Ok geng... video pertama aku dah upload. korang perhati la macam mana budak Unit Amal tu kena, tapi mata kenaa tajam sikit geng sebab aku cuma pakai camera digital aku je untuk rakam... kualiti gambar korang paham-paham la...
Klik [sini] untuk tengok rakaman video...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, March 07, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Salam Sdr Topeng Perak
Inilah yang dikatakan menyebar sesuatu perkara yang boleh menyebabkan suasana tegang...
Tapi saya menghormti pendirian sdr dalam memperjuangkan idu ini...
Mengapa para penunjuk perasaan yang melanggar arahan supaya tidak mengadakan perhimpunan haram oleh pihak yang melaksanakan tugas mengekal keamanan melaungkan kalimah syahadah dan takbir...
Siapa ajar mereka ini menggunakan ayat Allah untuk langgar hukum dan undang-undang negara...?
Tak taulah mungkin ada yang menyokong tindakan mereka tapi bagi saya hormatlah penggunaan nama dan ayat suci Allah jangan dipolitikkan..
sedarlah saudara sekalian
salam
Tungaklangit - aku fikir hang adalah dari kalangan bijak pandai bila aku baca komen hang pada awalnya...
tapi aku silap...
"Mengapa para penunjuk perasaan yang melanggar arahan supaya tidak mengadakan perhimpunan haram oleh pihak yang melaksanakan tugas mengekal keamanan melaungkan kalimah syahadah dan takbir..."
"Perhimpunan Haram" kau cakap?
Ngoook sungguh kau ni... kau tak tau ke PDRM dah luluskan permit untuk perhimpunan ni?
atau kau baru lahir hari ni?
kalau kau baru lahir hari ni, aku sungguh kecewa sebab mungkin kau dilahirkan tanpa "otak"...
ish ish ish...
Pemuda Umno apa cerita?senyap jer…kata hero bangsa melayu. Sanggup buat apa saja untuk bangsa Melayu. Hero taik ayam pandu…
Pooodah…
http://www.youtube.com/watch?v=Gelwim7exko&eurl=http://videobaru.blogspot.com/2009/03/demo-ppsmi-dapat-lampu-hijau.html&feature=player_embedded
feedback student sal ppsmi
Tungaklangit!
Kamu nie sebenarnya pencacai angkat najis bagi puak umnomore.Bila Karpal sebut celaka, habis oku diserangnya.Nah hari ini mana dia pejuang bahasa umno turut membantah PPSMI.Jangan jadi bodohlah, mereka yang berdemo nie terdiri dari bijak pandai bahasa.Ada sasterawan negara, ada pejuang bahasa.Masyarakat sekarang tidak bodoh macam Tungaklangit, orang tidak pertikai B Inggeris tetapi pelaksanaan dalam pengajaran Matematik dan Sains lah bahalol....
Aku tak nampak geng songkok tinggi yg bejuang untuk melayu tu ada dalam kempen Hidupkan semula bahasa Melayu.Bagi aku umno hanya bejuang untuk fulus Bahasa ke mati depa tak peduli.Yang depa penting berapa persen! Bukan gitu yup Hisam.Kali ni jangan pegang keris bahaya tunjuk duit berapa juta dah kumpul
jangan di layan tungaklangit kita tunging pungkok kat dia sebab bahalol dan tolol.Tak paham orang cina,india orang asli bangun bela bahasa melayu yg ada peruntukan dalam perlembagaan.Itu le Melayu mudah lupa dan nyanyok.Jangan nanti anak cucu hang kencing kubur hang sebab marah kerana orang macam hang tungaklangit depa jadi mangsa!Bertaubatle
sdr tungaklangit,
sy bersetuju nama dan kalimah suci Allah perlu dipelihara. selain drpd tujuan mendaulatkan agama Islam (hatta memperjuangkan bahasa Melayu sekalipun) saya lihat kurang sesuai ditempikkan kalimah suci tersebut.
jesteru saya amat tdk bersetuju apabila pemuda BN menempikkan kalimah yg sama sewaktu menyokong ISA sptmana yg disiarkan didlm buletin utama tak lama dahulu. kerana jelas akta tersebut telah diselewengkan dan zalim. mana mungkin kalimah suci digunapakai bersama2 perkara yg zalim?
