"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 21, 2009

UMNO Parti Untuk Pengkhianat...

UMNO bercelaru lagi dan kali ini buat kali ke-2 didalam Parlimen yang sama iaitu Permatang Pauh dan kali ini masih dalam Pilihanraya Kecil... kalau kita masih ingat, awal kecelaruan yang berlaku didalam UMNO ialah sewaktu PRK P044 tahun lepas.

Semasa UMNO berhadapan dengan Pakatan Rakyat buat pertama kalinya dalam pilihanraya kecil yang pertama semenjak berakhirnya PRU-12, UMNO terpaksa mengkambing hitamkan Ustaz Ramlang Porigi untuk memburukkan calon lawannya iaitu DSAI.

Ustaz Ramlang dipergunakan oleh UMNO untuk memburukkan nama DSAI dengan mengarahkan beliau menjadi saksi dalam satu program sumpah laknat Saiful Bukhari yang telah menuduh DSAI sebagai orang yang meliwatnya.

Akibat dari sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlang telah menerima natijah yang buruk dimata masyarakat apabila beliau menjadi saksi dalam hal itu. beliau menerima penghinaan yang amat teruk dari masyarakat dan akhirnya beliau terpaksa tampil untuk membersihkan namanya dan mendedahkan bahawa beliau telah dipergunakan oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan peribadi dan politik.
Kali ini, UMNO juga telah menggunakan cara yang sama... mengambing hitamkan seseorang untuk kepentingan peribadi dan politik UMNO. rakan kongsi Rohaizat (calon BN N11) telah dipersalahkan dan dipertanggung jawabkan dalam hal penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka.

Perkara (penyelewengan) ini pada awalnya telah didedahkan oleh pihak Bar Council setelah nama Rohaizat diumumkan oleh BN sebagai calon yang bakal mewakili UMNO/BN dalam PRK N11. Bar Council melalui kenyataan rasminya mendedahkan bahawa Rohaizat pernah melakukan kesalahan penyelewengan wang Koperasi Pekebun Getah sebanyak lebih dari RM100.000.

Pihak UMNO/BN sebaik mendapat berita pendedahan perkara ini oleh Bar Council, pantas menangkis kenyataan tersebut dengan menyalahkan rakan kongsi Rohaizat dalam hal tersebut. ini dilakukan bagi membersihkan nama calon mereka yang telah dipandang sebagai calon yang tiada kreadibiliti dimata masyarakat setempat.

Namun apa yang dirancangkan oleh UMNO/BN kali ini nampaknya menemui jalan mati apabila akhirnya, rakan kongsi Rohaizat tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku demi untuk membersihkan nama beliau yang dituduh sebagai orang yang bertanggung jawab dalam hal tersebut.

"Saya adalah seorang bapa, seorang suami dan seorang anak kepada mereka-mereka dikeliling saya dan hasil dari tuduhan tersebut, mereka-mereka ini menanggung malu... saya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku terhadap diri saya dan keluarga saya, saya masih menghormati diri saya sendiri dan juga mereka-mereka yang mendampingi saya dan oleh kerana itulah saya tampil hari ini untuk membersihkan kembali nama saya yang telah dicemarkan oleh mereka-mereka yang gila pada kuasa, dan juga miskin politik..!"
Itu kata Yusri yang juga bekas rakan kongsi Rohaizat dalam sidang media yang telah beliau adakan di Yayasan Aman pada pagi 20hb. Ogos, 2009.

Yusri juga telah mengingatkan kepada Rohaizat dan juga UMNO/BN dalam siri ceramahnya di pentas PAS malam tadi agar tidak lagi menggunakan taktik "kambing hitam" dan juga "miskin politik" jika mahu memenangi mana-mana pilihanraya.

"Cukuplah mengambing hitamkan orang lain demi kepentingan anda..!"

UMNO sememangnya tidak pernah dan tidak akan belajar dari kesilapan mereka. berulang kali UMNO melakukan kesilapan yang sama walaupun mereka sepatutnya belajar dari kesilapan.

Demi kuasa, UMNO akan melakukan apa sahaja hatta rakan sendiri pun akan dikambung hitamkan demi untuk mencapai apa yang mereka mahukan. UMNO tidak pernah peduli pada apa yang akan berlaku kepada orang yang mereka pergunakan, yang mereka tahu hanyalah - matlamat menghalalkan cara..!

Khianatilah sesiapa sahaja, baik Mufti, baik Ustaz, baik rakan baik... demi untuk mencapai matlamat...

9 comments:

Anonymous said...

Elok benar amno dikuburkan terus ..hidup memyusahkan orang..
pengkhianat Negara,Bangsa ..x sangka khianat sahabat..

Anonymous said...

http://sd-malaysia.blogspot.com/

-blog yg ntah ape-ape ntah.aku pn tergelak tgk gelagat penulis blog ni.
bole rohaizad di agung2 kn???

http://www.youtube.com/watch?v=Tgw-DgS13YE

-singgah2 la melihat rosmah part1 - part5.xpenah dalam sejarah bini PM masuk youtube sbb mengetepikan keluarga sendiri.sampai kn adik sendiri kena lari dari malaysia sbb xbole nk mencari pekerjaan di malaysia angkara rosmah!

sasaudengo said...

TP...

Mohon dapatkan maklumat keadaan Ustaz Ramlang Porigi sekarang setelah dibuangkerja oleh JAKIM ekoran dari pendedahan beliau.

Semoga kehidupan beliau terjamin setelah menegak kebenaran di bumi ALLAH.

sorrytosay69 said...

aku hari2 berdoa agar Allah menurun kan bala kat org umngok yang x boleh tertanggung oleh diorng...dan buka kan la pemikiran org2 umngok yang kedap x ingat...

Anonymous said...

TGK BINI NAJIB NI SUMPAH AKU MALU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA>MUKA BINI KELUAR YOUTUBE CERITA PASAL XMENGAKU KELUARGA>MAKAN DUIT DARI SUMBER YG HARAM NI LA PADAHNYA>TGK MUKA PN AKU RASA NK LUDAH>

sorrytosay69 said...

bukan kate nak ludah dah...nak c4 pown ade...wakakkaka

Anonymous said...

Sebut pasal ustaz Ramlang, tertanya-tanya gak apa dia buat sekarang...

Anonymous said...

Ustaz,imam,para ulama dipecat dan dihina jika tidak menyokong umno..Artis dipuja dan diagung2kan..
Apa nak jadi dengan ugama islam dibawah umno ni.

Anonymous said...

memang sah parti amno sangat sesuai utk org yg tidak bercita2 Islam,sesuai sangat utk pencuri ..pengkhianat yg sering ambil duit secara batil..dah org no wahid pun sama citarasanya begitulah jadi pada org bawahan..