"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 10, 2010

Ku Li: DS Ir Nizar Masih MB Perak

Reactions: 
Kenyataan Media Tengku Razaleigh Hamzah

“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.
Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

Tengku Razaleigh Hamzah

11 comments:

Anonymous said...

HAHAHAHA GELAK SEANTERO MALAYSIA @ ONE MALAYSIA HAHAHAHAHA SEMUA ORAE KELATE DAH TUA NYANYUK...HAHAHAHAHA TGNA NYANYUK KEJAP RUNDING KEJAP TAKNAK KULI PULAK DAH JADI SUARA PEMBANGKANG..HAHAHAHAHAHA PENCENLAH BANG MINTAK PENCEN TUA HAHAHAHA BERTAUBAT! LAH!...TAK LAMA LAGI DAAA MENEMUI YANG MAHA ESA DAH TAK BOLEH DAHHH... MAIN POLITIK HAHAHAHAHA

Anak Lenggong said...

Kah..kah kah ..pandai pulak orang tua nya buat komen eks..tetapi semalam tak datang kemahkamah bagi sokongan pun...apa nak buat bila diri dah tak berapa laku..dah dekat nak kena lelong 3 seringgit..mula laa nak lari kepada parti yang sanggup ambik sampah terbuang...

Yang kesiannya aku nengok semalam melayu berwajah apek kemahkamah tidak ditemani oleh rakan pemimpin pas yang lain cuma ditemani oleh kapiaq yang diketuai oleh apek tua kit siang..sehinggakan nak buat sidang akhbar pun kena buat kat pejabat dap..serta diapit oleh kapiaq kah kah kah...pejabat pas tak laku...sekarang dah terbukti simelayu berwajah apek tu berjuang dan pacacai sape...

Dalam pada sinizar tu cuba mencari sokongan rakan2 pas yang lain ada pulak rakan yang kata camni...

"Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yang adil dan saya tiada apa yang nak komen kerana mahkamah telah buat kerja dia dan Zambry adalah menteri besar yang diumumkan oleh mahkamah,"


Dalam keadaan orang PAS duka nestapa, Azizan cakap lagu ni.. aku rasa ramai ahli PAS yang 'terbakar' dengan kenyataan Azizan ni..

Mana taknya ramai pemimpin PAS yang kecewa sehingga ada yang menuduh mahkamah di pengaruhi, negara akan jadi monarki mutlak, kuasa patut dikembalikan kepada rakyat dan sebagainya.. tiba-tiba azizan cool sahaja.. lepas tu suruh pulak penyokong menerima keputusan mahkamah.. mana tak melenting ahli PAS... Dah lah tadi malu kat Mahkamah Persekutuan... mana nak letak muka.. orang kampung kecoh dah nak bubar DUN Perak..

ADOOOHHH.....SAKIT TULLL..DARIPADA PENGKALAN HULU SAMPAI KE TANJUNG MALIM SINIZAR TU DOK CANANG MENANG 4-1..DAN LEPAS NI LEH BUBAR DUN..TETAPI BILA PENYOKONG DIA BUAT SOLAT HAJAT SEMALAM KEPUTUSAN JADI TERBALIK PULAK...KESIAN SUNGGUH AKU NGAN PENYOKONG LURUS BENDUL PAS NI DITIPU IDUP2 OLEH NIZAR...TU LAA ORANG SURUH GUNA OTAK UNTUK BERFIKIR NI TAK OTAK TU LETAK KAT LUTUT..DAN MERELAKAN DIRI JADIK BURUNG BELATUK ASYIK DOK MENGANGGUK JE...

AzamDean said...

gila kuasa ke tidak..iktu mahkamah bertingkat tu..dah 2 tingkat dah kata si nizar MB..yang kesian melayu muka anne roti canai juga ada mohon.. hahaha MAHKAMAH PERSEKUTUAN LOVES KERAJAAN PERSEKUTUAN=UMNO!
HIDUP UMNO!!!!!!!! lancau gua cakap lu

Anonymous said...

aku tk risau kalau makhamah kat malaysia nie
klau benda tu berkaitan benda politik dah tertulis skrip dier camna kerajaan umno nie menang
diorang dah set awal2 dah
skit pon x pelik

Anak Lenggong said...

Ko tak pelik tapi aku pelik gak bila apa2 hal Pakatan Penipu ni cepat pi jumpa Polis..SPRM...dan mahkamah jugak...kalau tak percaya tu dok diam je laa simpan je kes tu ..ni bila apa yanng diputuskan tu memihak kepada dia..mula laa puji sakan tapi bila sebaliknya kata sudah kena beli....KAH KAH KAH..NIK AJIS TU DAH KENA BELI JUGAK KUT...SEBAB TU NAK DOK TERHEGEH-HEGEH NAK DOK SEMEJA NGAN UMNO...

mosabit said...

mahkamah anak bapak daaa...

Anonymous said...

reality... nizar masih mb yg sah...
apperance... zambry hanya kambing hitam yg menjengkelkan...
apapun dap 100 kali lebih baik dari umno musyrik...

Anonymous said...

bagus Ku Li.. terus usaha mebelasah geng umno bangang tu.. terutama madey yg nyayuk tak sedar diri tu... bagus..bagus.. tahniah!

abearu said...

kalaulah dulu kata-kata dan ceramah Ku Li ni org terima pakai..kan bagus..tak der le PAS kat Kelantan..nie dah pokai,baru nak puji..silap besor

topeng Emas said...

royalti..nizar..ku li di puji
royalti..nizar..ku li di julang tinggi
royalti..nizar..ku li jadi kuli
royalti..nizar..PAS gigit jari
royalti..nizar..barua DAP pun barua la..janji melayu UMNO diserang maki..
royalti..nizar..belum tersedar dr mimpi...zamry ketawa nampak gusi..ku li bertambah sakit hati..melihat nizar tersengih macam kerang basi

AzamDean said...

bagus topeng mas ko punya pantun.. pantun ko menunjukkan yang ko cukup sakit hati ngn pembangkang.. hahahha

enjin dah hilang...
saiful cam nak pecah tembelang..
najib tak habih temberang...
rakyat menjadi malang...

haha cammane aku punya lagi ok kan?? hahha