"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 30, 2010

JK Tatatertib PAS: Kenyataan Rasmi EXCO DPP Pusat

KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

1. Keputusan Jawatan Kuasa Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kepada YB Dato' Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, Jawatan Kuasa Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

3. Amat menghairankan bila individu yang bermati-matian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato' Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

4. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. Jawatan Kuasa Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti Pakatan Rakyat. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato' Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan Pakatan Rakyat perlu dihadapkan ke Jawatan Kuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb. Oktober, 2009.

5. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti Pakatan Rakyat dalam PAS.

6. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota EXCO Kerajaan Negeri yang sentiasa bercanggah dengan Menteri Besar dan EXCO yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

7. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

8. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan Jawatan Kuasa Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatan Kuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

9. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada Jawatan Kuasa Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

10. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semula aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

11. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti Pakatan Rakyat maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.

Yang benar,

ABDULLAH ABDUL KARIM (alqanuni2000@yahoo.com)
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG SESI 2009-2011


30hb. Januari, 2010

12 comments:

Sumo Piar said...

Could it be that Khalid got the axe because of the "Allah" issue that he misrepresented and PAS should accept it as Muslims would, "This is the retribution as willed by Allah".

MANSOR JUNUS said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan Sdr Abdullah Karim. Dalam masa yang menyanjungi beliau kerana berani pula mengatakannya. Yang ringkasnya keputusan tersebut adalah macam kartun. Betullah ramalan saya, dari awal lagi saya telah menduga penyiasatan akan berkesudahan macam ini.

Saya melihat kalau ini lah sahaja kemampuan dan kebijaksanaan yang ditunjukan oleh pemimpin2 teratas parti, maka hampalah sandaran rakyat kepada PAS. Tak payahlah pasang angan2 tinggi.

Anonymous said...

Aku menyokong pendirian exco DPP diatas. Aku dari dulu lagi tidak percaya bahawa fraksi UG dalam PAS ni dah berkubur. Aku juga tidak pernah percaya setiap kenyataan samada dari Presiden PAS ke, SU Agong PAS ke atau mana-mana pemimpin fraksi Ug yang isu kerjasama PAS dgn UMNO dah ditutup.

Apalah bodoh sangat mereka ni. Kalau dah terhegeh-hegeh nak join UMNO, pi je isi borang UMNO. hari ni depa isi borang, sebulan lepas najib dah luluskan.apa yang depa nak malu - precedent bekas Presiden PAS masuk UMNo pun dah ada. Bekas SU Agong PAS keluar PAS masuk UMNO pun ada.

PAS bukan milik peribadi mana-mana pemimpin fraksi UG hatta Dato Presiden PAS sekalipun. PAS juga telah melalaui pelbagai cabaran getir sepanjang kewujudannya. Masalah fraksi UG ini adalah kecil, aku percaya mereka akan gagal dalam usaha mereka.

bat8

kolonikof said...

Dulu rakyat ketawakan umno pasal politik wang...kairy diberi amaran....

Hari ini rakyat ketawakan pas...hassan ali diberi amaran...

Pegi jahanamlah jawatankuasa pas....Hakk puiiii....

Nizam said...

Sekarang ni para pemimpin PAS masih berdiam diri. Lepas ni mereka akan bersuara dengan mengatakan komen atau kritikan-kritikan ini datang dari agen UMNO padahal UMNO hanya berdiam diri tak perlu buat kerja dah.

Aku nak tunggu maklum balas dari tantawi pemuda pas paling bangang yang pernah aku tengok sejak dah 4 kali mengundi ni.

Anak PR Selangor said...

He he nak tergelak sunggguh dengan keputusan JK Tatatertib PAS... Pengerusinya bergelar Ulama PAS??

Anonymous said...

Apa boleh buat, Jawatankuasa Disiplin PAS kembar siam dengan AJK Disiplin Umno, gara-gara virus UG. Lepas ni kami aorang biasa di sini tak payah lagi mengundi untuk calon Pas, sebab puak PAS dan umno sama saja. Lebih baik aku undi PKR atau DAP. Kirim salam sama PAS. Kalau PAS tanding di situ aku akan rosakkan undi tu.

