"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, December 16, 2009

Saidina Umar Jadi Papa Lepas Jadi Khalifah Islam

Mengikut semua riwayat yang kita terima, Saidina Umar bukanlah seorang yang misikn atau papa sebelum beliau menjadi Khalifah Islam. Malahan ada riwayat yang sahih yang mana Saidina Umar telah sanggup meng”infaq” kan setengah dari harta beliau untuk Allah dan Rasul SAW.

Dengan kata lain, kedudukan ekonomi Saidina Umar sebelum menjadi Khalifah adalah sangat stabil. Beliau dikenali menjalankan profesi sebagai pedagang. Walaupun karier beliau sebagai pedagang tidaklah sehebat Abdul Rahman bin Auf, namun tidaklah Saidina Umar itu hidup melarat dan papa.

Namun, kesemua kesah-kesah kesempitan hidup yang kita dengar berkaitan dengan Saidina Umar kita hanya dengar selepas beliau menjadi Khalifah Islam. Ini kerana setelah menjadi Khalifah, beliau terpaksa berhenti profesi beliau yang asal sebagai pedagang (trader) dan menumpukan waktu dan tenaga beliau untuk menjaga “Darul Islam”.

Tapi sebelum kita mulakan kesah2 kesempitan hidup Saidina Umar, haruslah kita ingat bahawa di bawah pimpinan Khalifah yang papa ini, Islam telah berjaya mengalahkan 4/5 dari Empayar Rom Timur dan keseluruhan dari Empayar Parsi.

Dan yang menghairankan sekali, sewaktu berita kemenangan Islam ini sampai ke Kota Madinah, Saidina Umar tidak mengarahkan apa-apa sambutan ataupun keramaian bagi meraikan kemenangan Islam ini. Tidak seperti adat empayar2 Rom dan Parsi di mana kemenangan yang gemilang seperti ini akan diadakan sambutan dan keramaian yang berlangsung selama seminggu lebih. Tentera-tentera yang terlibat dalam perang akan berkawad di tengah-tengah kota dipimpin oleh jeneral yang bertanggungjawab ke atas kemenangan tersebut.

Hamba dan tawanan perang akan dipamirkan kepada khalayak ramai, dan pemimpin bala tentera musuh akan dibunuh di hadapan khalayak ramai bagi menandakan kesahan kemenangan.

Saidina Umar tidak MENGARAHKAN apa-apa sambutan. Mengapa? Kerana dalam hanya beberapa tahun pemerintahan Saidina Umar, Empayar Islam telah bertukar dari sebuah empayar yang paling papa kepada empayar yang terkuat dan terkaya di dunia. Dalam masa beberapa tahun, Empayar Islam telah menjadi KUASA BESAR DUNIA.

Saidina Umar merintih dan mengadu kepada Allah kerana beliau dalam keadaan bimbang dan gundah gulana. Bagi Saidina Umar, ujian kemiskinan itu lebih mudah dihadapi berbanding dengan ujian kekayaan dan kesenangan. Jumlah harta rampasan perang yang di dapati oleh tentera Islam mencukupi untuk mengkayakan setiap orang di Mekah dan Madinah bagi 7 keturunan. Itu hanya harta dari PArsi, belum Rom.

Hasil dari kebimbangan Saidina Umar itu, kita lihat Saidina Uthman menghargainya, dan dalam pemerintahan 10 tahun Saidina Uthman Islam telah berjaya sampai ke sempadan Libya/Maghribi (seterusnya nanti Islam akan sampai ke Sepanyol).

Dibawah pimpinan Saidina Uthman dan Saidina Muawiyyah ibnu Suffian, Arab2 yang hidup naik unta di Padang Pasir telah berjaya dilatih menjadi lasykar-lasykar di laut. Saidina Muawaiyyah berjaya menubuhkan Armada Laut Islam yang pertama dan berjaya mengalahkan Armada Rom Timur yang datang dari Konstantinople. Kemenangan itu amat penting bagi menjaga kota Iskandariah dari ditawan semula oleh Rom Timur sepanjang pemerintahan Saidina Uthman.

Ertinya, kekayaan yang didapati dari kemenangan itu berjaya digunakan bagi mengembangkan lagi Islam dan menguatkan lagi dakwah Islamiyyah. Sepanjang pemerintahan Saidina Uthman, Islam berkembang dengan megah. JUTAAAN MANUSIA masuk Islam.

Semua hasil dari polisi dan contoh pemerintahan yang papa bernama Saidina Umar Ibnul Khattab.

(Saidina Uthman juga meneruskan gaya hidup Saidina Umar dan beliau syahid di dalam rumah beliau yang kecil sewaktu sedang membaca Al Quran. Beliau dibunuh pun kerana beliau tidak mahu membazir wang rakyat untuk membayar gaji2 pengawal beliau dari gerombolan rakyat Madinah yang menentang usaha beliau dalam mengeluarkan Mushaf Uthmani).

