"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 10, 2010

Ku Li Dedah Surat Perjanjian Petronas, Cabar UMNO Ambil Tindakan

KUALA LUMPUR: Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak bersetuju "Royalti" diganti dengan "Wang Ehsan" walaupun RM20 juta dijangka akan berikan kepada Kelantan bermula bulan Mac ini.

"Tidak ada perjanjian lain, yang saya "sign" dan yang saya buat inilah dia! Tak ada yang lain dan ini yang kita pakai sekarang. Kalau dia (Petronas) "sign" kemudian hari, perjanjian ini tidak laku la. Kalau ini tidak laku bermakna tidak sahlah Petronas itu..!” tegas beliau.

Sambil mendedahkan Surat Perjanjian Petronas itu kepada media, Tengku Razaleigh tetap mempertahankan bahawa hanya ada satu perjanjian sahaja dan Petronas seharusnya mengikut syarat perjanjian itu iaitu memberi Royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Bekas Menteri Kewangan dan Pengasas Petronas itu berkata, "kita ada perjanjian, kita ada undang-undang, jadi kita kena ikut undang-undang yang terpakai. Kita tidak boleh ikut selera kita sahaja, undang-undang ini Parlimen yang luluskan."

"Bukan perkara ini kita ambil tepi jalan, perjanjian ini adalah antara Petronas dengan Kerajaan Negeri yang mewakili rakyat. Bukan perkara kecil. Tidak boleh hendak main-mainkan," tegas beliau lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa UMNO berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan Royalti Minyak.

"Mereka (UMNO) mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal)," kata beliau.

Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh berkata, "siapa yang makan cili dialah rasa pedas."

Beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroliam 1974 termasuk HAK Kerajaan Negeri Kelantan. "Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya," kata beliau.

Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.

Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan. Awal bulan ini, Tengku Razaleigh berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan UMNO boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

"Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan," katanya.

6 comments:

Manjung-Setiawan said...

Tanah Di Manjung diberikan pada syarikat yahudi...x caya dtg manjung skrg sementara projek masih sedang di bina..baru saje dpt di luluskan..dh nmpk cerahhhh

hishammuddin keris said...

auw auw auw auw auw auw auw auw

Anak Lenggong said...

Orang tua bagaikan sampah yang dihanyutkan oleh arus sungai..nasib baik la Parti Ajis sekeluarga sambut..so bertaut lah dia..kalau tak nanti orang dah tak kenal sape org gua musang tu....tapi ngape tak bagi tau cam ni:

Royalti yang dituntut berbilion-bilion ringgit oleh PAS adalah di kawasan MTJDA (Malaysia Thailand Joint Development Area). Kawasan tersebut menjadi pertikaian antara Malaysia dan Thailand sejak tahun 70 an. Untuk mengelakkan hubungan Malaysia-Thailand tegang, maka PM ketika itu Tun Abd Razak bersetuju supaya sebarang hasil minyak atau gas dari kawasan berkenaan dibahagi secara 50-50 antara dua negara. Satu jawatankuasa bersama dibentuk untuk menjaga kawasan berkenaan.

Tiada perjanjian melibatkan negeri, hanya negara dan negara. Selepas kawasan berkenaan (Blok PM 302) mengeluarkan gas beberapa tahun yang lalu, hasilnya menjadi milik kerajaan pusat. Kawasan berkenaan berada 200 batu nautika dari bumi Kelantan.

Mengikut undang-undang dan perjanjian antara Petronas dan negeri, bayaran tunai (bukannya royalti) sebanyak 5 % hendaklah dibayar kepada negeri yang berkenaan jika minyak yang ditemui berada 3 batu nautika dari bumi negeri berkenaan. (3 batu diambil kira dari kawasan air surut)

Satu kawasan gas telah ditemui di perairan Malaysia, kira-kira 150 batu nautika dari bumi Kelantan. Penemuan tersebut tidak banyak. Kawasannya amat kecil sekali. Nama telaganya PM 301. Gas mula dikeluarkan di kawasan berkenaan pada 2008.

Kelantan tidak layak mendapat bayaran tunai 5 % daripada hasil berkenaan ,kerana kedudukan telaga berkenaan (PM 301) berada 150 batu nautika dari bumi Kelantan. Melebihi 3 batu sepertimana perjanjian dengan Petronas.

Sebab itu dalam persidangan parlimen yang lepas, Anwar Ibrahim ada mencadangkan supaya perjanjian dikaji balik dari 3 batu nautika kepada 250 batu nautika. Anwar tahu perkara sebenar, kerana Kelantan pernah menghantar tuntutan yang sama semasa beliau Menteri Kewangan.

Bagaimana pun atas dasar perikemanusiaan dan ihsan, PM Datuk Seri Najib setuju untuk memberi wang berkenaan kepada rakyat Kelantan dan dinamakan wang ihsan. Hasilnya telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan oleh Petronas. Dan wang tersebut akan disalurkan ke Kelantan melalui JPP pada bulan Mac ini sebanyak RM 20 juta. Bukannya berbilion-bilion sepertimana yang didakwa oleh abu jahal husam bin musa.

Dalam perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri, istilah royalti tidak pernah diguna pakai. Istilah yang diguna pakai ialah bayaran tunai.

Untuk Sabah dan Sarawak pula , perjanjian telah dibuat sebelum mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu lagi. Perjanjian ketika itu menyatakan , selepas menyertai Persekutuan , kerajaan pusat tidak akan mengusik hasil minyak mereka walaupun telaga minyak mereka berada melebihi 3 batu. Sehingga sekarang pusat mematuhi perjanjian tersebut.

Jika Kelantan hendak merasa duit minyak sepertimana yang dirasa oleh Sabah dan Sarawak, maka husam dan Nik Aziz boleh lah cuba memohon untuk Kelantan keluar dari Malaysia. Saya pun teringin juga hendak melihat Kelantan ada kementerian-kementerian sendiri, polis sendiri,bomba sendiri dan sebagainya. Cubalah jadi Timor Leste (Timor Timur) pula. Dulu elok-elok dalam Indonesia, mereka hendak merdeka. Sekarang Timor Barat pula yang lebih maju dari Timor Leste.

Anonymous said...

benda pertama kelantan kena buat lepas ada kerajaan sendiri ialah bomba ... pasal rakyat2 kelantan suka bakar benda bila marah .... wakakakakaka!!!!!

Anonymous said...

Anak Lenggong oiii...
Orang tua bagaikan sampah yang dihanyutkan oleh arus sungai
tu mahadey kutty la... dia ni dah nyayuk dan spesis syok sendiri macam hang la... hahahaha dok perasan ramai peminat hahahaha...

Anonymous said...

anak lenggong
kalau nk komen pnjang2
buat laa blog sendiri
menyemak jer
tak lalu aku nk baca perabih