"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, March 17, 2009

Sejarah Dulu Dan Gambar Kini - malaysiakini

Hari ni kita belajar balik sejarah Perjanjian Hudaibiah...

Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah Rasulullah SAW berangkat ke Mekah untuk menunaikan Haji bersama 1400 orang sahabat setelah beberapa tahun dihalang oleh musyrikin Mekah. Ketika itu Islam yang berpusat di Madinah telah berkembang pesat. Tujuan rombongan itu juga ialah untuk menguji sikap kaum Quraisy yang sangat kuat menghalang dakwah Islam sejak 19 tahun sebelum itu.

Rombongan Rasulullah tidak membawa senjata peperangan. Hanya senjata biasa untuk tujuan perjalanan sahaja yang dibawa bersama. Mereka mengisytiharkan kepada umum bahawa tujuan rombongan itu bukan untuk berperang.

Ketika sampai di 'Asfan, rombongan Rasulullah mendapat maklumat bahawa musyrikin Mekah mahu menghalang rombongan itu hatta dengan cara kekerasan sekali pun. Musyrikin Mekah bersedia dengan pasukan tentera berkuda seramai 200 orang yang diketuai oleh Khalid bin Al-Walid. Pasukan itu menunggu di jalan masuk utama menuju kota Mekah.

Rasulullah SAW menukar laluan supaya tidak terserempak dengan pasukan musyrikin, untuk membuktikan tujuan kunjungan itu bukan untuk berperang. Rombongan itu berhenti rehat di Hudaibiah.

Beberapa perundingan antara wakil rombongan muslimin dan wakil musyrikin Mekah gagal mencapai persefahaman. Kemudian, pasukan 80 orang pemuda musyrikin Mekah menyerang rombongan muslimin di tempat perkhemahan mereka pada waktu malam tetapi berjaya ditewaskan oleh pasukan pengawal muslimin.

Selepas itu Rasulullah SAW mengutus 'Uthman bin 'Affan berunding dengan musyrikin Mekah. Oleh kerana terlalu lama menunggu kepulangan 'Uthman, timbul kebimbangan di kalangan muslimin tentang nasib 'Uthman sehingga tersebar berita kononnya dia telah dibunuh. Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, baginda bersabda "kita tidak akan pulang ke Madinah sebelum selesai memerangi mereka (musyrikin Mekah)".

Kemudian Rasulullah mengumpulkan para sahabat untuk berbai'ah tidak akan berundur dari medan peperangan yang bakal berlaku. Di ketika itu muncul 'Uthman bin 'Affan lantas dia juga turut berbai'ah bersama-sama dengan muslimin yang lain.

Peristiwa itu berlangsung di bawah sepohon kayu yang rendang pada bulan Mac 628 Masehi.

Bersempena dengan peristiwa bai'ah taat setia dan sepakat untuk menentang kejahatan dan ketidak adilan musyrikin Mekah yang berlangsung di bawah sepohon kayu itu, Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah telah Redha terhadap orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah sepohon kayu, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, lalu Allah menurunkan ketenangan ke dalam jiwa mereka, dan Allah menganugerahkan kemenangan kepada mereka dalam waktu yang dekat." (Surah Al-Fath - ayat 18)

Bai'ah taat setia kepada kepimpinan Rasulullah untuk menghadapi sebarang tentangan musyrikin itu telah mencemaskan musuh di kota Mekah. Suasana menjadi tegang disebabkan kemungkinan peperangan yang akan berlaku. Akhirnya kabinet musyrikin Mekah menghantar Suhail bin 'Amru bertemu Rasulullaah SAW dan menawarkan perdamaian.

Selepas perundingan tentang butiran perdamaian itu, termeterailah perjanjian yang sangat terkenal dalam sejarah Islam iaitu perjanjian Hudaibiah. Dokumen perjanjian itu ditulis oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA (hadith 3335 Sahih Muslim edisi Bahasa Arab).

