"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 11, 2010

Epilog Ariffahmi...

Reactions: 
Oleh : dr_sabirin_ehsan

Saya berkesempatan menghadiri majlis penerangan dan dialog Lujnah Penerangan PAS pusat di Shah Alam pada 9hb Januari 2010. Tahniah sahabat saya Ustaz Idris Haji Ahmad yang telah menganjurkan majlis penerangan yang saya pasti amat berguna buat buat saf kepimpinan PAS negeri dan kawasan. Penerangannya sangat informatif dan ucap utama oleh YB Dato' Seri Presiden merupakan satu pembukaan terbaik diawal tahun 2010.

Walaubagaimanapun dalam sesi soal jawab disebelah petang, Ustaz Baihaqi Ketua Penerangan PAS Kelantan telah ditanya dengan soalan panas mengenai isu Arifahmi. Nampak ketara sekalai mood ahli PAS seluruh negara supaya Ir Arifahmi supaya SEGERA BERUNDUR. Jelas sekali perwakilan yang hadir menyedari kesilapan yang telah berlaku dalam hal perlantikan Arif dan juga Ustaz Baihaqi menyatakan juga bahawa Arif sepatut berundur! Namun 'nak buat lagu mano, beliau sendiri (Arifahmi) tok sey berundur segera' (memetik loghat Kelantan dalam jawapan YB Ustaz Baihaqi).

Nampaknya beliau mempunyai satu agenda sendiri dan peribadi dalam PMBK melangkau kepentingan kerajaan negeri dan jamaah iaini Parti Islam SeMalaysia (PAS). Beliau juga kelihatan kebal dalam apa jua keputusan parti sehingga anggota Exco dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri tidak mampun untuk memberi nasihat undang-undang dan pentadbiran kepada YAB Menteri Besar.

Tinjauan dan kajian perespsi yang dijalankan oleh seorang penyelidik di sebuah Institusi Pengajian Tinggi mendapati sebenarnya PMBK tidak punya apa-apa kejayaan membanggakan dibawah pimpinan Ir Arifahmi. Kajian ini mengesyorkan satu jawatankuasa audit bebas ditubuhkan serta merta bagi mengaudit semua projek PMBK, meneliti akaun PMBK, menyiasat kegiatan CEO samada penggunaan wang dan harta PMBK, meneliti pelunjuran jangkapendek dan jangkapanjang PMBK yang telah diutarakan oleh Ir Arif kepada YAB Menteri Besar.

Kajian ini juga mengesyurkan satu J/Kuasa Pencari dan Pemilih (Search and Select Committee) untuk mencari pengganti Ir Arif dengan lebih telus dan professional. Jika tidak sejarah PMBK yang hitam ini balal berulang kerana kemungkinan Ir Arif dan 'kitchen cabinet' Tok Guru akan memainkan peranan mencari pengganti Ir Arif dan mungkin dikalangan yang lebih buruh dan pelahap lagi nafsunya.

Sumber - Tranungkite Online v10

8 comments:

Anonymous said...

Salam tuan tanah..sabar je la lg 2 bulan bukan lama pun..lain la siempunya badan kata nk letak jawatan lg 2 thn..yg tu aku pun fedup..kita sama sebumbung ni dh la cukup2 la tu berperang sama sendiri..musuh senyum jer..kerja dia kita yg tanggung..ni kalo line clear ni mau mat monggol bubar parlimen ni..sbb org kita asyik dok bkekah sama sendiri..yg bloger bgasak sama bloger..pemimpin pun sama...dah la weh PRU lg setahun weh..

atas pagau said...

Salam tuan/puan anom kat atas ni..mana leh berhenti lg dendam x terbalas..

Anonymous said...

Kalau orang banyak MoU dan MoA yang nak sign dalam masa dua bulan ni. Betul ke?

Anonymous said...

Harap TGNA x buat kesilapan mcm ni lg....

kepten Zero said...

Dia dok tengah mengkemaskini dan hilangkan fail yang boleh jejaskan kddkan dia. belum letak orang dah dedah hal kek RM650.00. bila letak nanti banyak lagi. Ini yang tok guru tak tau. kek pun tokguru tak rasa isteri dan anak2,cucunya yang makan. Dgn tiada lagi kek lepas ni tentu nik emalina akan kempunan bersama tuan Sabar-iak. Ini yang takmau arif berhenti dan suruh exco yang berhenti.

Anak Lenggong said...

Mana dia tak minta sambung sebab nak ilangkan fail yang disorok kat bawah tikar sebab dia takut..silap haribulan ngan dia dan anak beranak tok nik sekali kena angkut dibicarakan sebab slah guna kuasa..Tok Nik tu terpaksa akur juga sebab dia pun dah numpang sekakai..sebab tu lah isu menantu nya dia dok diam jee..

Anonymous said...

anak lenggong baru keluaq hutan weh..tikar padia ang ckp ni.cara bercakap pn kita dah tahu anak lenggong ni org asli tasik banding.adaa ka tikaq....haih..

Anonymous said...

It's a world of capitalism now. Get real and be progressive with Islam at heart and mind.