"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 10, 2010

Khalid Samad, Rahsia Parti & Lembaga Disiplin

Firman Allah:

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا
يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An-Nisa’: 58)

Fat-hu Makkah

Pembukaan Kota Makkah pada bulan Ramadhan tahun kelapan hijriah merakamkan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah perjuangan Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. untuk dijadikan iktibar dan pengajaran bagi umatnya. Salah satu peristiwa tersebut ialah tindakan Hatib bin Abi Balta‘ah (HAB) menulis surat kepada kaum Quraisy di Makkah memberitahu perancangan Rasulullah s.a.w. untuk menyerang kaum musyrikin Quraisy secara mengejut.

Rasulullah s.a.w. merahsiakan perancangan tersebut bagi memeranjatkan kaum Quraisy dengan kehadiran tentera Islam di Makkah. Hanya beberapa orang sahabat sahaja yang diberitahu baginda. Rasulullah menyediakan angkatan perang yang mengandungi tidak kurang dari 10,000 orang pejuang setelah menolak permintaan Abu Sufyan bin Harb, ketua musyrikin Makkah, supaya Perjanjian Damai Hudaibiah yang terbatal disambung semula setelah pihak Quraisy dan sekutunya mencabuli perjanjian damai tersebut kira-kira 2 tahun perjanjian tersebut terlaksana.

HAB yang mengetahui rahsia tersebut mengirim surat kepada kaum Quraisy kerana kebimbangannya keluarganya dari kaum musyrikin di Makkah akan terancam keselamatan mereka. Surat tersebut dikirimkannya melalui seorang wanita bernama Dza‘inah. Rasulullah yang mendapat wahyu Allah mengenai perbuatan HAB itu memerintahkan Sayidina Ali bin Abi Talib bersama dengan Zubair dan Miqdad segera mengambil surat tersebut dari wanita berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Makkah. Di satu tempat bernama Raudzah Khoh seperti yang diarahkan oleh Rasulullah s.a.w., wanita tersebut ditemui dan menyerahkan surat tersebut kepada Sayidina Ali setelah dia diperiksa walaupun pada mulanya menafikan ada membawa surat berkenaan.

Hatib Dipanggil

Kemudian Sayidina Ali menyerahkan surat itu kepada Rasulullah s.a.w. yang didapati isi kandungannya menyebutkan datangnya dari HAB dan ditujukan kepada orang-orang musyrikin Makkah yang mendedahkan perancangan yang dirahsiakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyerang kaum Quraisy. HAB dipanggil mengadap Rasulullah s.a.w. dan disoal-siasat mengenai surat tersebut. HAB mengaku melakukannya. Dia memberi alasan bahawa hubungannya dengan kaum musyrikin Quraisy di Makkah sangat rapat apatah lagi di kalangan mereka itu terdapat orang-orang yang menjaga dan melindungi keluarga dan harta orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah. HAB juga memberikan alasan bahawa kaum musyrikin Makkah melindungi kaum keluarganya sendiri di sana. Dia menegaskan bahawa perbuatannya itu bukanlah kerana berpaling tadah dari Islam (murtad) atau redha dengan tindak-tanduk orang-orang kafir musyrikin itu.

Rasulullah menerima alasan itu. Lantas Sayidina Umar Al-Khattab yang hadir bersama di majlis itu meminta Rasulullah membenarkannya untuk memancung HAB. Sayidina Umar mengatakan HAB adalah seorang yang munafik. Rasulullah s.a.w. menjawab Sayidina Umar dengan berkata bahawa HAB adalah seorang ‘ahli badr’ (yang telah menyertai perang Badr). Rasulullah berkata lagi kepada Sayidina Umar: “Kamu tidak tahu, moga-moga Allah memberi kedudukan kepada orang yang menyertai perang Badr.” Nabi berkata pula kepada HAB: “Buatlah apa yang kamu suka, aku telah memaafkan kamu.” Bersebab dari peristiwa ini, turunlah ayat Al-Quran (Al-Mumtahanah, ayat 1) yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w.) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredhaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.”
Ayat di atas menegaskan bahawa dalam apa jua keadaan pun Islam tidak membenarkan mengambil dari musuh-musuh Allah menjadi pemimpin yang ditumpahkan perasaan kasih sayang kepada mereka, atau diberikan bantuan atau pertolongan kepada mereka. Ayat ini diturunkan sekalipun HAB memberikan alasan bahawa dia bukan bertujuan menolong atau membantu kaum musyrikin Makkah itu, bahkan sebaliknya dia mahu mereka melindungi keluarganya serta harta benda orang Islam yang berhijrah yang ditinggalkan kepada mereka.

