"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, January 06, 2009

Solat hajat iringi perarakan calon PAS di Kuala Terengganu

Proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu bermula hari ini.

Di perkarangan stadium negeri penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sebanyak 30,000 orang berkumpul selepas mengiringi perarakan yang bermula dari Surau Taman Permin Jaya, Jalan Pusara pukul 8 pagi tadi.

Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.

Setakat ini tiga calon kelihatan memasuki Stadium iaitu calon PAS, calon BN Dato' Wan Farid dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun Mohamad.

2 comments:

Anonymous said...

Memang wajar jika dilakukan solat Hajat untuk memohon kemenangan dari Allah SWT. Tapi mestilah ikhlas, jangan hanya nak menunjuk-nunjuk. Riak namanya tu.

Anonymous said...

Kalau PAS melakukan solat hajat untuk memohon kemenangan dari Allah, tapi bagaimana UMNO mengharap calon mereka menang..?

Rakyat Kuala Terengganu percaya bahawa ahli UMNO memang islam namun mereka tidak percaya ujudnya Allah kerana itu mereka menolak hukum hudud.

Oleh itu kita lihat hari ini di Kuala Terengganu, UMNO-BN lebih percaya membuat janji bohong, dan memberi rasuah pada rakyat bahawa mereka akan mendapat kemenangan.

Cara ini telah membuatkan rakyat dikawasan lain merasa irihati dan cemburu terhadap rakyat Kuala Terengganu kerana hanya kawasan itu saja yang dapat bantuan sedangkan dalam negeri Terengganu banyak tempat yang memerlukan bantuan tapi dipinggirkan.

Cara ini juga membuatkan rakyat negeri Terengganu akan berdoa siang dan malam agar pemimpin mereka dari UMNO-BN pendek umur, supaya kawasan mereka diadakan pilihanraya kecil dan dapat bantuan segera seperti apa yang berlaku di Kuala Terengganu sekarang !

Semoga Allah akan memberi petunjuk kepada rakyat Kuala Terengganu, siapa sepatutnya jadi pemimpin mereka.