"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, October 27, 2009

Minta Nik Abduh Tunjuk Siapa Yang Berbohong

Ustaz Nik Abduh, EXCO pemuda PAS Pusat telah dipetik Malaysiakini mengeluarkan kenyataan yang bertajuk 'Ahli PAS hanya berani berbohong'”.

Di dalam kenyataan tersebut beliau dipetik berkata:
  • ““Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sesetengah ahli PAS cukup berani berbohong dan memfitnah melalui blog.
  • "Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya.
  • "Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar," tulis anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dalam blog peribadinya hari ini.
  • "Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia."
Saya hendak bertanya, bukankah mulanya orang mempersoalkan kewibawaan Tok Guru adalah dari artikel yang beliau tulis sendiri. Artikel yang beliau tulis sewaktu ayahanda beliau berada di Mekah jelas merendahkan kewibawaan ayanhandanya sendiri kerana beliau sendiri ayahandanya mudah diperkotak katikan.
Tok guru Nik Aziz terpaksa menjawab tuduhan2 tidak berasas yang menjatuhkan maruah beliau sebagai MB yang berjaya mengalahkan 3 Perdana Menteri. Adakah patut Tok Guru digambarkan oleh anaknya macam lembu kena cucuk hidung. Bapanya seperti boneka, tidak mampu untuk membuat penilaian dan perkiraaan sendiri. Lupakah Nik Abduh, ayahandanya telah mengalahkan 3 Perdana Menteri sekaligus pernah berlawan dengan Paduka Sultan Kelantan sendiri?

Ertinya kempen fitnah terhadap ayahandanya adalah dimulakan oleh Nik Abduh sendiri. Saya tak faham apa jenis anak yang sanggup memalukan orang tua sendiri. Anak Abdullah Ubai sendiri meminta kebenaran dari Rasul SAW untuk membunuh ayahnya yang munafiqeen kerana beliau tidak mahu berdendam dengan orang2 yang akan membunuh ayahnya.

Orang lain, bagaimana teruk bapa, akan cuba melindungi keaiban bapanya. Tapi, Nik Abduh pergi sebar cerita bohong kononnya ada pihak ketiga dan bapanya seperti lembu cucuk hidung.

Tok Guru sendiri menafikan tuduhan ini yang sebenarnya tuduhan ini berasal dari artikel yang ditulis oleh Nik Abduh sendiri. (“Saya Sudah Tua Untuk Didalangi”)

Sekarang ni, bila timbul isu hangat sebegini, dia cabar pula minta orang jangan sebar fitnah. Nik Abduh sendiri tidak pernah menamakan orang-orang yang beliau tuduh menghasut bapanya itu.

Ertinya, jangan berani menuduh orang kerana yang jelasnya tuduhan itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Nik Abduh sendiri tidak dapat membuktikan dakwaan beliau kononnya ayahandanya telah termakan hasut. Malahan, tuduhan ini telah dinafikan oleh Tok Guru secara terbuka.

Ada pulak mamat sekor dari PAS Terengganu nama Saiful Bahri Mamat pun nak tumpang sekaki keluar kenyataan yang sama (PAS Terengganu Dakwa Ada Pihak Ketiga).

Jangan sampai saya dedah pasal Nik Abduh pulak sebab saya hormat bapanya dan saya rapat dengan pakciknya, Ustaz Nik Radzi. Nasihat saya pada Nik Abduh, berhenti pandang rendah pada bapa sendiri. Berhenti jadi alat orang lain. Cuba belajar dari pengalaman ayahanda yang telah berjaya mengalahkan 3 orang Perdana Menteri. Bukan itu satu perkara yang mudah, tapi ayahanda Nik Abduh berjaya melakukannya.

Tulang Besi


Nota: Kalaulah Mahfuz panggil saya dan Mahfuz hentam mana-mana pimpinan PAS Pusat, itu tak pa sebab saya ahli PAS, blogger PAS dan Mahfuz adalah pimpinan PAS. Itu cuma hal dalam rumah tangga PAS. Ia tidak kemana. Saya tahu simpan rahsia.

Tapi, bila panggil blogger yang doa tok guru mati cepat (Mahaguru59), maki Tok Guru macam takda maruah (Akramsyah), fitnah Husam Musa (MSO) dan beberapa blogger UMNO lain yang mulut lancang dan kuat amalkan dosa Qazaf, lepas tu maki Husam Musa, tuduh ada pengaruh Anwar dalam PAS, buat fitnah kepad PAS dan kepimpinan PAS yang lain, maka itu adalah satu pengkhianatan kepada parti.

Bertemu Blogger2 UMNO & Pro UMNO Untuk Memfitnah Sesama Pimpinan PAS..?

Sesungguhnya saya mendapat laporan telah berlaku perjumpaan anjuran Roslan SMS dan Ustaz Mat Zain di KUIS tempohari untuk membincangkan bagaimana hendak menangani masalah2 blogger yang ramai dan majoriti “hostile” pada kepimpinan PAS Selangor.

Tidak sangka2 saya satu perjumpaan telah dianjurkan dengan beberapa orang blogger UMNO (dan PAS ada jugak) yang mana blogger2 ini jelas menampakkan kebencian mereka kepada Tok Guru Nik Aziz kita. Namun, mereka dijemput dalam satu pertemuan ramah mesra dengan kepimpinan PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Dato Hasan Ali.

Misalnya, dijemput dalam majlis itu, si Mahaguru59. Saya menulis satu artikel khas mendedahkan bagaimana dia pernah mendoakan Tok Guru Nik Aziz mati cepat. Juga dalam jemputan adalah Akasyah Sanusi Junid yang merupakan anak kepada Sanusi Junid, musuh tradisi PAS Pusat dan juga kawan saya satu sekolah agama dulu. Beliau juga tidak kurang nista dan fitnah beliau ke atas Tuan Guru Nik Aziz yang kita cintai itu.

Ada juga Mohammad Sayuti Omar/MSO/Tinta Merah yang juga saya telah jelaskan aktiviti beliau memfitnah Dato Husam Musa sehingga imej Kerajaan Kelantan terjejas sedikit akibat laporan BPR yang dilakukan oleh Norzula Mat Diah. Norzula telah membuat beberapa laporan BPR berdasarkan kepada artikel2 yang diterbitkan oleh MSO hasil dari rasa marah MSO kepada Husam kerana tidak mahu membantu rakan bisnes beliau yang UMNO dalam isu pembelian kambing Jamnapuri.

Ada juga Azizi Abdullah yang juga terkenal pro kepada Fraksi UMNO. Dan lain-lain lagi. Ada juga seekor blogger yang menggunakan nama “Blog GOMO” yang memanggil Tok Guru kita dengan nama Nik Ajis.

Selain dari itu, dijemput juga seorang Blogger nama Al Brangi yang memang bai'ah kepada kepimpinan PAS Terengganu. Kalau baca laporan beliau amat berlawanan dengan laporan blog dari Al-Banjari yang juga telah dijemput.

Tup tup dia pegi jemput juga Al Banjari, tu yang meletup isu ini sampai ke puncak. Dari pembacaan saya pertemuan tersebut adalah untuk membina satu pasukan blogger yang mampu mempertahankan kepimpinan PAS Selangor dan juga Fraksi UMNO di dalam usaha mereka membawa PAS kepada UMNO.

