"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 17, 2009

Laporan terus kiraan undian dari Kuala Terengganu - update

8.00 mlm - Setelah 43 Ribu undian di kira, PAS mendahului 1500 undi. Lebih 50% undi sudah dikira sehingga kini.

7.50 mlm - Menurut sumber DS Najib sudah pun balik ke KL pada pukul 7.40 mlm tadi.

7.35 mlm - Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu : Setelah 35 ribu undi dikira, PAS mendahului dengan 400 undi. Keseluruhan undi ialah 79.73 peratus - SK

7.27 mlm - Berita terkini,Wan Farid tewas di BUKIT BESAR dengan majoriti 61 undi.Wahid Endut mendapat majoriti 777 undi manakal Wan Farid mendapat 716 undi.Setakat ini hanya keputusan ini yang dah disahkan...yang lain akan menyusul!! - sya-reformis melapurkan.

7.19 mlm
Lapuran dari harakah - Terkini setakat jam 7 malam ini, menurut maklumat tidak rasmi PAS mengatasi Barisan Nasional dengan kelebihan 457 undi berdasar kepada jumlah undi yang dibilang setakat ini.

PAS ketika ini mendapat 16,475 undi berbanding BN - 11,516 undi. Manakala calon Bebas - 90 undi.

Di peti undi Chabang Tiga Dun Wakaf Mempelam, calon PAS mengatasi BN bagi saluran dua sebanyak 86 undi. Bagaimanapun dua lagi saluran masih dalam pengiraaan

7.14 mlm
Keputusan pening. Ada yang kata PAS leading, ada yang kata BN leading. Tapi kalau siapa pun leading, undi semula akan dibuat. Korang letak kopi tepi komputer sambil hisap rokok.
Pengiraan akan berlanjutan ...

Tapi budak budak rempit kat K. Terengganu dah menjerit jerit. Bunyikan HONK sambil bawak bendera PAS. Semua tengah suspen .....

7.09 mlm
Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 14,802 undi manakala BN mendapat 14,644undi. PAS menang di semua dewan undangan negeri, kecuali Ladang. PAS mendapat majoriti terbesar di Wakaf Mempelam dan Batu Burok. - Mkini

7.02 mlm
Keputusan tidak rasmi - berdasarkan pengiraan setakat ini, Barisan Nasional (BN) mendapat 11,112 undi manakala PAS mendapat 11,000. Ini bermakna BN mendahului dengan 112 undi. Calon bebas mendapat 65 undi. - Mkini

Tapi kawasan kawasan PAS masih belum mendapat keputusan.

5.40 ptg Proses pengiraan undi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu ini kini sedang berlangsung.

No comments: