"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, January 05, 2009

DAKWAAN PALSU OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek. Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.

Dinyatakan dalam laporan tersebut, "kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu".

Kata menteri bekenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, "Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat".

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang PRK K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas. Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.

Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.
Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi. Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di PRK K Terengganu pada 17 Januari nanti. Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

-Kamparin

9 comments:

Anonymous said...

hahahahaa

macam style taktik UMNO masa lepas terengganu diperintah PAS je dulu.
mastermind nih mesti import player dari terengganu.hahaaha..gelombang biru...tapi kat perak..gelombang tempoyak...hahahahaha

kulupSakah said...

zahid?oo..budak yg kena jentik punei kat i.s.a dulu tu?yang anak dia nak jadi penyanyi tapi tak best tu?oohh..zahid ni..yg pukoi 1 mamat sampai senget muka tu...

Anonymous said...

Weii, lahababbb al samdul bahadul. Memang perangai puak jahanam LAHANATULLAH memang tu le kejenya, macam YAHUDI...tahunya memusnahkan...ade ke TADIKA di tutup2, tak percaya lagi ke kerja jahanam partai bangsat tuu leee, contoh terengganu dulu. Hahahaha memang sah kau org punya kerjalah, apalagi..

gotahlantun said...

SALAM..

BAGI EDEN APA PUN JALAN POLITIK YANG KITA BAWA CARA ISLAM KE.. CARA YAHUDI KE.. ATAU CARA APA SEKALI PUN..

PENDIDIKAN ANAK2 JANGAN SESIAPA PUN MENJADIKAN ALAT UNTUK KEPENTINGAN POLITIK..

PERJALANAN ANAK BERGANTUNG PADA CARA KITA PADA HARI INI..JIKALAU KITA ADUDOMBA KAN MEREKA MAKA ROSAKLAH KEHIDUPAN MEREKA NANTI...

Anonymous said...

Alaa..Kemas ni Umno yang "punye".. kunci2 kelas pun depa yang control..jadinye, yang mengunci pintu2 kelas tu semua depa le yang buat... Tiru taktik Bush le ni.. Bush yang atur "serangan" di WTC, lepas tu tuduh orang Islam yg buat, supaya dapat restu rakyat utk serang Irag...

Unknown said...

Salam,

Yelah.. Ko serang blog BPN guna penembak beruk..

Ayat ko mcm samseng kampung.

Takpelah..

Kita ni semuanya salah ko ngn geng PR ko je yang betul.

Moga Allah buka hati ko temui kebenaran.

wallahhualam.

broooo... said...

budaya umno tetap tk akan berubah walaupun tlh diberi masej keras pd PRU12 yg lepas...

rasuah & ugutan menjadi senjata utama, disamping mengekploitasi media perdana yg mudah dibeli dgn harga maruah yg begitu murah/rendah serta menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk polis... matlamat mereka adalah kekal berkuuasa….

yg jelas adakah semua janji2 yg sudah, telah di langsaikan????????

umno pembela MELAYU,
persoalannya adakah ini benar??????

1) kerajaan manakah yang yg mendikriminasikan negeri mejoriti MELAYU Kelantan?

2) kerajaan manakah yang menengtang pelaksanaan hukum Hudud & Qisas di Kelantan?

3) kerajaan manakah yang merampas eset rakyat (TNB, TM & etch...) & menberikan pada individu2 kroni tertentu atas nama pengswastaan?

4) kerajaan manakah yg mengadaikan maruah & menjual Tanah Melayu Singapura kepada Singapore?

5) kerajaan manakah yg membiarkan tanah jajahan Melayu Pulau Batu Putih jatuh kepada Singapore?

6) kerajaan manakah yg menjatuh kan maruah negara dgn membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok mengantikan tambak Johor?
7) kerajaan manakah yg mengerakan tentera & menyerang & membunuh penduduk Melayu Islam Memali?

8) kaum manakah yg paling ramai termiskin di Tanah Melayu - Malaysia?

9) kaum manakah yg paling ramai berpendapatan bawah 1000 ringgit?

10) kaum manakah yg mejoritinya mengisi jawatan bawahan (kuli) dlm sektor swasta & perindustrian?

11) Kaum manakah yg paling ramai tercicir & tk mampu melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan setelah "biasiswa" dihapuskan & digantikan dgn pinjaman PTPTN.
12) siapakah yg membela & memperkayakan jutawan2 terkenal Negara (antaranya lim goh thong, aric chia, Vincent tan, petric lim, ananda krisna & banyak lagi)?
13) siapakah yg paling aktif mengganggu pentakbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat dgn mengunakan jentera kementerian pembangunan luar Bandar?

dan banyak lagi persoalan yg mungkin tk terhuraikan.

jawabannya kepada semua persoalan diatas adalah =

= """"""""""" M E L A Y U """"""""""

Diharapkan jentera kempen di PKKT - P036 dapat menjelaskan isu2 yg di utarakan diatas.

Unknown said...

Menteri Agama Islam Hadharila tu! Kalau biawak lidahnya bercabang dua tapi menteri ini bercabang berapa ye?

Anonymous said...

Cewah dah brani puak darah biru komen ek...nak menegangkan bulu yg basah...
Kalau kat meddle east yahudi serang palastine kat malaysia ni ada yahudi juga serang PR.
Jangan nak bodoh melayu lah dah 50 tahun kena tipu....
Melayu bodoh je sanggup jadi talibarut yahudi be end....