Perkataan2 Yang Tidak Enak Yang Diungkapkan Di Hadapan Blogger UMNO


Oleh kerana Al-Banjari mempunyai imej yang hanya berkata benar dan mempunyai rekod bersih berkata benar, maka di bawah di bawa beberapa ungkapan yang telah diungkap oleh Ustaz Nasa dan Hasan Ali di hadapan blogger2 UMNO yang dilaporkan di blog beliau :

Dilaporkan dalam blog Al-Banjari bahawa telah berlaku satu pertemuan antara Blogger dengan Dato Hasan dan ustaz Nasauddin Mat Isa di kediaman Dato Hasan di Pinggir Taman Tun Dr Ismail.

Laporan beliau adalah :
  1. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.
  2. Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Diketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
  3. Husam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.
Sumber - http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html

Al-Banjari memberi respon kepada laporan dari seorang blogger UMNO yang turut dijemput. Dan beliau mengesahkan ungkapan2 di atas telah datang dari kepimpinan PAS yang hadzir. Al Banjari kata dia ada recording lagi berkaitan dengan perjumpaan tersebut bagi menentang laporan2 liar dari sumber2 UMNO.

Walau bagaimanapun, ungkapan2 di atas DISAHKAN oleh Al Banjari.

Bolehkah Mengeluarkan Fitnah Pada Sesama Pimpinan?

Kalau benar apa yang disahkan oleh Al Banjari, maka ia bererti:
  1. Isu kerajaan Perpaduan masih lagi berlegar dan masih kuat dalam mind Fraksi UMNO.
  2. Fitnah “Husam agen Anwar” masih lagi disebarkan oleh mereka2 yang pro kepada UMNO.
  3. Kata2 seperti “wala’” kepada pimpinan hanya kata2 kosong dari mereka kerana jelas mereka sendiri menaja fitnah ke atas Husam Musa.
  4. Mereka mahu menyembunyikan hasrat membawa PAS kepada UMNO dengan menaikkan isu “pengaruh Anwar”. Padahal, tiada siapa yang menjadikan Anwar sebagai rujukan dalam isu ni.
  5. Mereka lupa bahawa Arwah Ustaz Fadzil sendiri mahu melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Alternatif menang.
  6. Mereka kata juga mereka sokong SELCAT pada waktu yang sama mereka suruh SELCAT dirombak. DAn tiada bukti pun pegawai2 kerajaan dilayan tidak baik?
Blogger UMNO dijemput untuk membantu mereka membersihkan PAS dari pengaruh blogger yang anti kepada usaha membawa PAS kepada UMNO. Itulah motif sebenar perjumpaan dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali.

Kemungkaran ini wajib dilawan dan dihentikan oleh semua ahli PAS. WAJIB.

Tulang Besi

Monday, October 26, 2009

"Saya Sudah Tua Untuk Didalangi" - Tok Guru Nik Aziz

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini menafikan percubaan mereka-mereka yang cuba untuk menyebarkan fitnah kononnya ada pihak ketiga yang menghasut Tok Guru. Antara kenyataan-kenyataan yang boleh dibaca adalah dari PAS Terengganu (PAS Terengganu Dakwa Ada Pihak Ketiga)ataupun dari Utusan Malaysia (Kumpulan liberal gunakan Nik Aziz?). Ini semua kerja fitnah yang dilakukan oleh UMNO dan Fraksi UMNO dalam PAS.

Saya sudah tua untuk didalangi — Nik Aziz
Oleh - Mohd Zuharman

KOTA BHARU, Okt 25 — “Saya dah tua tak perlu jadi didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”

Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.

Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.

Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.

Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.

Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.

Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.

Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.

“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini.

Tulang Besi

Benarkah Tindakan Disiplin Telah Diambil ke Atas Hasan Ali?

Puak2 Fraksi UMNO dalam usaha mereka menjatuhkan imej Tok Guru Nik Aziz menyebarkan cerita kononnya pihak Presiden dan pimpinan PAS Pusat telah pun memberi amaran kepada Hasan Ali.

Mereka mahu memberi gambaran kononnya tindakan telah diambil oleh Presiden dan kepimpinan PAS Pusat berkenaan dengan Hasan Ali dan segala tindakan beliau yang jelas melanggar keputusan Muktamar. Keputusan Muktamar yang saya rujuk adalah keputusan muktamar yang mewajibkan PAS memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat. Semua orang tahu apa yang Hasan Ali telah lakukan dan apa yang beliau telah lakukan merugikan serta mensabotaj Pakatan Rakyat.

Saya sudah dedahkan banyak kali dalam blog ini tapi sebagai contoh, sila rujuk artikel saya yang bertajuk “Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT”.

Segala pernyataan kononnya Hasan Ali telah diambil tindakan disiplin dinafikan sendiri oleh Naib Presiden PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam blog beliau.

Dinukilkan :
Tuan Ibrahim memberi kepastian sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh kepimpinan PAS Pusat ataupun oleh AJK PAS Pusat berkaitan dengan masalah disiplin yang dilakukan oleh Dato Hasan Ali.

Saya sendiri telah merujuk kepada ramai AJK PAS Pusat dan mereka sendiri menafikan ada apa-apa tindakan yang telah diambil ke atas Hasan Ali hatta amaran sekalipun tidak pernah dikeluarkan ke atas Hasan Ali di atas segala tindak-tanduk beliau yang jelas berlawanan dengan keputusan Muktamar di Shah Alam dan Ipoh.

AJK Disiplin hanya akan mengambil tindakan memanggil Hasan Ali sekiranya ada surat rasmi dihantar kepada mereka samada dari AJK PAS Pusat, Presiden atau sesiapa sahaja yang berotoriti dalam PAS.

Nasihat saya pada para pendokong Fraksi UMNO, berhentilah menyebarkan cerita-cerita dongeng demi menyelamatkan Fraksi kamu yang semakin dibenci dan ditolak ahli-ahli PAS
Berhentilah berlindung di sebalik “title” ulama kamu hanya kerana kamu lulus Mesir ataupun Indonesia. Hakikatnya, kamu bukan Ulama dan kamu tak sepatutnya dipanggil ulama atas akhlak kamu yang buruk dan perangai kamu yang suka menyebarkan fitnah dan cerita dongeng.

Tulang Besi

Mesyuarat Jawatankuasa Khas PAS Rabu Ini

PAS memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam Rabu ini.

Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau.

Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu.

Mesyuarat ini, katanya, akan membuat keputusan apa akan dibuat selepas ini.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS juga akan mengadakan mesyuaratnya segera. Ia akan diadakan lebih awal iaitu malam ini di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini juga dipercayai ada kaitan dengan tulisan Tuan Guru Nik Aziz dalam blognya.

Sumber - HarakahDaily.Net

Menjelaskan Beberapa Fitnah ke Atas Kepimpinan PAS yang Sudah Bertahun-Tahun Berlegar

Saya sendiri telah mendengar fitnah ini selama beberapa lama. Semenjak saya duduk dalam kepimpinan kampus lagi. Yakni telah wujud satu usaha untuk mencipta sebuah jemaah dalam jemaah. Dan jemaah tersebut dikaitkan dengan kumpulan yang dipanggil sebagai IRC/JIM.

Saya sendiri antara mereka-mereka yang kuat menentang IRC/JIM/MISG sewaktu di kampus dahulu dan saya tetap berpegang dengan pendapat bahawa di kampus2 seharusnya semua jemaah Islam duduk di bawah payung PAS dan bukannya berlawan sesama sendiri.

