"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 06, 2009

'Tiba-tiba sahaja Umno peka terhadap kebajikan rakyat di Kuala Terengganu'

Reactions: 
PAS mempersoalkan kemampuan kerajaan Umno-BN Terengganu yang baru sahaja dilihat peka terhadap kebajikan dan masalah rakyat.

Ketua Operasi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong berkata beliau begitu kesal dengan keadaan Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri Terengganu tetapi tidak lengkap kemudahan asas termasuk sistem pengurusan bencana.

"Dalam keadaan Kuala Terengganu sebagai ibu negeri yakni tempat yang paling membangun tetapi malangnya ia masih tidak memiliki kemudahan asas yang cukup," katanya dalam satu sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, dekat sini, semalam.

Malah beliau menempelak sikap kerajaan yang membazirkan wang yang banyak kepada projek yang tidak menguntungkan rakyat, sehingga Terengganu menduduki tempat kedua dalam kategori negeri termiskin di Malaysia.

"RM300 juta yang dibelanjakan untuk Monsoon Cup lebih bermanafaat dihabiskan untuk membantu rakyat yang hidup dalam kesempitan dan menghadapi belenggu kemiskinan.

"Kita malu apabila Terengganu yang dikatakan sebagai negeri yang kedua terkaya di negara ini juga merupakan negeri yang kedua mempunyai rakyat yang miskin.

"Sebab itu ada pihak yang menyatakan bahawa keperluan rakyat khususnya dalam musim tengkujuh bagi mengelakkan banjir ini adalah dengan menyediakan sistem perparitan yang baik atau kita katakan bahawa kerajaan perlu menyediakan projek Monsoon Parit dan bukan monsoon Wan Farid," katanya sambil diiringi ketawa para wartawan.

Ditanya mengenai peluang calon PAS dalam pilihan raya kecil ini, beliau yang juga bekas Adun Batu Burok menegaskan bahawa apa yang penting pilihan raya ini adalah suatu penentuan terhadap kemampuan calon apabila mendapat peluang.

"Ia bukan melibatkan personaliti sangat, tetapi abiliti atau kemampuan seseorang calon setelah diberikan peluang dan mandat oleh rakyat," katanya lagi.

Sidang media tersebut diadakan bagi menjelaskan tindakan serta pelan PAS bagi menghadapi hari penamaan calon, hari ini.

sebelum itu, beliau bersama beberapa pimpinan PAS yang lain telah bertemu dengan Ketua Polis Negeri serta Dato' Bandar Kuala Terengganu bagi mendapatkan penerangan serta kerjasama.

Hadir sama dalam sidang media tersebut, setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Yahya Ali.

1 comment:

sepot said...

Peka kepada kebajikan rakyat salah, tak peka lagilah salah. Susah betul nak puaskan nafsu...eh! silap...Susah betul nak puaskan kehendak pembangkang yang 24 jam nak membangkangje kerjanya...