Perjanjian Hudaibiah adalah hasil pertama selepas persidangan bai'ah di bawah sepohon kayu yang berlaku beberapa hari sebelum itu. Catatan sejarah membuktikan Maha Benar wahyu Allah tentang "kemenangan yang dekat" selepas sidang di bawah pokok.

Perjanjian Hudaibiah yang berkait langsung dengan sidang itu merupakan perkara yang amat significant bagi rentetan kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah SAW sehingga Islam berdaulat dengan sangat hebat.

Kesan utama perjanjian itu ialah pengiktirafan secara tersirat terhadap kepimpinan Rasulullah SAW di luar kelompok muslimin.

Kesan kedua ialah terbuka ruang dakwah yang lebih luas sehingga ke dalam komuniti bukan Islam di Mekah yang terhalang sebelumnya. Ruang itu membawa kepada keIslaman ramai tokoh masyarakat termasuk Khalid bin Al-Walid, 'Amru bin Al-'As dan 'Uthman bin Abi Talhah.

Kesan ketiga ialah kejayaan meneroka dakwah ke luar semenanjung Arab. Rasulullah SAW mengutus surat kepada Raja dan pemimpin negara-negara luar, menyeru mereka kepada Islam. Di antara yang menerima surat Rasulullah SAW ialah Raja Najasyi negara Habsyah, Raja Muqauqis negara Mesir, Raja Kisra negara Farsi, Raja Hercules negara Rom, Raja Jaifar dan Raja 'Abda pemerintah Oman, Al-Munzir bin Sawi pemerintah negara Bahrain, Hauzah bin Ali pemerintah Yamamah dan Al-Harith bin Abi Syamar pemerintah Damsyik.

Hasil dakwah local dan international ini, Daulah Islamiah yang berpusat di Madinah mencapai 3 kejayaan besar, iaitu;

#1. Termeterai perjanjian damai dengan negara-negara bukan Islam.

#2. Dakwah Islam dapat masuk dan berkembang di negara-negara bukan Islam.

#3. Termeterai ikatan dan perjanjian di antara kerajaan negara-negara Islam dengan rakyat bukan Islam di negara masing-masing. Rakyat non-muslim yang mengikat janji dengan kerajaan Islam dikenali sebagai ahluzzimmah atau zimmi yang bebas mengamalkan kepercayaan agama mereka.

Selepas itu tentera Islam memenangi peperangan Khaibar yang sangat bermakna. Kaum Yahudi yang dibantu oleh munafiqin pimpinan Abdullah bin Ubai secara rahsia. Kejayaan itu seolah-olah melengkapkan kemenangan umat Islam ke atas semua pihak yang memusuhinya.

-jeritan minda politik malaysia

12 comments:

Anonymous said...

selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, salam kepada ahli keluarga Baginda, salam kepada Sahabat-sahabat Baginda, salam kepada Muslimin dan Muslimat. Allah Hu-Akhbar!

Lin said...

Salam

Janganlah kamu menyamakan Insan-insan yang mulia di zaman Rasullullah dengan mereka yang bertopengkan syaitan politik pada masa ini... kenapa diambil sejarah Perjanjian Hudaibiah yang amat mulai dengan Sidang bawah pokok yang amat hina dari segi adab?

Inilah yang dikatakan oleh Rasullullah bahawa diakhir zaman kelak terdapat golongan yang kan menjaja agama untuk mendapat kesenangan dunia tanpa mengira halal dan haram.

Sekiranya saudara ingin berpolitik maka bersiasahlah dengan adab dan janganlah menggunakan ayat suci untuk menghalalkan perjuangan siasah yang tidak tentu halanya.

Mengapa say berkata sedemikian?

Pertama.. apakah nawaitu setiap orang yang hadir pada hari itu (termasuk mereka yang mengaku islam dan pengikut Rasullullah) mempunyai niat untuk menegakkan kesucian al quran dan sunnah Rasullullah?

Kedua.. adakah dengan berbuat sedemikian akan merapatkan saf diantara umat Islam?

Ketiga.. adakah nizar dengan niat yang suci berada di kalangan para kafirin (pemimpin DAP)mempertahankan perjuangan Islam yang syumul tanpa mencampur adukkan niat tersembunyi politik yang kotor?

