"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 01, 2009

Ezam, Kasevan, Isteri Rosmah, Dato' Nasa & 2 EXCO??? - malaysiakini

Ada cerita menarik...

Apa kaitan Ezam dengan "kepanasan" iklim politik Perak sekarang?

Apa yang Ezam tawarkan?

Apa Ezam bincangkan dengan Kasevan?

Isteri Rosmah serah kerusi MB kalau Dato' Nasa balik ke Rasuah?

2 EXCO tu kenapa pulak? apa main ugut-ugut ni?

Siapa yang mengugut?

Kalau ikut, lepas... kalau tak ikut sangkut... macam tu ke?

Ezam - tawaran - Kasevan - Isteri Rosmah - Dato' Nasa - Rasuah - Kerusi MB - Jamal - Osman - Lepas - Sangkut...

Pergh...

Amende nih?

6 comments:

tok iskandar said...

Jika berlaku peralihan kuasa Mac depan,kedudukan kerusi Pak Lah akan berubah daripada barisan depan ke barisan belakang.Senanglah kau nak tidur.

Tok tak fikir kerusi Pak Lah yang berubah tetapi kerusi Najib kemungkinan akan berubah.

Najib sebenarnya jadi alat Pak Lah untuk mengekalkan jawatan PMnya.Semua keja yang payah-payah dalam kategori mission impossible diberikan kepada Najib.

Jawatan Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak bakal mempertaruhkan masa depan politik Najib.

Jika gagal,najib akan dipecat atau diturunkan pangkat.Jika berjayapun,Pak Lah akan cuba melengah-lengahkan masa untuk menyerahkan jawatannya.

Najib telah gagal sebagai jeneral perang UMNO dan BN ketika pilihanraya umum dan pilihanraya kecil.Najib juga gagal menguruskan pembelian Eurocopter dan Bank Indonesia dengan baik.Bulan Januari ini sahaja,10 ribu orang dikatakan menganggur dan menjelang September bilangan akan bertambah kepada 100 ribu orang.

Najib bukan sahaja tak pedulikan permasalahan rakyat tetapi cuba merasuah 2 Exco PKR untuk melompat parti.Kepentingan yang menjadi keutamaan adalah kedudukan dan karier politiknya sebagai PM.Rakyat susah aku apa peduli......

Rekodnya di dalam politik tidak bersih.Dia pernah menang Pilihanraya Umum dengan majoriti 241 undi,dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya,skandal pembelian Eurocopter,sumpa bohong Bala,pengakuan liwat Saiful Bukhari,penculikan 2 Exco PKR.Rekod yang teruk ini cukup meragukan dan menghilangkan keyakinan rakyat untuk menerimanya sebagai PM.Siapa tahu selepas ini beliau akan memainkan sentimen perkauman dan cuba mewujudkan semula trajedi 13 Mei.

Tok dapat sumber terbaru,timbalan speaker DUN Perak turut hilang.Jika spekulasi ini benar,tak dapat tidak kerajaan Pakatan Rakyat Perak kena bubarkan DUN Perak.

Cuba kumpulkan semua DUN Pakatan Rakyat.Tempatkan mereka di suatu tempat selamat yang dirahsiakan serta dikawal ketat untuk mengelakkan risiko diculik.Jika benar kekurangan lebih daripada 2 orang ADUN,laporan polis boleh dilakukan setelah berunding dengan keluarga mereka.Selepas itu bolehlah diumumkan pembubaran DUN Perak.

Serahkan kepada rakyat Perak untuk membuat pilihan.Apakah mereka masih menerima lagi kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri Perak atau politik kotor ala mafia yang diamalkan oleh parti luput tarikh,UMNO yang diketuai Jeneralnya Najib Tun Razak.Pak Lah sekarang macam boneka atau dia sengaja buat-buat bodoh agar Najib tak perasan kebijaksanaannya.

Tok yakin,UMNO-BN akan kalah lebih teruk dek kerana merekalah rakyat Perak susah.Mana tahu hilang wang pertaruhan dan ketika itu Najib pula yang berkira-kira untuk melompat parti.

tok iskandar said...

Tak mustahil Pakatan Rakyat akan menang 50 daripada 59 kerusi DUN Perak jika DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan semula.

Kedua-dua Exco PKR itu sedang menghadapi pertuduhan rasuah.Bagaimana rakyat akan menerima ketelusan SPRM jika pertuduhan terhadap mereka digugurkan setelah menyertai BN.

