"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 07, 2010

Baru Kita Nampak Siapa Yang Tidak Wala’ Sebenarnya

Reactions: 
Dalam Isu Kalimah Allah ni, barulah terdedah siapa sebenarnya yang tidak wala’ pada keputusan Jemaah. Selama ini, mereka yang menentang usaha mengadakan Kerajaan Perpaduan disebarkan kepada umum bahawa mereka tidak wala’(taat) kepada Presiden.

Ke hulu ke hilir, juak-juak pemimpin Pro UMNO dalam PAS menjaja bahawa kumpulan “Erdogan” tidak wala’ pada Presiden, tidak wala’ pada PAS dan telah memberikan wala’ mereka kepada Anwar Ibrahim. Walhal, PAS tidak buat apa-apa keputusan berkenaan rasmi berkenaan dengan isu “Kerajaang Perpaduang” ini.

Tuduhan sebegini dilempar kerana usaha-usaha pimpinan Pro-UMNO untuk berkempen kepada ahli2 dan aktivis PAS digagalkan oleh kumpulan yang mereka gelar sebagai “Erdogan”. Jadi, demi untuk memburukkan imej mereka yang tidak mahu berselingkuh dengan UMNO, tuduhan “tidak wala’” atau “tidak taat” di sebar dengan begitu meluas sekali. Juga, tuduhan “pro-Anwar” juga disebar oleh juak2 pimpinan Pro UMNO ini seluas-luasnya.

Salah seorang juak-juak pimpinan Pro UMNO ini bernama Afyan Mat Rawi dan beliau pernah menyebarkan fitnah seumpama ini dalam blog Malaysiawaves. Beliau sekarang ini memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda Gombak.

Bacalah apa yang ditulis oleh beliau di bawah :

Ini adalah kata-kata dari salah seorang dari ribuan juak-juak pimpinan Pro UMNO yang begitu ghairah menyebarkan fitnah dan nista terhadap mereka yang tidak bersetuju kepada usaha membawa PAS berselingkuh dengan UMNO. Afyan inilah contoh yang jelas betapa fitnah-fitnah seperti ini telah disebarkan di akar umbi PAS sebagai menentang pimpinan2 PAS yang tidak bersetuju dengan usaha membawa PAS duduk sebarisan dengan UMNO.

SIAPA YANG TIDAK WALA SEBENARNYA!!!

Hasan Ali sewaktu Mesyuarat Lujnah Politik memberitahu bahawa keputusan mahkamah ini ditentang oleh pegawai-pegawai MAIS dan JAIS. Ertinya, Hasan Ali telah membawa pendapat dan pendirian dari penyokong-penyokong UMNO di dalam institusi kerajaan Negeri Selangor yang rata-rata penyokong dan pendokong UMNO. Sepertinya, Dato Hasan telah menjadi penyambung lidah pada anasir-anasir UMNO dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Sepatutnya Dato’ Hasan mempersoalkan pegawai2 ini, dimana suara mereka bila Dato Najib meluluskan 10 lesen judi yang baru? Biar mereka terhegeh-hegeh menjawab. Dato Hasan ni betul ke orang PAS ni?

Maka, selepas Presiden mengeluarkan kenyataan rasmi Parti secara bertulis pada 4 hb Januari 2010, tiba-tiba Dato Hasan telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan pada 6 Januari menentang pendirian rasmi Parti berkaitan dengan isu ini.
Kata Dato Hasan :

APA SEBENARNYA DEFINASI WALA’ DALAM PAS?

Saya hairan, mereka yang menentang “Cadangan Presiden” sahaja, telah dilabel sebagai “tidak wala’” dan Proksi Anwar dalam PAS. Sedangkan kalau kita lihat, cadangan “Kerajaang Perpaduang” ini tidak pernah diputuskan oleh parti.

Cadangan “Muzakarah dengan UMNO” pun tidak pernah diputuskan oleh parti mahupun Majlis Syura Ulama PAS. Namun, mereka yang menentang idea muzakarah juga dilabel sebagai “Tidak Wala’” dan “Proksi Anwar”.

Oleh kerana itu, bagaimana pula dengan puak2 yang telah menentang pendirian rasmi PAS dalam isu Kalimah Allah ini? Adakah mereka juga boleh kita katakana sebagai “tidak wala’” serta “Proksi UMNO”? Para pembaca sekelian fikir-fikirkanlah secara tenang dan insaf.

Sedihnya saya adalah masih wujud pimpinan2 PAS yang membiarkan diri mereka menjadi alat propaganda UMNO. Seharusnya, Ustaz Nasaruddin mesti keluar menafikan laporan Berita Harian terhadap kenyataan beliau. Jelas Berita Harian mahu menggunakan kenyataan beliau untuk kepentingan UMNO.