Iktibar Kepada Jawatankuasa Displin PAS

Mengingat peristiwa perbuatan HAB mendedahkan rahsia penting mengenai perancangan Rasulullah membuka Makkah (fat-hu Makkah), terlintas di fikiran saya tidakkah Jawatankuasa Displin PAS yang dianggotai oleh dua orang ulama’ terfikir peristiwa ini boleh dijadikan panduan atau iktibar dalam memutuskan penghakiman terhadap Khalid Samad (KS) atas pertuduhan yang dikatakan serius iaitu mendedahkan RAHSIA parti. Sebesar manakah rahsia yang didedahkan KS itu telah juga dijawab oleh beliau sendiri di hadapan majlis penghakiman Jawatankuasa Displin yang diketuai oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Rahsia yang didedahkan oleh HAB adalah satu rahsia yang sangat besar dan perbuatan yang dilakukan oleh HAB itu satu kesalahan yang sangat serius sehingga Allah memberitahu rasulNya atas perbuatan HAB itu. Kalau rahsia sebesar itu yang didedahkan HAB boleh diampuni oleh Rasulullah s.a.w. atas pertimbangan HAB adalah ‘ahli badr’, walaupun mendapat sanggahan dari Sayidina Umar Al-Khattab, apakah KS tidak layak untuk dimaafkan menimbangkan usaha dan pengorbanannya yang besar dalam PAS. Kita tidaklah samakan pengorbanan KS setaraf dengan pengorbanan ‘ahli badr’, namun jasa KS juga besar kepada PAS yang mungkin boleh dipertimbangkan. Antaranya, peranan beliau yang menggagalkan perancangan sulit pimpinan PAS Selangor untuk menubuh kerajaan gabungan PAS-UMNO di Selangor, dua atau tiga hari selepas PRU Ke-12 2008. KS juga dalam tempoh perjuangannya dalam PAS hampir 30 tahun pernah bertanding dan kalah di Kelantan, Perlis dan Selangor sebelum PRU Ke-12. Beliau juga berkorban dengan meninggalkan jawatan profesionalnya hingga kehilangan sumber pendapatan lumayan yang pernah dinikmatinya. KS juga pernah ditahan di bawah ISA.

Saya percaya sebahagian pimpinan PAS dan ramai pendokong jamaah PAS mengenali KS seorang yang dapat menampilkan perjuangan PAS dengan keupayaan dan kekuatan berhujah, baik di segi rasional mahupun dari segi prinsip-prinsip dan kaedah dakwah Islam. KS pernah bersama saya dalam satu lajnah yang saya mempengerusikannya. Saya dapati beliau seorang yang memang bercakap dan bekerja dengan perancangan dan melaksanakan perancangan yang diprogramkan dengan begitu bersungguh-sungguh. Cukup kalau saya katakan kalau ramai pimpinan PAS seperti KS, PAS boleh bergerak lebih lancar dan maju ke hadapan dalam konteks PAS ber‘tahaluf’ dengan parti-parti Pakatan Rakyat sekarang, bahkan dengan parti-parti lain yang (selain UMNO) yang boleh ber‘tahaluf’ dengan PAS.

Bersabit dengan perkara mendedahkan RAHSIA parti, saya melihat kepimpinan parti perlu menggariskan panduan yang eksklusif bagi mentakrifkan kerahsiaan itu supaya tidak dipertikaikan tafsirannya terutama apabila ia melibatkan kes pertuduhan yang diadili Jawatankuasa Displin parti. Bahkan selaras dengan pindaan perlembagaan yang terkini mengenai Jawatankuasa Displin, perlu juga diteliti kedudukan keahlian jawatankuasa tersebut bagi membolehkan terlaksananya prinsip keadilan dalam sebuah ungkapan yang popular “not only must justice be done, it must also be seen to be done” yakni bermaksud keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, bahkan mesti kelihatan dilaksanakan.

Sumber - Ustaz Ahmad Awang

5 comments:

Anonymous said...

ayat Al-Quran (Al-Mumtahanah, ayat 1) terjemahan diatas pada kefahaman saya satu amaran kepada orang PAS jangan kawan terlau mesra dengan kapir DAP. Mereka dah diberi dakwah tentang kesaan Allah tetapi tak mahu terima Islam. Tak mahu lafaz kalimah syahadah. Yang UMNO punya orang dah tahu tapi kebanyakan masih hidup dengan kesalahan. Mana lagi berat salah,

Tidak mahu terima Islam seprtio kafir DAP. MCA, MIC dan lain2 atau terima tapi tak buat seperti UMNO. Jangan lupa orang PAS pun ramai lebih kurang serupa dengan UMNO. Cakap tapi tak buat.

. Wallahu alam.

Anonymous said...

Marilah sokong penyatuan malayu islam yang dibawa YB Zul Kulim
PAS dan UMNO kena bergabung jugak baru Islam akan matop di Malayasia.. Orang pas tegar buangkan yang keruh.. Orang UMNO tegar terima seadanya ... jangan pentingkan EMOSI yang tidak menutungkan..

Anonymous said...

aku nak bantai pas kat sini, harakah dah macam utusan pulaknye, nak baca pun tak gamak, aku lebih rela baca pkr punya media dan beberapa media alternatif, mereka dilihat konsisten dan focus dalam menelanjangkan kejahatan UMNO-BN,

Hal ini sangat berkait dengan team UG yang cintakan umno, HAJI HADI, STOPA ALI, NASA dan terpalit juga pada anak didik dan penjilat HAJI HADI , NASARUDDIN TANTAWI , AZMAN SHAPAWI n the gang TERMASUK LA HASAN ALI dan beberapa ekor lagi katak.

