"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 14, 2010

Surat Terbuka Untuk YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan

Oleh cilipadi007 (10 Januari 2010)

Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan, cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak…. hingga akhir ayat “

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat. Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan. Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat. Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah. Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA. Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya, sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan. Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya. Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak, apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan. ”BERILAH PERINGATAN, SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990, sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri. Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau. Setelah beberapa kali rundingan, Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan, pelbagai alas an untuk melengah-lengahkan pembayaran, nilai yang semakin mengecil dll.

TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB. Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah… Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA. Bila rakyat dizalimi, Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN“.

Selang beberapa purnama, ujian Allah dating lagi kepada rakyat Kelantan. Isu Kelantan Water menindas rakyat pula mengambil giliran untuk memusnahkan Kerajaan Islam Kelantan. TGNA dan pimpinan membuat ‘road-show’ memberi penerangan untuk mendapatkan sokongan rakyat. Alhamdulillah rakyat Kelantan member sokongan sepenuh hati dengan rela rebah bangun bersama TGNA. Kerana kejujuran TGNA maka kerajaan Kelantan Berjaya menyelesaikan masalah Kelantan Water untuk keuntungan jangka panjang rakyat Kelantan.

Tahun 1996 Kerajaan Pas Kelantan bergolak kerana isu Parti S46. Jalan penyelesaian agak kritikal kerana Ku Li Berjaya mengheret institusi istana bersamanya. TGNA berdepan masalah besar bila hubungannya dengan istana nampak dingin.

Dalam satu ceramah TGNA berkata “Ambo tak leh nak ok (sabar) dah bila orang dok meniti atas serban kita, ambo pun baka raja jugak… raja jembal”… Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Bertakbir rakyat Kelantan ke hadrat Allah tanda member sokongan padu kepada TGNA. Alhamdulillah hati pihak istana menjadi sejuk dan TGNA diterima seperti biasa oleh istana yang pernah berjaya bila berkonfrantasi dengan MB BN (Tan Sri Mohamad Yaacob).

TGNA yang disayangi Allah,

Kem Kijang, Padang Perdana dan Stadium Sultan Mohammad menjadi saksi sujudnya rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah atas kezaliman oleh musuh. Adakalanya diimamkan oleh Hj Abdullah Lubok Tapah,Haji Hashim Pasir Tumboh dan TGNA sendiri. Bersatunya rakyat Kelantan bila diseru oleh TGNA untuk bermunajat biar susahnya untuk bangun pukul 4.00 pagi, datang dari seluruh pelusuk negeri Kelantan tanpa sebarang ganjaran untuk mempertahankan TGNA.

Bila keputusan PRU11 diumumkan,kami berdebar kerana kita membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, segala kemenangan besar sebelum ini telah lenyap sekelip mata. Heboh 1 Kelantan dengan cerita pihak lawan cuba merasuah wakil rakyat kita untuk berpaling tadah.

Dalam kekusutan yang pedih TGNA menyeru rakyat Kelantan bermunajat di Padang Perdana mohon Allah pelihara Kerajaan Islam Kelantan biarpun berbekal 1 kerusi setelah kekalahan Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir tahun 2005. Allah makbulkan doa kita semua dan Kerajaan Islam Kelantan kekal sehingga PRU12 tahun 2008.

Malam sebelum PRU 12 tahun 2008 sekali lagi TGNA menyeru rakyat bermunajat dan kali ini di stadium Sultan Muhamad yang menyaksikan puluhan ribu rakyat yang cintakan Islam hadir. Hujan renyai-renyai mengiringi tangisan TGNA yang penuh syahdu didengari oleh malaikat dilangit. Alhamdulillah pertolongan dari Allah memberi kita kemenangan yang terlalu besar dan jauh dari jangkaan pihak musuh.

