Aku terima berita gempaq. Pagi kelmarin aku buat satu eksperimen. Kebetulan aku dapat senarai pengundi atas pagar di tujuh peti undi (daerah mengundi). Tapi nama peti undi tu rahsia laa. Dalam senarai tu siap ada maklumat peribadi, Alamat, pekerjaan, tempat kerja, nama isteri/suami, nama anak menantu yang layak mengundi dan satu dua perkara lagi. Yang bestnya, siap ada nama-nama petugas yang sesuai untuk approach pengundi-pengundi tu.
Aku pilih 30 pengundi dan 24 petugas. 18 petugas masing-masing menguruskan satu pengundi. 6 petugas masing-masing urus 2 orang. Fuh! macam pegi perang wo!
Semua 30 pengundi tu berumur antara 49 hingga 52 tahun. Lahir lebih kurang merdeka laa. 17 guru, 6 bekas tentera, 4 kakitangan kerajaan dan 3 peniaga. Aku pilih nama-nama tu sebab percaya depa tentu ada pengaruh sikit-sikit.
Aku gunakan 1 set bahan yang aku print-out dari laman blog. Bukan dari blog aku, tapi dari blog Perak Bangkit, Gomo, Parpu Kari dan satu dua rakan gerombolan BPN.
Hasilnya ... marvellous!
Aku pesan pada petugas-petugas, bila jumpa pengundi tu jangan terus lagang cerita Bukit Gantang. Ceritalah apa pun selain politik P-059. Cerita murtabak ke, cerita tayar kereta ke. Apa-apalah. Aku yakin dua tiga minit kemudian diorang sendiri yang akan bukak cerita Bukit Gantang. Bila diorang bukak, sambut laa. Tapi jangan hentam UMNO dan jangan penaik PR. Goreng-goreng je ikut rentak. Bagi can (chance) empat lima minit, lepas tu buat-buat terkejut ada barang baik kat dalam kereta atau dalam raga/bakul motosikal. Ambik kertas-kertas tu bagi pengundi atas pagar tu tengok (dan baca).
Tau ke apa jadi?
26 confirmed undi PAS-PR. 3 belum pasti. 1 tak dapat ditemui. Memang marvellous! Tau apa sebabnya? Alkisah begini ceritanya ...
Mengikut maklumat yang aku terima tu, 30 pengundi ni jenis tak ambil pot tentang politik. Tak nampak gaya pun jadi ahli mana-mana parti. Tapi diorang ni memang komit dengan masyarakat ikut bidang masing-masing. Misalnya yang cikgu-cikgi tu memang rajin dengan program bimbingan dan motivasi pelajar. Yang kakitangan kerajaan tu pulak jenis yang aktif sukan. Yang berniaga tu selalu menderma untuk program kemasyarakatan. Cuma diorang ni tak mau join politik parti. Undi tak tau le pulak kemana peginya.
Oleh kerana tak minat politik parti maka diorang ni tak pernah layari laman web atau blog politik. Blog cyberboron diorang tak layan, blog perak bangkit pun diorang tak hingin. So diorang tak tau lah macam mana perangai orang politik BN atau PR di pentas cyber.
Bila diorang baca ayat-ayat power perak bangkit & the gang, terbeliak bijik mata. Ish ish ish! sampai lagu ni punya main politik noo ... kata cikgu berumur 52 tahun. Pendek cerita, petugas kemudian ambik laptop dari dalam kereta, on broadband dan bagi cikgu tu tengok sendiri blog perak bangkit, parpu kari, gomo dan PPC. Mengucap panjang cikgu tu.
Petugas pun ayat la sikit. Dengaq cerita depa ni makan upah. Mai pilihanraya ni pun bunyi habaq dok Hotel Syuen Ipoh nuu. MB suruh dok situ bunyi kata. Tak tau la betui ka dak.
Lagi sekali pendek cerita, lama-lama cikgu tu pulak tak boleh berhenti bersyarah. Tapi tak dak la dia maki hamun sapa-sapa. Sekadar meluahkan rasa kecewanya pada cara puak-puak tu. Ayat pi ayat mai, penutup ceritanya cikgu tu sendiri kata nak kena pi habaq kat kawan-kawan. UMNO ni melampau sungguh. Biaq kat depa, jahanam negara ni.