-etc-
Salam
Sdr Topengperak
saya tahu dan maklum bahawa permit telah dikeluarkan kepada penganjur perhimpunan tetapi pada asalnya mereka mengatakan bahawa mereka hanya ingin menghantar memorendum bukannya berarak dengan jumlah yang ramai dan tidak mematahui arahan pasukan keselamatan... saya dah lama lahir di dunia ini dan melihat berbagai asam garam hidup kerana itulah saya ingin bersama2 saudara menegakkan yang benar memerangi batil..
Tindakan saudara kita dalam UMNO juga salah sekiranya menggunakan kalimah Allah untuk kepentingan politik.. semuanya salah
Janganlah saudara tanpa nama menggunakan bahasa kesat menghina saya sebegitu, tentu ibubapa kamu tidak pernah mengajar kamu menggunakan perkataan kesat begitu, kasihanlah ibubapa kamu yang mengandung dan membesarkan kamu dengan ajaran Islam iaitu antara lainnya hormat menghormati dan tidak menggunakan perkataan yang hina kepada orang lain...
Kita berjuang bukan kerana kita bernaung di bawah UMNO atau Pas tapi kita berjuang sekiranya melihat ada kesalahan yang nyata ..
Biarlah anak cucu saya kencing di atas kubur saya atas sebab saya menyuarakan apa yang saya fikir benar.. saya tidak mengajar anak cucu saya mencarut, menggunakan perkataan hina ndan sebagainya
saya pun tak kata BI ini bagus dan tak kata BM tak bagus.. apa yang saya cuba ketengahkan adalah elok sekiranya kita perkenalkan BI sejak dari awal lagi dan ini akan mengalakkan anak2 kita mengenali BI dan tak payahlah bila masuk menegah baru nak belajar.. begitu
janganlah disebabkan PPSMI dibawa oleh kerajaan pimpinan UMNO maka kita tolak... fikirlah sdr topengperak yang mengatakan saya dilahirkan tanpa otak... mengata orang tak baik.. nak berhujah biarla dalam keadaan waras
beginilah bangsa yang dikatakan melayu.. suka bertelagah alam setiap hal dan bila kalah maka mereka akan kata itu salah orang lain.. berubahlah
bagi sdr topengperak, gunakanlah blog saudara ini untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu yang diredhai Allah bukannya info yang mengelirukan, penat nanti nak jawab soalan malaikat...
INGAT SETIAP PANCAINDERA YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH AKAN DITANYA KEMBALI APA YANG KITA PERGUNAKAN SEMASA DI DUNIA... sekadar berpesan
memanglah saya ini dpersalahkan kerana saya tidak bersama saudara sekalian dalam memberi hujah tapi hormatilah pandangan orang lain...
bukankah pemimpin kalian dalam pas meminta kita menggunakan pendekatan berbincang sebelum membuat keputusan?
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat saudara sekalian
semoga Allah memberi hidayat kerana saya tiada kuasa untuk mengubah seseorang hanya Allah yang berkuasa atas segalanya.. saya hanya hamba yang mengingatkan saudara seagama
salam
Saya rasa togeklangit, opss sorry salah eja sebenarnya tungaklangit bukan rakyat Malaysia. Sebab tak prihatin perhimpunan tu dahpun diluluskan bukan perhimpunan haram lagi...Lain kali tongeklangit, (opps salah lagi) jangan tidur sebantal dengan Che Det sebab nanti jadi MELAYU MUDAH LUPA...
Aku pun tidak hadir kat perhimpunan tersebut (sebab jauh), tapi tak ada le nak bagi alasan/komen yang bodoh tu. Orang kata kita tak dapat hadir tak bererti kita tak sokong tapi jangan pula kita membangkang tindakan murni pejuang-pejuang Bahasa...
Yang pasti pemimpin BN/UMNO sekoq pun tak ada dalam perhimpunan tersebut, semua tak ada teloq...
