"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 07, 2009

K'jaan digesa kaji semula penswastaan semua lebuhraya

MCA hari ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula penswastaan semua lebuhraya di negara ini bagi memastikan ia benar-benar menguntungkan rakyat.

Merujuk kepada langkah kerajaan mengklasifikasikan semula 22 perjanjian konsesi tol, jurucakap MCA, Lee Wei Kiat berkata, berdasarkan kajian awal Pemuda MCA, parti itu ingin mengemukakan dua syor seperti berikut:

"Pertama, kerajaan perlu mengkaji semula secara keseluruhan penswastaan lebuhraya di negara ini bagi memastikan ia benar-benar merupakan sebuah badan pengswastaan yang bertujuan untuk menguntungkan rakyat dan bukan sebaliknya," kata Wei Kiat dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, tunjuan kesemua projek penswastaan ialah syarikat-syarikat terbabit mestilah bersedia untuk berdepan dengan risiko dan menanggung liabiliti yang mungkin dihadapi.

"Bagaimanapun, apa yang kita dapat dari dokumen perjanjian tol yang telah diklasifikasikan semula itu, tujuan utamanya ialah untuk menjana keuntungan dan kepentingan kerajaan dan rakyat diabaikan.

"Kedua, Kementerian Kerjaraya sepatutnya membantu menyelesaikan semua masalah teknikal yang mungkin berbangkit secepat mungkin dengan mendedahkan kepada umum perjanjian-perjanjian yang berkaitan, tanpa melengah-lengahnya, untuk memberi peluang kepada semua pihak untuk membaca dan mengkaji kandungan perjanjian, yang merupakan amat penting sekali," tegas Wei Kiat.

Sediakan laporan


Beliau yang juga pengerusi biro komunikasi dan maklumat MCA berkata, biro penyelidikan undang-undang parlimen dan hal-ehwal undang-undang Pemuda MCA akan mengkaji perjanjian-perjanjian yang telah diklasifikasikan semula itu dan menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada menteri-menteri MCA.

"Menteri-menteri MCA itu kemudiannya akan membawa laporan tersebut untuk dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.

"Kita ingin mencadangkan supaya satu kajian semula yang terperinci dijalankan bagi memastikan kepentingan kerajaan dan rakyat tidak diabaikan dan matlamat asal pembinaan (lebuhraya) tol tidak dilupakan," tegasnya.

Katanya, MCA menyokong penuh langkah kerajaan mengklasifikasikan semula perjanjian-perjanjian terbabit untuk pengetahuan umum.

"Ini bukan sahaja merupakan langkah pertama ke arah ketelusan tetapi juga ke arah merealisasikan kerajaan yang cekap dan bersih," tegas Wei Kiat.

-malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Penswastaan semua lebuhraya memang patut dikaji sedalam-dalamnya. Kerajaan harus memastikan penswastaannya dapat menjamin keselamatan pengguna lebuhraya, kelancaran trafik, infrastruktur dan tempat rehat berkualiti, kualiti bahan yang digunakan dan yang paling penting kadar tol yang dikenakan tidak tinggi. Jika semuanya terjamin, mungkin penswastaan boleh diteruskan...