"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, April 02, 2009

Lawatan Tergempar Wakil PAS Ke Stesen Maya 1

Berita ni sekadar nak "lebong" je... tak de apa sangat pun yang best... subuh tadi lebih kurang jam 1:00 pagi pintu rumah kami diketuk, salam diberi, kami tekejut. ingat kena rush...

Memang kene rush dekat wakil PAS, Ustaz Syuib. saje katanya nak melawat sambil skodeng-skodeng geng-geng BloggersNetwork@Perak buat kerja. bangga jugak la teman sebab Ustaz Syuib kenal teman... masa salam Ustaz Syuib cakap - Topeng Perak kan..? hehehe... teman ingat geng BPN je kenal nama teman, rupanya Ustaz dari PAS pun kenal teman siap cam muka lagi...

Hehehe... best kan sekali-sekala dapat "lebong"... kah kah kah kah kah...!!!

Jangan Marah Geng...

16 comments:

tok iskandar said...

Berita gempak hari ni.Dalam sidang media tadi,Ustaz Nasha dan dr Hatta Ramli tunjuk gambar FRU buat keja part time pasang poster BN di Bukit Gantang.Tok dapat sumber daripada Tranungkite.net

Eloklah PR buat bantahan kat SPR.Patutlah ceramah kita kena sekat,tak boleh cakap pasal Altantunya dan ulas tentang pemecatan Nizar.Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

Tok cadangkan PR dedahkan keja part time FRU ni dalam suara keamanan dan hujah.Jangan lupa bagi gambar tu kat Al Jazeera,BBC,CNN dan lain-lain lagi.
Biar satu dunia tahu kerajaan UMNO-BN peralatkan polis untuk buat keja kempennya.bukti jelas betapa desperadonya UMNO pasal tak ada orang nak gantung posternya.

Jangan lupa paparkan dalam blog-blog korang laporan polis yang dibuat oleh YB Idham Lim tentang salahguna kuasa Osman Jialu.Biar satu Changkat Jering tahu dan yakin YB mereka memang tak boleh harap.

Lagi satu yang bikin gempak seMalaya....jadi ke tak jadi Najib jad PM.Tengok muka Najib dalam gambar tadi macam muka Nizar waktu Sultan erak reject permohonannya untuk bubarkan Dun Perak.

Itu spekulasi brader.harapan tok yang dikongsi oleh jutaan rakyat Malaysia,eloklah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong tangguhkan dulu atau reject najib sebagai PM sehingga beliau bersihkan dulu imejnya yang telah tercalar.elok juga cadangan PR satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk siasat Najib dan kaitannya dengan Siti Aminah.

Sultan Mizan pernah menjadi Timbalan yang Di Pertuan Agong dua kali iaitu ketika sultan Selangor menjadi Yang di Pertuan Agong dan selepas itu Raja Perlis ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Agong.

Kebijaksanaan baginda amat dikagumi dan dihormati rakyat dan tok seperti rakyat jelata yang lain berharap baginda tuanku menolak dulu cadangan perlantikan najib sebagai PM.

Marilah kita beramai-ramai hantarkan permohonan agar Najib tak dilantik jadi PM kepada buku pelawat atau emailkan kepada SUSK Yang Di Pertuan Agong.Rakan bloggers boleh tolong berikan email atau buku pelawat itu.

Mr Joker said...

mintak tolong tok bagikan link dari tranungkite tu dekat sini.

tok iskandar said...

www.tranungkite.net

kat bicara forum dalam the star online pun ada

www.thestar.com.my

tok iskandar said...

kat changkat ibol brader

tok iskandar said...

laman web prk bukit gantang
www.prk059.pas.org.my

Kesal dengan salah guna kuasa yang dilakukan oleh BN

Ditulis oleh Te@M.IT
Khamis, 02 April 2009 10:30

AIR KUNING, 2 April : Dalam sidang media pagi tadi YB Ustaz Nasaruddin berkata dengan kepimpinan kerajaan yang baru akan menyebabkan ruang demokrasi akan semakin sempit di Malaysia. Ini berhubung dengan arahan yang dikeluarkan supaya ceramah dari pukul 12 tengah malam di singkatkan kepada pukul 11 malam. Selain itu arahan supaya ada isu-isu yang tidak boleh disebutkan di dalam ceramah.

Pakatan Rakyat kesal dengan salah guna kuasa oleh pihak-pihak yang berkuasa sejak akhir-akhir ini. Antara perkara yang terbabit adalah pihak polis turut membantu jentera Barisan Nasional untuk memasang peralatan bahan kempen mereka. Didapati pihak FRU digunakan untuk mengawal petugas-petugas BN semasa memasang bendera BN. Ini berlaku di Changkat Iboi yang terletak di dalam Dun Changkat Jering.

Ustaz Nasaruddin mempersoalkan perkara ini dan sekiranya dibolehkan menggunakan khidmat tenaga polis atau tentera demi menjaga keselamatan petugas semasa memasang bendara dan sebagainya, berapakah bayaran dikenakan kepada mereka kerana pihak Pakatan Rakyat juga ingin menggunakan khidmat mereka demi menjaga keselamatan petugas-petugas PAS di Bukit Gantang ini.Ia merupakan situasi yang baru dan agak keterlaluan kerana meyalahgunakan khidmat polis.

