"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 25, 2009

Sokongan Bukan Islam "Solid"

Reactions: 
Hasil pemantauan yang dilakukan sejak hari penamaan calon hingga ke saat akhir menjelang hari mengundi pada pagi ini, menunjukkan sokongan padu bukan Islam pada calon PR, Ustaz Salleh Man.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar yang mengetuai petugas PAS negerinya di Unit Peti Undi (UPU) Cross Street 2, dekat sini yang merupakan kawasan paling tinggi mempunyai pengundi Tionghua di Dun Permatang Pasir.

Menurut Zulkefly, daripada 2,160 pengundi di UPU, seramai 1800 adalah pengundi berbangsa Cina dan selebihnya sekitar 300 orang terdiri daripada kalangan pengundi Melayu dan India.

Semua pengundi di UPU Cross Street 2 yang tinggal di 11 lokaliti atau kampung akan menunaikan tanggungjawab mereka pada esok pagi di Madrasah Masriyah, juga dekat sini.

“Pengundi di kawasan ini memang memberikan sokongan kepada PR berdasarkan keputusan pilihan raya umum dan PRK Permatang Pauh, sebelum daripada ini, memperlihatkan keberanian mereka untuk bersama PR semakin jelas.

“Perkara ini dapat dilihat ketika majlis jamuan makan yang diadakan bersebelahan Tokong Kampung Sayur dan calon, Ustaz Salleh Man turun berjumpa dengan pengundi bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Haji Mohamad Sabu.

“Saya berkeyakinan PR berada di dalam keadaan selesa sehingga ke saat akhir kempen menjelang esok hari,” tegas Zulkefly yang sudah dua kali berkampung di sini termasuk ketika PRK Permatang Pauh tidak lama sebelum ini.

Katanya, penduduk Melayu pula tinggal di Kampung Paya seramai 360 yang dikatakan terdiri daripada pengundi tegar Umno, namun selepas Datuk Seri Anwar dan Ustaz Saleh menemui mereka di dalam lawatan ke kampong mereka, suasana sudah berubah.

Rakyat hendak tolak BN, ujarnya, kerana PR kemukakan calon terbaik apatah lagi hanya ini sahajalah satu-satunya kerusi PAS di Pulau Pinang dan telah dinyatakan jika Ustaz Salleh menang pada kali ini, beliau akan dilantik sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Zulkefly juga berkata, BN meletakkan sasaran tinggi untuk menang di Permatang Pasir dengan mengemukakan janji untuk jadikan Permatang Pasir sebagai anak emas mereka, jika beroleh kemenangan kali ini.

Katanya, Menteri Besar Negeri Sembilan telah mengetuai petugas UMNO negeri itu yang kedudukan markas keduanya, antara PAS dan UMNO hanya sekitar 40 meter melalui satu lorong yang sama, meskipun tidak nampak tapi boleh dengar suara ceramah dengan jelas.

Mengulas isu ini, Zulkefly mengingatkan pengundi tempatan agar tidak terpengaruh dengan janji MB itu kerana beliau sendiri gagal untuk menjadikan negerinya sendiri sebagai anak emas.

“Jika hendak jadikan emas pun, jadikanlah negeri sendiri dulu sebagai anak emas, ini isunya di negeri pun belum lagi selesai termasuk berkaitan cukai tanah, tariff air dan sebagainya.

“Orang yang berjanji mesti dari orang yang boleh tunaikan janji-janji mereka,” tegasnya yang memang mempunyai banyak pengalaman tersendiri dengan kaum Tionghua di Negeri Sembilan khususnya.

Kerana itu, jelasnya, UPU Cross Street 2 ini diasak oleh semua pimpinan BN dengan memberikan bantuan kepada petani sayur dan peniaga seperti baja dan duit yang merupakan cara kempen stail lama yang sudah ketinggalan zaman.

Sumber - SIASAH

7 comments:

PUTRA MERDEKA said...

salam...
solid? kalau aku nak setuju pon sebab puak-puak ni tahu ini caranya untuk terus menenggelamkan kuasa melayu! sebab bila berdiri kuasa melayu maka tertegaklah Islam!
tapi solid datang mana pun tak tahu sebab puak-puak kuda belang ni memang makanan dia ialah penipuan dan fitnah prmimpin, maka apa saja yang datang amat lazat ditelan, itu sebab kuda-kuda belang taksub PAS ni tak payah susah-susah fikir dan menggunakan otak!
yang jelas kawasan Cross street ini lah yang paling ramai pengundi yang boleh di pertikai akan kesahihan pengundi, sampai 1800 orang beb...ramainya yang seronok jadi pengundi kawasan ni walaupun duduk lain tempat? ada syok kah?
tapi ada berita yang mengatakan bahawa pengundi-pengundi bukan melayu tak peduli pun PAS kalah sebab ianya tidak mengubah kerajaan negeri dan lagi satu mereka nak kan PAS kalah sebab nak bagi ajar dekat PAS kerana isu beer si selangor...amacam? ada btul solid?

PUTRA MERDEKA said...

solid bukan Islam menunjukkan PAS ditunggang oleh kafir laknat sementara orang Islam menolak PAS!
ada akai kaa?
mungkin dia orang dah insaf dan terpesona dengan tawaran tok guru ulama dalam semak yang menjanjikan dia orang syurga...huhu itu yang solid...
ada akai kaa?

Anonymous said...

heran betui teman dgn komen putra merdeka ni..mcm mangkaq pun ader hahaha
ni aku nk ty..umno 50 thn merintah malaysia..Islam tertegak bebenor ke kt malaysia..jgn kelentong le

zahid ehud said...

putra merdeka melalut macam org meroyan....

menteri kalah dia tu nak jalankan hukuman syariah ciptaan manusia pon tak sanggup macam mana nak tegakkan islam....

ada akai ka putera kenchana.... yela ko boleh masuk syurga bila mnyokong perasuah, perompak harta rakyat, pembunuh, pemberi lesen lucky draw, pemberi lesen arak, pemimpin yang persendakan agama,... silakan silakan putra kenchana untuk masuk 'syurga' lu memang cukup amalan...

Anonymous said...

INGAT LAH UNDI PAS + PKR = DAP CINA LAKNAT!

AKU SOKONG PUTRA MERDEKA!

UMNOmunafik@anti-islam said...

UMNO PUN DAH LAMA D LAKNAT..TU YG MCM2 KBURUKAN PASAL UMNO TIMBUL..!!!

Wong Ka Wai said...

Berdasarkan senarai kawan-kawan dan kenalan (team bola sepak sambilan) saya di Permatang Pasir,

mereka dah "confirm" 23 undi cina, 3 punjabi, 7 india, 5 melayu pangkah PAS.

UMNO pula dapat 8 undi dari kawan-kawan melayu saya.

Saya yakin PAS boleh menang dengan selesa.

buka kedai online dengan RM100