Kuala Lumpur, 18 Ogos : Sudah menjadi 'buah mulut' di kalangan mereka ini - si pengemis, si fakir, yang tidak berumah, penagih dadah, pondan, pelacur dan kanak-kanak 'lorong gelap' bahawa bangunan itu menjanjikan 'syurga' setiap hari Jumaat.
Selang 15 minit sebelum jarum jam pukul 6.00 petang, pintu kaca Pejabat Agung PAS mula dirapati dan dikerumuni mereka.
Mata masing-masing merenung tajam bungkusan-bungkusan plastik berlogo 'Hijau Putih' yang tersusun kemas di atas meja. Sudah tidak sabar rasanya, untuk mencapai satu, getus hati-hati yang 'geram'.
Mereka itu, golongan gelandangan yang memenuhi pekarangan bangunan PAS dengan satu tujuan - mendapatkan makanan percuma buat pengalas perut pada hari itu.
Baik Cina, Melayu, India dan pelbagai kulit warna, di sinilah lokasi mereka bertemu setiap penghulu hari itu. Ada yang sudah kenal antara satu sama lain - bersembang-sembang sambil bergurau,ada yang duduk sendiri-sendiri menunggu waktu tiba, ada yang mengusap-usap peluh di dahi anak yang dikendong dan ada yang teragak-agak malu untuk menghampiri bangunan itu.
Dengan nasi berlaukkan ayam masak kurma serta sayuran sebagai juadah, sudah cukup menceriakan mereka pada hari itu. Adakalanya menunya juga bertukar, ada masa bungkusan nasi itu diletakkan ikan goreng, telur rebus ataupun ikan masin. Biar apa pun sajiannya, mereka tidak ambil peduli. Yang penting perut hari itu telah diisi.
Dan inilah secebis kepuasan PAS dan para petugasnya, ketika melihat mereka begitu beselera sekali menjamu di kaki lima dan tepi tangga bangunan PAS sebaik sahaja mendapat makanan percuma itu.
Demikian luahan kegembiraan penyelaras makanan percuma Syaripuddin Mat Yatim, petugas Unit Amal dan beberapa kakitangan pejabat PAS kepada krew Harakahdaily kira-kira 5.30 petang, Jumaat lalu, sewaktu sedang sibuk membungkus dan menyusun juadah penuh nikmat itu.
Kerja-kerja amal dan sumbangan kecil ini, secara tidak langsung telah memancarkan nama PAS di pelusuk ibu kota dan ianya amat besar ertinya kepada golongan gelandangan ini.
Ini diakui sendiri, Mohd Rashid Othman 51, yang sudah dua tahun secara 'tetap', datang ke pejabat PAS ini, untuk mengambil makanan percuma. Dia yang yang tinggal di Setapak merasa bersyukur dengan sumbangan itu, yang sedikit sebanyak meringankan beban sesuap nasi, bagi dirinya yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
Manakala seorang 'mak nyah',dikenali sebagai Ameera, 26 mendapat tahu agihan ini melalui rakan-rakannya,dan berjanji akan datang setiap Jumaat untuk mengambil peluang percuma itu.
"Insya-Allah saya akan datang sini seminggu sekali. Benda yang baik ini elok diteruskan dan bantu mereka yang perlukan seperti saya," katanya tersenyum simpul ketika disoal krew Harakahdaily.
Ya memang benar, selama dua tahun, semenjak 6 Julai 2007, PAS tidak pernah gagal dan culas pada setiap hari Jumaat, menyediakan makanan percuma kepada mereka yang dhaif ini dan secara purata, sejumlah lebih 200 bungkusan disajikan, namun adakala ianya tidak mencukupi.
Nurulhuda Muslim 30, sambil mendukung anaknya berusia dua tahun lebih, menyambut baik usaha yang dilakukan terutama untuk penagih dadah yang memerlukan bantuan makanan seperti dirinya.
"Baguslah... ada makan macam ini. Saya menagih dadah sudah 8 tahun dan tak kerja. Jadi hari ini dapatlah saya dan anak makan. Esok, akan cari tempat lain yang beri makanan percuma," katanya yang menagih dadah jenis 'Ice' dan enggan bergambar kerana khuatir 'diketahui' atau 'dikenali' keluarganya yang ada di Sabah.
Rupanya, Nurulhuda sudah 'arif', mencari makanan percuma yang diedarkan oleh persatuan dan kumpulan agama tertentu pada hari dan lokasi yang telah ditetapkan.
"Walaupun bukan kumpulan agama Islam yang beri makanan, tapi saya rasa makanan dibuat itu halal," katanya penuh yakin dan terus beredar segera ke pintu kaca Pejabat PAS untuk menunggu giliran.