Fitnah yang selama ini saya dengar menamakan beberapa nama yang mereka kaitkan sebagai “jemaah dalam jemaah” dan mereka-mereka ini dikatakan sebagai pemimpin JIM dalam PAS. Suka saya menggunakan peluang saya ini untuk memberi beberapa fakta yang bakal menguraikan fitnah ini :

Nama-nama yang dikaitkan mencipta “jemaah dalam jemaah” adalah:
  • Khalid Samad – Nama ini adalah nama yang paling kelakar dan paling tidak logic antara nama-nama yang sering diungkap dan diperkatakan. Ini kerana Khalid Samad adalah penggerak “Suara Al Islam” sewaktu di UK dahulu dan Suara Al Islam adalah musuh ketat JIM/IRC. Sebaik beliau kembali ke Malaysia, beliau masuk PAS dan bertanding pilihanraya di Kuala Kerai.
Ceramah Politik PAS yang pertama saya dengar adalah ceramah yang diberikan oleh Khalid Samad sewaktu Markaz Tarbiyyah masih belum siap. Khalid Samad juga pernah ditangkap ISA kerana aktiviti beliau dalam PAS.

Di Selangor, yang kerap menyebarkan cerita Khalid Samad ni JIM/IRC adalah Ustaz Mat Zain, ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Mustahil Khalid Samad ni IRC/JIM kerana beliau berpewatakan keras dan agresif. Mereka2 yang dilatih dan ditarbiyyah JIM/IRC mempunyai perwatakan halus dan lembut.
  • Dr Hatta Ramli – Dr Hatta pun sering dikatakan sebagai pencipt jemaah dalam jemaah dan menjadi penggerak JIM dalam PAS. Saya pernah mendengar ceramah Ustaz Othman Razak, bekas SU Kerja sewaktu zaman Asri. Beliau berkata sewaktu beliau bertanding kerusi Parlimen Setapak pada Piliharaya Umum 1982, beliau tiada jentera dan kesemua anak-anak murid beliau juga tidak mahu berkempen untuk beliau.
Yang berani turun berkempen untuk beliau HANYALAH kumpulan-kumpulan pelajar dari Kampus Medik UKM di Kampung Baru pimpinan Dr Hatta Ramli. Sekali lagi saya sebut, DR HATTA RAMLI. Jadi, bagaimana Dr Hatta Ramli ini JIM kalau beliau sudah berkempen dan aktif dalam PAS semenjak 1982 lagi, di waktu PAS amat lemah dan dipandang hina?
  • Husam Musa – Ini lagi cerita mengarut sebab Husam Musa masuk PAS sejurus selepas deklarasi kepimpinan Ulama diluluskan dalam Muktamar PAS 1982 di Dewan Bahasa Pustaka. Waktu Husam berada dalam kampus UM, IRC/JIM belum wujud lagi di Malaysia
  • Dr Syed Azman – Nama Dr Syed Azman pun dilibatkan sebagai penggerak IRC/JIM dalam PAS. Padahal, Dr Syed Azman adalah penubuh kepada gerakan PAS di USA ( waktu itu namanya MISG-Terra Haute).
  • Dr. Lo Lo Ghazali – Beliau adalah anak kepada bekas pimpinan PAS Perak, Haji Ghazali. Ertinya beliau ini telah PAS sejak kecil lagi. Bagaimana hendak dikatakan beiau ini IRC/JIM?
  • Dr Siti Mariah Mahmud - anak kepada bekas Bendahari PAS Kedah, Hj Mahmud yang tersohor di kalangan ahli2 PAS Kedah. Kalau kita rujuk kepada veteran2 PAS Kedah, semua akan menyatakan Hj Mahmud ini adalah antara yang paling berjasa kepada PAS Kedah.
  • Ustaz Mujahid Yusuf Rawa – Anak Kepada Bekas Presiden PAS Haji Yusuf Rawa. Keluarga saya mengenali Mujahid semenjak beliau kecil lagi dan kami memang tahu beliau ini hijau sekarat-karatnya. Tidak mungkin beliau boleh dijadikan jemaah lain, kerana beliau PAS sejak lahir lagi.
Manakala, terdapat beberapa bekas pimpinan JIM yang menyertai PAS selepas peristiwa Anwar Ibrahim dipecat 1999:
  • Dr Dzul Ahmad - Bekas kepimpinan besar JIM namun beliau telah mengambil keputusan untuk putus hubungan dengan JIM sama sekali dan terus istiqamah dengan PAS
  • Saari Sungip - Dalam satu forum dengan pelajar2 KMUK/MISG di UK, beliau telah menyuruh supaya JIM di UK dibubarkan dan kesemuanya masuk PAS. Beliau kata beliau tidak nampak apa arah tujuan JIM yang boleh menjamin kemenangan Islam (au qama qalla).
Mengapa tidak dipersoalkan background beberapa kepimpina Fraksi UMNO?
  • Nasaruddin Mat Isa - Mengapa sewaktu beliau di Jordan, kepimpinan PAS di sana tidak mengenali beliau?
  • Dr Harun Din- Mengapa beliau hanya aktif sewaktu PAS dalam Barisan Nasional dan apabila PAS ditendang beliau sudah tidak kelihatan lagi? KAlau nak kata takutkan tekanan pemerintah, mengapa Ustaz Ghani abdul Rahman boleh terus istiqamah berjuang walaupun beliau pensyarah di UTM?
  • Mustafa Ali. – Pun hanya kelihatan sewaktu PAS dalam Barisan Nasional. Sewaktu sebelum itu, kita tidak mengenali siapa Mustafa Ali?
Itu adalah beberapa persoalan yang boleh kita persoalkan, kalau mahu dipersoalkan lah.
Hakikatnya, PAS ini adalah seperti kuali yang panas. Kalau ada yang boleh bertahan duduk di atasnya, mengapa mahu meragui keikhlasan mereka. Tak perlu takut JIM atau tidak kerana kalau betul mereka tidak ikhlas mereka tidak akan tahan lama.

Tulang Besi

Mengapa Marah Pada Dr Aziz Bari..?

Dr Aziz Bari telah menulis sebuah artikel bertajuk “Pengajaran dari Bagan Pinang”. Natijah dari artikel Aziz Bari ini telah mengundang beberapa respon yang agak keras terhadap beliau dari beberapa tokoh dalam PAS. Antaranya adalah Roslan SMS, Ustaz Idris Ahmad dan sebuah badan dari Terengganu pimpinan Ustaz Abu Bakar Chik.

Semua respon yang memarahi Aziz Bari itu mempunyai satu hujjah yang sama, yakni, mereka mempersoalkan mengapa apabila PAS menang di semua pilihanraya kecil sebelum ini, yakni Permatang Pasir dan Manek Urai, tidak diminta pimpinan PAS ditukar seperti yang dibuat oleh Dr Aziz dalam artikel ini?