PAS perlu REFORM, EGM khas , BUANG SEMUA SAMPAH-SAMPAH di atas tu untuk benar2 berfungsi, hakikatnya pas semakin dibenci, maaf tuan guru nik aziz, demo kena buat sesuatu kalau tak PAS akan lingkup , BAYANGKAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN yang dilihat pro dan ditengah2 pun kini semakin dibenci dan terus diragui,


Hakikat PAS hebar seperti bawaan UST FADHIL NOR , MAT SABU, SALAHUDDIN AYUB, HUSAM MUSA, hanya tinggal mimpi dan omongan kosong, KADANG AKU BERASA PELIK melihat golongan agamawan "KONONNYA" ini bekerja sendrian malahan mereka menongkah arus yang telah disepakati, golongan SAMPAH inilah yang membawa PAS LAYU, LESU, DAN TERUS TERKULAI, lihat gerak kerja ?

cuba bezakan MAT SABU, SALAHUDDIN AYUB, HUSAM bawa PUSAT, dengan mat2 kopiah dan serban ni kerja, SOALAN SAYA, ANDA TIDAK TAKUTKAN SEDIKIT PUN DENGAN AZAB ALLAH? MANA AMANAH ANDA? KERJA ANDA? JANGAN TANYA APA YANG AHLI SUMBANGKAN, SILA TANYA AMANAH APA YANG ANDA TELAH TUNAIKAN?


PAS SEKALI LAGI ERLU EGM , BUANG semua sampah2 BESERBAN dan perut besar diatas , kita perlu perbaharui iltizam kita, perbaharui tekad kita sebelum kita semakin teruk.


BAYANGKAN , semua fitnah dan tohmahan dijawab dengan baik oleh MURSYIDUL AM! where's the .... PRESIDEN ? TIMBALAN PRESIDEN? NAIB ? KETUA PEMUDA LAGI MACAM SAMPAH....
AMK dilihat jauh lebih baik dari PEMUDA umno CAWANGAN PAS .


kepada ahli2 pas ,,,,,, SILA BANGKIT! GEGARKAN! DAN BUAT PERUBAHAN! BUANG SAMPAH YANG SEMAKIN BANYAK DALAM PAS !

Anonymous said...

anoni 9:30 PM dan 10:23 PM,
kau berdua ni dok melalut apa? korang gila ke biol??? hah! korang syok sendiri ya? haahhahaha! ada juga orang macam kamu kat malaysia ni ya.... jang oo jang orang dah ke-bulan... ekau masih di mano eh jang... hentikan berkhayal...

Anonymous said...

islam tak kira apa kaum sekalipun..melayu, cina, india, kadazan, arab, mori, eropah, yahudi, eskimo atau apa2 pun...yang penting islam. kita bukan mcm kaum quraish yg mementingkan semangat asabiah...hendak memperjuangkan MELAYU @ ISLAM...

orang bukan islam pun ada hak dalam negara islam...bukan orang islam saja. zaman rasullullah masa membentuk kerajaan islam d madinah pun terdapat org bukan islam dan yahudi pada masa itu...x ada masalah dan penindasan pun, semua masalah diatasi dgn bijak. org bukan islam membantu untuk membentuk negara islam yg aman. mereka berhak memimpin golongan mereka. ISLAM YG SYARIATNYA ADALAH MUDAH...KENAPA PERLU DI SUSAH SUSAHKAN.

kita yang beragama islam....adakah kita berada pada TAUHID & SYARIAT ISLAM yang sebenarnya....dlm ic tertulis islam, adakah kita betul2 mengamal islam dan mengenal allah sebenar2nya. BAGAIMANA DENGAN PERIBADI, CARA HIDUP, AMALAN KITA. mari kita renungkan dan perbetulkan.......

berserban & berjubah...belum tentu seorang yg alim & ke syurga....jgn menilai dari pakaian.

apa yg berlaku pada KS, sesuatu yg ZALIM....tindakan dan mentality jaw. kuasa disiplin DAN PAS PUSAT adalah sama dengan pemerintah.

BAGAIMANA NK DI BERI KEPERCAYAAN UNTUK MENERAJUI PARTI DAN NEGARA?????

DIMANA LETAKNYA PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM.

seperti yg ditegaskan oleh saudara kita, semua ahli pas dan yang menyokong perjuangan ISLAM perlu bangun utk membetulkan apa yg silap dan membuang serta mencuci apa yg busuk dalam parti tersebut....

TAHAP PARTI INI SUDAH BERADA PADA TAHAP SEBUSUK BUSUKNYA. jangan kerana beberapa org dlm parti itu yg busuk, menyebabkan satu organisasi itu busuk. BERTINDAK SEBELUM TERLEWAT