TGNA yang diberkati Allah,

Kami terkedu bila mendengar berita TGNA diserang sakit jantung dan mendapat rawatan di Hospital Pakar Perdana.Rakyat Kelantan menjadi tak keruan mengenang kesakitan pemimpin tercinta. Berduyun-duyun rakyat berkumpul di Pakar Perdana untuk mendapat pengesahan penyakit TGNA. Tika itu saya memohon ke hadrat Allah agar jangan diambil nyawa TGNA, ambillah nyawaku sebagai ganti agar TGNA dapat hidup untuk meneruskan kerja-kerja dakwah. Kehidupanku tidak member faedah kepada manusia lain sedangkan TGNA hidup untuk menyinari masyarakat umum. Syukur TGNA dipanjangkan umur dan sihat seperti sekarang.

TGNA yang bijaksana,

Kebelakangan ini tersebar pelbagai cerita yang kurang elok tentang pentadbiran kerajaan Islam Kelantan. Kurniaan Allah memberi kemenangan besar PRU12 nyata satu ujian besar untuk melekakan pimpinan. Sesungguhnya telah berlaku beberapa perubahan yang nyata tidak direstui rakyat Kelantan

Kami yakin dan percaya bahawa TGNA akan membuat satu keputusan yang penuh bijaksana demi rakyat dan PAS yang disayangi. Pertembungan nilai kasih sayang antara keluarga dan rakyat adalah satu dilema yang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Alhamdulillah berbekal kejujuran, keikhlasan dan semangat sayangkan jemaah yang jitu memberi kekuatan kepada TGNA membuat “executive decision“. Percayalah apa jua keputusan TGNA adalah demi rakyat dan parti yang memberi sokongan kepada beliau selama ini.

Dengan penuh tanggungjawab TGNA mengumumkan perletakan jawatan Abd Ariffahmi Abd Rahman sebagai CEO PMBK. Sungguh pilu dan sedih melihat keberatan TGNA membuat keputusan itu tetapi demi kebaikan rakyat dan PAS terpaksa TGNA lakukan. Nyata kepentingan rakyat mendahului keluarga tetap menjadi pegangan TGNA. Jiwa besar TGNA tiada pada mana-mana pemimpin lain di Negara ini.

TGNA yang mulia,

Kalau diamati masalah PMBK bukanlah baru dalam diari kehidupan TGNA. Sudah beberapa kali TGNA membuat keputusan dengan hiba dan berat hati sepanjang 19 tahun menerajui Kelantan. Mungkin kisah Sayyidina Umar menukar Khalid Alwalid sebagai panglima perang menjadi contoh kepada TGNA. Prinsip rakyat didahulukan telah lama diamalkan oleh TGNA secara terang@sulit untuk menjadi ikutan masyarakat umum.Lihatlah contoh di bawah untuk menilai sejauh mana pengorbanan TGNA membuat “executive decision“ :

1 ) TGNA menukar sahabat baik sendiri YB Ust Abd Halim Abd Rahman dari DUN Kijang ke Parlimen Pengkalan Chepa setelah timbul spekulasi terhadap Ust Halim. Dengan penuh hiba TGNA umumkan di Padang Perdana pertukaran tersebut untuk menenangkan situasi PAS yang sedikit bergolak dengan tingkahlaku Ust Halim. Kemudian TGNA juga tidak melantik Ust Halim menganggotai Dewan Harian PAS

2 ) TGNA menukar besannya sendiri Abd Fatah Haron dari DUN ke Parlimen kemudian balik ke DUN untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu besannya sendiri. Sikap malu alah kepada besan terpaksa ditukar kepada perasaan hormat demi menjaga kepentingan rakyat

3 ) TGNA juga tidak melantik anak didiknya suatu masa dahulu iaitu YB Wan Ismail Wan Jusoh menganggotai Dewan Harian PAS juga kerana kritikan rakyat terhadap YB tersebut.