Selain PAS, seperti yang diakui Nurulhuda, terdapat dua lagi lokasi makanan percuma di ibu kota yang turut mendapat perhatian, iaitu berhampiran sebuah gereja di Muzium Telekom pada hari Ahad manakala satu lagi di bangunan Baitulmal Wilayah Persekutuan di Kampung Baru pada hari Rabu.
Ini tidak termasuk kumpulan dan persatuan tertentu, yang mengagihkan makanan percuma secara 'mobile' atau bergerak, iaitu singgah di mana-mana lokasi,di mana golongan gelandangan ini bersidai ataupun melepaskan lelah.
Tahun lalu, aktiviti edar juadah percuma ini telah 'dipanjangkan' oleh Lajnah Kebajikan PAS Pusat yang diketuai oleh Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo� Hj Ghazali dengan mendekati dan beramah mesra dengan penghuni-penghuni 'lorong gelap' di sekitar Lorong Hj Taib, berhampiran bangunan PAS ini.
Sungguhpun terkejut, namun penghuni-penghuni gembira di samping mesra dan melayan kehadiran rombongan para pimpinan PAS yang turut turun padang, malah ada yang 'membenarkan' naik ke flat tempat tinggal mereka, untuk bertemu rakan-rakan yang lain.
Hari ini, kelibat para pemimpin PAS tidak kelihatan seperti lazimnya, kerana kepadatan jadual tugas di tempat masing-masing, dan tanggungjawab mengagihkan ini dipikul Syaripuddin yang lebih mesra di panggil 'Abang Chem'.
Petang itu hujan begitu lebat, dan hanya sekitar 100 orang memenuhi ruang depan pejabat parti itu di mana pintu 'kaunter' makanan percuma akan dibuka tepat jam 6.00 petang. Tukang agih memberi sedikit taklimat ringkas kepada mereka agar, mengikut peraturan, kesopanan dan adab ketika mengambil makanan percuma itu.
"Kalau tak hujan, 5.30 petang dah penuh kawasan depan ni...ramai. Malah ada yang datang dua tiga 'round' untuk ambil makanan," katanya yang sudah 'masak' dengan aneka ragam mereka yang berpusu-pusu di sini.
Ditanya tentang maklum balas yang diterima ataupun 'keuntungan' yang didapati sejak dua tahun program edar makan percuma yang diilhamkan Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan seorang penyokong parti itu, kata Abang Chem itu urusan tuhan yang menentukan.
"Setakat ini, tidak ada apa-apa. Kita beri, dengan niat ikhlas dan nak bantu. Selebihnya, dari sudut berubah atau gerak hati, Allah lah yang uruskan," katanya.
Bagi Syaripuddin adalah lebih baik, selain PAS, masyarakat dan golongan yang berada dapat turut serta dalam menyumbang dana untuk menjayakan dan melancarkan aktiviti yang dilaksanakan secara konsiten itu, di samping memperbanyakkan kuatiti makanan percuma ini.
Sedang, ditemubual Harakahdaily, dua wanita berusia sekitar 40 an' bertemu Syariffudin meminta jasa baik pihak PAS untuk datang ke rumahnya - flat berhampiran bangunan PAS itu, bagi meraikan majlis khatan anak mereka.
"Azamin, nampaknya inilah 'keuntungan' yang kita dapat buat pertama kalinya, kerana mereka dah mula kenal kita. Mereka minta bacakan doa di kenduri anaknya. Ini satu dakwah dan kejayaan," katanya dengan raut gembira dan berharap Harakahdaily juga turut serta di majlis itu.
Ketika Harakahdaily meninggalkan bangunan PAS itu kira-kira jam 6.30 petang, hati tersentuh, melihat kelibat beberapa orang sedang menjamu - nasi bungkus percuma PAS, dengan wajah ceria terpancar dan penuh semangat. Dan gelagat aksi Nurulhuda menyuap nasi ke mulut si kecil comel itu, lebih meruntun hati...
(Bagi yang berhajat dan ingin menyumbangkan dana bagi edaran makanan percuma setiap Jumaat ini, maklumat lanjut bolehlah dimajukan kepada Pejabat Agung PAS di talian 03-26925000
Sumber - HarakahDaily.Net
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Tahniah TP kerana menyiarkan program2 amal yang dijalankan olah PAS@PR ini. Yang penting niat dalam hati mesti ikhlas.
Kalau kat sokkabar pencacai mati idup semula pun diorang takkan crita mengenai apa2 kebaikkan yang dilakukan oleh pihak kita.Teruskan sekali-sekala memaparkan program2 kebajikan yang dijalankan oleh PR agar rakyat Marhaen mengetahui sedikit sebanyak aktiviti2 yg dijalankan.
Padan muka dengan Melayu yang mengundi Pakatan Rosak ini :
Pakatan pembangkang tidak hormat Islam, Agong
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Keputusan kerajaan negeri Selangor meluluskan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, yang majoritinya dihuni penduduk Islam menunjukkan pembangkang tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.
Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mendakwa, keputusan itu juga menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang lebih mementingkan golongan minoriti daripada perasaan umat Islam yang telah lama menetap di situ.
''Islam sebagai agama rasmi tidak dipandang oleh kerajaan negeri semasa meluluskan pembinaan kuil.
''Pada saya, ini satu keputusan melampau kerana perasaan umat Islam di Seksyen 23 langsung tidak dipeduli hanya kerana mahu meraih sokongan kaum India," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan pembinaan kuil di tapak seluas 0.2 hektar sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Islam kerana seksyen 23 hanya dihuni 40 masyarakat India berbanding 75 peratus masyarakat Islam.
Kelmarin, 200 penduduk Islam mengadakan bantahan di tapak kuil berkenaan dan mendesak kerajaan negeri segera membatalkan pembinaan rumah ibadat tersebut.
Semalam, kumpulan penduduk Islam memberi amaran, mereka akan melancarkan bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan negeri tetap meneruskan keputusan membina kuil berhampiran kediaman mereka.
Mengulas lanjut, Osman memberitahu, BBPM sedia berada di barisan depan bersama-sama penduduk demi mempertahankan Islam.
''Biar kami yang berjuang dan berada di barisan depan demi agama. Kami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan seperti pemimpin Islam dalam kerajaan pakatan pembangkang yang hanya menjadi kuda tunggangan," tegasnya.
Malah tambahnya, jika kerajaan negeri tetap berdegil, beliau dan beberapa NGO Melayu lain akan mendesak supaya masjid dibina di Batu Caves.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap pemimpin Islam pakatan pembangkang yang sanggup menggadaikan agama demi menjaga undi masyarakat bukan Melayu.
Katanya, nasib orang Melayu dan agama Islam semakin tidak terbela walaupun merupakan penduduk majoriti di negara ini.
''Kebebasan beragama bukan bermaksud mereka bebas untuk membina kuil di mana sahaja dan tiada sebab untuk membina sebuah kuil di kawasan majoriti penduduk Islam.
''Ini hanya akan menimbulkan persengketaan dan akhirnya negara kucar-kacir. Anehnya kerajaan negeri buta dalam menilai perkara ini," ujarnya.
Sehubungan itu, Ibrahim memberi amaran kepada masyarakat bukan Islam dan kerajaan pakatan pembangkang supaya berhenti mencabar kesabaran umat Islam dan Melayu.
Jelasnya, masyarakat Islam akan bangkit menentang jika agama suci itu tidak dihormati.
Sebenarnya program seperti ini memang baik tapi tidak perlu diperbesarkan melalui media. Biarkan berita ini merebak melalui orang yang menerima sumbangan itu kepada orang lain.
Berita yang disebarkan secara ini lebih berkesan kerana mereka menyebarkan dengan keikhlasan hati mereka sendiri.
Walau bagaimana pun kita ingin mengucapkan syabas kepada orang yang bermurah hati memberi sedekah kepada mereka yang daif....
Program jenis ini adalah salah satu cara memikat hati rakyat untuk mendekati parti PAS. Rakyat dari berbilang kaum akan berlembut hati jika tindakan sebegini rupa tidak disertakan dengan rasa riak dan sombong.
Jangan melayan rakyat yang susah seperti perangai Polis dan SPRM Malaysia....dibenci masyarakat !
Putrakencana...,
Ada dua jenis mabok yang membuatkan seseorang itu dilihat tidak siuman. Mabok laut dan mabuk darat. Anda mabuk dari jenis yang mana satu...?
Anda orang yang beragama islam...? Apakah anda seorang saja yang boleh beragama dan orang lain yang bukan beragama islam tidak boleh beragama...?
Apakah anda saja yang perlu ada masjid orang yang beragama hindu tidak perlu kuil...?
Helo mat putrakencana... tak guna hujah panjang menjela kalau fakta guna kepala lulut.
Pergi jumpa Khir Toyo dan tanya padanya bagaimana nak jadi pekerja cermerlang yang hadiahnya merupakan sebatang penyapu...!
"Dasar UMNO pukimak"
PUTRAKENCANA said...
Ini satu projek buta hati drp amno..kesian2..belajar tinggi minda mcm budak belum tadika..
tahniah TP!!!POSTING ni agak menarik kerana xde unsur maki hamun dan fitnah...
TP : Biase la pose da dekat so kene tukar stail jadi baik kejap sok2 ak tukar balik hahahha
Putera kencana....tak penah nampak pon muka lu jemaah kat masjid...
Mengapa UMNO yang kaya raya tak terfikir nak buat amal mcm pAS tu...
Lagi best kalau TP boleh masukkan no akaun yg PAS bagi tujuan pengagihan makanan ni.. Maklumlah, kalau ribu riban berbalaoi la jugak pergi ke pejabat PAS, tapi kalau takat bilis2 tu masuk dalam akaun lagi senang..
Post a Comment