"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 19, 2010

"Cah Keting": Siapa "Cah Keting" Siapa..? - Celako..! Celako..! Celako..!

Geger pulak isu "cah keting" di Kelantan.

Kata TGNA :
Itu kata TGNA pada wartawan media perdana. tiba-tiba aku teringat satu artikel karangan "anakanda" yang lebih kita kenal dengan "salam kamuntingnya" (disahut pula dengan "salam 1Malaysia" oleh "idolanya" mungkin...). antara petikan dalam artikel tersebut : Tajuk artikel berkenaan ialah - Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS. eh... siapa "cah keting" siapa..?

TGNA sebut lagi pada wartawan media perdana dan disiarkan seperti ini : Betul doh hok Tok Guru oyak tu...

Lepas tu hari ni aku terjumpa transkrip sembang-sembang sipolan dengan sipolan. sikit petikan :

Mohd Saiba : Rusdi terlibat kan dalam hal ni, Rusdi jong memanggilnya. Arif pun royat.

Akmal Ilham : Yalah.

Mohd Saiba : Arif royat.

Akmal Ilham : Arif royat pulak? Hari tu hak di rumah anta tu, nama gapo doh, Shaari, hak mula-mulanya, pah tu Arif royat pulak?

Mohd Saiba : Dia royat beres dah, begitulah, dia pun,
Arif pun suruh Tok Guru pecat Annual Bakri, kot-kot mana pun kena pecat.

Akmal Ilham : Kawan tu tak tau lagilah?


Aku ada 1 soalan - antara Mohd Saiba, Akmal Ilham, Rusdi, Arif, Shaari dan Annual Bakri, siapa "cah keting" siapa..? "tak mungkin" Arif "cah keting" siapa-siapa sebab Arif cuma seorang menantu dan bukannya pembantu khas TGNA. Arif pun bukannya "hantu" sebab hanya hantu-hantu je yang suka buat "kerja-kerja bodoh" macam yang abang ipar "menantu" ni sebut sebelum ni.

Arif ni orangnya "bijak" dan buktinya ialah bila TGNA dilaporkan mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur disebabkan oleh masalah teknikal, demi menjaga kepentingan peniaga.

"Teknikal" je... kesilapan "teknikal' sebenarnya bukan berpunca dari "tidak bijak". kalau tak percaya, boleh tanya UMNO.

Sejurus selepas Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa membeli Bazar Tok Guru akibat masalah "teknikal" (sebenarnya keputusan ini bukan dibuat pada minggu lepas, sebaliknya hampir 3 minggu lepas dalam 1 mesyuarat tetapi tidak diwar-warkan), tiba-tiba - Ketua Dewan Pemuda Pengkalan Chepa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan beliau menolak jawatan lantikan politik tahun ini bagi menumpu perhatian kepada perniagaan.

Selain itu hasratnya menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Rekod kedatangan saya pada setiap mesyuarat tahun lepas agak buruk.

“Jadi saya khuatir nanti akan menjejas prestasi dan perjalanan jabatan atau agensi yang saya wakili,” katanya ketika ditemui selepas penyampaian sumbangan kepada sekolah agama di sini, semalam
.

Eh..? tolak sebab alasan-alasan diatas atau ada sebab lain..? ada pepatah berbunyi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". tu pepatah orang-orang tua, bukan aku reka-reka. mungkin doa tuan punya doa dibawah ini diperkenankan Allah : Sejak berapa lama dulu, macam-macam kita dengar kisah-kisah seorang EXCO Kanan Kerajaan Negeri Kelantan "kununnya" dia itu, ini, begitu dan juga begini. nada "kununnya" itu memang sebijik dengan nada UMNO. tak tau lah aku macam mana hal ni boleh berlaku.

Kebetulankah..? atau ada rancangan "cah keting" hasil dari "meterai" dengan pihak PAS-UMNO atau lebih dikenali dengan nama "geng pro UG..?" kata "geng pro UG", EXCO itu jahat, berniat tak baik terhadap TGNA dan Kerajaan Negeri Kelantan, gila kuasa, rancang untuk masukkan "orang-orang dia" dikeliling TGNA dan macam-macam lagi.

Yang lebih heran ialah sampai hari ni kita tak dapat kenal pasti siapa "orang-orang dia" yang diletakkan dikeliling TGNA..? sedang geng-geng pro UG pulak terang-terang masuk campur dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. contohnya macam "sibedul" yang "suruh Tok Guru pecat SetPol... "kot mana-mana pun kena pecat..!".

Yang dok tuduh orang itu jahat, orang ini jahat dok sibuk kacau urusan pentadbiran waktu makan, yang "jahat" kehulu-kehilir dok buat kerja bela hak rakyat dan negeri. dunia dah terbalik. orang jahat diangkat jadi "hero", orang yang buat kerja bela rakyat dituduh "jahat".

Celako..! Celako..! Celako..!

Siapa "cah keting" siapa nih..?

14 comments:

kerabu said...

meme boleh tau sapo nak cah ketin sapo..tengok arifoyak..tengok sheik anduh..tengok la bila kuasa dan wang menguasai semua nay makin jadi kelaru..o=pitih oh pitih....anak beranak jadi kelabu mata!

http://kerabubersuara.blogspot.com/

The Body said...

Jawapannya ialah si TP yg kuat mengadu domba.