Jawapannya amat mudah, sebelum kedua-dua pilihanraya tersebut, tidak ada isu2 besar ini :
  1. Isu Kuil Seksyen23 dan Demo Kepala Lembu – Juga kepimpinan PAS senyap dan tidak membuat apa-apa kenyataan. Malahan, MIC dan MCA telah menyebarkan cerita bahawa Dato’ Hasan telah menentang pemindahan kuil S19 ke S23 atas dasar, kononnya, ia tidak diperkenankan Paduka Sultan.
  2. Isu ancaman bunuh serta ancaman rogol keatas Khalid Samad dan YB Rodziah dalam “Town Hall Meeting” berkaitan isu pemindahan kuil S23.
  3. ISU SELCAT- Jelas Hasan Ali MENYOKONG pihak pegawai2 kerajaan yang terdiri dari ahli UMNO dan telah melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Dato Hasan secara terang-terangan menyokong pegawai2 ini dan meminta SELCAT supaya dirombak.
  4. Dalam kedua2 isu-Kuil dan SELCAT- Presiden dan Timbalan Presiden PAS senyap sunyi tidak membuat apa-apa kenyataan umum bagi meleraikan kekusutan yang berlaku. Malahan dalam isu SELCAT, Timbalan Presiden PAS secara terang-terang menyokong tindakan Hasan Ali yang jelas khianat kepada Pakatan Rakyat (Rujuk Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT )
Sekaligus, isu2 di atas menafikan sama-sekali hujjah mereka yang tidak bersetuju dengan artikel Dr Aziz Bari, dan menampakkan keperluan berlaku perubahan drastic dalam PAS. Kalau tidak saya melihatkan pengulangan trajedi 2004 ke atas PAS.

Isu-isu yang Telah Mengguris Hati Pengundi Bukan Melayu


Isu-isu di atas adalah isu yang berlaku selepas PRK Permatang Pasir. Isu2 ini telah MENDEDAHKAN kepada rakyat bukan Islam wajah sebenar PAS di bawah kepimpinan Fraksi UMNO. Ia menunjukkan bahawa PAS :
  1. Mempunyai Presiden yang baik hati dan mesra rakyat tapi TIDAK MAMPU memimpin kerana mudah dipengaruhi Geng Terengganu. Boleh tanya sesiapa sahaja dari kalangan pegawai2 kerajaan di Terengganu dan mereka akan mengatakan demikian.
  2. Perjalanan PAS sudah menyeleweng dari janji-janji mereka sewaktu sebelum PRU 2008 dimana PAS menjanjikan “PAS for ALL” dan “Negara Berkebajikan”.
  3. Namun sekarang ini, PAS sudah meninggalkan janji tersebut dan mengambil fahaman “Hidup Melayu” pula.
  4. Tindakan2 melampau Hasan Ali ini merugikan PAS, namun ianya dibiarkan sedemikian rupa tanpa apa-apa pembalasan menunjukkan PAS redha dengan arah tujuan “Hidup Melayu” yang sedang diambil oleh Fraksi UMNO sekarang ini.
Natijahnya… Secara otomatik, PAS sedang ditinggalkan oleh pengundi2 bukan Islam. Petanda-petanda yang jelas :
  1. Kita kalah di peti2 undi Cina dan India di Bagan Pinang.
  2. Kedatangan orang bukan islam ke rumah Terbuka PAS Pusat amat menyedihkan.
  3. Kedatangan orang bukan Islam ke rumah2 terbuka PAS di seluruh negara juga AMAT MENYEDIHKAN.
Kalau tanda2 ini masih tidak difahami atau dinafikan, maka saya tak tahu apa nak kata.

PAS dipimpin Fraksi UMNO

Itu adalah persepsi yang telah lama beredar dan diungkapkan oleh Dr Aziz Bari. Ianya bukan satu khayalan dan ianya berasaskan kepada fakta2 berikut :
  1. Mereka yang duduk dalam kepimpinan PAS tertinggi juga terlibat dalam perbincangan dalam gelap dengan UMNO i.e. Mustafa Ali, Nasaruddin Mat Isa, Harun Taib.
  2. Mereka sanggup MENIPU kepada AJK PAS Pusat tindakan berjumpa dalam gelap sehingga didedahkan oleh Pak Lah sendiri.
  3. Puak yang sama juga menjaja idea “Kerajaan Perpaduan” yang sama sekali berlawanan dengan semangat Pakatan Rakyat yang mahu mengganti Barisan Nasional dan bukan berpadu dengan mereka.
  4. Ustaz Ahmad Awang mendedahkan usaha melibatkan salah seorang kepimpinan tertinggi parti untuk menubuhkan kerjaaan perpaduan PAS-UMNO di Perak.
  5. Kita semua telah tahu usaha menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Selangor.
  6. Mat Said, MB Terengganu, boleh pergi ke rumah PJ Terengganu semata-mata untuk beli kambing? Takkan beli kambing pun nak pegi sendiri. MB Terengganu ni takda kerja lain ke?
  7. Bagaimana sekarang ini kerajaan Mat Said begitu lunak dengan PAS sehingga stadium pun mereka benarkan pakai? Saya masih ingat dahulu PAS nak pakai balairaya pun tidak diizinkan.
Seperti yang diungkapkan oleh Bakaq@Penarik Beca, kalau dah biasa makan tahi, macam mana jauh kita bawa dia dari tahi, tetap mereka akan cari tahi juga.

Atas sebab itulah, Tok Guru Nik Aziz mahu MEMASTIKAN PAS dibersihkan dari elemen2 yang akan menjadikan PAS sebuah parti yang mungkir janji dan tidak amanah.

Tulang Besi

Sunday, October 25, 2009

Tiada EGM, Mesyuarat Khas... Mungkin - Salahuddin Ayub

PAS tidak akan mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini, sebaliknya hanya akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat bagi membincangkan isu parti.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu Bernama hari ini bahawa isu mengadakan EGM sudah tidak berbangkit kerana Nik Abdul Aziz sendiri yang mencadangkan forum itu ditukar kepada mesyuarat khas.

Salahuddin berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di kediaman Menteri Besar Kelantan itu di Kota Baharu malam Sabtu.

"EGM tidak berbangkit lagi. Semalam saya adakan pertemuan dengan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan mendengar sendiri komen Tok Guru tentang PAS. PAS akan mengadakan mesyuarat khas PAS pusat dalam masa terdekat. Nik Aziz sendiri yang memberitahu saya ketika pertemuan di Kota Baharu semalam," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Ditanya sama ada pemimpin yang dikatakan "bermasalah" ada menghubungi beliau, Salahuddin berkata mereka hanya mendiamkan diri.

"Tidak seorang pun menghubungi saya sejak blog itu memaparkan (mengenai EGM)," katanya.

Dan satu Sidang Media akan diadakan pada pagi esok (26 Okt 09) bertempat di Pejabat Agung PAS di Ibu Negara yang akan diketuai oleh Musatafa Ali di Bilik Masyuarat Utama.

Saturday, October 24, 2009

Muktamar Khas Mengikut Perlembagaan PAS Pusat (Nasaruddin Tidak Faham Perlembagaan PAS)

Setelah Tok Guru Nik Aziz membuat permintaan rasmi mahu kan Muktamar Khas diadakan bagi membincangkan "kemelut" yang sedang melanda PAS, tiba2 muncul lah Nasaruddin mat Isa dengan berkata bahawa perkara ini mesti dirujuk kepada Majlis Syura PAS Pusat.

Saya hairan bagaimana seorang Timbalan Presiden PAS Pusat begitu tidak mengerti peruntukan perlembagaan PAS Pusat. Nasa dilaporkan berkata :

"Syura council to decide on EGM proposal
By : Adib Zalkapli
Kalau kita melihat peruntukan Perlembagaan PAS Pusat pula :

"FASAL 16. Muktamar PAS

(1) Muktamar PAS itu terbahagi kepada :

(b) Muktamar Khas – Muktamar Khas PAS bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan. Maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.

