najib pula akan menjahanamkan institusi ketenteraan.

Diharapkan semua pemimpin parti Pakatan Rakyat tidak leka atau membiarkan saja segala tindakan salah laku pemimpin UMNO-BN dalam negara.

Bertindaklah dengan segara sebelum kerosakan yang lebih merbahaya bakal mereka lakukan.

Anonymous said...

PEG PEMERINTAH DAH MULA MENGUGUT:
Kamu perajurit-perajurit semua, kena ingat, semasa pm (JIB) kita menjadi menteri pertahanan, apa yang kita hendak semuanya kita dapat..kata-kata rayu pada perajurit.. jika pembangkang menang, sekiranya berlaku huru hara, jangan kamu menyesal atas kesilapan kamu SENDIRI..-kata - kata ugutan.. Dari KOL Anuar KOM LATIDA kepada Staf2 di LATIDA pagi tadi 07 oct 09.

Anonymous said...

Dlm keadaan tertekan dan pada saat genting ini mesti ada cerita atau isu nak memburuk dan memfitnah kerajaan. TP ni sebenarnya dah takde kes dan takde isu nak diketengahkan utk membantu kempen PRK ni...Jadi ambil jalan mudah buat cerita..Semua cerita TP dlm kempen Bagan Pinang ni tipu belaka..TP ni dah korup idea dan dah korup segala-galanya. Disebabkan ego yg amat terlampau tinggi, terpaksalah buat cerita...tapi itu semua tipu dan fitnah..

Tolak PAS kedlm laut..Jangan undi PAS, parti penipu dan parti yg telah menyesatkan umat islam dinegara ini...

Anonymous said...

tolong la wahai perajurit-perajurit bangsa...jangan sesekali kamu m'perjudikan darah syahid kamu dengan wang ringgit...amanah yang kamu pikul t'lalu besar nilainya pada agama bangsa dan negara...kamu adalah barisan hadapan benteng negara,kamu adalah pejuang b'maruah...

-rakyat kini-

Anak Bugis said...

Jadilah sebagai bangsa bermaruah, pejuang negara yang digeruni.. bukan sebagai anak bangsa yang gugur maruah diri dan lesu.

Anonymous said...

ala ko ni pecacai umgokk
asyik2 nak ambikk perasuahh jadi pmimpinn bodoh la ko nii
tolakk umgokk ke dlm tong tahii
partii bangsatt lagii kufurr
bodohnyerrr pecacaii
jagn lopaa pencacai umgokk najib pernah cakap....
negara msia akan huru hara kalo syirat islamm dilaksana kann
kann ker sesat tuu org islam sendiri cakap camtuu
sama cam ko laah bolohh

Anonymous said...

PM 1Monggolia ni memang suka menghina rakyat tak kira siapa. Angkatan Tentera Malaysia pun tak terkecuali.

Betapa hinanya A.T.M. di mata Najis ni, dengan menilai harga diri seorang tentera hanya berharga RM300.

Oleh itu kita sebagai rakyat menyeru kepada A.T.M supaya menolak pemimpin umno yang menghina tentera dengan tidak memangkah parti rasuah ni pada PRK Bagan Pinang.

Wahai angkatan tentera, jangan jadikan tentera sebagai barua BN(Barisan Najis).

Anonymous said...

ELEK AR BRO. UNDI BN SELAMAT. UNDI PAS BOLE MABOK2 SAMA2. TAKEBEEERRRRRRRR!

AntiBeerEnd said...

Anon 1:15 tu tgh mabuk beer... Org mabuk akan cakap terbalik.

Jadi apa dia kata sebenarnya:
Rilek la Bro. Undi PAS selamat. Undi UMNO, boleh mabok sama-sama Mirzan tokey Beer & Hishamuddin kaki tonggang Anchor...

Best lagi boleh join PM 1Malaysia entot-entot awek Mongolia ngan penyanyi ZZ kat PD... JALAN MUDAH KE NERAKA Yeaaaaa.... haaaaa....

Anonymous said...

Kesian betul geng UMNO ni. Nak buat banyak pahala rupanya belasah orang. hehehehehe.........

KEMBOJA said...

KALAU TAK RASUAH....BUKAN LAH UMNO NAMANYA....

SELURUH DUNIA DAH TAHU.....

Anonymous said...

Sokonglah calon yang amanah. Umno sangat amanah dan tidak pernah rasuah. Ya Allah! Hancurkan semua perasuah..........Allahu Akbar.