Anonymous said...

Maka selesai sudah proses pereputan PAS yang dilaksanakan oleh pemimpin PAS sendiri.

Untuk saudara Abdullah, syabas untuk saudara kerana berani mengeluarkan yang kata yang benar walaupun pahit. Tapi hakikatnya selagi PAS dipimpin oleh Presiden yang lembab, diseliputi oleh S/usaha Agong, timbalan Presiden dan beberapa kerat pemimpin lagi yang dungu dan tamak jawatan, selagi itulah fraksi UMNO dalam PAS akan terus dilindungi.

Untuk semua pemimpin PAS, bersedialah kalian untuk jatuh ditolak oleh para pengundi dalam PRU 13 nanti, terutamanya Hasan Ali... janganlah nak berangan nak jadi MP atau Adun lagi. Jangan haraplah PAS nak jadi "Government inwaiting' kalau ini sikap PAS yang sentiasa lembab dan bangang.

Anak Lenggong said...

Bila sesuatu pendirian pemimpin tak sebulu dengan kumpulan PAS4ALL..maka anon2 pacacai yang dok menjadi sampah jalanan dan pak turut puak Erdogan akan menyalak ditepi longkang padahal mereka takde pun kuasa untuk memilih pemimpin...tetapi mereka tak sedar bahawa sekiranya pemimpin yang dikeji tu tak mendapat kepercayaan dan undi daripada perwakilan masakan mereka dipilihh...aku ingatkan puak yang mengaku pejuang islam tu baik belaka tapi rupanya sama je..malah perangai lebih terok daripada orang umno..mu pun tau cah keting gak ...

Mengkudu said...

Sedih dengan kenyataan saudara Abdullah Karim mengenai dengan keputusan AJK Disiplin tempoh hari. Sepatutnya saudara sebagai ahli DPP dan juga NDPP menyerahkan sepenuh kepercayaan pada AJK disiplin untuk membuat keputusan muktamat sepertimana pemimpin2 pusat mengamanahkan mandat pada AJK tersebut. Saudara sepatutnya menerima segala apa keputusan tersebut dengan hati yang lapang dan saudara sepatutnya juga berdoa semoga segala apa yang telah ditetapkan oleh AJK Disiplin tersebut bukan sja dapat memberi kebaikan pada semua tapi mendapat keredaah.

Jadi, saya tak faham kenapa seorang DPP tidak mempercayai dan mempertikaikan lagi keputusan yang ada.

Dimanakah tanggung jawap saudara sebagai DPP dalam menghormati segala keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Apa akan jadi pada saudara Abadullah jika segala keputusan yang dibuat oleh saudara akan dipertikaikan oleh ahli2 yang lain kelak?

Apakah moleh sebagai seorang ahli malah DPP pulak tu mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh AJK Disiplin itu yang telah diberikan mandat oleh pucuk pimpinan.

Bagi saya, jika saudara memnpertikaikan, maka, secara langsung saudara mempertikaikan juga pucuk pimpinan pusat. Tetapi persoalannya, kenapakan sasudara tidak sama sekali mempertikaikan semana pembentukan AJHK tersebut. Kenapa saudara mendiamkan diri?

Apakah saudara fikir moleh tindakan saudara ini dimata masyarakat?

Nampaknya saudara masih tidak faham apa itu semangat berpasukan. Saudara masih belum menghayati dan bertanggungjawap sebagai ahli dalam suatu pasukan?

Janganlah terlalu menunjukkan sikap kritis saudara tetapi bukan pada kedudukan yang benar.

Malu dan memalukan...

Anonymous said...

tukar sekali PJ N9

Sebatang kara said...

Salam,

Walaupun ramai tak setuju dengan keputusan ini, tapi kita tak tahu berapa ramai yang wala' dengan keputusan ini. Janganlah kita mementingkan nafsu peribadi semata-mata, akur sajalah sebab yang empunya diri pun akur dengan keputusan ini. Mereka juga telah diberikan peluang untuk merayu. Kita tengok sajalah apa saja keputusan mereka nanti.