(c) Notis bagi mengadakan Muktamar Tahunan dan Khas hendaklah dihantar kepada para perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan. Notis Muktamar Tahunan hendaklah disertakan dengan agenda, salinan laporan dan penyata kewangan tahun lalu yang telah diodit oleh pemeriksa kira-kira."

Ini bererti bahawa untuk mengadakan Muktamar Khas TIDAK MEMERLUKAN RUJUKAN KEPADA MAJLIS SYURA.

Kalau perlu dirujuk kepada Majlis Syura, nescaya PENGERUSI MAJLIS SYURA, Tok Guru Nik Aziz sendiri, akan menyatakan demikian dalam artikel beliau.

Fraksi UMNO Berlindung Di Sebalik Majlis Syura Ulama

Puak-puak Fraksi UMNO sentiasa berfikir bahawa Majlis Syura Ulama berada di belakang mereka.

Ini kerana dalam mesyuarat Majlis Syura tersebut terdapat ahli2 Majlis Syura yang selama ini menjadi penyokong kuat usaha menghubungkan PAS dengan UMNO. Dan mereka2 ini juga lantang menyuarakan usaha mereka.

Oleh sebab itulah Nasaruddin giat sangat merujuk kepada Majlis Syura walaupun pada hakikatnya Majlis Syura TIDAK ADA KENA MENGENA dalam isu mengadakan Muktamar Khas.

Nasaruddin hanya menampakkan kejahilan beliau dalam isu ini dan saya berharap Nasaruddin merujuk kepada pihak yang betul, yakni pihak AJK PAS Pusat.

Tulang Besi.

Hikayat Tiga Masons Melayu - Mahathir, Anwar Dan Nik Aziz

Tiga manusia ini mendapat pengiktirafan oleh bangsanya sendiri akibat sebab-sebab yang tertentu. Tiga manusia ini adalah pemimpin yang diangkat dengan harapan untuk memimpin bangsanya ke arah masa depan yang lebih gemilang. Ketiga-tiga manusia ini juga dihina oleh sebilangan manusia yang marah dan kecewa. Masing-masing dari tiga manusia ini mendapat bahagian masing-masing dari dari bermacam kutukan dan penghinaan.

Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang tersohor dan memimpin organisasi masing-masing.Mahathir diambil kerana kepimpinannya telah teruji manakala pemimpin-pemimpin yang menggantikannya tidak mampu untuk mengalahkan karismanya setakat ini. Seorang darinya pula menerima penghinaan yang teramat teruk dan amat memalukan. Yang lagi seorang pula tidak perlu dijelaskan lagi.

Seorang digelar Mahafiraun, seorang berjawatan Peliwat Negara dan Penjilat Dajjal Amerika. Seorang pula dilabel Pak Turut Dajjal Komunis.

'Tiga Masons Melayu'
Ketiga-tiganya adalah pemimpin Melayu yang berpengaruh. Masing-masing mempunyai aura mereka yang tersendiri. Menurut ilmu strategi Dajjal The Antichrist, para pemimpin seperti ini perlu didekati untuk menjerumuskan mereka kepada 'zombie-zombie' yang dapat bekerja untuk secara membuta-tuli di pihak syaitan manusia. Para pemimpin seperti ini perlu dimanjakan dan dibujuk-bujuk supaya menjadi terpukau dan menurut sahaja kehendak sang Dajjal.

Kakitangan Dajjal tidak akan menemui Pak Mat yang menjual air tebu ditepi jalan untuk program memecahbelahkan umat Melayu beragama Islam atau Mak Bedah yang menjual pinggan mangkuk di Malim Nawar bagi usaha 'inter-religious faith' yang sebenarnya menghentam agama Islam semata.

Adalah amat merugikan jika Dajjal menghantar para pencacainya kepada mat-mat rempit yang bersidai di Central Square di Sungai Petani. Lebih baik duit peruntukan itu ditabur kepada para pelacur kelas atasan untuk dihantar kepada para pemimpin Melayu supaya dapat diugut (blackmail) untuk menurut apa jua arahan Para Elit Dajjal.

Bagi yang mempelajari segala jenis konspirasi sang Dajjal, mula meneka-neka adakah mereka ini berjawatan Mason Melayu.

Soalannya sekarang, adakah ketiga-tiga manusia ini adalah Mason?

Jawapan kadangkala tidak menjawab persoalan yang ditanya. Jawapan kadangkala tidak membantu, malah menyusahkan,memecah belahkan dan menghala si pengharap jawapan tadi ke arah kebinasaan.

KADANGKALA LEBIH BAIK TIDAK MENGETAHUI DARI
MENGETAHUI. Jika pengetahuan itu tidak mampu digunakan dengan baik, mungkin ia akan membinasakan orang yang punya pengetahuan tadi.

Kita tidak perlukan jawapannya sekarang. Walaupun salah seorang, atau kesemuanya adalah Mason Melayu yang bertopengkan Islam, namun itu bukanlah tujuan kita. Tujuan kita di sini adalah untuk memahami perjalanan The Hidden Hand untuk mencatur arah sosio-politik Melayu sama ada sebetulnya Islam atau hanya Islam pada namanya sahaja.

Tujuan kita adalah untuk mengambil manfaat dari semua percaturan The Hidden Hand ke atas kita. Dengan kata lain, apabila racun disuapkan ke dalam mulut kita, kita dapat mengubahnya menjadi madu yang amat manis, segar lagi menyihatkan.

Dr. Mahathir adalah seorang Melayu yang mempunyai karisma dalam bidang pentadbiran, percaturan ekonomi dan pembangunan. Tidak sia-sia beliau digelar Bapa Pembangunan. Jika beliau adalah seorang diktator, ya... beliau adalah seorang diktator Melayu yang berjaya membawa orang-orang Melayu menyedut bau penghawa dingin di dalam KLCC dan LRT.

Putrajaya, adalah nama ibukota kerajaannya yang baru sebagaimana kerajaan Mala-Khmer memindahkan ibukota mereka ke Angkor pada masa-masa yang lalu.

Tidak dinafikan segala sumbangan beliau dalam arena material dan kebendaan di Malaysia. Jika tidak asbab inisiatif beliau, Malaysia mungkin lebih lambat atau tiada langsung untuk mempunyai industri kereta sendiri. Orang Melayu yang disangka tidak mampu membuat apa-apa walaupun sebatang jarum telah mampu mengeluarkan kereta sendiri. Kesampingkan pesimis-pesimis yang berkata itu dan ini.

Jepun yang dikagumi mereka itu sebenarnya bermula sebagai penciplak dan peniru paling licik dan profesional. Teknologi Jepun yang menjadikannya hebat kini bermula dari kaedah meniru ciptaan orang-orang Barat seterusnya membaikinya sedikit demi sedikit.
Malangnya,beliau seorang yang 'lack of manner' dalam bidang pembangunan insan dan agama. Beliau bukanlah orang yang boleh disebut-sebut telah mencipta sejarah dalam arena kemajuan agama secara hakikatnya di Malaysia. Malah beliau telah dikutuk-kutuk dan dituduh mempersendakan janggut nabi dan memecat mufti dan menangkap ulama yang tidak menyetujui dasar mengabaikan agama sendiri oleh beliau.

Di zaman beliau,semua media dikawal dengan sebaiknya. Semua orang termasuk kawan dan lawan merasa gerun dengan karisma kediktatoran beliau. Kaum-kaum lain juga hanya berani berbisik di dalam kelambu mengenai isu Ketuanan Melayu dan DEB. Tidak seperti hari ini apabila Ketua Neo-Chauvinist Marxisme di Pulau Pinang mengumumkan DEB akan dihapuskan segera secara terbuka dan berani.