Petugas tak kata apa-apa dah. Diam saja.
Lagi 25 yang confirmed undi PR tu, ceritanya lebih kurang sama. Alhamdulillah. Terima kasih Perak Bangkit & The Gang! Terima kasih daun keladi.
-jeritan minda politik malaysia
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWB berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
bro gua setuju benar tu...satu lagi
bro tempat2 yg jauh2 pendalaman yg susah nak dapat berita...lu orang patut print apa2 yg patut utk dijadikan modal baca...baru dia org faham...
i'm no king
Dekatkan depa semua dengan info internet sbb selama nie mungkin selama nie ramai dok kena tipu dengan tv tiga suku dan Radio Telivision Mahathir (RTM).
Satu benda penting today!!!
Najib ikut Paklah pi jumpak Agong..
Najib ikut sbb nak buat muka kesian depan Agong la tu.. tak pun nak ugut dengan C4 (kalau tekan "Shift" key jadi C$ )..
Sapa ada apa2 info tentang tu?
Agong perkenan ker tak?
Media depa diam jer...
Tak jadi kot ? ;-)
nii yg syiok didengar nii...
tuu yg patut perayu undi buat , toksah dok serang , maki hamun . tunjukkan kat depa apa UBN buat , taktik kotor . Tunjukkan , pastu biar pengundi sendiri bagi pendapat. Mereka nii kadang-kadang terperangkap dlm dunia ciptaan UBN ngan media massa terkawal nii , sebab tuu kita patut membebaskan minda mereka.
Kita toksah dok laga-lagakan depa , cuma perlu bebaskan minda jaa.. tuu dah cukup. Minda yg bebas akan buat manusia berfikir secara rasional.
Lagi satu , kalu bole tambahkan ngan senarai jasa yg dah dibuat oleh PR . Jgn lupa , tonjolkan akhlak mulia DS Nizar . Nii yg paling penting. Tak buat buka bicara , cukup ngan gambar jee..
let the picture makes the talk.
Gempar: Isu Peralihan Kuasa Perdana Menteri, Perletakan Jawatan Pak Lah Diterima Tetapi Yang Di Pertuan Agong Tangguhkan Perlantikan Najib..
baca di http://pahangdaily.blogspot.com/
Camner kalo tunjuk bahan yg ni lak..?Hehehe
Gadis seksi pancing undi BN?
http://www.malaysiakini.com/news/101495
hehehe...ada ka dia kata tu budaya org cina? betoi ka? cuba kawan2 yg berbangsa Cina komen sket.. - Neo
BAGUS, kita guna strategi psiko mcm DS Nizar, fuh pandai la DS Nizar, ni la org yg patut jadi pemimpin...
Bro Topeng Perak.....
janganlah buat camnie...
kesian la kat anak bini gang BPN..
kang miss soru....pasal diorang x dapat bayaran sebab gagal jalankan misi.....
heheheheheheeeee
p/s x elok sekat rezeki sesama melayu
hehehehehehehehe
kalu camtu , suruh geng BPN pii buka kaunter pendaftaran. laa ni kat Simpang tengah hot nii , daftar IC pengundi , lepas UBN menang , yg didaftar tuu akan dapat 100 ringgit..
yg agen pendaftar tuu , tiap tiap 10 orang daftar , dia cekup komisen 100 ringgit.. fulusi al-amenoni ..
pulun jangan tak pulun..
pasti bole suruh mail jadi tourist guide di Danok nooo...
sana amoi amoi siam seksi seksi , kot kot terjumpa menteri agama hadhari kat sana !
Sambungan......
tapi...
bagus kalau halang orang islam makan rezeki haram.....
hehehehehee
tahniah.... kalau boleh target lagi ramai orang2 yang tak suka baca blog ni... sebab depa dah terpedaya dengan dakyah umno.bn yang cakap kununnya dunia blog ini penuh dengan penipuan...
biar depa tau siapa sebenarnya yang penipu hangit....
sekian.
hahaha.
tok iskandaq tarak post benda yg sama lak kali ni?
http://prioryofjenin.blogspot.com/
(ada cerita mail sapian yg takda kt tempat lain).
Post a Comment