"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, March 04, 2010

Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng Sebab Ahli-Ahli Parlimen Lari

Bukan kah itu sebab utama puak-puak ni lari. Tan Tee Beng terus terang berkata beliau marah sebab tak dapat peruntukan untuk Parlimen beliau. Salehuddin Hashim marah sebab permohonan jawatan CEO Perangsang ditolak mentah-mentah. Zaharain bengang sebab permohonan projek RM40 juta tidak diluluskan oleh Lim Guan Eng.

Kita mesti sedar, selepas Pakatan Rakyat menang, ada di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong bercadang untuk membina kekayaan kembali setelah lama berjuang. Dan mereka sedar Selangor adalah negeri terkaya di Perseketuan Malaysia.

Maka, mereka menjadi tukang lobby projek kepada ramai ahli perniagaan yang mahukan Kerajaan Selangor berbelanja wang rakyat mengkayakan mereka.

Namun, MB seperti Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu berbuat perkara sedemikian. Saya diberitahu MB Tan Sri Khalid dengan tegas mengatakan Pakatan Rakyat mesti memerintah dengan cara yang lain dari UMNO dahulu.

KETEGASAN DUA MB MEMBAWA PADAH KEPADA PAKATAN RAKYAT?

Saya dapat maklumat ada sekelompok dalam Pakatan Rakyat sekarang ini yang sedang marah dengan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng. Mereka ini dahulunya penyokong dan pendokong kita. Namun, selepas Penang dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, mereka telah menjadi “dealers” kepada beberapa tokoh korporat.

Dan menjadi “dealer” projek akan menjanjikan wang yang cukup banyak sebagai upah. Ertinya, mereka hendak membawa kembali budaya UMNO dalam Pakatan Rakyat dan PKR.

Namun, Guan Eng dan Tan Sri Khalid sudah menyatakan bahawa pemerintahan mereka adalah pemerintahan “Tender Terbuka”. Mereka tiada kompromi dalam prinsip ini dan tender terbuka dikenakan kepada semua kontrak hatta kontrak Kelas F yang terhad pada Bumiputra sahaja.

Hasil dari ketegasan Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng, puak2 dalam PKR ini sedang mengubah arah dan tujuan mereka. Mereka sudah mula menghentam PKR dan mereka secara tegas mahukan PAS menubuhkan kerajaan bersama UMNO.

Sehingga di Penang mereka sanggup mengadakan demonstrasi menentang Lim Guan Eng. Bukan sebab mereka hendak membela orang Melayu tapi sebab Lim Guan Eng tidak mahu beri mereka projek “Direct Award”.

Begitu juga permusuhan puak2 ini dengan Khalid Ibrahim. Semuanya kerana Khalid Ibrahim tidak mahu memberi projek “Direct Award” lagi dan mewajibkan semua projek melalui proses tender terbuka.

Malahan, Tan Sri Khalid lebih tegas dan menghalang Salehuddin menjadi CEO Kumpulan Perangsang. Saudara/ri cuba fikir, adakah RM50k sebulan itu yang dipandang oleh Salehuddin? Sudah tentu tidak. Kumpulan Perangsang boleh jadi lubuk duit untuk beliau. Percayalah.

Yang jelasnya, segala persengketaan dalam PKR sekarang berpunca pada satu sebab: WANG. Tan Sri Khalid dan Lim Guan Eng tegas, maka raaamaaaiiii lah yang mengamuk. Ketegasan mereka menentang korupsi menyebabkan mereka mengambil jalan lain, yakni kembali semula pada UMNO.

Saya sendiri tahu terdapat beberapa “penyokong” PKR dan DSAI yang sedang menghimpit DSAI dengan harapan DSAI akan memujuk Tan Sri Khalid memberikan mereka projek. Tapi nak buat macamana kalau Tan Sri Khalid ni tegas dalam bab ni. Dan DSAI menyokong polisi Khalid dan Guan Eng.

Kawasan Khalid sendiri dia lawan angkara tidak mahu beri projek. Bagi saya, protes-protes sebegini akan berterusan sehinggalah PRU yang akan datang. Apabila duit jadi bahan sembahan, maka problem dalam Keadilan tidak akan berhenti.

BAIAAH TAKLIK JUGA TIDAK MENJAMIN…..

Dalam PAS, telah diinstitusikan “Baiaah Taklik” yang setakat ini berjaya menghalang wakil-wakil rakyat PAS dari melompat. Tapi, kita belajar dari British dan bagaimana mereka menundukkan kebangkitan suku kaum Mau Mau di Kenya, tidak mustahil UMNO akan menggunakan ulama-ulama ayam daging mereka (seperti Haramsani) untuk mengeluar fatwa kononnya Baiaah Taklik PAS itu TIDAK SAH dari segi syara’.

