"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, March 02, 2009

Cerita Bodoh 2: Untuk Si Keldai - malaysiakini

Aku kutip ni dari ruangan komen [sini]. macam best, memang best... tang last skali tu paling best... sape nak jadik keldai? pi masuk UMNO..!

Muargh...!!!

Assalamualaikum...bila teman baca kisah tentang isu bodoh ni agak menarik sekali... kerana...
sememangnya Allah ta'ala melarang kita memilih pemimpin yang bodoh dan perosak (sufahak). Di dalam surah Al Baqarah Allah taala telah berfirman:
وإذا قيل لهم أمنوا كما أمن الناس قالوا أنؤمن كما أمن السفهاء ألا إتهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون

Ertinya : Dan apabila dikatakan kepada mereka (orang-orang Munafik) agar berimanlah kamu sebagaimana orang-orang yang (mengikut Muhammad) itu beriman, kata mereka (orang Munafik) Apakah kami mahu beriman sebagaimana orang-orang bodoh yang mengikut Muhammad? Lalu Allah menjawab, sebenarnya merekalah yang bodoh tetapi mereka tidak pernah menyedarinya...

Menurut As Syeikh Dr Wahbah Az Zuhaili di dalam kitab tafsirnya (Tafsir Munir) menyatakan bahawa orang-orang Munafik dari kalangan bangsa Arab yang mengaku Islam telah memperlekehkan Nabi saw dan pengikutnya dengan mengatakan bahawa hanya orang-orang bodoh dan dungu sahaja yang mengikuti Nabi saw... dan yang mereka maksudkan itu ialah orang-orang miskin... orang-orang yang daif... fakir miskin hamba... golongan yang ditindas...

Hanya inilah sahaja golongan yang mahu mengikut Nabi saw dan golongan ini adalah golongan yang bodoh... Namun kata As Syeikh Dr Wahbah lagi... Allah membalas kata-kata kejian mereka itu dengan mendedahkan bahawa kata-kata kejian itu menyebabkan manusia SEMAKIN SAYANG DENGAN NABI SAW DAN MEMBENCI PUAK-PUAK MUNAFIK YANG BERSEKOKNGKOL DENGAN PEMIMPIN KAFIR QURAISY YANG BENCIKAN NABI SAW.

Begitulah yang Allah jadikan setiap ucapan bodoh yang lahir dari puak-puak Munafik itu akan memakan diri mereka sendiri... itulah yang saya perhatikan pada Umno sekarang ini... setiap kata-kata mereka dan perancangan mereka itu tidak menggambarkan kecerdikan mereka malah menambahkan kebodohan dan kejahilan mereka yang menyebabkan rakyat semakin benci kepada mereka...

Wahai penyokong Umno janganlah kamu menjadi sebagaimana orang-orang Munafik yang dinyatakan kebodohan mereka di dalam Al-Qur'an apabila kamu terus-terusan menghina gelombang kebangkitan rakyat dengan cerita dan perancangan palsu yang kamu buat selama ini...

Kisah orang-orang bodoh ini dapat saya kongsi bersama dengan semua penulis di sini apabila di dalam suatu majalah lucu di mesir yang menceritakan tentang suatu watak jenaka yang bernama Jauhar... yang suatu hari telah diejek oleh seorang kaya dan terpelajar dengan perkataan Balhak (bodoh).

Apabila Jauhar mendengarnya dia pun merasa geli hati dengan perkataan yang dilemparkan kepadanya... lalu beliau pun berkata... sekiranya engkau betul-betul pandai maka tolong jawab teka-teki yang akan aku berikan padamu... kata sahabatnya yang kaya dan terpelajar ini silakan...

Kata Jauhar : ''Baiklah ada seekor keldai yang hendak menyeberangi sebuah sungai... yang dalamnya beratus-ratus kilometer... luasnya juga beratus-ratus kilometer... dan dalamnya juga beratus-ratus meter... tambahnya lagi ''Tidak terdapat di sungai itu walau sebuah sampan... atau jambatan... atau apa sahaja untuk ke seberang... dan arusnya sangat laju... jadi bagaimana keldai ini mahu menyeberang..?

Kata sahabatnya yang sombong tadi setelah memikirkan beberapa lama : ''Entah aku pun tak tahu jawapannya apatah lagi soalan bodoh macam ni''!! Maka jawab Jauhar...''Ha Ha..begitu jugalah dengan keldai ni tadi... dia pun tak tahu macamana cara nak menyeberang kerana dia pun (keldai) bodoh dan bangang macam kamu juga yang tak tahu nak menjawab walaupun satu soalan yang paling bodoh dalam dunia... kah kah kah kah kah ... !!!

kepada pemimpin Umno... please berhati-hatilah jangan lagi ada tindakan dan kenyataan yang menampakkan kebodohan kalian diulangi lagi... please

(Al-Azhar ex student...El-Zagazig 93-98)

5 comments:

Anonymous said...

siBodoh Mangan, Bangat sekali keBodohannya...Bodohnya tahap impak maksima. pemimpinnya bodoh termasuklah pencacainya bodoh...parti memperjuangkan kebodohan, termasuk pengikutnya memperjuangkan kebodohan...bodoh Keliwon. bodoh nyak rempit! bodoh bangat. samDOL-Lah, pemimpin memperbodohkan Had-Qari, timbalan Shit! stupid cupid, Indon kata "Brensek!" Malay kata "Bangsat!"

Anonymous said...

Masalahnya ...walaupun mereka dianggap bodoh..TApi masih ada yg ikut bahkan menjilat lagi tuhh...
Guano nih...???

Lin said...

Inilah mereka yang mengelarkan diri pejuang Islam dan hanya pandai menggunakan ayat suci Al QUran untuk menghentam orang Islam yang lain.


Kalau benar kita mengaku Islam rasanya mungkin begini kita berdakwah kepada sesama islam, mungkin dalam bentuk nasihat yang baik.

Lihat kembali petikan tulisan saudara terdahulu...

" Begitulah yang Allah jadikan setiap ucapan bodoh yang lahir dari puak-puak Munafik itu akan memakan diri mereka sendiri... itulah yang saya perhatikan pada Umno sekarang ini... setiap kata-kata mereka dan perancangan mereka itu tidak menggambarkan kecerdikan mereka malah menambahkan kebodohan dan kejahilan mereka yang menyebabkan rakyat semakin benci kepada mereka..."

Siapakah saudara untuk memperkatakan orrang Islam yang lain sebagai munafik dan mampukah saudara menjawab dihadapan ALLAH kelak. Sesungguhnya bab iman kepada ALLAH hanya ALLAH sahaja yang tahu, bukan saudara atau saya

Ingatlah kita bersaudara mesti hormat menghormati antara satu sama lain


tungaklangit

Anonymous said...

Sdra Tungaklangit

Saya rasa dalam ayat itu TP membandingkan antara puak Munafik bangsa arab itu dengan UMNO.. tak nampak pun dia sebut sapa2 pun munafik kat sini.. cuma tanda2 itu memang jelas banyak sekarang ni.. yang bermatian2 menegakkan yang batil.. seolah2 orang lain semuanya bodoh .. sedangkan tindakan2 mereka itu sendiri menonjolkan kebodohan mereka sendiri .. semuanya kerana takut jatuh miskin.. hilang pangkat & kekayaan.. biar hilang maruah tak apa..

Anonymous said...

Assalamualaikum maksud ex student Al Azhar tu bandingan bukannya menghukum secara terus..cuma menyifatkan orang-orang munafik tu begitu perbuatannya..wahai tongak langit mengaji tafsir dulu