Akan wujud persepsi,kaki rasuah akan join kaki rasuah yang lain dalam UMNO.

UMNO dan rasuah macam kembar seiras dan tak dapat dipisahkan.Itulah persepsi rakyat yang wujud ketika ini.

UMNO,parti luput tarikh ini semakin menghampiri zaman kepupusannya.

tok iskandar said...

Jika berlaku pembubaran DUN Perak dan pilihanraya diadakan semula,peluang Pakatan Rakyat untuk memerintah negara semakin cerah.

Keputusan Pilihanraya di Perak akan menjadi model dan ikutan kepada rakyat di Sarawak yang juga berdepan dengan pilihanraya DUN Sarawak.

Jika Pakatan Rakyat menang besar di kedua-dua negeri ini,petanda Najib dan Pak Lah bukan sahaja berdepan aib besar tetapi juga tidak mampu menghalang lagi kebanjiran wakil rakyat BN melompat menyertai Pakatan Rakyat.

Contohnya di Sarawak,MPnya hampir pasti melompat menyertai Pakatan Rakyat jika kesemua DUN di bawah parlimennya dimenangi Pakatan Rakyat.

Nampaknya regim UMNO-BN semakin menuju ke zaman kepupusannya.Halatuju kita ke Putrajaya dengan harapan baru semakin hampir dan menjadi mimpi ngeri kepada Pak Lah dan Najib.

Serahkan semula mandat kepada rakyat Perak untuk menentukan kepimpinan yang bakal menerajui Perak.

Pilihanraya kecil parlimen Pensiangan dan pilihanraya DUN Sarawak akan menjadi faktor penentu kejatuhan pemerintahan regim BN di negara ini.

InsyaAllah Pakatan Rakyat akan berjaya di Perak,Pensiangan dan Sarawak.

Pemecatan Imam Ramlang Porigi yang berasal dari Sabah akan menaikkan semangat seluruh kakitangan awam dan rakyat sabah lebih gigih mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Kelak,UMNO akan hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan dimuziumkan.Untuk mengelak daripada dilupakan oleh generasi akan datang,eloklah kita tukar nama rasuah kepada UMNO.

Tentu ramai yang bersetuju.......

tok iskandar said...

Terkini.Menurut satu sumber dari Pahang,dipercayai 3 ADUN dan 2 ahli parlimen di Pahang akan mengumumkan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat sebaik sahaja 2 Exco PKR mengumumkan penyertaan mereka ke dalam BN.

Jika benar,Najib akan menerima tamparan hebat dan sukar untuk bangkit semula.Parlimen Pekan yang dimenangi Najib terletak di dalam negeri Pahang.Najib juga pernah menjadi MB Pahang dan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang.

Sudah pasti Najib akan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak,TPM dan Menteri Kewangan untuk memikul tanggungjawab tersebut.Jika dia enggan,sudah pasti kelompok di dalam UMNO yang menyokong Khairi akan memaksanya berbuat demikian.

Itulah hari tu korang bongkak,korang aniaya orang-orang kanan Khairi seperti Wan Farid dan Norza Zakaria.Langit tak selalunya cerah.

Kem Najib akan berpecah dan pengikutnya akan berbondong-bondong menyertai Pakatan Rakyat.

Tentu korang nak tahu siapa ADUN dan MP dari Pahang itu.Tok kena rahsiakan dulu bimbang najib kidnap mereka.Kemasukan datuk Fauzi ke dalam PKR telah membuka laluan wakil-wakil rakyat BN di Pahang menyertai Pakatan Rakyat.

Berita kemasukan 2 exco Perak ke dalam BN juga boleh dikira basi dan jika surat pemberhentian sebagai wakil rakyat berjaya dicabar di mahkamah dan mereka masih menjadi wakil rakyat yang sah.Eloklah dibubarkan DUN Perak.Time inilah rakyat Pera akan menolak UMNO habis-habisan sehingga kehilangan wang pertaruhan

Re!D [TeaSeRS] said...

kalau macam ini la taktik kotor politik umno dan barisan nasional...
mereka akan jatuh pada PRU ke-13...
saudara saudari,silalah percaya...

Anonymous said...

Tok iskandar anda memang hebat..
memang betul apa yang tok katakan tu.
cucu pun setuju dengan apa yang tok iskandar habaq tu...
SYABAS PR...Kita semua pakat KUBURKAN umNO.....di Perak...