Saya tidak terkejut kalau sudah ada kertas yang telah ditulis supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang menyatakan “Baiaah Taklik” tidak sah dari sudut syarak. Di kala itu, kita lihat pula wakil-wakil rakyat PAS akan melompat.

Nauzubillah.

Apa pun, PKR wajib menganjurkan “SOLAT HAJAT” dan “QUNUT NAZILAH” untuk menentang usaha-usaha jahat UMNO dan Salehuddin Hashim.

Silap Anwar pergi percaya orang yang kaki minum, tak puasa, tak solat macam mamat tu. Sekarang siapa yang susah?

TULANG BESI

16 comments:

mr edz said...

sedangkan adik beradik pun boleh bergaduh inikan pula dalam parti politik.. semuanya sebab duit duit duit

joehan said...

salam...sudah2la wt fitnah wei..korng main tulis ikt sedap je..xde bukti lgsung..tan te beng dh cbr jeff oi n dap wt laporn sprm yg kate die ade mntk projek..siap tnggu kt opis sprm lg..tp jeff oi dap x brani pon dtg wt report sbb xde bukti..

mp bayan br pon sm..cbar geng2 dap wt laprn sprm kate die mntak projek..tp xde jgk laporn dibuat oleh penipu2 dap tu..korng budk2 hingusan je percy dgn fitnh2 dr dap tu..bodoh la korng ni..

datuk salehudin kate anwr yg mntk die jd CEO perangsng.tp die tolak..kah2..klaka la korng puak2 pencacai anwar ni..
korng srh anwar bicara elok2 dlu..kalo takt mahkamh xadil n konpirasi..angkt je sumpah laknat..tp takut jgk..mn slogan lwn tetap lwn die..karut btulla puak2 pkr ni..

taubat la wei dr wt fitnah..srh rj fitnah = raja petra taubat dlu..jgn tonggang arak je..ajr anak die jd elok skit..jgn jd pencuri je..
rkyat dh busan dgn wyng anwr..mp kuar pkr kate kne bli la,xdpt projk la,mcm2 lg..busan la wei..len kali nk tulis entry bg bukti..bdk bdh je yg skrng ni percy dgn kata2 xde bukti..sudh la wei..pkr blh bungkus..hahaha..klaka tol pkr ni..badut politk malaysia..haha

Anonymous said...

TB, aku suka blog kau sbb kau ni rajin post citer2 baru..satu hari agaknye ade 4 posts kau wat..bagus2..blog yg sgt active, aku suka..

ok balik pada topic..

nanti tunggu Zulkifli plak kuar PKR, dia marah kat TS khalid ke Guan Eng kali ni?..

.so kite tunggu dan lihat jawapan TB lepas ni..takkan TB nak ckp zulkifli kaki minum, tak solat, tak pose or gile kuase kot?

kita sama2 nantikan..

anti-firaun..

Anonymous said...

hoohoho...camtu perangai masing2 ye.. hahaha

Anonymous said...

zulkifli nordin tak payah nk cerita pon masalah dia nie
mmg dah barua umno zulkifli nie
sumer org pr tau

Anonymous said...

UMNO jugak yang salah... ish3.. tuan blog... bia betul... guan eng tak salah... kalid tak salah... nik ajis n anwar lagi la tak salah.. yang salah semua UMNO... kata kan la si tan n zahrin tu seperti yang dikatakan... then mcm mana plak si YB bagan serai tu... ish.. kompius plak... mesti die jugak kaki segala2 nya... malahan lagi teruk... standard org pas kan... lebai, kepiah, jubah semua tak tinggal... serban sebakul atas kepala... tapi perangai Allah saja yang tau...

Anonymous said...

Salam bro. Ada logiknya citer korang ni & rasanya sema rakyat Malaysia tahu citer2 YB buat duit jadi wakil rakyat. Tapi skrg ni org boleh ckp apa saja dia suka, bukti kena ada bro. Mana yang dah lari tu cuba dapatkan bukti/citer apa yg depa tu mintak tk dpt & menyebabkan diorg kuar parti... Baru le kami2 ni boleh timbangkan...

joostspring said...

kecian si TB...dah jadi macam ape tah...

bila bercakap pasal agama si TB la juara nya...

tp hari2 duk tabur fitnah...

mampus dgn g2 dah mu TB ooiii...

