"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 01, 2010

Pemecatan Annual Bakhri: Siap Sedia Untuk PAS Masuk BN Siri 1

Nota: Jangan lupa untuk merujuk artikel dari laman Greenboc yang mengandungi kenyataan YB Zul Nordin di sini.

Semua ini telah dirancang dalam pertemuan dengan wakil2 Najib di rumah Pak Din Langgar. Bahawa seorang ahli UMNO bernama Ariffahmi akan digunakan bagi mensenyapkan Tok Guru Nik Aziz. Tok Guru dilihat sebagai halangan terakhir bagi kemasukan PAS ke dalam barisan yang sama dengan UMNO.

Perkembangan yang terbaru dari Kelantan menunjukkan Ariffahmi dan ahli keluarga lain berjaya meyakinkan Tok Guru Nik Aziz bahawa Husam dan kawan2 yang lain telah memfitnah Ariffahmi. Tok Guru sekarang ini tidak mahu lagi mendengar nasihat dari sesiapa sahaja kecuali dari ahli keluarga beliau.

Natijahnya, Annual Bakhri telah dipecat dari jawatan yang beliau telah pegang selama 10 tahun. Ahli-ahli keluarga Tok Guru berjaya menyakinkan Tok Guru bahawa Annual Bakhri telah memfitnah seorang ahli UMNO bernama Ariffahmi.

FASA PERTAMA BERJAYA, FASA KEDUA DAN KETIGA MENJELANG TIBA

Annual Bakhri telah dinyatakan sebagai dalang yang menggagalkan usaha “Kerajaang Perpaduang” oleh Nik Abduh sendiri. Ini bukan cakap kosong. Sila rujuk tulisan Nik Abduh dalam blognya satu masa dulu bertajuk "Kerja Kerja Bodoh Dalam PAS".

Nik Abduh dengan jelas menamakan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan ayahanda beliau menolak gagasan Kerajaan Perpaduang. Nah, sekarang barulah kita tahu siapa sebenarnya pembantu-pembantu ayahandanya yang amat dibenci. Antaranya adalah Annual Bakhri Haron yang baru sahaja terpecat dari jawatannya.

Fasa kedua tidak lain tidak bukan adalah pemecatan Husam Musa secara keseluruhannya. Itu yang telah dirancang bersama-sama dengan wakil Najib Tun Razak di rumah Pak Din Langgar bulan Ogos 2009. Bahawa Husam Musa mesti dibuang dahulu dengan apa cara sekalipun.

Maklumat yang saya dapat, Husam Musa akan terkorban dalam bulan Febuary hanya kerana ahli UMNO bernama Arifahmi dan isterinya benci pada Husam Musa. Dan termasuk yang benci Husam adalah Nik Abduh sendiri.

FASA KETIGA ADALAH PERSARAAN TOK GURU

Ya benda tersebut dibincangkan dalam mesyuarat dengan wakil-wakil Najib Tun Razak. Dengan bantuan ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz, selepas Husam disembelih, maka Tok Guru akan diyakinkan untuk melepaskan jawatan politik dan bersara sepenuhnya dari politik.

Mengikut kenyataan Ustaz Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat tempohari, calon PJ Kelantan yang baru adalah Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman. Itulah juga bakal calon MB yang baru bagi negeri Kelantan.

Malahan Nik Abduh secara terbuka mahukan ayahandanya bersara dan berhenti sebagai MB. Adakah kita lupa. Itu bukan cakap kosong tetapi sebahagian dari perancangan yang telah dipersetuji dengan wakil-wakil Najib dalam mesyuarat di Langgar itu.

Satu komen dari pembaca saya :
  • Anonymous said...
  • -nik abduh prnah tulis dlm blog die..'jgn sape2 yg mnahan jika ayahanda ingin meletak jawtan,ayahanda benar2 sudah letih'..nik amar pun prnah sound, "tok guru kna segera menamakn penggantinye agar tak brlaku krisis semasa peralihan kuasa"..
  • -bkn stakat geng perpaduang smakin kukuh di ganu malah di kelate pun dah nmpak taring geng2 perpaduang nie..
  • -ape agaknye pemimpin2 pas yg lain spt mat sabu, mujahid , dzulkifly,husam , nizar,mahfuz, salehudin dll dlm mnghadapi kemelut nie?..
P/s - pd nik abduh,sgguh hebat kamu brpencak,mayb ini yg dikatakan kamu ,seni berpencak yg digemari malaikat..salam kamunting pd kamu..jgn lupe survey2 skali toyota caldina atau mitsubishi evo10.

Hj Mustafa Ali sendiri sedang merayakan kejayaan Fraksi UMNO. Tiba-tiba sahaja Mustafa Ali boleh menyokong kenyataan Tok Guru secara terbuka.. Almaklumlah pucuk dicita ulam mendatang.

(bersambung...)

9 comments:

Anonymous said...

Moga Allah melindungi TGNA dan memberi kesihatan kepada beliau untuk menghadapi perang saraf ini... - Neo

pengundi bulan dan roket said...

jadi memang betul la presiden pas sudah pun meninggalkan dunia. haru biru ini tak akan berlaku kalau presiden pas masih hidup.

mesyuarat agong luar biasa wajib diadakan untuk memilih presiden pas yang baru.

pas selangor jadi cawangan umno, pas kelantan pula sudah mula berebut royalti minyak.

alfatihah untuk tok guru dato seri haji hadi presiden pas.

FaridShah said...

PAS nak bersama UMNO/BN !
mampuih pi..

Pemimpin & penyokong terutama wakil rakyat yg benar2 bersama rakyat, diharap akan terus berjuang dlm pakatan rakyat. Biarpun tanpa PAS, parti lain kan ada...

Jangan wala' tak tentu pasal !

Lawan Tetap Lawan

Anonymous said...

Kita tengok ANAK BUNUH AYAH DAN ROGOL IBU DAN ADIK2............

Nokia E 90 said...

Bebas dari ISA dengan syarat JATUHKAN Kerajaan PAS Kelantan?

Anonymous said...

nak tanya tulang besi: "dari apa yang saya dok perati yang meke tulis ttn kerajaan kelantan" 1. awak cadangkanlah sapa yang patut jd MB dan yg lain2nya.

Anonymous said...

TB adalah ahli pas sejati, PAS sepatutnya melantik TB sebagai Presiden PAS ganti TGHH dan Mursidul Am menggantikan TGNA, TB juga layak untuk menjadi Ketua Penerangan PAS, TNP, ketua dewan Ulama, dan ketua lujnah2 yg lain jugak..

org PAS cam ne?? STUJU???

Anonymous said...

Hadiah tahun baru 2010 dari PAS kpd agama kristian di malaysia bersesuian dgn slogan PAS FOR ALL..

Perkataan ALLAH dibenarkan digunakan untuk majalah katolik herald…

Bravo dan sekalung tahniah kpd pas kerana benar2 dapat mengaplikasikan slogan PAS FOR ALL

Dlm kamus dewan skrg, ALLAH bermaksud Tuhan Yang Esa..

Nampak gaya kamus dewan kena revise blk maksud ALLAH.

Perkataan ALLAH tidak pernah ada dlm bible sblm ini dan tahniah sekali lagi kepada PAS kerana telah mencipta satu sejarah baru bagi umat islam dan kristian di malaysia….

Faisal Tehrani ada mengulas mengenai isu ni… tehranifaisal.blogspot.com

Anonymous said...

anon 1.55pm. ko sape nak tanya org pas setuju ke tidak...