Dalam kes lain,perbuatan mengangkat keris sahaja dikatakan mengancam kaum lain. Jika ini terjadi di era Dr. Mahathir, sudah tentu orang ini akan 'layak digelek ditengah jalan'.

Katakan saya ialah Dajjal The Antichrist. Sudah tentu saya perlu memerhatikan pemimpin ini supaya dapat dibujuk-bujuk untuk menerima Program Mengabaikan Agama Sendiri dan Mempersendakan Hukum Allah. Suntikkan dia dengan dana-dana yang besar-besar, beri dia penasihat dari kalangan Yahudi atau Neo-Christian supaya dia tidak jauh dari landasan yang ditetapkan.

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Mahathir Mohamad adalah seorang Mason, sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%. Dia hanya menyuapkan pembangunan semata, menghina janggut nabi, menggalakkan lahirnya para Modenis Melayu-Islam yang keliru dan sesat seperti Sister In Islam dan Astora Jabat yang rela melacurkan agama demi sesuap nasi dan bersikap pesimis terhadap hukum Allah s.w.t.

Apakah sumbangan Mahathir kepada umat Islam? Jakim? Ahh... Jakim hanyalah topeng sahaja. Kemajuan Islam yang bagaimana dijana oleh si JAKIM ini? Semakin lama si JAKIM ini bernafas, selagi itulah agama dikurung didalam surau, masjid dan pejabat agama. Ya, ada juga peneraju JAKIM ini ikhlas tetapi jika diuji dengan pasir yang ditabur di dalam periuk nasi mereka, adakah mereka rela berkorban atas nama agama atau merayu pasir tadi dibuang dari periuk nasi tadi?

Hipokrit, mungkin itulah pandangan saya sebagai pengkaji konspirasi di Malaysia.
Tetapi ada cara lain yang lebih bermakna bagi menangani seorang 'Mason' tegar seperti Dr. Mahathir Mohamad ini.
Kita lihat manusia malang bernama Anwar Ibrahim ini. Kisahnya amat sedih lagi menyayat hati. Beliau seorang yang penuh karisma sebagai pemimpin pelajar, peneraju kesatuan dan pertubuhan, amir gerakan yang punya visi dan misi yang mantap. Percakapannya memukau, gerak tubuhnya kena dengan situasi dan auranya begitu menyilaukan.

Beliau pada mulanya berjuang di dalam ABIM, sebuah NGO berteraskan perjuangan islah agama namun segan untuk 'menikah' dengan PAS, sebuah gerakan Islam berteraskan politik. Ini kerana percaturan beliau yang selama ini dimpikan ialah ; memasuki UMNO yang diketahui umum sebahagian besar gerakan islah agama sebagai organisasi sekular yang sakit, memulihkan dari dalam, menerajuinya dan mungkin... menggabungkannya dengan ABIM dan PAS.

Sungguh indah percaturan manusia bernama Anwar Ibrahim ini, kalau benar seperti yang dimpikannya maka begitu suci niatnya untuk memulihkan penyakit UMNO yang membarah dan berdarah. Betapa manisnya umat Islam jika cita-citanya tercapai.

Namun , panas yang disangka hingga ke petang,rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Beliau berjaya menyusup ke dalam Umno.Plannya yang pertama tercapai. Maka selepas itu beliau berjaya menaiki puncak demi puncak hingga menjawat Timbalan Perdana Menteri. Di masa-masa kegemilangan beliau, Malaysia menikmati zaman Harimau Ekonomi. Siasah pentadbiran dan ekonomi beliau tidak kalah dengan Dr. Mahathir. Gandingan dua insan Melayu yang bijak pandai ini menghasilkan keajaiban sebentar, sebelum The Hidden Hand menghantar George Soros menyerang ekonomi Harimau-harimau Asia Tenggara.

Istilah 'spekulasi' mendadak semakin popular hingga Pok Nik Hasse di Lata Buaya di Kelantan dapat menyebutnya dengan fasih. Selepas itu, seolah-olah dirancang, satu demi satu nasib malang hinggap di bahu beliau.
Anwar telah dituduh dengan pelbagai tuduhan yang pelik-pelik. Pada masa inilah beliau diberi jawatan Peliwat Negara buat pertama kalinya. Satu tilam tanpa cadar terpaksa diusung untuk membuktikan kesalahan beliau. Nasib baiklah tidak diusung sekali Tivoli Villa tempat tilam tadi bersemayam. Anwar bingkas mempertahankan dirinya.Beliau mengambil jalan revolusi. Road show dan demonstrasi jalanan dan Mahathir punya alasan yang cukup untuk menangkap Anwar dan menyumbatnya ke penjara.

Jika Anwar Ibrahim duduk diam dan bersikap tawaduk dan 'defensive' apakah jalan Mahathir untuk memenjaranya? FIKIRKAN RAHSIA INI.

Di dalam penjara, Anwar Ibrahim telah menerima tamparan yang paling hebat dalam hidupnya. Dari orang No.2 dalam negara jatuh mendadak ke seorang banduan dan yang paling menyedihkan dituduh sebagai peliwat. Hina sehina-hinanya. Jika Anwar seorang manusia biasa yang punya perasaan, sudah tentu ini amat-amat menekan beliau.

Adakalanya ketika waktu-waktu yang membosankan di penjara, beliau mengalami trauma yang amat dasyat. Dibogelkan dan dipukul dan 1001 azab yang ditimpakan ke atasnya, walaupun dia pernah berjasa memajukan universiti dan pendidikan anak-anak polis yang memukulnya tadi, itu bukan persoalannya sekarang.

Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist, inilah masanya untuk bertindak. Saya akan menghantar para pencacai saya untuk menemui Anwar di penjara. Para pencacai saya akan bertanya khabar dengan Anwar dan memberikan kata-kata semangat. Para pencacai saya juga akan menaburkan janji-janji manis kepada Anwar jika dia dibebaskan nanti. Anwar Ibrahim akan dibantu dari segi kewangan dan diberi pekerjaan.

Saya akan mengagak, sudah tentu Anwar akan ter'mindcontrol' dengan sendirinya apabila dihipnosis oleh pakar mindcontrol saya. Teorinya tidak susah, orang seperti Anwar yang dibenci oleh umat Melayu (media massa dikawal oleh seorang kuli saya yang lain, maka Anwar telah dipromosi secara besar-besaran kepada umat Melayu sebagai pengkhianat dan peliwat) akan merasakan orang-orang yang datang ini adalah sahabat sejati yang menolong ketika susah.

Anwar dalam keadaan begini berada dalam kondisi yang amat lemah.Moral dan semangatnya amat lemah. Kekecewaan, kesedihan dan rasa marah yang dahsyat pasti menguasai diri. Di masa inilah yang sesuai untuk saya cucukkan jarum. Anwar perlukan sokongan di masa ini. Saya takkan biarkan musuh-musuh saya dari kalangan pengikut agama Allah atau para ulama datang menemui Anwar dan mengatasi para pencacai saya. Tetapi saya tahu saya ada kelebihan yang tersendiri.

Memanglah ada penyokong dia yang datang memberikan sokongan dan kata-kata semangat termasuk ahli keluarganya, namun manusia tidak kenyang dengan hanya makan kata-kata semangat. Hahaha... mereka tidak boleh mengatasi kunjungan orang-orang suruhan saya. Mereka datang bukan dengan tangan kosong, tetapi janji-janji benar tentang dana-dana dan pekerjaan yang akan diberikan kepada Anwar selepas keluar dari penjara.