Anonymous said...

masih lagi ada orang pas termasuk la bloggers pas yg percaya pada ariffahmi sampai hari ni.

macam org umno yg masih kata umno tu berjuang jujur utk melayu.

puak-puak ni - umno totok dan ahli-ahli pas ni - samada dapat upah dari tuan diorang (umno/ariffahmi) ataupun sememangnya bahalol tak boleh diajar dah!

Anonymous said...

mende la nok pecoh beloh... pembangkang tgh kuat leni jgn buat gini... sume kena bersatu!!!!

Anonymous said...

Nampaknya Tok Pa basuh tanganla kalau macamni!!!Menang tak melawan!Pas sama pas dok berbaloh!Jeles aku kat anuaq musa!Kayo melana!Dapat jadik YB pulak lepas ni!Kayo melano-lano la lagi!!!!!!!!!

Harris said...

Rapatkan saf..Mari kite hancurkan UBN..Nyahkan dari mukabumi malaysia yg tercinta nih!

Anonymous said...

SHAH ALAM - Kerajaan Kelantan digesa menjelaskan secara terperinci kepada rakyat berkaitan tindakannya membeli tingkat bawah Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta daripada sebuah syarikat swasta, Sensatimur Sdn Bhd.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu perlu untuk memberi penjelasan kepada rakyat bagi mengelak pelbagai spekulasi dan tafsiran.:

“Penjelasan kepada rakyat Kelantan wajar dilakukan secara terperinci bagi mengelak timbul pelbagai spekulasi kelak.

“Langkah itu juga menunjukkan Kerajaan Negeri pimpinan Pas telus dan tidak menyembunyikan apa juga perkara kepada rakyat,” katanya kepada: Sinar Harian :semalam.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Kelantan membeli tingkat bawah Bazar Tok Guru bernilai RM23 juta yang disifatkan sesetengah pihak sebagai tindakan menyelamatkan projek Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ditanya mungkin gesaannya itu menjejaskan kredibiliti Kerajaan Negeri, beliau berkata, penjelasan kedudukan sebenar kepada rakyat itu tidak akan menggugat atau menjejaskan Kerajaan Negeri.

Beliau, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, mahu Kelantan meneliti semula maklumat keputusan Mesyuarat Exco Negeri, Rabu lalu dikelaskan semula sebagai tidak tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).:

”Saya tidak lihat ia melibatkan unsur yang mengancam keselamatan. Secara prinsipnya, OSA adalah untuk melindungi keselamatan negara.

“Isu ini juga diyakini tidak melibatkan penyelewengan, namun sekiranya berlaku, Kerajaan Negeri sendiri perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mengesahkan pembelian tingkat bawah bazar itu yang dalam pembinaan daripada Sensatimur kerana masalah teknikal, demi menjaga kepentingan peniaga.

cah keting, cah kerinting, cah bulu kening, cak kobeng hanya ada pada tok guru n.ajis & yg sama waktu dengan nya ha ha ha

Anonymous said...

Semua orang dah tahu..Ini semua agenda hendak jatuhkan & burukkan Pas di Kelantan..tak payah la duduk komen lebih2 & suka membuat andaian yang bukan2..hahaha

Taktik lama...rakyat M'sia dah bijak..

Kick_PR said...

Kami Bloger2 Umno sekarang ketawa melihat bloger2 PR. Mereka (bloger2 PR) berperang sesama sendiri. Mereka saling 'membunuh" sama2 mereka.

ketawakan mereka...kah..kah..kah..
Booo mereka...boooooooooooo
Hip2 Horey...Hip2 horey..!!!!!

Anonymous said...

Analisa yang sangat baik dari topeng perak.

FaridShah said...

Cilakak..cilakak..cilakak !

TP, letak la gambar 4,5 org yg nama dok sebut kat posting ni.

Teringin gak nak kenal, kot2 la terjumpa kat tepi jalan..

Boleh la menyapa, org 'tak jahat' katakan !

Anak Lenggong said...

Apa ..kalian ingat pemimpin PAS tu baik belaka ke..semua tu gila kuasa islam pada mereka digunakan untuk kepentingan politik dan peryt sahaja..penyokong pulak bila pak lobai berjanggut sejemput dan berjubah tu mula laa waala tak tentu pasal ..pejuang islam laa konon..pieeraahh..pejuang perut tu adalah..

Sebab tu lah salahudin kata PAS hanya sebuah parti politik..so memang ada manusia yang berperangai camtu..seperti jugak laa dengan TP@tagih bontot ni..dia terpaksa cari pohon yang rendang untuk bertaut...jangan sesekali mencaci pembayar upahnya..siap laa seperti dia kenakan MSO.

Anonymous said...

hek ele org umno ni...umno lagi teruk..sultan sendiri pun kena cah keting...tanya anuar musa kalau tak caya. kat perlis, kat terengganu takde lak umno nak bunyi...tu bukan takat cah keting kg dah...tu dah cah kantung dah tu...ha ha ha...ari ni brapa duit dpt rasuah?. ari ni rezeki Allah bagi ke umno bagi...ha ha ha..makan nasik umno bayo ke bayo sendiri..ha ha ha... duit dlm poket cari sendiri ke umno bagi...ha ha ha..udara yg di sedut tu Allah punya ke umno bagi subsidi..ha ha ha...bumi ni bumi umno ke bumi Allah.....ha ha ha...

Anonymous said...

maaf ler...x berapa faham citer ni...
Yg pasti kena rapatkan balik jemaah dlm PAS ni. Semoga Allah satukan hati ahli, pengikut & penyokong PAS.