Semua pemimpin UMNO tidoq dalam isu ni... Macam Pak Lah (orang kamu aku) tak kira kat mana hanya yang dia tau tidoq sahaja, kat rumah tidoq, kat majlis tidoq ... entah-entah masa bagi ulasan kat TV tadi pun baru bangun dari tidoq (muka sembam/merah semacam aje)
Tungaklangit - semua berita dalam blog ini disertai dengan bukti bergambar dan juga rakaman video.
tang mana yang hang habaq "mengelirukan"...
sebab tu aku terpaksa andaikan bahawa hang dilahirkan "tanpa otak".
hanya mereka yang dilahirkan "tanpa otak" sahaja yang tidak dapat menilai sesuatu info itu WALAUPUN disertai dengan bukti bergambar dan juga rakaman video.
tak betul cakap aku?
Kome cakap Melayu mana polis2 nie nak faham... Deme xreti bahasa Melayu... English, love
Salam
saudara berkata benar dari sudut pandangan saudara dan saya melihat dari sudut pandangan saya... tapi kita dianugerahkan otak untuk menilai samada ianya benar atau salah....
sudah saya katakan sekiranya saudara anggap ianya benar maka ikutlah pandangan saudara.. saya mempunyai pandangan saya sendiri tak perlulah nak marah dalam berhujah...
saya hanya menyeru supaya gunakanlah blog saudara untuk beramal ibadat dan jangan membangkitkan semangat yang menyimpang jauh dari ajaran islam seperti menggunakan perkataan kesat, maki hamun dan sebagainya..
sekurang-kurangnya, berterima kasihlah kepada pasukan keselamatan yang menjaga keamanan semasa perhimpunan semalam, saudar juga sedar terdapat dalam kumpulan yang menyertai pererakan haram itu ada yang mempunyai niat yang lain dan sebagainya...
sudah saya cadangkan supaya adakan memrendum seluruh negara dan minta tandatangan rakyat Malaysia sekiranya tak suka kepada PPSMI dan desak kerajaan jangan laksanakannya tapi mengapa guna jalan demo untuk mendesak kerajaan..
entahlah mungkin saya silap sekiranya kita percaya sesuatu maka kita akan ikut kepercayan itu... kalau dah memang pembangkang maka membangkang adalah amalan mereka kot.. maaf sekiranya perkataan ini melukai hati sesiapa
sedarlah isu ini hanya dipolitikkan oleh sesuatu pihak bagi menghancurkan Malaysia..sayanglah negara kita ..lihatlah kerja tangan-tangan syaitan yang cuba wjudka perpecahan dalam umat melayu/islam di malaysia ...sedarlah saudara ku topengperak.. janganlah nak memaki orang sahaja dan renunglah ke dalam hati saudara Insyallah allah akan memberi hidayat sekiranya tidak maka bersabarlah menantinya
salam
sdr tungaklangit,
jln demonstrasi adalah pilihan terakhir GMI setelah perbincangan meja bulat serta desakan/pandangan secara 'lebih bersopan' dlm tempoh 6 thn ini ibarat melukut di tepi gantang.
dicadangkan sdr membaca dulu ebook ini :
http://hasbullah.pit.my/2009/03/ppsmi-prof-abdullah-kasi-buku-percuma.html
kemudian beritahu kami pandangan anda ttg PPSMI
-etc-
Hahhahha... Syaitan-syaitan cuba pecah belahkan Melayu???? Bukan ke MElayu Islam ni dah berpecah sejak 50 tahun yang lepas. Atas kerja tangan Syaitan mane yer....
Yang paling saya heran, mengapa tiada seorang pun pemimpin dari UMNO dan PEKIDA yang katanya membela AGAMA, Bangsa dan Negara hadir dan menyertai perhimpunan tersebut. Adakah sudah hilang kejantanan atau masing-masing sudah terbang ke luar negara atas urusan lawatan? Oooo.. mungkin sebab geng-geng PEKIDA sibuk berkawal kat bangunan SUK kot. Takpun tengah sibuk tarik kereta ataupun yang paling best sekali tengah sibuk tonggang kat kelab dangdut. PEGI MAMPOSLAH ngan PEKIDA.....