Wahai saudara ku, khasnya songkok tinggi, sebenarnya kamu tidak tahu apa yg kamu perjuangkan? kamu tidak tahu dengan siapa kamu berganding bah? andaikata usia kamu melepasi zaman darurat atau zaman bintang tiga bermaharajalela tentu kamu tidak akan berbuat seperti sekarang.. atau paling banyakpun kamu akan diam kerana sedar perjuangan mereka sebenar.

bagi mereka yang mempertahankan PR baik orang pas atau pkr, kenang2lah perjuangan bekas tentera dan polis yang telah terkorban semasa berusaha membasmi kumpulan yang mempunyai perjuangan yang sama dengan sahabat kalian sekarang.

Kamu mengaku Islam dan Melayu tapi kamu tidak sedar tindakan kamu menuduh,fitnah, mengutuk dan memaki hamun kepada sesama Islam adalah satu tindakan yang merosakkan perpaduan ummah.. bukankah pas satu parti yang mengelarkan mereka sebagai parti Islam.. tak kanlah kamu tergamak berbuat sedemikian..

cuba kalian yang berada dalam pas berfikir sejenak.. mengapa kamu amat membenci orang melayu bergama islam dalam umno? adakah mereka ini rasuah semuanya? adakah mereka ini menyalahguna kuasa semuanya? adakah mereka munafik seperti yang kamu fitnahkan?

sedarlah, sekiranya tuduhan yang kita lemparkan itu tidak benar maka bersedialah kita semua mempertahankannya di hadapan Allah kelak..

kamu mengatakan PPSMI adalah satu tindakan derhaka UMNO kepada kedaulatan bahasa Malaysia.. tapi kamu lupa bahawa sebelum ini kamu mengaku Islam.. bukankah Islam mengalakkan kita mempelajari Ilmu walaupun ke negeri China sekalipun.. bermula ayat suci diturunkan dari Allah kepada Rasullullah melalui Jibrail adalah surah IQRA.. apakah maksudnya itu...

maksudnya Allah menyuruh kita membaca supaya kita mempunyai ilmu dan orang yang berilmu mempunyai panduan hidup dan untuk mengenal Allah pun kamu mesti mempunyai ilmu.. maka dengan ilmu kamu beramal dan bertakwa pada Allah.. bukankah begitu sahabat ku..

janganlah pula bila kita dinasihati oleh sesama saudara yang lain.. kalian cuba mengalihkan perhatian dengan mengambil contoh .."tu pemimpin UMNO pun labih teruk" dan sebagainya..

sikap ini dinamakan orang yang telah tepu otaknya dan hatinya telah ditutup rapat untuk menerima ilmu.. umpama gelas yang telah dipenuhi air.. maka jika dituangkan lagi melempahlah ia.. maksudnya jika kita rasa kita sudah cukup ilmu dan pandai dalam segala ha.. maka berakhirlah kepandaian kamu ditakat itu sahaja.. bersiap sedialah kamu menghadapi zaman gelap.. gelap dari menerima kebenaran dan ilmu Allah..

bagi mereka yang hanya suka berhujah tanpa ilmu saya minta janganlah mempesongkan fikiran saudara kita yang lemah ilmu mereka.. bimbing mereka dengan hujah yang diredhai oleh Allah..

berbalik kepada tulisan di atas, apakah maksud empunya blog yang meeritakan kisah perjanjian Hudaibiah dengan gambar sidang haram pemimpin DAP dan pas di bawah pokok? apakah niat saudara?

setiap tulisan dan kata-kata kita akan dipertanggungjawab kelak di akhirat nanti... sekiranya sepuluh orang yang percaya dengan hujah saudara maka saudara akan mendapat syer yang sama dengan mereka dan bagaimana kelak saudara akan menghadapi Allah?

semoga kita sedar.. bila berpolitik maka berpolitiklah dengan ilmu politik dan digunakan ayat suci Allah dengan tafsiran yang menguntungkan hujah dangkal kita kelak merana badan..

salam

maun said...