Anwar sudah tentu tidak boleh mengharapkan para penyokongnya yang miskin dan papa kedana itu untuk mencarikannya pekerjaan. Dia musuh No. 1 negara sekarang. Adakah Anwar akan terhegeh-hegeh membeli Utusan Melayu atau The Star untuk membuka halaman iklaneka mencari pekerjaan bagi menyara dirinya dan keluarganya? Fikirkan. Strategi bijak saya ini akan mengena.

Saya ialah Dajjal, Manusia Bijak. Siapa boleh lawan saya dalam hal kawalan minda dan seni mempengaruhi manusia? Siapa Dale Carnegie? Anthony Robbins? Neuro-Linguistic Programming? Itu semua sampah! Rubbish! Seni mindcontrol saya lebih dahsyat!

Setelah keluar dari penjara, Anwar akan bertugas sebagai penceramah di universiti-unversiti luar negara. Kami para Elit akan melayan beliau dengan baik. Biar dia jauh hati dengan bangsanya sendiri yang menghina dan menjatuhkannya ke dalam lubang tandas penghinaan paling keji dalam sejarah hidupnya. Kami akan bentuk mindanya supaya apabila dia kembali menjadi pemimpin di negaranya, dia akan kurang sensitiviti terhadap agama dan bangsanya.

Apabila kami akan promosikan konsep persamaan agama, dan teka... adakah Anwar akan menuruti langkah kami?

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang Mason, sudah tentu kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 95%. Logo Parti Keadilan berlambangkan 'mata satu' lambang Dajjal The Antichrist. Anwar menyambut baik 'inter-religious dialogue' yang sebenarnya menghentam Islam sahaja. Nama Allah boleh dipakai penganut agama lain. Jadi mereka boleh mengukir kalimah Allah di dalam gereja, kuil dan tokong.

Anwar selalu ke luar negara dan menghadiri majlis-majlis para pengikut Dajjal. Hak-hak Melayu-Islam semakin lama semakin diperkosa di bawah order Anwar. Al-Gore sudah tentu idola Anwar. Hidup Anwar kini dikelilingi Yahudi dan Nasrani yang menaburkan harta benda ke atasnya. Jerusalem Post menabalkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, apa maknanya itu?

Ya.. ini bukti konkrit Anwar adalah seorang Mason. Misinya hanya mahu berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia, selepas itu mungkin dia menjadi boneka atau digantikan dengan Mason yang lebih sadis.

Namun sebenarnya ada cara lain yang lebih bermakna untuk menangani seorang 'Mason' seperti Anwar Ibrahim.
Kita beralih pula dengan seorang lagi pemimpin Melayu.Beliau bergelar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau berjuang atas nama agama Islam. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai seorang pemimpin politik, tetapi seorang pemimpin spiritual. Beliau mempunyai visi untuk menubuhkan negara Islam yang menegakkan hukum Allah di Malaysia. Tiada apa lagi yang dapat di ulas berkenaan manusia bernama Nik Aziz ini. Dia bukan seorang pemimpin negara. Dia hanya ustaz biasa yang bergelar Mursyidul Am Pas. itu sahaja. Noktah.

Jika saya seorang yang bergelar Dajjal The Antichrist, saya akan menggunakan taktik seperti yang dikenakan ke atas Mahathir. Saya akan dekati Nik Aziz ini. Bagaimana saya mahu dekati dia? Dia seorang yang berlatar belakangkan agama.

Haha.. .tidak susah. Malah amat senang sekali. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Saya akan menghantar para orientalis yang hebat ilmu agamanya, hafiz dan fasih dalam pelbagai disiplin agama Islam. Mereka saya pastikan memakai serban besar-besar dan jubah-jubah. Mulut mesti sentiasa bergerak-gerak, berzikir mengingati musuh No .1 saya (Allah) kononnya... huhuhu.

Nik Aziz akan didoktrin secara senyap-senyap. Dia semakin tua.Sudah pasti tekanan kerja makin tinggi kerana keupayaan dia makin melemah. Saya biarkan dia mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik. Saya biarkan dia menerajui Pas supaya umat Islam tidak bersatu. Saya biarkan dia mencorakkan Pas sebagai sebuah parti Islam yang agresif. Dia akan kafir-mengkafirkan saudara sendiri dalam Umno jadi orang Islam dalam Umno akan jauh hati dengan Pas dan semakin benci dengan Pas dan Hukum Allah nya.

Jadi biarlah Umno dengan fahaman Sekularnya dan tidak lagi mahu berjinak-jinak dengan ajaran Islam secara keseluruhan. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan... biarkan.

Nik Aziz semakin tua,dan semakin nyanyuk hehehe... lepas itu saya akan kawal fikirannya supaya lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang pelik-pelik dan akhirnya bertentangan dengan Islam sendiri. Akhirnya parti Pas akan dicop Parti Ajaran Sesat disebabkan gelagat Nik Aziz tadi yang sudah nyanyuk. Saya akan pastikan dia tidak menyetujui apa jua cadangan menyatu padukan umat Islam di dalam Umno dan Pas.

Saya akan jadikan Pas itu seolah-olah Sunnah dan Umno itu Syiah. Tidak mustahil orang-orang Pas dan Umno akan bercakaran dan berbunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku kepada pengikut Sunnah dan Syiah di negara-negara Timur Tengah, India, Iran atau Pakistan.

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula, apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya, bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason, kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%. Kenapa?

Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang. Bila Pas nak muzakarah dengan Umno, kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh? Bila gagal, boleh kutuk-kutuk Umno pula. Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan, si tua ni lagi yang buat masalah. Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing. Tidak boleh disentuh langsung. Haram.

Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja? Biar betul si tua ni. Pelik dan semakin pelik. Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno. Tidak beragak langsung. Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri? Betul-betul pening dengan si bangka ini.

Sebenarnya ada cara yang bermakna untuk menangani seorang 'Mason' bernama Nik Aziz Nik Mat ini.

Ketiga-tiga manusia ini masih menerajui organisasi masing-masing kecuali yang pertama. Ketiga-tiga mereka bertanggungjawab dengan persoalan ; mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja? Ketiga-tiganya telah memotong kek perpaduan Melayu-Islam kepada tiga bahagian.

Tiga bahagian ini cukup untuk menghuru harakan Melayu yang memiliki dilemanya sendiri dipanggil Dilema Melayu. Tiga bahagian ini cukup menserabutkan kesatuan Melayu sehingga Dajjal Komunis selesa menaiki takhta pemerintahan, menggalakkan industri babi dan arak dengan selesa. Mengapa tidak duduk berbincang dan bersatu sahaja?

Mari kita main permainan teka-meneka. Jika Mahathir adalah Mason, Anwar adalah orang yang mahu diperangkap oleh Mahathir supaya dapat dikawal sehingga menjadi Mason seperti dirinya. Jika Anwar adalah Mason dan Mahathir bukan, ini sesuatu yang bodoh bagi The Hidden Hand.

Lebih baik me'Mason'kan Mahathir dahulu,kerana dia lebih dahulu mendaki takhta kerajaan. Anwar tidak akan menjadi Mason yang bersusah payah mendaki takhta sehingga akhirnya gagal. Mason perlu berjaya dengan mudah. Lihat senarai presiden Amerika. Berapa ramai yang menjadi Mason? Berapa ramai yang tidak? Dan Nik Aziz.

