"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, April 06, 2009

Hasrat Kongres Orang Asli SeMalaysia yang PERTAMA telah punah.

Saya baru terjumpa, surat yang didedahkan oleh pihak tertentu kononnya terdapat salah guna kuasa sebanyak RM30,000 oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Maka saya terjumpa satu penjelasan oleh 'Jason Ling' berkenaan isu itu.

Ngeh bukan sorok-sorok tentang RM30k itu, dia sendiri sudah maklumkan kepada masyarakat orang asli pada pertemuan 31 Januari bersama orang asli.

Kongres yang akan diadakan adalah Kongres Orang Asli satu Malaysia, bukan kongres orang asli Perak sahaja.

Maksudnya ada yang datang daripada negeri lain. Sepatutnya itu peruntukan itu datang daripada kerajaan persekutuan, bukannya kerajaan negeri Perak.

Maka, saya terjemahkan sebahagian daripada penjelasan Jason Ling kerana kalau dibiarkan dalam Bahasa Inggeris, ianya tidak tersebar meluas.

---mula---

  • Tang mana Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan Dato' Ngeh Korup?
  • Saya terpaksa untuk menjawap tuduhan oleh Hamzah Taha dalam salah satu ceramah di Bukit Gantang. Tuduhan yang juga diterbitkan dalam 'Merdeka Review' kelmarin.
  • Hamzah Taha menuduh bahawa MB Dato' Seri Ir Nizar yang merupakan calon untuk Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang telah mengarahkan pejabat kewangan Negeri untuk menyalurkan RM30,000 kepada Ling Lik Hock, Pegawai Khas Dato' Ngeh untuk Kongres Orang Asli Nasional.
  • Untuk kepentingan masyarakat, dengan ini saya ingin memaklumkan bahawa pada 27 Disember 2008, Y.A.B. MB negeri sepakat bahawa kerajaan akan membiayai kongres setelah Orang Asli memohon melalui Dato' Ngeh, Senior Eksekutif komite dari Perak Pemerintah.
  • Pada 7hb. Januari, 2009, pertemuan pertama di Kuala Lumpur, di mana pemimpin yang mewakili NGO dan masyarakat Orang Asli dari Kuala Lumpur, Pahang dan Bidor, Ipoh bertemu sebagai persediaan kongres yang akan diadakan pada 1hb. Mac, 2009.
  • Oleh kerana anggota komite terdiri dari pelbagai kelompok masyarakat berasingan dan belum ada akaun bank sesuai dan keperluan kerajaan negeri, peruntukan harus diberikan kepada 'Kakitangan Kerajaan'. Oleh itu Dato' Ngeh memohon pada Pejabat MB pada 9hb. Januari, 2009 untuk terus dibuat kepada Pegawai Khas, Ling Lik Hock.
  • Sementara itu, untuk meneruskan kerja, Ling Lik Hock secara peribadi mendahulukan wang perjalanan yang dituntut oleh pemimpin Orang Asli di Pahang pada 7hb. Januari, 2009. RM10,000 lagi kepada pengerusi, Mr Bah Tony W. Hunt diagihkan ke pelbagai kelompok untuk membiayai deposit pengangkutan (bas dan van) pada 20hb. Januari, 2009.
  • Pada 6hb. Februari, 2009 Barisan Nasional telah merampas kuasa Negeri Perak secara tidak sah dari Pakatan Rakyat. Peruntukan yang telah dipersetujui telah dihentikan dengan jumlah wang yang tidak pernah dikeluarkan. Dengan itu, Hasrat pertama kali bagi Orang Asli orang dari seluruh Malaysia untuk bertemu dan bertukar pendapat sesama Orang Asli berkecai.
  • Persoalan yang timbul adalah, mengapa kerajaan BN begitu kejam menentang perjumpaan bagi kaum-kaum terpinggir sejak bertahun-tahun? Kami telah menghabiskan tenaga dan masa atas persiapan yang sia-sia. Sebelum perjumpaan yang dinyatakan, terdapat juga 3 perjumpaan sebagai perbincangan. Sila lihat pada tarikh-tarikh, betapa efisyennya kerajaan PR dan para ahli jawatan kuasa bekerja.
  • Yang lebih memburukkan lagi, BN yang ketandusan Idea menuduh pemimpin PR terutama YAB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin dan Dato' Ngeh korupsi.
  • Saya ingin bertanya kepada Hamzah Taha supaya menyemak tatacara kerajaan negeri membayar wang sebelum dia menuduh pemimpin yang bersih, takutkan tuhan terutama sekali YAB Dato' Seri Ir Nizar, YB Dato’ Ngeh, dan yang lain sebagai korup.
  • Adakah PR terlalu bersih sehingga seseorang tidak boleh mencampuradukkan seperti air dan minyak dan perlu keluar PR untuk menyertai parti politik lain?

---tamat---

Maka hancurlah hasrat orang asli untuk berkongres seMalaysia buat pertama kalinya dalam sejarah.

Kalau di lihat pada blog Al-Husseyn sahaja, sudah cukup banyak kali orang Asli bertemu Nizar.

Harapan orang Asli pada nizar cukup tinggi. Lihat saja catatan di Al Husseyn, bagaimana mereka datang dari jauh "Nak jumpa dengan Menteri Besar".



Saya sempat bertanya kepada salah seorang daripada mereka, namanya Alang Apok, Tok Batin dari Sungai Sainju Simpang Pulai, Kampung Kepayang.

"Apa hal tujuan datang kemari?" tanya saya kepadanya.

"Nak jumpa dengan Menteri Besar," jawabnya dengan wajah yang nampak jelas ceria.

"Kenapa?" Saya bertanya lagi dengan penuh minat.

"Ada janji nak jumpa dengan dia," jawabnya sambil senyum tanda gembira.

Tentulah gembira kerana ada janji nak bertemu dengan MB Perak. Tapi ramai-ramai ni apa halnya? Persoalan tersebut masih belum mendapat jawapan dari Tok Batin ini. Lalu saya ajukan lagi pertanyaan kepadanya :

"Ada masalah apa?"

"Banyak masalah, perumahan , jalan raya , api... macam-macam..."

Seterusnya, ada perjumpaan pada bulan Mei , dan mereka sangat gembira.

Mereka sangat gembira kerana dapat bersemuka dengan seorang Menteri Besar yang selama ini tidak pernah mereka mimpikan.Cik Tijah kelihatan berdiri disebelah kanan.

Tidak hairan kalau Nizar dapat 100% undi orang asli di BUkit Gantang.

-Hasbullah Pit

2 comments:

Anonymous said...

NGAP SAYOT!!! SALAM PERJUANGAN UNTUK KAWAN-KAWAN ORANG ASLI DI SEMANANJUNG...
TANAH ADALAH SUMBER KEHIDUPAN MASYARAKAT ORANG ASAL..TIADA TANAH TIADA KEHIDUPAN!!!

pengliporlari said...

ade ke orang asli bukit gantang?orang utan adala(BN)...wawawawakakakawawa