"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, March 17, 2009

Ali Rustam, TEKUN, Perhimpunan Haram PWTC..? - malaysiakini

Kemaskini dari PWTC Kolumpo - aku tak tau berapa ramai yang ada dekat PWTC pasai member yang call tadi cakap tak berapa jelas. cuma yang sempat member tu bagitau tadi, orang-orang yang dikatakan akan mengadakan perhimpunan (Haram) di PWTC petang ni sebagai membantah keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO ialah mereka-mereka yang telah mendapatkan sokongan dari Ali Rustam dalam permohonan depa untuk mendapatkan pinjaman dari Yayasan TEKUN.

Aku jugak dipahamkan bahawa untuk buat pinjaman dengan Yayasan TEKUN (untuk ahli-ahli UMNO), HANYA tandatangan Ali Rustam SAHAJA yang laku..! kalau bak mai tandatangan geng-geng pemuda yang lain, jangan harap. tandantang Khir Toyol reject terusss...!!! ini cuma untuk kes-kes melalui "Pintu Belakang" atau "Orang Dalam" sahaja. untuk kes-kes lain tak dak.

Apaa hubungan Ali Rustam dengan "Orang-orang" dalam Yayasan TEKUN?


9 comments:

Anonymous said...

bro...kata senarai ade 20 ekor..ini baru dua tiga ekor..yg lain dah setle ke?

Anonymous said...

yang lain-lain tu "jerung" yang kena tangkap tu anak2 bilis. biasalah kalau tangkap jerung nanti pukat pecah, naya kat pemukat tu pulak... SPRM??? dok sah sebut aihhh! semo tu "charolais" tu!

Anonymous said...

TP tolong komen sikit pasai artikel ni...ada betui ka....

PAS terajui BN
Berdasarkan apa yang sedang berlaku, maka tidak mustahil sebuah "Kerajaan Perpaduan" akan terbentuk tidak lama lagi.

Tetapi sebelum terbentuknya kerajaan perpaduan itu, semua mereka yang bermasalah sama ada dalam parti yang memerintah ataupun pembangkang perlu diketepikan buat sementara waktu.

Langkah itu telah pun bermula dengan beberapa tindakan yang telah diambil, sama ada melalui SPRM atau pun oleh pihak 'internal' yang berkaitan.

Akhir sekali mari kita mengimbas kembali apa yang telah diperkatakan oleh pihak tertentu sebelum ini. Sila baca di bawah:

"This is an exposition by one of my internal PAS sources. I feel readers will need to know the real picture of the going-ons in PAS. I feel the readers should know that such story of PAS joining with UMNO has it's merits but it is the effort of a small portion of PAS leaders who are already on their way out. And they need to cut this deal to resurrect their dying career.

This is a letter from my source name Ahli PAS Dalaman and i feel it should be shared with everyone. However, the accuracy of this report is solely the responsibility of the writer, and not this blog. TQ

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.

Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:

a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:

a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS

Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:

1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Ali
e. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.

2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau

3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara ang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.
a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.
b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.

Manakala antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:

1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.
f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.

2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian.
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.

Nasib baiklah pimpinan Ikhwan telah menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap cadangan puak2 ini untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional. Juga, antara yang menentang cadangan ini adalah Mursyidul Am sendiri, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat".

OITT RAKYAT...KENYATAAN DI ATAS DAH LAMA DIHEBOHKAN. MULA-MULA MACAM TAK PERCAYA. NAMUN BILA MELIHAT SINARIO TERKINI...TIDAK MUSTAHIL IA BOLEH BERLAKU.

OITT...JIKA APA JUA YANG MEMBAWA KEBAIKAN, SEMUANYA BAIK DAN DIALU-ALUKAN. LEBIH BAIK SEDIKIT DARIPADA TIDAK ADA KEBAIKAN LANGSUNG.

Anonymous said...

Apa cita pulak ni TP makin panas la skang ni mhuahaha..komen lagi..boleh ka.....sebab aku suka kat blog ngan komen hang TP

DEBAT : BLOGNET SAMBUT CABARAN BPN

BLOGGER UMNO BPN AJAK BLOGGER PAKATAN RAKYAT BLOGGER NETWORK DEBAT!!!

Tak sangka pulak BPN boleh melompat naik hangin bila aku tulis artikel BLOGGERS PEJUANG VS BLOGGERS UPAHAN. Aku tulis artikel tu selepas baca komen Panglima Perang Cyber (PPC) kat posting wak raden banjar tentang dana bloggers. PPC ayatkan "tak ada duit lepas Nizar jatuh ke?". Lebih kurang maksudnya, geng BloggersNetwork@Perak/Malaysia (blognet) ni jenis makan upah la. Bila kerajaan Perak dah dirampas maka blognet pun tak berduit. Begitulah khayalan BPN.

