"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 07, 2009

Azmin Ali bebas tuduhan beri keterangan palsu

Selepas menunggu hampir 10 tahun, naib presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali (gambar) akhirnya lega selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan mahkamah lain sebelum ini yang membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan memberi keterangan palsu.

Hakim Datuk Md Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Ma'arop dan Datuk Sulaiman Daud menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen bagi membebaskan dan melepaskannya daripada tuduhan itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Mohamed Azmin, 42, berkata beliau amat lega kerana keputusan itu menunjukkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Pada 13 Julai 1999, Mohamed Azmin dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Hamdan Indah daripada tuduhan memberi keterangan pada perbicaraan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi pada 9 Mac 1999. Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail membenarkan rayuan itu dan mengarahkan agar kes itu didengar semula di Mahkamah Sesyen bagi Mohamed Azmin membuat pembelaan.

Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan tetapi membenarkan permohonan Mohamed Azmin menangguhkan hukuman bagi beliau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Pada 1 Nov 2007, Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan awal Mahkamah Sesyen untuk membebaskan dan melepaskan Mohamed Azmin daripada tuduhan memberi keterangan palsu, dan ini mendorong pihak pembelaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

7 comments:

ediannuar said...

sejak kebelakangan nie, keputusan mahkamah nampak lebih telus. apakah ini petanda yang jelas pr akan mengambil alih kerajaan kelak???

Anonymous said...

melawok...

ediannuar said...
sejak kebelakangan nie, keputusan mahkamah nampak lebih telus. apakah ini petanda yang jelas pr akan mengambil alih kerajaan kelak???

Adakah ini bukti kerajaan semakin telus

Anonymous said...

ALLAHU AKBAR!! hidup pejuang rakyat!!

Anonymous said...

Ini merupakan satu lagi bukti yang menunjukkan bahawa mahkamah di negara kita telus dan adil dalam mengadili seseorang. Bukan seperti yang didakwa sebelum ini...

Anonymous said...

Mahkamah sudah mula nampak ketelusannya setelah di korek korek korek VK Lingam .. sekarang depa ada akai..

gotahlantun said...

HAHAHA.. OTAK KAU ORANG BEKU...

DALAM PERBICARAAN MAHKAMAH KEKADANG YANG BETUL2 MELAKUKAN KESALAHAN PUN BOLEH MENANG KES..
DENGAN SIKIT KESILAPAN TEKNIKAL PUN DAH CUKUP..

TALI GANTUNG KAT LEHER PUN BOLEH LEPAS..APA LAGI KES2 YANG BIASA..
LEBIH2 LAGI PEGUAM NYA JENIS SINGH..
JENIS LIDAH BERBELIT...DAN..BERCABANG..

KALAU DAH MENANG TU BERDOALAH BANYAK2...DAN BERJANJILAH PADA DIRI TAK BUAT LAGI..DOSA..

ABUK pun TARAK

Anonymous said...

gotah lantun!

Aku ingin sangat nak tengok kau ditangkap polis, dibelasah dalam lokap dan dibicarakan dalam mahkamah dalam apa saja kes.

Jika kau tidak bersalah tapi dikenakan hukuman apa agaknya kau cakap pada mahkamah tu...? Pasti kau kata "DENGAN SIKIT KESILAPAN TEKNIKAL PUN DAH CUKUP..LEBIH2 LAGI PEGUAM NYA JENIS SINGH..
JENIS LIDA BERBELIT...DAN.. BERCABANG.."

Atau bila kau betul bersalah tapi dibebaskan kerana beri sogokan apa pulak yang kau katakan...?

Aku percaya kau mesti cakap seperti "KALAU DAH MENANG TU BERDOALAH BANYAK2...DAN BERJANJILAH PADA DIRI TAK BUAT LAGI..DOSA.."

Gotah lantun ! kau pun sama macam getah segerap busuk dan berlendir.

ABUK pun TARAK !