"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 08, 2011

BERSIH 2.0: Jumpa Di Stadium Merdeka Esok..!

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...


No. Telefon Hotline (Khidmat Guaman) Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia:

1. +6016 312 6463
2. +6016 312 6473
3. +6014 645 1753
4. +6012 392 8379

Mohon sebarkan dan simpan nombor-nombor diatas dalam handphone masing-masing... Apa-apa berlaku pada anda, sila sms nama,lokasi ditahan & dibalai mana anda dibawa.

Harap Maklum.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.

“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

Semalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.

Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.

Manakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.

Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,

“Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini,” kata BERSIH 2.0.

Menurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.

“Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya.

8 comments:

Anonymous said...

I'am already there.....
We are already there.....
Ready for BERSIH

Jeo Botak said...

Puhhhhhh...
Banyak betoi sekatan..
Tapi, alhamdulillah sampai jugak aku kat KL.
Malam ni nak relex dulu sbb besok KITA AKAN KUNINGKAN KL......

Ramai member2 kata dah sampai...

Banyak jugak brother2 polis yang bagi kami sokongan. Ada yg kata "Good luck", ada yang kata "teruskan", ada yang kata "kasi tiau sama Najib tu", ada yang tunjuk ibu jari tanda "Good".

Yang paling best ada polis2 kat situ menrungut dan marah "Ini bodo punya arahan KPN...rakyat nak berhimpunpun di suruh kawal dan periksa macam pengganas saja. Dia ingat kami ni BALACI dia orang kot"


kah..kah..kah..
Bagi aku..."SYABAS PADA POLIS2 BERKENAAN...RAKYAT SUDAH SEDAR PERMAINAN KOTOR KPN & UMNO BN"

Kita KUNINGkan Kota Raya KL

jas said...

Esok kasi kuning KL.Agong pun ddk barisan depan siap baju kuning.
DAULAT TUANKU

Joe Botak said...

hahaha..smpai dh beruk2 luar buat menyemak kt kl ni..aku org kl..td kt msjd jamek senyap sunyi xde ape2..hahaha..xde sambutan la tu..mari kita kuningkn kepale otak dgn vid blue nuar juburi..hahha..

sok ambiga akn pasang skrin besar...pkai bj kuning..tgk vid blue nuar juburi..kite kuningkn kepale otak dgn aksi2 nuar juburi..lps tu lompat2 mcm beruk..acara akhir plak mkn pisang beramai2...mintak2 dpt sambutan..

Joe botak said...

anon July 8, 2011 11:45 AM..english ko tu xbrape btul..'I'am already there.....We are already there"

ape mksd ayt ko ni...hahaha..mmg bodo2 bdk suruhan nuar juburi ni.

Anonymous said...

br jer spi KL, perjalanan aku agak jauh juga. Johor, gerak pg td singah di masjid MITC mlk dan sambung perjalanan ke kl. dlm perjalanan aku tertanya-tanya apa kah bentuk halangan yg akan aku tempuhi, nak keluar mlk di tol air keroh satu roadblock di antara air keroh ke sg besi ada dua sekatan tapi anehnya polis2 yg bertugas siap br aku semangat dan berpesan agar berhati2 ketika berada di kl. Tk kpd petugas2 polis krn aku pasti yg mrk juga mempunyai fikiran utk berfikir mana yg buruk dan mana yg baik. dan skrg aku dah bersedia utk menyatakan hasrat aku esok. moga BERSIH mendapat kejayaan. MALAYSIA MAJU TANPA UMNO.

Anonymous said...

Kuala Lumpur here i'am. ready for tomorrow. May god bless all the PR members.

Anonymous said...

No benefit in keeping Pempena afloat
In September last year, four directors of Pembangunan Perlancongan Nasional Sdn Bhd (Pempena) Datuk Yip Kum Fook (MCA GOMBAK, who is BAD name in Buddhist and he always went to China to find girls) Datuk Donald Lim Siang Chai, Syed Abdul Rahman and Jaigani Jaafar – were served with letters of demand for payment of more than RM12.4 million owed by the company.
The letters from lawyer Joginder Singh, who was acting for Kah Bintang Auto Sdn Bhd were sent by registered post. On receiving the letter, one of them, Lim, the former deputy toursim minister and current deputy finance minister, contacted the CEO of Pempena and asked him to act on the demand.
For a good eight months, nothing happened. No effort was made to contact the motor company or negotiate a settlement. Failing to get a response, Kah Bintang published notice of an intended winding up petition in two national newspapers on May 28. The petition was set to be heard on June 13.
At the hearing, the petition was undefended as neither Pempena nor its lawyers made an appearance. The court allowed the petition and asked that Pempena be given another 14 days to pay up. On June 27, that short lease of life for the company expired and Pempena ceased to exist.
Yesterday, akin to closing the stable door after the horses have bolted, Malaysian Tourism Board chairman Datuk Victor Wee announced that Pempena would be applying for a stay of the winding up order this week.
The decision, he said, was made after a meeting with the management of Pempena last Friday. A new solicitor will be appointed to apply for a stay and work out an amicable settlement.
He was responding to theSun’s front page report which said the High Court had ordered the company to be wound up after failing to pay RM12.4 million for the purchase of 120 units of Hyundai Sonata.
When asked if these actions and the subsequent embarrassment to the government could have been avoided if Pempena had complied or responded to letters from Kah Bintang and its lawyer, Wee declined to comment, saying: “This is something that only Pempena can answer.”
So, the questions are: “Why did the Pempena CEO ignore the letters, and the call from Lim who was then a director of the company? Was it incompetency or sheer arrogance or total defiance of a lawful directive? Why did Pempena not act after the notice was published?
More importantly, where is Pempena going to find RM13 million (including interests and costs) to pay the motor company? Why should it come from the tourism promotion budget when all fingers point to the directors, who by virtue of their positions should be held responsible for this fiasco?
There’s no benefit in keeping Pempena afloat as it has not contributed in anyway to enhance tourism and related products. In short, it has been bleeding financially and has become a burden to Tourism Malaysia.
The best option is to dispose the assets, settle the debts and close shop so that it does not lose more money. Throwing good money after bad does not make good business sense.
-thesundaily.