Mula-mula ada sorang guna nama Undi Pas Dapat Syurga? meracau kebengangan tulis komen. Macam biasa, tak ada point pun. Aku respon komen tu sikit. Just ulang balik point dalam artikel asal, betapa kelirunya jiwa raga UMNO. Lepas tu terus ParpuKari dan GOMO mengamuk. Macam biasa la, almaki walhamun. GOMO berkobar-kobar mencabar blognet berdebat. Cabaran itu disambut ....

GOMO meracau begini;

SEMEMANGNYA DAH ADA BUKTI YANG BLOGGER PAKATAN NI ADALAH BLOGGER UPAHAN ANWAR AL-JUBURI. JANGAN NAK BERSELINDUNG LAGI DENGAN HAL INI.

FITNAH TAK PERNAH PUTUS-PUTUS PUAK LU ORANG NI.
BILA AJAK BERDEBAT TAKUT.
MELARIKAN DIRI.
SOALAN YANG DI AJUKAN TIDAK DAPAT DIJAWAP.
HAPRAK LAH LU ORANG NI SEMUA PUAK PEMBANGKANG.

LU ORANG CAKAP SAHAJA BILA DAN DI MANA UNTUK KITA BERDEBAT DALAM MASAALAH RAKYAT.
KAMI DI BPN SEDIA DAN TERIMA PERDEBATAN INI.

JANGAN MENYALAK TAK TENTU PASAL SAHAJA.

APA ANWAR AL-JUBURI DAH SEMAKIN PANAS SEKARANG DAN KAU ORANG PULA YANG DAPAT TEKANAN????

Aku dah jawab kat komen tu, macam ni;

Tuan GOMO, inilah yang aku tunggu-tunggu. Kalau tuan-tuan sedia berdebat, aku sanggup uruskan majlis tu.

Cadangan aku:

Tempat : Sekitar Taiping
Tarikh : antara 20 Mac - 6 April (di kesempatan ramai orang ada kat Bukit Gantang)
Pendebat : 2 BPN - 2 BloggersNetwork
Format :
(a) Setiap pendebat berhujah selama 30 minit satu pusingan.
(b) Dua pusingan -
pusingan satu: blognet - bpn - blognet - bpn
pusingan dua : bpn - blognet - bpn - blognet
Wakil (cadangan):
- bpn - (2 antara 5): PPC/PB/ParpuKari/Gomo/Taiping Mali
- blognet - (2 antara 5): MSK/PakKaramu/KulupSakah/TopengPerak/CyberBoron

Ok. Setakat ini dulu cadangan aku. Harap dapat maklum balas dan kerjasama daripada tuan-tuan BPN.

So, sekarang aku tunggu maklum balas daripada BPN. Harap-harap debat ini jadi kenyataan. Kawan-kawan kat Taiping tolong bagi cadangan tempat yang sesuai. Kalau dapat mana-mana dewan yang besar sikit lagi baik. Tentu ramai nak tengok muka bloggers UMNO yang mencarut siang malam tu. Jangan bawak kasut spare sudah la.

AKU TUNGGU!!!

Anonymous said...

kalu debat ni jadi... aku akan turun ke taiping. Cakap ja di dewan mana, di khemah mana, di rumah sapa... aku sampai... aku nak sangat tengok muka2 blogger umno yang macam haram jadah tu... haaakkkk... ptuiihhh...

Anonymous said...

ada beran ke diaorg 2??..BUDAK BANJAR3

Pengasas said...

Salam PerisikRakyat,
Bab Ali Rustam ni saya berpendapat Lembaga Disiplin Umno memang tak berhati perut. Kempunan pak Ali dibuatnya.

Anonymous said...

GERAK DAN MAT SAID (SPRM)
HANGPA JANGAN WAT BODOH JER
RASUAH TU.....ALI KETAM DAN KJ....DAN RAMAI JUAK UMNO...
TANGKAP LAH...MEREKA TU RASUAH....
MB selangor derma lembu ..buat kebajikan dan buat pahala cepat jer mat saID dan kuncu nya menyiasat....
ni ketua menteri melaka dah jelas RASUAH...hangpa tunggu apa lagi..tangkap lahhhhhhh
dakwa mereka semua tu...
ayuh kita semua rakyat malaysia yang benci RASUAH..kita desak ketua menteri melaka dan juga KJ letak jawatan......
PERASUAH..............

Anonymous said...

kalau ada perhimpunan haram, nape tak call fru...ape fungsi water cannon