Hai, bilalah kita nak bersihkan PAS dari pimpinan2 yang pro UMNO ni. Menyakitkan hati je. Bilalah nak EGM ni

PUJIAN PADA CHE GU PA DAN DR SHAMSURI

Saya secara terbuka ingin memuji tindakan Cikgu Pa yang telah mengarahkan semua kenyataan pimpinan2 yang tidak selari dengan keputusan parti diturunkan sama sekali. Saya tahu ada yang mengamok i.e. Ustaz Idris Ahmad tapi saya anggap tu semua sifat manusia biasa sahaja. Pada saya, kenyataan Ustaz Idris tu masih 50-50. Nak kata sokong tidak, nak kata tentang pun tentang yang beradab. Namun, Ustaz Idris janganlah marah, sebab Che Gu Pa cuma melakukan tugas beliau sahaja.

Dan kenyataan Dr Shamsuri dalam Harakahdaily juga saya puji kerana jelas pendirian PAS dalam isu ini tiada kena mengena dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ianya adalah berasaskan kepada hukum syariat Islam.

Setakat yang saya faham, dan juga dari kenyataan Tuan Haji Khalid Samad di Malaysiakini, keputusan PAS itu TIDAK SAMA SEKALI menyatakan PAS menyokong keputusan Mahkamah Tinggi. Cumanya, PAS tidak mahu isu ini dijadikan isu yang akan menguntungkan UMNO dan merugikan dakwah Islamiyyah.

UMNO adalah penyakit yang parah kepada Malaysia. Seharusnya kita pikir jalan untuk buang penyakit bernama UMNO ini. Bukan pegi sokong, macam Hasan Ali buat tu.

Tulang Besi

p/s - Seruan saya pada ahli2 PAS adalah supaya jangan ingat isu ini adalah isu Semenanjung sahaja. Isu ini berkaitan dengan penduduk2 kristian di Sabah dan Sarawak. Mereka telah menggunakan nama Allah ni SEJAK SEBELUM MALAYSIA ditubuhkan lagi.

Soalan saya (dan soalan yang sama saya berikan pada AB Banjary yang tidak dijawab sampai sekarang) adalah: Adakah kita mahu berjuta- penganut Kristian di Sabah dan Sarawak berhenti menggunakan nama Allah sedangkan mereka telah berketurunan menggunakan kalimah Allah?

Sila klik di sini untuk melihat contoh Bible yang mereka pakai selama ini.

9 comments:

Corong Kita said...

hahahaha...bukan manusia ajer kena wala.....kambing2 kat malaysia ni pun kena wala jugak......ikuti nasib2 kambing tersebut selepas ini...

http://corongkita.blogspot.com/2010/01/official-announcements-new-8-wonders-of.html

Anonymous said...

Tulislah idea sendiri...jangan bawa masuk tulisan orang lain. Belajar hidup berdikari, jangan jadi 'burung tiung'.

Topeng Perak® Unmasked said...

Anon 4:38 PM - tulislah nama sendiri...jangan pakai nama "anon". Belajar berdikari, jangan jadi 'burung tiung'.

Untuk pengetahuan "anon burung tiong", artikel tersebut dipostkan oleh Tulang Besi sendiri... sila rujuk bawah artikel... Posted by Tulang Besi at 2.22 PM.

Kalau tak tau nak komen apa-apa, baik tak payah komen...

Nanti jadi "burung tiong".

Hahahaha

BangsaMalaysia said...

salam kpd topeng perak..

dah lama saya tidak ke sini,maklumlah agak sibuk sedikit..

saya dahulu BangsaMalaysia,skrg dh tukar nama..

sila baca posting terbaru saya..

http://pemikirgenerasix.blogspot.com/2010/01/pembela-islam-atau-pelakon-islam.html

semoga ALLAH memelihara kita dari musuh2nya

Sape PR/UMNO/BN yg nak panjangkan zakar? said...

takbirr!!

MALAYSIABARU said...

Malaysiabaru.com said,

HARUN JIN please ishtihar anta org PAS ka UMNO

or

ANTA JIWA UMNO kar BERBAJU PAS?

or

ANTA ULARMAK kar PENYANGAK?

T kasih

Anak Lenggong said...

oooo..patut laa..penyokong Parti Ajis Sekeluar sanggup tidur atas jalan..sanggup menipu kata ditetak tapi kesan tetakan takde..bawak lari anak dara orang..dan jadi samseng jalanan..rupa nya mereka ni waala kepada pemimpin eks..tapi aku tak heran pun sebab nik ajis leh kata selipar dia pun ada berkat dan dia tau sape yang boleh masuk syurga ngan neraka...punya laa bangang punya penyokong pas ada akal tak tau nak guna ..hanya menjadi burung belatok sahaja..

Anonymous said...

Sudah tgk ker Bilble itu. Sape mau komen.... org UMNO xnk komen ker..

tok ayah said...

PAS dah jadi liberal semata-mata nak jaga hati & undi pihak non-muslim.

Nak jaga hati org kafir dan lukakan hati Allah dan org Islam.Khhak ptuiih...

Allah bermaksud Tuhan yg satu. Tempat memohon segala hajat. Tidak beranak dan diperanakkan...Allah bermaksud Tauhid org Islam bukan semata-mata istilah.

Menyamakan Allah dgn Tuhan Kristian ...SESAT. Niat atau tak sama jer hukumnya.