Kesah Kepapaan Saidina Umar Selepas Menjadi Khalifah

Kisah2 ni semua telah maklum. Saya cuma beri sebagai point form sahaja untuk kita “refresh” ingatan kita :
  1. Anak Saidina Umar pernah mengadu bajunya koyak di 13 tempat dan ada tampalan bajunya menggunakan kulit kayu kerana Saidina Umar.
  2. Saidina Umar mahu meminjam 4 Dinar dari Baitulmal, tapi bila diberi borang untuk diisi, beliau tak dapat menulis nama beliau kerana takut kalau tak dapat bayar, beliau terpaksa mintak halal dari KESELURUHAN UMAT MUSLIMIN. Banyak sangat tu nak mintak halal.
  3. Saidina Umar pernah pergi pinjam wang dari Abdurahman bin Auf. Abdurrahman terkejut dan bertanya kenapa pinjam dari dia, sedangkan Baitulmal boleh meminjamkan kepada Saidina Umar ribuan dinar. Saidina Umar menjawab, kalau dgn Abdurahman, kalau dia mati, beliau hanya bertanggungjawab dgn Abddurahman. Nanti waris2 saidina Umar boleh selesaikan. Tapi, kalau dengan Baitulmal, Saidina Umar terpaksa mintak halal kepada seluruh kaum Muslimin.
  4. Gaji Saidina Umar ni sama dengan gaji Saidina Abu Bakar. Gaji tersebut cukup untuk keperluan hidup Saidina Abu Bakar. Tapi, di zaman Saidina Umar berlaku kemarau panjang yang amat dahsyat. Sehingga ada riwayat Muttawatir, Saidina Umar meminta Saidina Abas berdoa dalam satu majlis Solat Minta Hujan.
  5. Kemarau panjang ini menyebabkan harga barang semua naik dan secara otomatik menjadikan gaji Saidina Umar tidak mencukupi.
  6. Namun, apabila ada usaha beberapa Sahabat yang menyampaikan hasrat mereka melalui anak Saidina Umar, Hafsah, untuk menaikkan gaji Khalifah, Saidina Umar RA menjadi marah dan menolak cadangan tersebut.
  7. Isteri Saidina Umar pernah mengirim bau-bauan kepada permaisuri2 kerajaan lain pada waktu itu. Dan, biasanya balasan yang diberikan adalah bekas minyak wangi tersebut akan diisi dengan emas dan permata. Saidina Umar memerintahkan supaya emas dan permata tersebut diserahkan kepada Baitulmal kerana minyak wangi yang digunakan sebagai hadiah itu pun dibeli dengan wang Baaitulmal.
  8. Saidina Umar pernah mengarahkan penjual susu di Madinah supaya jangan mencampur susu mereka dengan air. Pada suatu malam, sewaktu Saidina Umar menyamar dan meronda di kota Madinah, beliau terdengar seorang ibu berkata kepada anak gadisnya untuk mencampur air ke dalam jualan susu mereka. Anak gadis itu tidak mau kerana ditegah Saidina Umar. Ibu itu berkata kenapa nak takut sebab Saidina Umar tidak tahu. Anak gadis itu berkata walaupun Saidina Umar tidak tahu tapi Allah tahu.
  9. Saidina Umar besoknya mengarahkan orang mencari anak gadis itu, seterusnya mengarahkan anak beliau menikahi anak gadis itu. Keturunan dari anak gadis yang jujur itu kemudiannya melahirkan Saidina Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam yang kelima.
PENGAJARAN

Kehidupan sederhana bagi kepimpinan mengandungi KEKUATAN YANG AMAT BESAR. Kita lihat sendiri Tok Guru Nik Aziz kekal memerintah Kelantan selama 20 tahun. Tindakan lebih kuat pengaruhnya berbanding perkataan. Semua orang boleh berkata tapi tidak semua orang boleh melakukannya.

Dari kenyataan beberapa anak kepada Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, mereka kata arwah ayah mereka tidak meninggalkan kepada mereka apa-apa harta kekayaan. Namun kita lihat sendiri kesemua anak2 Ustaz Fadzil masuk dan lulus universiti. Dan bukan setakat lulus, tapi lulus cemerlang. Berapa ramai anak-anak orang kaya yang kita lihat tidak menjadi manusia. Namun, Ustaz Fadzil menjadi contoh terbaik dalam hal ini.

Benarlah kerisauan Saidina Umar. Kemenangan itu lebih banyak fitnah dari kekalahan.

Soalnya sekarang mampukah PAS mengekalkan contoh tauladan kepimpinan Islam seperti SAidina Umar sendiri demi mencapai kegemilangan Islam yang pernah dicapai oleh para sahabat2 RA.