Betapa nikmatnya menjiwai sirah yang sebegini....back to the past for the future. Really a good related story.

Anonymous said...

"tuntutlah ilmu sehingga ke negeri china"

Hadis ini palsu..

Tiada periwayatnya beb..

Jangan bajet tau pasal agama weh..

UMNO..

Haktuiiihhh..

Cerita Kita said...

Orang-orang Umno termasuk blogers Umno yang Islam yang mencaci perhimpunan di bawah pokok dan mengatakan 'tidak bertemadun' dan sebagainya, sedar atau tidak bahawa Nabi junjungan pernah melakukannya dahulu?

Kalau sunah Nabi junjungan tidak dihormati, sunah siapa lagi hendak dijadikan teladan?

Anonymous said...

gambar ke 2 : Pakai songkok = Raqi a.k.a Ayahanda Raqi, sebelah kanan dia baju itam... rambut pacak tu nama dia bintat tersebut la kisah dia canang nama dia "tiger raqi".. selamat tak kene hempas gelas teh tarik atas pala dia = dia ngan budak sebelah kanan dia yg tunduk tu ngan sorg lagi macai dia pukul seorang budak = tahap kecederaan = bibir pecah muakakkakaak tiger aper.. tu Mosquito! yg sebelah kanan ujung sekali garis oren kat baju tu.. org panggil Din Balak muka nak ganas.. aku tgk dia senyum pun tidak menyampah lagi ader.. yg tgh peluk tubuh sebelah Raqi tu ketot jer.. duduk kat tasek, ipoh skang tak tau mana duduk.. kaki indon bawak gi karaoke kat IGB, Jalan Chemor.. yg depan belah kanan ni tak tau nama.. macam tikus jer (muka nak ganas.. habuk tarak!)

p/s : mane sherry?? mane ponex?? dengaQ ni semua tiger tiger Raqi?? hahahahahahah

Anonymous said...

tungaklangit tulis "bermula ayat suci diturunkan dari Allah kepada Rasullullah melalui Jibrail adalah surah IQRA.. apakah maksudnya itu..."

ada ke surah iqra dlm al quran?
yg ada, surah al-alaq
tu la..
nak tembak org tp x kena....

Anonymous said...

tunggak langit ingat org lain kelang kelibut mcm dia,dah tu, surah iqra tu ciptaan dia sendiri kut.... ini dah kira sesat lagi menyesatkan...

Anonymous said...

type pakai jari berpandukan akal.. bkn type pakai jari berpandukan tumit kaki.. ni la jadiknye

Lin said...

salam

terima kasih atas kesilapan di atas memang benar saya tersilap dalam berhujah yang saya maksudkan adalah ayat yang menyentuh supaya kita membaca iaitu bermula dengan kata-kata iqra..

terima kasih atas teguran saudara sekalian dan saya percaya kalian masih mendahului pemahaman daripada hujah yang tak bernas
salam

salam

Anonymous said...

sedor pon diri..ingatkan handal sangat...
dari awal dulu lagi aku dah cakap..zali dan tungaklangat tk yah bawak cite pasi ugama korang tk tau apa...kita cite dunia ajelah.
itulah selayak buat ko..
selagi kau tolak hukum hudud yang wajib selagi tu lah ko tk yah citer pasai ugama...
bagi pandangan aku dan tk tau lah orang lain kau hanyalah pendusta semata2
maaaaff ya agak kasar sikit
waa cauuuu.....

Anonymous said...

Tunggak Langit...

Dari ayat-ayat kamu tu jelas kamu sendiri tiada mata, tiada telinga dan tiada akal.

Adakah PR dan penyokong lain semua tu tengin macam kamu?.....kamu yang pencacai memanglah kiblat kamu arah kesana saja...

Sudah lah baik kamu tunggu dan lihat ajelah.....kami pun bukannya nak sangat pasal apa yang kamu fikir......cuma kita nak lihat atau menikmati negara yang dipimpin oleh kepimpinan mualim-mualim, bukan maling-maling.