Jika dia seorang Mason, ini adalah sesuatu yang istimewa dan unik. Hanya teori Thesis dan Antithesis boleh menjawab mengapa Nik Aziz ditahbiskan di sebuah Lodge Mason. Bodohlah The Hidden Hand jika membiarkan para pejuang Islam berjuang dengan selesa dan selamat. Mereka akan diuji. Adakah benar-benar mahu berkorban atas nama Allah s.w.t.Atau hanya menjaga periuk nasi sendiri.

Sekarang mari kita muhasabah diri kita. MENGAPA KITA SELALU BERSANGKA BURUK DENGAN SAUDARA KITA YANG MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGAN KITA??
Cara yang lebih bermakna untuk menangani persoalan adakah mereka semua ini adalah Mason, ialah dengan KEMBALI KEPADA PENCIPTA MEREKA SENDIRI.

Mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tidak pula Mahathir si Mahafiraun menyembah patung Hindu atau mengisytiharkan dirinya murtad. Kita tahu dia seorang Islam seperti kita. Jangan persoalkan imannya. Itu urusan Tuhan.

Dan tidak pula terang-terang si Anwar Peliwat Negara mengaku dirinya hamba Dajjal Amerika yang setia dengan misi mahu menghancurkan Islam dari dalam, sebagai ganti misi untuk menghancurkan Umno dari dalam. Tiada. Anwar seorang Islam seperti kita. Isteri dan anak-anak perempuannya bertudung kemas.

Tidak pula terlihat gambar Nurul Izzah berparti di disko sambil memakai tube, skirt pendek yang menghairahkan sambil memegang Tiger Beer dengan posing yang ceria. Tetapi anak-anak pemimpin kerajaan acapkali 'terkantoi' dengan foto-foto yang memalukan.
Anwar seorang Islam seperti kita. Jangan ragu.

Nik Aziz? Tidak perlu diulas. Jika diulas, ini namanya pembaziran.
Wahai manusia yang mengaku Islam,

Justeru itu, tidak bolehkah kita berdoa dan bermunajat ramai-ramai sebagai saudara seIslam kepada mereka, dengan hati penuh tulus ikhlas... mendoakan keselamatan mereka dan tetap dalam iman. Hindarkan mereka dari menjadi hamba Dajjal dan Iblis.

Jika kita bersangka baik dengan mereka, bukan seorang tetapi jika jutaan umat Islam bersangka baik dengan mereka dengan ikhlas... lambat laun... sekiranya Mahathir seorang Mason sejati, insyaAllah sudah pasti Allah akan menterbalikkan hatinya menjadi seorang pembela agama di akhir hayatnya.

Mengapa kita terus menghina dia dengan gelaran Mahafiraun, nanti jika benarlah Mahathir Mohamad ini seorang Mason pencacai Dajjal yang namanya tertulis di dalam Lauh Mahfuz sebagai ahli Neraka Jahannam, sudah pasti dia akan menempuh jalan yang amat menyedihkan dek kerana tiada siapa yang bersangka baik, membetulkan agamanya dan mendoakannya apatah lagi mahu mengajaknya mendekati Penciptanya sendiri.

Mungkin setelah berada di alam barzah,Mahathir akan menyumpah-nyumpah seluruh ahli Umno yang tidak membetulkan kesalahannya dan seluruh ahli Pas kerana bencikannya dan menjauhkan diri darinya. Na'uzubillah min zalik.

Tidak bolehkah kita sebagai saudara seIslam kepada insan bernama Anwar Ibrahim,mendoakan dia supaya terhindar dari pujukrayu kakitangan Dajjal Laknatullah, ditetapkan iman dan perjuangan?

Jika kita beramai-ramai bersangka baik sebagai saudara Islamnya sambil mendoakan dia tetap dalam iman, insyaAllah... Allah Azza Wa Jalla yang Maha Menjaga Hati-hati manusia, jika benarlah Anwar Ibrahim seorang Mason yang sadis maka Allah s.w.t akan menterbalikkan hatinya menjadi pejuang Islam yang tegar dan istiqamah.

Anwar Ibrahim seorang anak Melayu yang penuh karisma. Amat rugi jika ribuan umat Melayu memakihamun mendoakan kecelakaannya, maka kemungkinan Anwar sebagai seorang Mason akan tetap dengan jalannya yang sesat dan selepas menggelapar kesakitan akibat sakarat... ohh... dia akan dicampak ke dalam lubang-lubang neraka yang amat panas sambil ditemani ular dan jengking akibat dosanya mengikut kata-kata kakitangan Dajjal Laknatullah.
Tidak bolehkah kita bersangka baik dengan manusia bernama Nik Aziz Nik Mat. Doakan dia teguh imannya dan sihat akal dan tubuh badannya supaya kekal berjuang di dalam Islam. Adakah kita merasa mendapat kebajikan dengan menggelar dia sebagai Nik Najis dan sebagainya. Doakan dia supaya lebih berhati-hati dalam percakapan dan menggerakkan usaha untuk mentarbiah dan mendekati ahli Umno supaya lebih faham agama mereka sendiri.

Jika 1000 orang Islam mendoakan kesejahteraan Nik Aziz, insyaAllah sudah pasti 1000 orang tadi akan mendapat manfaatnya. Masalah tidak akan selesai jika asyik mengutuk Nik Aziz, maka kita seolah-olah mendoakan dia supaya tetap di jalan sesat ,jika dia sebenarnya seorang pendakyah Mason yang berpura-pura. FIKIRKANLAH.

Doakan mereka yang menerajui tiga parti terbesar orang Melayu-Islam ini supaya diberi ilham dan hidayah oleh Allah Azza Wa Jalla supaya duduk berbincang menyelesaikan pertelingkahan yang ada. Jika Mahathir... ya tidak mustahil Najib sendiri secara tiba-tiba bertukar menjadi pembela agama yang teguh, insyaAllah sudah pasti The Hidden Hand akan mendapat stroke secara tiba-tiba.

Jika Anwar Ibrahim tiba-tiba membubarkan partinya dan mengajak semua penyokongnya memasuki Pas dan dikuti pula tanpa banyak soal oleh para pengikutnya,maka terkejutlah Dajjal Komunis. Akan gagallah segala perancangan laksana roket yang meletup sebelum sempat berlepas ke angkasa.

JIKA SEMUA UMAT MELAYU BERSATU DAN MENGAMALKAN ISLAM SUNGUH-SUNGGUH, MAKA AKAN TERPEKIKLAH DAJJAL DI PULAU SINGA.

Mungkin ini semua sebuah utopia, fikir sesetengah pesimis. Biarlah ia kekal sebagai utopia dan tunggulah masa dan ketikanya umat Melayu akan dihina sekali lagi, dijajah dan dihalau. Jika kebangkitan akhir zaman sepatutnya dimiliki oleh umat Melayu, tidak mustahil Tuhan akan menggantinya dengan umat yang lain. Dan umat Melayu akan dihapuskan kerana masih berdegil berpecah belah.

Tidak ada ruginya kita bersangka baik. Tetapi memaki hamun dan berburuk sangka sudah semestinya tidak membuahkan pahala dan kebajikan.

Allah Maha Menjaga Hati-Hati Manusia. Kekuasaan di tangan-Nya. Allah Maha Kuasa. Makhluk tiada kuasa.

Sumber - MistisFiles