TungauLangit,
Janganlah berdolak dalih lagi. Anda kenalah membaca isu ini dengan lebih mendalam. Isu ini bukan dibangkitkan oleh mana-mana parti politik. Isu ini dibangkitkan oleh golongan guru-guru, PIBG, Sasterawan, pakar bahasa melayu dan berbagai pertubuhan NGO. Jadi, adalah lembap pemikiran polis kalau dah bagi permit kepada 12 lebih kumpulan NGO tapi mengharapkan supaya perhimpunan itu hanya berjaya mengumpulkan hanya 100 orang sahaja. Memanglah UMNO selalunya tak mampu kumpulkan lebih daripada 1000 orang pun pada mana-mana perhimpunan. Tapi, apabila permit telah diberikan, walhal polis tahu ramai yang akan datang - kenapa permit diberikan?
OK kalau lah dikatakan polis yang bagi permit tu tak tahu ramai yang akan datang. Kenapa berlori-lori FRU datang berkumpul? Kenapa bergelen-gelen air kimia dan gas disediakan? Bukankah itu tandanya polis "sudah tahu" dan bersedia untuk "menggodam" kesemua yang hadir ke perhimpunan itu atas dasar apa?
Sebab itulah kami marah. Sedarlah wahai TungakLangit.
Berkenaan isu bantahan terhadap PPSMI ini, anda kenalah membaca hujah2 kami. Jika tidak, berbuih mulut cakap, melecet jari menaip pun awak tak akan faham.
OK, adios! Wassalam.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum apakhabar kengkawan..semua...memang seronok baca komen kome semua ni...baiklah khusus untuk tonggak langit..zali...dan anonymous yang masih menyokong tindakan fru dan polis suka ana nak nasihatkan tentang apa yang Islam kata mengenai tindakan yang menzalimi manusia....firman Allah taala:
و ما لا تقتلون في سبيل الله والمستضعفين من الرجال والنساء والولدان الذين يقولون ربنا أخرجنا من هذه القرية الظالم أهلها واجعل لنا من لدنك وليا واجعل لنا من لدنك نصيرا
Ertinya :
Dan mengapakah kamu enggan berjuang di jalan Allah bagi membebaskan orang-orang yang tertindas iaitu mereka yang terdiri dari orang-orang lelaki dan perempuan dan kanak-kanak yang hidup menderita dan tidak ada cara yang lain bagi mereka kecuali dengan jalan berdoa: Ya Tuhan..keluarkanlah dari negeri kami ini mereka yang zalim..dan kau lahirkanlah untuk kami seorang pemimpin (yang adil)dan kau lahirkanlah untuk kami seorang pembela (An Nisa ayat 75)
Menurut seorang ulamak Al Azhar di Mesir yang tersohor yang bernama Muhammad Al Ghazali menyatakan di dalam kitabnya..Khuluqul Muslim bahawa Islam itu datang dengan membawa kebaikan dan kebajikan..maka sekiranya ia datang kepada manusia yang fitrahnya baik..(jiwanya dapat menerima Islam)maka akidah seseorang itu diperteguhkan dan diperluruskan akidahnya dan sekiranya ia datang kepada seorang manusia yang fitrahnya jahat maka Islam akan memberi amaran kepadanya dan menasihatinya..
.Menurut syeikh Muhammad Said Ramadhan Al Buti di dalam kitabnya..Fiqhus Sirah pula menyatakan...jiwa manusia..fitrah manusia memang dijadikan Allah menolak perkara yang jahat dan keji...hanya jiwa yang jahat sahaja boleh bersekongkol dengan tindakan yang jahat...
Sesungguhnya di dalam ayat di atas Allah menceritakan tentang fitrah manusia yang baik jika sering ditindas..dizalimi..disakiti...maka jadilah mereka golongan yang digelar oleh Allah sebagai golongan ''Mustada'fin'' dan mereka ini akan hilang kesabarannya..apabila terlampau teruk dianiayai dan dizalimi..