Tulang Besi

11 comments:

matkambing said...

geng perpaduang tak sanggup menghadapi cabaran seperti yang dialami oleh para khalifah terdahulu!

maun said...

Lebih 1400 tahun sesudah Umar, masih ada pemerintah yang dapat mempertahankan gaya pemerintahan Umar adalah cukup hebat....TGNA dikira berjaya...inilah KPI cermerlang, terbilang dan gemilang...30 tahun beb tak lari landasan..sikit-sikit biasa le..keretapi KTM pun banyak terbalik dari rel...

Tulang Besi said...

Betul Maun.

Kalau kita perfect macam sahabat takpa la.

Kita dah jauh, so tergelincir sikit (i.e. kes Ariffahmi) tu boleh dimaafkan.

Lagipun Tok guru dah suruh si arif ni letak jawatan kan.

tulang ikan said...

kes TB nk jadi CEO pulak cmna?kita xleh lupa n xleh dimaafkan..im sorry......

abuhusnie said...

ana tetap di bersama Tok Guru.

Izinksn ana copy kisah sayidina Umar..

Anonymous said...

Pemimpin beriman dan BERAMAL seperti TG NIK AZIZ..melihat pahala dari Allah itu LEBIH BAIK dari seluruh langit dan bumi dan antara keduanya..tapi di akhirat lah..kat dunia pun TG NIK AZIZ..sehat wal afiat TENANG JIWA tak serabut kepala pun..macam Nabi Muhammad SAW..boleh relaks jahit baju basuh baju layan isteri masak..walaupun jadi KETUA NEGARA...

Sebab SEMUA menteri dan PECACAI AWAMnya bertanggungjawab kepada ALLAH dan RASUL...bukan KPI...

Anonymous said...

tulang ikan said...

kes TB nk jadi CEO pulak cmna?kita xleh lupa n xleh dimaafkan..im sorry......
.

Iyelah Tulang Ikan. Kitorang paham la kao jales. Kau kan taraf drebar lori sampah Alam Flora je.

Mana ada klas nak jadi CEO.

Tu yang kao jales tu.

Tulang Besi said...

Silakan Abu Husnie

Anonymous said...

Kalau semua pemimpin pas mcm TGNA,dah lama aku sokong pas.Tapi kebanyakan pemimpin pas yg duk ada sekarang jenis hipokrit,kebanyakannya guna agama untuk kepentingan dunia.Konon2nya nak tegak syiar islam,tapi sebenarnya berjuang untuk dapatkan jawatan,kuasa dan RM.Kalau ikhlas dan betul2 berjuang untuk agama islam kenapa mereka ini tidak letak jawatan?Sedangkan telah jelas ada segelintir pemimpin2 pas yg menjadi asbab fitnah pada org islam disebabkan ahklak buruk,sifat mengkhianati setiakawan perjanjian dan pembohong .Seperti Hassan ali,nasha,mustapa ali dan TGHA sendiri.Ada diantara mereka pulak,dulunya sebelum menang dalam pilihanraya dan dapat jawatan,tak tinggal pakaian sunnah seperti kepiah dan jubah,tapi kini kepiah diatas kepala pun dah jarang2 nak pakai atau tak pakai langsung,malah mula bermegah megah pula dgn pakaian kot dan tali leher ciptaan yahudi.Lepas tu pula dah jarang2 nak turun kawasan untuk menziarahi dan bertanya kabar dgn org2 yg telah mengundi mereka.

Anonymous said...

Anon:
December 16, 2009 6:07 PM

Awat kat betul ke kata Tulang ikan tu?
Nape kes TB teringin kan jawatan ceo tu tak kan nak diam kot. aku dah mohon bg pihak TB, suruh pegawai berkenaan ujud 1 jawatan ceo tambahan dlm alam flora & ko pulak aku nak offer tukang kutip sampah sama ngan bangla2 tu.

ko nak ke. ko jgn jelas tulang ikan taraf drebar, ko pulak taraf kutip sampah

Anonymous said...

ajis suci?????

wek..loya eh tengkak aku dgr..

isu abuya ajis dan keluarga maksum beliau amalkan kronis tu dah lama,inner circle abuya ajis dan family dah lama kaya raya di kelate tu..cuma skrg je br org nak bunyi..

dgn peniaga kb ajis buat taik...

projek limau kasturi taik ajis bersepah kat situ..

projek tabung kifalah dah jd tabung ajis n the geng...

kambing jamnapari dah jadi anak pari..

tanah d g.musang abis amk jual ko cina..

projek depu tnggl billboard je..(maklum la kelate ni famous dgn kemajuan dan keislaman melalui billboard)

ajis mu sbgi MB kena bertanggungjwb keats semua tu...

tule besi..
kl mu bodo dan xth pasal kes arifahmi mu xpayah duk kecek..

what the fuck dia ajis suruh AAF letak jawatan..burit dia ajar ajis mu suruh dia ltk jawatan..