TGNA yang disayangi,

Dewasa ini kita dapati terlalu banyak isu berbangkit yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Islam Kelantan secara berhemat. Sesetengahnya dibiarkan berlarutan seolah-olah tiada kesungguhan oleh pimpinan untuk meredakan keadaan. Mentaliti rakyat Kelantan sudah berubah mengikut peredaran zaman. Tuntutan kearah pentadbiran yang telus dan terbuka seiring dengan slogan “PAS For ALL”, rakyat mahukan pemerintahan yang hampir sempurna bukan lagi sekadar retorik semata-mata. Perubahan mentaliti pembangkang kearah kerajaan yang berkonsepkan “Negara berkebajikan”.

Fakta sejarah mencatatkan bahawa perebutan mentadbir harta menyebabkan perbalahan besar di kalangan penganut Kristian pada era kegelapan. Kerana hartalah wujudnya mazhab Protestan, Katholik dll di England. Banyak pertumpahan darah berlaku di kalangan agamawan, lantas dipisahkan menjadi Negara Republik Ireland sebagai langkah penyelesaian. Pemisahan antara agama dan politik juga dilihat sebagai langkah terakhir untuk meredakan keadaan.

TGNA yang budiman,

Rakyat sedikit tersentuh bila Maahad Darul Anuar (MADA) menjadi sekolah agama swasta. Tindakan ini menjadi garis pemisah antara rakyat marhaen dengan golongan bangsawan. Faktor kewangan menjauhkan integrasi antara rakyat terbanyak. Sudah berlaku sedikit pemisahan dalam mencari ilmu sedangkan ianya tuntutan untuk semua tanpa batasan.

Yayasan Nikmatullah cuba berdikari seadanya namun tidak dapat lari dari mencari sumber kewangan sendiri. Tindakan Yayasan mencari dermawan untuk terus utuh dipuji namun tidak boleh lari dari realiti masyarakat. Mengikut sumber terdekat,setiap derma yang dikutip akan ditolak komisyen yang berlebihan kepada pemungut derma, satu jumlah yang besar dan tidak munasabah atas prinsip perjuangan. Harap TGNA siasat perkara ini untuk membetulkan konsep “infaq fi sabi lillah”.

TGNA yang dirahmati,

“Mereka yang lemah disisi kamu menjadi kuat disisiku, sesiapa yang kuat disisi kamu maka lemah disisiku”, ucapan tersohor Sayyidina Umar Ibn Khattab. Indahnya jika ungkapan tersebut dipraktikkan secara total di dalam pemerintahan TGNA. Realitinya, banyak isu melingkar, berbelit dan tidak terungkai sekian lama. Makin hari makin bertambah dengan isu-isu baru, perlukan komitmen yang tinggi serta ikhlas untuk menyelesaikannya.

Isu-isu besar dan kecil silih berganti. Boros,penting diri dan memihak kepada kapitalis (pemodal) adalah masalah yang wujud di kebanyakan PBT di Kelantan. Kebanyakkan tanah milik PBT dipecah lot, buat bangunan kemudian dijual tanpa mengira kepentingan jangka panjang. Bayangkan pada tahun 2025, tanah strategik di Bandar bukan lagi milik PBT kerana sudah dibeli oleh individu. Jangkamasa pendek menunjukkan setiap PBT mencatat keuntungan tapi hakikatnya hasil tersebut dari penjualan asset.

Kebanyakkan keputusan dibuat oleh Ahli-Ahli Majlis PBT kerana kepentingan peribadi tanpa mengira impak kepada rakyat. Program lawatan ke luar Negara juga seolah-olah menjadi acara tahunan dalam kalendar PBT. membelanjakan sesuka hati duit PBT sedangkan hasil dari lawatan tersebut masih tidak berkesan. Pemantauan terhadap kewangan PBT perlu dilakukan segera, jangan biarkan golongan ini menjadi kebal dari apa jua tindakan.

