"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 06, 2009

Lebih 60 ribu mengiringi calon PAS ke Pusat Penamaan Calon - malaysiakini

Proses Penamaan Calon yang berlangsung hari ini berjalan lancar. Dan seperti yang dijangka, penyokong dari PAS dan Bn lebih mendominasi keadaan berbanding dengan calon Bebas.

Lebih bermakna lagi bilamana calon PAS bagi P036, YB Ab Wahid Endut telah diiringi oleh lebih 60 ribu orang penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Perarakan hari ini memperlihatkan peserta dan penyokong PAS memenuhi jalanraya hampir 3 kilometer.

Pada masa sekarang ini (9.48 pagi), ribuan penyokong PAS sedang berkumpul di hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk menunggu keputusan pencalonan hari ini.

Ramai yang berpendapat, pada pusingan pertama, dan hari pertama PRK P036 KT secara rasmi ini, sokongan terhadap calon PAS lebih tinggi berbanding calon Bn dan bebas.

Diharap sokongan kepada calon PAS lebih meningkat lagi.

5 comments:

Ahmad Putra said...

assalamualaikum

wow..cepatnya dapat berita..nampaknya penyokong PAS memang bersemangat.

Paper kata hanya 5000 shj penyokong PAS berbanding BN 15000.

Takpe, gambar membuktikan segalanya

Allahu akbar!!

muadzam_pejuang Islam Paka said...

memang bn kurang penyokong...sapa lah nak sokong sangat bn tu dah la tak bermaruah,rasuah,...rakyat pun dh celik...nak lawan islam nak suruh orang sokong...orang gila mane nak sokong,hanya yang jahil tentang agama je yang sokong sangat tu,x pun yang dapat habuan...kalau tak dapat habuan terutama minyak kereta...sapa penyokong bn nak datang?tak malu ke muka duk ikut belakang pemimpin yg menentang islam...hisss malu la sikit...kalau tak ada agama tu tak tau la..

Anonymous said...

Mana satu betul ni? Ada kata 40000, ada kata 60000? Pandai je kata media kerajaan tak betul sampaikan fakta. Pembangkang sendiri pun sampaikan fakta yang bercanggah. Entah-entah 4000 je betul kot…

Anonymous said...

Penyampai berita tidak boleh nak kira satu satu nanti berbuih mulut pulak. Walau bagaimana pun tak kisahlah berapa pun jumlahnya, tapi yang penting kumpulan PAS lebih besar dari kumpulan UMNO.

Kita akan lihat gambar yang diambil olih sukarelawan yang tidak berpihak mana-mana kumpulan. Kita percaya gambar tiada lidah untuk berbohong tapi boleh jadi bukti untuk bercerita.

Anonymous said...

mana satu ni?40,000 atau 60,000?ataupun 4000 sahaja?

kalau tgk dalam gambar atas ni,nampak memang ramai la orang.tapi kalau kita tengok kat sini pulak macam tak sampai pun 40,000 orang.