Anonymous said...

boleh percaya jugak yg dua orang CM ni amanah dlm mengurus harta rakyat (negeri). penang sampai dapat title negeri yang paling telus mengurus harta negeri dari auditor bebas tapi aku lupa nama organisasi ni. selangor pulak smpai sekarang mempertahankan hak rakyat dapat air percuma walaupun syabas buat mcm2 helah utk gagalkan program kerajaan PKR kt sini.projek2 rumah yg trbengkalai pun dah hampir settle. kat Kelantan pulak dah diberi title negeri yg paling baik membayar hutang pada kerajaan persekutuan dan x lg jadi negeri termiskin. kat Kedah nmpak stabil sbb uztaz Azizan sorang yg cerdik. tapi 2007 Kementerian Pertahanan x dibenarkan diaudit aset2 negara dlm tu tetiba tahun ni kita dngar enjin jet hilang. masalahnya hilang ke atau memang x beli sbb fizikal nye tidak dipastikan mmang wujud..dan masa tu DSN yg jadi ketua kt sana...so utk pencacai umno semua, walaupun ade MP yg kluar PKR tapi mereka ni xbrjaya mempengaruhi ahli2 meraka dlm kawasan sendiri utk kluar parti. jadinye ape je yg MP katak ni ckp mesti ditanya balik pada ahli2 kawasan mereka dan ramai yg cakap mereka ni lagi baik kluar sbb x nak tolong rakyat. rakyat semakin bijak dan xkan tertipu lg dgn umno..*Sumpah Rakyat Sumpah Keramat* ape2 pun minggu ni DSAI ade kat Melaka..

Anonymous said...

Negara Malaysia ni memang negara Dajjal. Semua penghuninya sudah menyembah Tuhan duit. Mana dia Tuhan Allah. Sudahlah jangan dok nak juang lagi isu Tuhan Allah sebab manusia dalam negara malaysia ni banyak dah sembah Tuhan duit. Kembalilah ke pangkal jalan, kita bukan nak jaga sekelompok kecil manusia melayu saja di Malaysia ni, tapi bagaimana dengan nasib 27 juta rakyatnya. Sapa2 dok sibuk jaga perut depa saja elok kita terajang mereka semua keluar dari malaysia ni. Mereka ni semua manusia yang dah murtad dan bangsat.

Anonymous said...

aku sokong anon 2.28pm. prinsip ko sama dgn prinsip org atas pagar (bukan ahli parti)mcm aku..kita mesti neutral jgn terlalu taksub sbb takut jd mcm ahli umno yg dah dibodohkan selama 52 tahun.

Anonymous said...

tapi malangnya pencacai umno ni dia bodoh sikit dalam menilai komen prinsip orang atas pagar.

bila kita bagi komen dengan fakta yang nyata...dia henjutnya kita dengan komen sinis yang x de isi yang menampakkan kebodohan diri mereka.

dia ingat komen orang atas pagar ni yang cuba nak membela nasib 27juta yang lain ni... jumud sangat kat PR. yang sebenarnya dorang ni dah bebal kena kelentong dengan umno sampai x bole menilai mana yang jumud mana yang tidak.

joostspring said...

aku sokong anon 2.28pm. prinsip ko sama dgn prinsip org atas pagar (bukan ahli parti)mcm aku..kita mesti neutral jgn terlalu taksub sbb takut jd mcm ahli umno yg dah dibodohkan selama 52 tahun.

March 4, 2010 2:33 PM
------------------------------------

anon cap ayam...

atas pagar kepala taik lu bila dah jelas dlm tulisan kau tu berat sebelah...

nak menipu tuk meraihkan komen pun agak2 la bro...

Anonymous said...

joostspring cap bingai

aku pikir ko kena masuk sekolah estate la x paham maksud n tak dapat bezakan perkembangan.

enjin ilang, rasuah PKFZ, kes umah besau toyol jawa, ketelusan kes Perak n macam-macam lagi ko kita mengiyakan aje.

sebab tu la kita sebut ahli umno yang dah bodoh selama 52 tahun. dalam hal ni pun korang kata ok...

setakat ni umno tengah kotor ko nak kita kata umno bersih?

elok ko sumbat otak kau dalam jubor saiful.

Anonymous said...

jgn salah paham joostspring ni salah sorang MP umno sbb tu dia xbleh terima kebenaran..itu yg susah bila jd ahli parti, terpaksa akur je ape yg pemimpin ckp walaupun salah...utk joostspring ko kena sedar antara BN dan PR. org atas pagar ramai menyokong PR sbb walau mereka baru bergabung tp mereka cuba menjadi lebih baik dari BN. dan nampak ada juga janji yg ditaburkan dulu cuba ditunaikan walau dpt halangan dari persekutuan...ade paham....*Yang Benar Tetap Benar Yang Salah Tetap Salah*

Anonymous said...

Anon 11:32

aku cuma kesian dengan joostspring. harap-harap akan ada guru tadika estate yang sudi jadikan dia anak murid.

joostspring... aku dah order susu lebih DHA untuk pertumbuhan otak ko..