"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 07, 2010

Subsidi Baru Petrol Diumum 1 Mei

  • "Subsidi petrol bagi yang layak akan ditentukan berdasarkan kapasiti enjin kenderaan mereka, dengan tumpuan diberikan pada golongan berpendapatan rendah yang kebiasaannya menggunakan kapasiti enjin rendah.
  • "Pada masa sekarang semua mendapat subsidi, termasuk warga asing. Bermula 1 Mei, pembelian menggunakan MyKad akan diperkenalkan, dengan hanya warganegara layak mendapat subsidi," katanya.

Hahaha... lepas ni boleh la amik upah isi minyak dekat petrol pam dekat sempadan... bangun pagi start motor, lepas tu lepak depan stesen minyak. kalau ada 10 stesen minyak... erm... masyuuukkk..!

Ala... macam la tak leh pakat-pakat ngan tokey stesen minyak...

6 comments:

TP/U MMG HEBAT said...

wah...gila pro ko ni ek..aku pon x terpikir plak...hahaha nice idea :D


duduk dari pagi smpi petang dok bg pinjam mykad fuhh leh kaya cpt oo..


harap2 ko dellet post ni..nnt ramai yg tiru wakkaaka... :P


SAPA CEPAT DIA DAPAT :D:D:D:D:P:P

Anonymous said...

Cara mengagihkan subsidi minyak itu kepada warga negara malaysia akan mengujudkan sistem rasuah yang amat keterlaluan.

Cuba anda fikir dan selidik apa yang telah terjadi kepada subsidi disel kepada nelayan...? Apakah cara mengagihkan subsidi itu berjaya...? Siapa yang untung, siapa yang kenyang...? Siapa yang menjual minyak disel itu ke Thailand..?

Sistem mengenakan harga minyak petrol kepada warga malaysia dan yang bukan warga negara diharapkan dapat memberi kemudahan dan kesenangan kepada kita semua.

Tapi kalau pemikiran itu dari pemimpin UMNO, ianya tidak akan dapat bertahan lama pastinya huru-hara. Rasuah akan wujud disemua pam minyak dan rakyat biasa akan merana.

Tunggu dan lihat.....

Anonymous said...

salam,

Yang ambil kesempatan orang Thailand, bukan orang kita (Malaysia).

Yang Kerajaan buat macam-macam undang2, macam-macam peringkat harga untuk rakyat Malaysia buat ape?

Fikirkanlah jalan untuk menyekat orang Thailand bawa minyak keluar, siapa nak keluar Malaysia benarkan 5 litre saja ke, yang lebih imigresen beli balik harga sama, atau apa-apa cara Kerajaan kena fikirlah.

Pada pandangan saya, masalah yang lebih utama dari harga minyak adalah kebanjiran orang luar di Malaysia. Buat masa ini orang luar tinggal di Malaysia, mereka guna minyak subsidi, gula subsidi, beras subsidi dan segala jenis yang Kerajaan bagi subsidi kepada rakyat, mereka pun dapat juga.

Sedarlah pendatang ni makan subsidi di Malaysia, dapat duit hantar balik negeri. Sampai bila kerajaan nak tanggung? Yang bebas makan subsidi, yang kena tahan makan free lagi. Hantarlah balik.

TIADA MAKNA PEMBANGUNAN KALAU RAKYAT HIDUP SUSAH.

Anonymous said...

Malaysia ni tak de kerja lain. Tiap-tiap tahun harga minyak di ubah-ubah. Macam juga pemimpin BN ni tak de pendirian, otak ikan.

Anonymous said...

tarik subsidi untuk warga asing aku sokong,tapi kalau nak kenakan dua harga berbeza untuk rakyat sendiri,aku rasa kerajaan BN akan hancur dalam PRU akan datang.dasar yang nak dibuat macam main masak-masak

Anonymous said...

apada... awl2 lg dh pkir nk tlg isikn ntuk wrga asing.... klo smua org cm ko buat la undang2 apa pn... asyk pikir perut sndri jerk... krjan pon x de idea laen ke??