Menurut jumhur ulamak tafsir:...Allah menjadikan fitrah manusia sesiapa pun sahaja apabila disakiti dan dizalimi akan bangun menentang baik lelaki..perempuan..orang tua..kanak-kanak...dan inilah yang berlaku di Palestin di dalam peristiwa ''Intifadah''yang menyaksikan kebangkitan rakyat Palestin dari golongan lelaki,perempuan,orang tua dan kanak-kanak bangun melawan zionis yang sudah puluhan tahun menzalimi dan merampas hak orang-orang islam di bumi Palestin yang menyebabkan ''Yahudi Zionis''amat takut dan gerun sekali...dengan perkataan intifadah..dan kebangkitan rakyat Palestin
Inilah yang berlaku di malaysia...intifadah atau kebangkitan rakyat di atas ketidakadilan merupakan suatu yang fitrah..yang ada dalam jiwa manusia yang baik...yang ingin memerdekakan jiwa mereka dari kezaliman dan kejahatan orang yang zalim..Sesungguhnya apa yang berlaku semalam merupakan cetusan rasa ketidakpuasan hati rakyat yang tertindas di dalam isu ppsmi ini yang keluar beramai-ramai berhimpun SECARA AMAN bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka..tetapi berlaku insiden yang jahat...dari arahan pihak yang jahat..dilaksanakan oleh jentera yang jahat...maka apabila senario ini berlaku ...sebagaimana firman Allah di atas..mereka yang dizalimi ini akan berdoa...dengan doa ''Ya Allah kau keluarkanlah orang yang zalim dikalangan kami yang menzalimi kami''(rujuk ayat Al-Quran di atas)Menurut hampir semua ulamak tafsir doa ini merupakan doa manusia yang tertindas dan dizalimi..dan doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah malah dimakbulkannya dengan segera..sebagaimana sabda Nabi saw:
''Takutlah kamu kepada doa orang yang dizalimi kerana tiada hijab(halangan)bagi doa mereka untuk dimakbulkan Allah''
Wahai pemimpin UMNO..dan bloggers UMNO yang sudi membaca tulisan saya ini ingat..betul-betul..di dalam ayat Al-Quran yang dituliskan di atas tadi..di akhir sekali Allah akan memakbulkan doa orang yang teraniaya dan dizalimi iaitu….akan dilahirkan bagi mereka yang tertindas itu golongan pemimpin yang baik dan adil yang membela nasib umat Islam....tang ni yang best ni..pasal apa ..dengan doa orang-orang yang FRU pukul semalam..dengan doa orang-orang yang S.B pukul semalam..dengan doa petugas unit amal yang dikurung yang hangpa bloggers UMNO kata macam beruk dan gorila yang kena kurung..
Maka Allah akan memakbulkan suatu doa iaitu digantikan pemimpin yang zalim dan jahat dengan pemimpin yang adil dan membela nasib rakyat ...insyaallah sama-samalah kita saksikan hasil doa rakyat di dalam pilihanraya yang ke 13..kita akan lihat ramai pemimpin umno yang akan dipencenkan...akuilah tiada kuasa...yang lebih hebat melainkan Allah.. dan Allah bersama orang-orang yang benar begitu juga bloggers-bloggers macam korang yang menyokong kezaliman akan ada balasan Allah untuk hangpa...bukan kami minta tapi itulah yang disebutkan oleh Allah di dalam ayat diatas..sebagaimana yang telah ditafsirkan oleh ulamak-ulamak tafsir...baik le korang kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat..tak ke mana dapat elaun menjawab tu…dunia ni je sedapnya akhirat merana…memang pemimipin UMNO tak pernah belajar dari kesilapan mereka…tiada apa yang paling dibenci oleh fitrah manusia melainkan..tangan-tangan mereka-mereka yangberlumuran darah dan noda menzalimi manusia yang lemah…!!!ubah la cara kome menangani masalah rakyat kalau rasa nak memerintah lagi…!!!!
(Ex Al azhar student 93-98)El Zagazig)
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...seronok betul layan Tungaklangit ni...apa khabar...saya ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama semua terutamanya tungaklangit.
