"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, April 24, 2010

15 Tahun Penantian: Bekas Peneroka Felda Sg Buaya Terima RM50,000

Seratus bekas peneroka Felda Sungai Buaya, termasuk waris mereka menerima wang pendahuluan RM50,000 bagi pampasan tanah daripada kerajaan Persekutuan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bayaran pendahuluan itu yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak.

Najib berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya dalam bentuk bank draf.

Beliau berkata demikian di majlis penyampaian pembayaran tanah Felda kepada bekas peneroka, penyerahan cek pembinaan jalan susur keluar masuk Sungai Buaya dan penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau di Hulu Selangor di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di Hulu Selangor.
Kupasan dari Othman Inayatullah :

Setelah mengharap lebih 15 tahun KERAjaan Persekutuan atau KERAjaan BN hanya mampu membayar sebanyak RM50 ribu tunai untuk setiap keluarga. Namun begitu kemusykilannya kenapa tidak dibayar tunai secara total sebanyak RM50 ribu bukan tunai RM 1 ribu dan bank draf RM 49 ribu.

Bila agaknya bank draf tersebut hendak diserahkan kepada mereka ini atau mungkinkah bank draf tersebut pun "dummy" sepertimana yang pernah Najib lakukan terhadap Kerajaan Negeri Terengganu dalam pembayaran Royalti Minyak.

Wahai bekas peneroka Sungai Buaya jangan seronok sangat, belum tentu tuan/puan akan dapat baki RM49 ribu itu nanti. Ini adalah berasaskan beberapa kes yang membuktikan rakyat dihambakan dan dibodohkan tahap maksimum.

Kes pertama merupakan kes Felda Labu Sendayan yang sehingga ke hari ini, bekas peneroka tidak mendapat bayaran tanah mereka yang dijanjikan oleh KERAjaan Negeri Sembilan (KERAjaan BN). Apa dah jadi dengan mereka?

Kes yang kedua, dalam Pilihanraya Permatang Pauh, BN (UMNO) telah mengeluarkan cek untuk pembangunan masjid di sana tetapi cek yang diberi merupakan cek tendang. Cek tak laku.

Kes yang ketiga, mana rumah untuk warga Bagan Pinang yang dijanjikan semasa PRK di sana..?

Sebenarnya banyak lagi kes yang menunjukkan bahawa BN adalah parti penipu. Jika hendak diceritakan di sini, sebulan tak habis. Terus terang saya katakan bahawa tuan/puan hanya menerima RM1 ribu sahaja bukan RM50 ribu.

Tuan/Puan hanya mendapat RM5.56 sebulan manakala warga emas di Pulau Pinang menerima RM8.33 sebulan. Oleh itu saya ingin ucapkan "takziah" kepada tuan/puan terlebih dahulu.

Jangan bersedih kerana harga tuan/puan lebih rendah daripada warga emas Pulau Pinang. Untuk pengetahuan tuan/puan, KERAjaan BN sebenarnya tidak mempunyai cukup duit untuk diagihkan kepada kaum kerabatnya.

Bukti menunjukkan KERAjaan BN tidak mempunyai duit apabila Peruntukan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dikurangkan sebanyak 50% daripada tahun 2009. Arahan mengamal penjimatan semaksimum telah diterima semua farmasi dan klinik kesihatan.

Jangan terperanjat tuan/puan terima paracetamol sebanyak 9 biji iaitu untuk 3 hari (tbs). Jika peruntukan perubatan dipotong, adakah tuan/puan bakal diberi keutamaan untuk dibayar RM50 ribu?

Cuba tuan/puan bayangkan kenapa Najib kata nak beri baki RM49 ribu pakai bank draf. Kerana beliau tak punya keyakinan tentang kekuatan kewangan negara. Mana Najib nak cari duit sebanyak RM4.9 juta..?

Maka untuk mendapatkan undi tuan/puan beliau korbankan RM100 ribu. Kesian tuan/puan yang akan ditipu dan terus ditipu oleh anak Razak. Fikirkan ya.

Kupasan dari TPU:

Ala... tak payah pikir panjang-panjang la... buat serabut je... korang ingat kalau tak de Pilihanraya Kecik korang semua boleh dapat ke RM1,000 tu..? beb... 15 tahun korang dok tunggu, jangan kan sehengget, sekupang pun tak berbau...

Ini nasib baik la jugak ada Pilihanraya Kecik... kalau tak de Pilihanraya kecik... korang tunggu je la sampai mati...

Tu balance RM49,000 tu bila nak baginya..? kalau UMNgok/Beer eNd menang kompom kena peram payment tu... kalau UMNgOk/Beer eNd kalah... lagiiiiiiiii laaa...!!!

Eh... tak kan korang tak tau perangai Yahudi Lakhnat..?

3 comments:

azman kamarul said...

Kalau masih nak rasa kena tipu lagi dengan pemimpin umno....silalah memangkah bn di hulu selangor....kalau tak percaya try lah.

UMNO dan PEMIMPINNYA memang selicik yahudi kalau bab menipu ni.

I help you, you help me wakakaka... said...

Baru jeh anti-firaun bangga atok dia hampir lumpuh tunggu RM50,000...siap berterima kasih lagi dia kat najib

wakakakaka

Anonymous said...

Kalo undi PKR habok pun tarak. Wakakaka..

Layak ker korg nak menyalak dpt lambat ke x? Sukati BNla dier nak bg dlm draf bank ker, tunai ker, xpun cek tendang ker..janji deposit da masuk. Bukan mcm khalid janji nak bg selepas 3 bulan. Phm2 jerla kalo janji pastu habok pun tarak. Mcm ketua kampung Buah Pala yg da kene kencing ngn Anuar tuh he..