Selain itu, Ust Nasaruddin juga mempersoalkan semasa Nizar memberi tanah kepada rakyat cina yang miskin, pemuda UMNO bangkit mencela bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati bangsa Melayu. Tetapi menurut laporan yang dikeluarkan oleh suratkhabar Star dimana Zambry akan memberi tanah kepada orang cina, apakah pemuda UMNO akan bangkit mencela bahawa Zambry sebagai pengkhianat atau hanya mendiamkan diri sahaja?

Pakatan Rakyat berterima kasih kepada Nizar selama tempoh 11 bulan beliau memerintah Perak, telah banyak perubahan yang dilakukan. Ditambah pula sikap beliau yang disenangi oleh semua lapisan masyarakat yang menjadi faktor PAS akan memenangi pilihanraya kecil ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak memainkan isu perkauman atau menyebelahi mana-mana kaum. Seruan PAS FOR ALL akan terus digunakan dalam tempoh berkempen di Bukit Gantang ini.

April 2, 2009 7:43 PM

tok iskandar said...

Hari ni banyak berita gempak brader.Siti Nurhaliza dan Datuk K jumpa TG Nik Aziz.Pertemuan setengah jam itu eloklah gambarnya dipaparkan ke dalam blog kengkawan semua.

Satu kejutan dan boleh buat modal PRK untuk PR.

Topeng Perak dah dapat ke tidak info tentang FRU pasang poster BN?

tok iskandar said...

Topeng perak,
cuba kau surf www.tranungkite.net sekarang
ada gambar siti kunjungi TG Nik Aziz
dalam forum borak siber

cuping merah said...

siapa datuk k..?
siapa datuk ct..?
kenapa mereka ingin berjumpa tgna..?
kenapa merka gembira bertemu tgna..?
kenapa datuk ct dah lama berhsrat nk jumpa tgna..?
siapa tgna..?

siapa zali..?
siapa tungaklangit..?
kenapa dia kutuk tgna..?
kenapa dia fitnah tgna..?
siapa tgna..?

priory of jenin said...

datuk ct dah tak laku baru nak mai kat 'PEH'. dah laki dia kawin lagi satu baru nak mai. dah gambo anak tiri dia tersebar baru nak mai. porah.

http://prioryofjenin.blogspot.com/
(ada cerita mail sapian yg takda kt tempat lain).

solonti said...

Hari Isnin Tun Mahathir confirmed nak kempen di Bt Gantang.

Wah! bukan main lagi. Bloggers, pandai pandai lah beri sambutan yg patut.

zali said...

jawaban puisi cuping merah :

siapa datuk k..? LAKI SITI
siapa datuk ct..? BINI DATUK K
kenapa mereka ingin berjumpa tgna..? SAJA SUKA-SUKA
kenapa merka gembira bertemu tgna..? DAPAT SEDEKAH CD KAT NIK AJIS
kenapa datuk ct dah lama berhsrat nk jumpa tgna..? NAK AJAK MENYANYI LA TU
siapa tgna..? ROCKERS

siapa zali..? SAYA LA
siapa tungaklangit..? KAWAN SAYA
kenapa dia kutuk tgna..? SAJA JE
kenapa dia fitnah tgna..? ADA KE?
siapa tgna..? ROCKERS

tok iskandar said...

kau cakap macam budak tak sekolah
hujah kau macam sampah
memang patut ramai yang menyampah
kau tak ubah macam sesumpah

pengliporlari said...

kita sambut dengan banner 'DAH LAMA DAH....'amacam TP?aku pun dh hafai muka hang,jerawat je takdan nak kira..

tok iskandar said...

Sempat lagi kita buat banner yang ringkas ayatnya tapi power dan Longgar lutut totok umno bila melihatnya.
Letak banner tu kat kawasan totok umno yang majoritinya melayu.
Isu pilihlah kerajaan lanun ke,menteri pasola ke,siti aminah ke,pengangguran ke,harga barang naik ke.
tok bagi contoh....undi BN tak ada kejalah aku lepas ni
buat pantun pun boleh
1,2,3,4
5,6,7,8
tekad bulat-bulat
kita tolak barisan

Anonymous said...

woi zali,
cakap jgn main2 cakap,
jgn senang2 nk kutuk tok guru,
seorg ulama' yg tiada pgganti,
seorang menteri besar yg rendah diri,
mulut jg celupar,
cuba bg contoh dlm umno haprak kamu tu,
siapa yg dapat tndingi tok guru...
aku cabar kt sini!!!!!!!
bagi contoh!!!!!!!
ni la barua2 umno,
suka kutuk ulama'......

gaban said...

TP,itu ustaz syuaib din ke??

kalo betoi la,itu ustaz teman tu..

dah lama xjmpa die,sejak abeh belajo ari tu lost contact..

ustaz yg plg selamber hahahaha..