Sabda Rasulullah saw :
سيأتي على الناس سنوات خداعات يصدق فيها الكاذب ويكذب فيها الصادق ويؤتمن الخائن ويخون فيها الأمين وينطق فيها الرويبضة قيل وما الرويبضة قال التافه في أمر العامة
Ertinya :
Akan datang suatu zaman di mana pembohongan itu menjadi perkara biasa..orang yang berbohong dipercayai dan orang yang berkata benar dituduh berbohong..orang yang khianat diberikan amanah dan orang yang amanah pula dikhianati..dan akan ada manusia golongan''Ruwaibidhah''yang mengeluarkan kenyataannya..bila ditanya (sahabat)siapakah golongan ''Ruwaibidhah'' itu?Maka jawab Nabi saw:Ruwaibidhah itu ialah orang yang merosakkan masyarakat umum (dengan kata-katanya yang jahat)
Menurut Fadhilatus As Syeikh Muhmmad Al Ghazali..ulamak tersohor di Timur Tengah bahawa Nabi saw memberikan amaran bahawa akan berlaku di akhir zaman segolongan manusia perosak yang suka berbohong dan tidak amanah yang akan dipercayai oleh manusia dan mereka ini akan dilantik menjadi pemimpin bagi umat Islam..
Kata-kata mereka di dalamnya penuh dengan tipu helah dan lakonan semata-mata...perangai mereka tidak amanah dengan hak rakyat tetapi merekalah yang dilantik...
Mengikut seorang ulamak hadis..bahawa hadis ini menceritakan bagaimana ada diantara golongan manusia yang baik..amanah..jujur tetapi sudah tidak dipercayai oleh masyarakat yang jahil kerana mereka ini yang jujur..baik..amanah..serba kekurangan dari segi material..sedangkan masyarakat yang memilih pemimpin yang jahat..korup..tidak amanah pula terpedaya dengan kemewahan yang ditaburkan...
Cuba bandingkan kehidupan sasterawan negara yang hidup sederhana tak berkepentingan tamakkan harta dunia..mereka ikhlas menyatakan kebenaran memikul amanah rakyat yang tertindas..iaitu bapa-bapa yang miskin yang tidak mampu membelikan buku tambahan atau pun membayar yuran kelas tambahan untuk bahasa Inggeris..anak-anak yang menangis kecewa lantaran susah untuk memahami matapelajaran yang tidak menggunakan bahasa ibunda..anak-anak kampung yang tidak berdaya menguasai bahasa asing ini..guru-guru yang dipaksa membuang masa mengikuti kursus yang mereka sendiri tidak rela menghadirinya..belanja yang dibazirkan menggunakan wang rakyat semata-mata mahu mengikut selera pembesar negara yang hidup senang lenang mewah tak terkata hasil jualan dan tender buku-buku teks..program komputer..makmal bahasa...dan pelbagai lagi ruang yang boleh buat duit kamu semua mewah dan kamu tipu rakyat.kamu khianati hak rakyat...kamu kata semua program berjalan lancar dan kononnya program ppsmi telah berjaya dan berjalan dengan baik buktinya...nya keputusan peperiksaan yang cemerlang di dalam kedua-dua matapelajaran...tapi kamu lupa bahawa guru-guru yang memeriksa kertas bukannya tak amanah macam kamu..kamu lupa bahawa golongan yang bermesyuarat di dalam penyelarasan markah peperiksaan awam ..mereka ini..ada yang jujur..tidak redha dengan pembohongan kamu tapi apa yang mereka boleh buat kerana institusi di Malaysia ini yang sememangnya membela orang-orang yang zalim dan suka berbohong..Tidakkah kamu sedar bahawa ada diantara mereka (pemeriksa)menceritakan secara ilmiah secara jujur tentang pembohongan kamu..tangan mereka inilah yang memeriksa kertas dan mendapati berapa ramai anak Melayu yang gagal dan tak boleh menjawab..bukankah ini zalim namanya pada anak bangsa kita..hai menteri UMNO dan penyokongnya yang tak sedar diri...apakah kamu mahu menjadi golongan sebagaimana hadis Nabi saw di atas??berbohong-berbohong dan terus berbohonglah kamu semua..yang penting kamu mewah... kaya.....tapi kami tetap miskin susah..tak semewah menteri yang meluluskan dasar ppsmi...tak semewah..Dato Hisyamuddin kerana dia dari kecil hingga dewasa dibesarkan di dalam kemewahan...namun ingatlah wahai menteri-menteri sekelian janganlah kemewahan kamu itu menjadi kamu pembohong rakyat dan perosak masa depan anak Melayu di Malaysia
YANG NI BRU BOLEH DIPANGGIL HUJJAH!!
SYUKRAN..
Post a Comment