"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 12, 2010

SPR: Back To School..!

Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1) di sini mencipta sejarah apabila pemilihan ketua muridnya semalam dikendali dan dipantau sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.

Pemilihan yang menyaksikan pertandingan lima penjuru membabitkan murid Tahun Enam, meriah dengan semua calon serta penyokong masing-masing berkempen pada saat akhir bagi meraih undi sebelum pengundian bermula jam 11 pagi dan berakhir 1 tengah hari.

Pada pemilihan itu, Khairul Azli Khairul Razi diumumkan sebagai pemenang dengan memperoleh 365 undi, mengalahkan pencabar terdekatnya, Alia Suraya Ahmad yang mendapat 281 undi, sekali gus dilantik penolong ketua murid.

Calon lain, Nurul Amalina Amiruddin mendapat 177 undi, diikuti Nik Zaman Faisal Zakimi (86) dan Mohammad Shahril Mohammad Anuar (57) undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya yang juga Guru Besar sekolah berkenaan, Nik Nab Sulaiman pada jam 2.10 petang dan dipantau Timbalan Pengarah SPR Wilayah Persekutuan, Khairul Amri Ishak.

Seramai 966 atau 91.7 peratus daripada 1,053 pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk satu undi pos melalui internet yang dilakukan guru yang kini melanjutkan pengajian ke luar negara, manakala tiga undi rosak.

Proses pembuangan undi itu dimulakan oleh Nik Nab, diikuti guru dan kakitangan sekolah serta murid Tahun Dua hingga Enam membabitkan lima saluran peti undi.

Nik Nab ketika ditemui pemberita, berkata pilihan raya bagi memilih ketua murid di sekolah itu sudah dua kali diadakan, tetapi tahun ini pertama kali dijalankan dengan kerjasama SPR bertujuan menerapkan konsep demokrasi yang diamalkan negara kepada generasi muda.

Sumber - Berita Harian Online

TPU - Hahaha... bagus, bagus... "Back To School"... tu je tahap yang paling sesuai untuk SPR... pantau budak sekolah rendah. senang nak perbodoh. jangan kena perbodoh balik dekat budak sekolah sudah..!

6 comments:

Unknown said...

Lawak2222...
Dah tak de kojo ke..???

BOND 0134331159 said...

ingat tak dulu....

UMNO nak DIREMAJAKAN kan?

sebab tu la depa pi sekolah rendah

aku rasa kalau depa pi sekolah menengah.......

FAHAM FAHAM SENDIRILAH YER.....

sasaudengo said...

SPR ni kalo nak masuk sekolah balik pun boleh... kita masukkan aje dalam kelas Pendidikan Khas, setaraf dgn mutu kerja dia!

Kalo takcaye... sikit lagi akan ade bantahan dari murid yg tewas sebab SPR benarkan Ketua Murid baru dilantik menggunakan PA sistem sekolah, guru2, dewan2, padang malah menggunakan pelajar hantu dalam pilihanraya...!

SPR... SPR! Korang ni... aku rasa la,... memantau pilihanraya budak2 Pendidikan Khas pun tak layak!

Anonymous said...

korang rasa keputusan tu betul ke? xde pengundi hantu ke? ha ha

Anonymous said...

Tak sah keputusan tu...
Tul ke semua budak sek tu?
Ada ic ke???
Ada pengundi antu tu.. kahkahkah

SPR pun bodo mcm munkee
kahkahkah

Anonymous said...

Great initiative by SPR. At least you act. Some people just talk and do nothing.

Again, politic is about interest.