"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, March 31, 2009

Najib Tersedak: Tonjol Segala Kelemahan - malaysiakini

Nah, sudah terang lagi bersuluh..! makin hampir kita pada hari pemilihan pilihanraya kecil P-059, semakin tersedak Najib dek kebangkitan suara rakyat yang tak pernah dijangka kesan dari perbuatan bacul Najib merampas kuasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak 2 bulan lepas.

Nah kau Najib..! memang tidu rkau tak lena bukan? memang tidur suami kau juga tak lena bukan? apa mimpi kau tiap hari asyik diulit bayangan wanita cun Mongolia anak Shaariibuu itu? kenapa kau takut pada nama tu? kalau kau tak bersalah, kenapa kau perlu takut?

Hari ni kau tonjolkan lagi kelemahan demi kelemahan kau dengan berselindung dibalik PDRM.

PDRM hari ni mengeluarkan arahan seperti yang dilaporkan dalam malaysiakini -
  • Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.
  • Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung.
  • Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".
  • Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."
Aku nak tanya pencacai Najib sekelian... apa yang bos kau takutkan sangat dengan 2 isu tu? tak cukup ke lepas disekat media alternatif milik Pakatan Rakyat? UMNO bacul dah punya segala bentuk media untuk memainkan sebarang isu dan apa pula perlunya takut pada media alternatif milik Pakatan Rakyat yang dianggap :nyamuk" tu?

Hari ni pula cuba nak menutup mulut penceramah dan menutup telinga rakyat dengan arahan paling bongok.

Kalau benar pemimpin pujaan UMNO tu benar, aku cabar turun ke gelanggang ceramah di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan jugak Batang Ai, jelaskan sebenar-benar perkara, duduk bangunannya kisah, jatuh-bangunnya tuduhan orang ramai dan nafikan bahawa yang dituduh itu tak bersalah..!

Jangan selama-lama asyik nak bersembunyi di sebalik nama lain untuk melindungi telor sendiri yang semakin masam akibat dari peluh jantan yang tak henti-henti menggomol diri kerana takutkan bayangan Atlantuya.

Najib... kau tak sedar ke? makin lama kau lari dari masalah, makin dekat dan bertambun masalah datang menimpa. hari awal kau dapat mengelak sebab hanya 1 masalah tapi lama-kelamaan masalah makin bertambah dan kau tak kan dapat menampung lagi masalah sampai ke satu tahap kami akan terlihat kau bicara kesorangan ditepi longkang.

Kau boleh lari dari dosa tapi dosa tidak akan lari dari kau selagi kau tak bersihkan dosa tu sendiri. kau ingat doa orang lain boleh mengampunkan dosa kau sesama makhluk?

11 comments:

tok iskandar said...

Bekas Ketua Polis Negara,Hanif Omar juga Timbalan pengerusi genting.

tok iskandar said...

Bukak balik kes kehilangan rampasan dadah di Johor dengan kematian misteri seorang anggota polis lepas kejadian itu.

kes Kugan

Kes keganasan FRU dan polis melerai perhimpunan dan ceramah tanpa permit

Lepas ni setiap ceramah kita bawak wartawan asing termasuk Al Jazeera dan BBC,nak tengok polis berani atau tak bertindak kasar terhadap kita

Jangan lupa tangkap gambar pegawai polis atau FRU yang bertindak kasar terhadap penyokong dan pemimpin PR.Lepas tu kita masukkan dalam blog dan hantar bantahan kat SUHAKAM,AMNESTY INTERNATIONAL,OI dan PBB

OEE said...

molek sungguh cadangan Tok Iskandar....
TUNJUKKAN KEBENARAN !

tok iskandar said...

Itu yang sebaiknya.Takkan nak bertahan je.kena pakai pendekatan bijaksana.

Isu moral,judi,keganasan polis dan pendidikan akan jatuhkan UMNO-BN di Bukit Gantang dan Selambau.

Tak campur geng Mukhriz dan Khir Toyo,Opah Pidah dan geng-geng kalah dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ni dah boikot kempen PRK.Datang pun setakat melancong dan memantau.agaknya bendera mirip zionis sabotaj yang dilakukan ahli-ahli UMNO sendiri.Tak salah tok Ketua Pemuda Perak orang Mukhriz.

UMNO dah risau ada pakatan di antara KJ dengan PR melalui exconya,Lokman nor Adam yang pernah menjadi AMK.Lebih merisaukan ada khabar angin bertiup kencang dalam kem UMNO,Hisham akan digantikan oleh KJ sebagai Menteri Pelajaran selepas PRK ketika rombakan kabinet dilakukan.

zahid hamidi yang pernah jadi kawan baik anwar dan ada yan kata dia masih lagi kawan baik anwar dan dipercayai bertangungjawab menghantar ramlang porigi di dalam kempen PRK Permatang Pauh.

sumber ni tok dapat dalam kem UMNO.sekarang pemuda UMNO pecah 4 kepada geng KJ,geng Mukhriz,geng Khir Toyo dan geng reformis.wanita pulak kepada geng opah pidah dan shahrizat,puteri lagi hebat pecah 6.jangan jadi geng ecah rumah sudah.................

tok iskandar said...

sampaikan perpecahan UMNO ini kepada bloggers lain

noel said...

Tapi Tok Iskandar.. nantie polis tambah senarai larangan lagie nantie..

11. Tak boleh ajak wartawan luar
12. Tak boleh bawak camera
13. Tak boleh hantar batahan kat badan kemanusian

.. hehe.. apa punya dol lah..

Semakin pelik malaysia nie..
What the f**k of democracy is this?

tok iskandar said...

macam tu kita kena bawak pemerhati atau pemantau pilihanraya antarabangsa baru mengancam kedudukan UMNO-BN

syabas topeng perak kerana ambik gambar bilik gerakan UMNO.memang ramai betul petugasnya.nanti TV3 suku akan up sampai 15 ribu.dalam lori pick up tu je 500.wakakakak.tok pinjam gelak wak

Anonymous said...

HE HE 2 LE "DEMO KERA SI" ALA UMMM NOOOOO ...

Angkatan Muda Keadilan Tangga Batu said...

aku dgr najib tgh nak declare minyak turun dalam masa terdekat ni.......lg gula2 dr najib!!!!kita tnggu....

bodik said...

najib x senang duduk, mkn pun x lalu...mana nak pikir lg jadi pm, mcm2 lah. najib pun takut nak tidur...sb hantu antatunya cekik dia.

Anonymous said...

barua2 AMENO sudah takut,
depa sedar ttg perkara ni,
tp takut nk bersuara,
sbb mreka takut kpd yg sangat berkuasa.....
geng ameno ialah geng mata duitan,
geng2 yg makan duit rakyat.....