"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 06, 2009

Al-Fatihah: Bekas Hakim Azmi Kamaruddin Pulang Ke Rahmatullah- malaysiakini

Reactions: 
Bekas Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Azmi Kamaruddin, 75, pulang ke rahmatullah malam Isnin akibat sakit tua.

Puan Sri Kamariah Yahya berkata suaminya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada kira-kira pukul 9.10 malam.

Kamariah, ketika dihubungi Bernama berkata jenazah suaminya akan dibawa pulang ke kediaman mereka di No 12, Jalan Mesra, Off Jalan Damai, Ampang di sini.

Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat selepas disembahyangkan di Masjid Jamek, Jalan Tun Perak.

Azmi meninggalkan seorang isteri, empat anak dan dua cucu.

Azmi adalah antara enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 1988. Selain beliau ialah bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh.

Pada 18 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran ex-gratia kepada keenam-enam hakim itu.

No comments: