"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 15, 2010

Ku Li: Jika Saya Salah, Saya Sedia Dikenakan Tindakan..!

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menegaskan beliau tetap ahli UMNO dan sanggup menerima apa sahaja tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atasnya sekiranya tindakan beliau menggunakan platform NGO (GEGAR) untuk menerangkan kedudukan sebenar berhubung Royalti Minyak dianggap menyalahi Undang-Undang dan Perlembagaan UMNO.

Pegawai Khasnya, Mohd Lokman Ghani berkata, tindakan Tengku Razaleigh itu adalah berasaskan pendiriannya yang ingin menyampaikan kebenaran kepada rakyat berhubung Isu Tuntutan Royalti Minyak yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan.
"Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak mahu faham tentang pendirian Ku Li sedangkan Ku Li sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO iaitu GEGAR".

"Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan Ahli Parti semua mendengar ucapan Ku Li? Saya harap supaya semua mereka mendengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar Perlembagaan dan disiplin UMNO?".
Lokman berkata, Ku Li bersedia menerima apa sahaja tindakan yang akan dikenakan terhadap beliau memandangkan pendirian beliau jelas dan tidak mahu diheret sama untuk berbohong kepada rakyat.
"Kalau Kerajaan bohong takkan Ku Li nak ikut sama berbohong? Terpulang kepada Lembaga Disiplin Parti untuk menentukan samada beliau bersalah atau tidak kerana apa yang hendak disampaikan oleh beliau ialah Undang-Undang dan Perjanjian yang telah ditandatangani antara Petronas dan Wakil Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan beliau sendiri yang telah menandatanganinya dan beliau lebih tahu akan soal ini".

"Apa yang hendak disampaikan adalah perkara yang benar. Beliau tidak mahu berbohong dan beliau hanya mahu bercakap perkara yang benar. Apakah kenyataan benar dan tepat itu bercanggahan dengan kehendak parti? Apakah Ku Li perlu diseret sama untuk berbohong kepada rakyat semua?".
Mengulas mengenai wujud dakwaan kononnya Ku Li memberikan kenyataan yang berbeza dalam Isu Tuntutan Royalti Minyak bagi Kelantan dan Terengganu, Lokman berkata, Ku Li tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang berbeza kerana semasa kes di Terengganu, beliau sanggup menjadi saksi (sewaktu Kerajaan PAS menuntut Royalti Minyak dari Kerajaan Pusat) sekiranya dibawa ke mahkamah).

Katanya, Perjanjian Royalti Minyak itu cukup mudah iaitu apabila ianya berada dalam jarak 3 batu nautika, ia memang Hak Kerajaan Negeri 100% sepatutnya.
"Tidak sepatutnya dapat langsung (dalam 3 batu nautika) kepada Kerajaan Pusat. Tapi apabila Kerajaan Pusat bersama Kerajaan Negeri memikirkan bahawa tidak ada minyak di dalam jarak 3 batu nautika ini, maka ada perjanjian bahawa jika terdapat minyak di dalam 3 batu nautika atau lebih, hasil minyak diserahkan kepada Petronas. Dan Petronas mesti membayar hasil sebanyak 5% kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri".

"Itu asas perjanjian. Dalam kedudukan 3 batu nautika ini, Kerajaan Negeri sepatutnya tidak memberi satu sen pun kepada Kerajaan Pusat kerana itu memang Hak Kerajaan Negeri".

"Tetapi berdasarkan kepada kajian besar kemungkinan minyak tidak ada di dalam lingkungan 3 batu nautika, minyak semua berada di luar 3 batu nautika, jadi Kerajaan Negeri pada masa itu bertimbang rasa dan Petronas pun sepatutnya bertimbang rasa juga".
Sehubungan itu beliau menegaskan, adakah disebabkan kenyataan Ku Li berbeza dengan Kerajaan Pusat, maka beliau diheret sekali untuk berbohong?
"TPM sepatutnya dimaklumkan perkara yang betul apa yang telah disampaikan oleh Ku Li dan bukannya maklumat yang tidak tepat. Kerana Ku Li berceramah di atas platform NGO iaitu Gerakan Tuntutan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR)".
Lokman berkata, kenyataan Muhyiddin juga bertentangan dengan kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
"Sehari sebelum Ku Li menyampaikan ceramah tersebut, Ahmad dan Nazri menyatakan ia bukan halangan, sekarang lain pula".

4 comments:

Anonymous said...

tpm tu memang lembab nak faham

AKU dah SEDAR said...

AWAS..APA CERITA NI?

1- BEBAS BERSUARA
Tapi bila dah pegang kerajaan, kalau bercakap lebih kena SELCAT atau tindakan disiplin.

2-KEBEBASAN MEDIA
Akhbar Utusan, NST, Berita Harian dan yg sewaktu dgnnya diharamkan masuk buat liputan.Penyokong PR x dibenarkan baca!

3-BLOG
Dulu kata bebas menulis di blog tapi bila dah ramai bloggers tulis kehaprakan pemimpin PR minta bloggers berhemah dan jgn buat fitnah

4-ISA
Dulu bukan main berarak nak haramkan ISA tapi sekarang suruk kerajaan BN kuatkuasakan ISA setelah ramai bekas pemimpin PR bersuara lantang membuka keaiban PR

5-MACAM-MACAM LAGI
Lu pikirlah sendiri....

pemerhati said...

Kalau dulu dalam perhimpunan agong UMNO buat pemilihan pemimpin baru dan Ku Li ini dibenarkan bertanding melawan Najib, pekara seperti ini tidak akan timbul.

Ada kemungkinan Ku Li akan bersetuju dengan tok Pa bahawa Kelantan memang tidak berhak mendapat duit royalti minyak.

Oleh kerana ahli UMNO pada keseluruhannya telah menolak kepimpinan Ku Li yang dilihat sudah tidak releven lagi sama seperti Tun Mahathir.... maka cara mencari publisiti dan populariti adalah dengan menongkah arus.

Siapa yang berani berhadapan dengan Ku LI...? Tahukah anda apa akan berlaku jika kedudukan Ku Li dalam UMNO terjejas...?

Kalau tak tahu...lu jangan fikir sendiri lu akan jadi manusia bangang... pergi rujuk pada ahli veteran (UMNO)yang setaraf dengan Tun Mahathir.

Anonymous said...

Tentu tiada tindakan kat Ku Li. Dia dah masuk golongan ahli politik nak pencen.