Nasib rakyat tidak terbela, cukai sentiasa naik setiap tahun dengan kewujudan pelbagai kutipan untuk memerah cukai dari rakyat. Bagaimana dengan nasib peniaga kecil dan warga Bandar?Siapakah yang diharap untuk membela golongan mustadafin?

TGNA yang dihormati,

DEMI MASA! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN”.Kenapa perlukan tempoh 3 bulan untuk meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK? Alasan yang dangkal tidak akan diterima oleh masyarakat yang waras berfikir. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sepatutnya disegerakan letak jawatan untuk mengelakkan lebih banyak kerugian harta rakyat.

Bukan remeh soal CEO PMBK? Isu yang menarik khalayak seluruh Negara ditangani dengan sebelah mata. Ingatlah! Bukan senang untuk PAS bertahan 19 tahun, penuh dengan derita dan airmata darah mengiringi perjuangan.

Kasih saying itu ujian Allah terutamanya terhadap keluarga kita sendiri. Sirah Nabi Nuh a.s jelas darjah kasih sayang Nabi Nuh a.s. tidak dapat menyelamatkan hukuman Allah terhadap anak isterinya. Jangan kita lupakan Syeikh Barshisha yang terpengaruh kerana pujuk rayu isteri mendapat kemurkaan besar dari Allah kerana mendoakan kesesatan Nabi Musa a.s.

TGNA yang disayangi,

Janganlah kerana kasih tidak bersempadan kepada keluarga menutup pintu kebenaran yang selama ini terbuka luas di landasan perjuangan. janganlah kita menghukum seseorang berdasarkan saranan dari keluarga terdekat. Politik itu 1000 helah tapi gunakanlah helah politik terhadap musuh bukan teman seperjuangan.

Saya ingin kembalikan nasihat TGNA selama ini kepada rakyat supaya bermuhasabah sepanjang masa terutamanya sebelum tidur. Ada baiknya kini TGNA sendiri bermuhasabah kenapa ‘keluarga terdekat’ semakin menjadi buah mulut rakyat terbanyak. Sya tidak rela penghujung karier TGNA menjadi liabiliti kepada PAS. Biarlah selamanya TGNA menjadi aset paling berharga pernah dimiliki PAS abad ini.

TGNA yang disanjungi,

Renungkan kenapa ‘hijab’ keluarga TGNA sedikit demi sedikit didedahkan Allah swt kepada masyarakat umum. Bukankah selama ini ianya adalah rahsia ‘keluarga Pulau Melaka’? Masakan pokok bergoyang tanpa angin, adakalanya sudah bertukar menjadi ribut. Awaslah bahana ribut kerana tak pernah bersimpati kepada mangsanya. Pokok, rumah, kereta, bangunan dan jangan sampai kita juga ditimpa RIBUT.

Sekian,semoga hidayat Allah milik kita selamanya Insyaallah.

7 comments:

AbgTuah said...

AKU TAK MAHU KOMEN..

CUMA NAK GELAK JE..

KAH KAH KAH..!!

HEHEHEHEHE..!!

HUHUHUHUHU..!!

KIKIKIKIK..!!

KEH KEH KEH..!!

EHHH HERAN..TAK LU GUA LAGI KE DENGAN NIK AJIS..

HOK HOK HOK...

Mr Joker said...

KakTuah (awww awww awww awww awww)... aperla bodoh sangat pondan sekor ni..?

yang lu gua, lu gua tu artikel Aduka Taruna, yang ni pulak artikel Cilipadi007...

Buduh..!

Mengkudu said...

Mungkin budak2 sekarang ni terlalu advance kot....maklum lah aducated katakan...sehinggakan masalah dalam rumah di jaja keluar.

Mungkin budak2 zaman sekarang ni bila dah berkahwin dan beranak pinak...dan jika berlaku permasalahan antara suami-isteri...maka...medan blogs dijadikan sumber rujukan nasihat. Si suami akan mendedahkan keburukan dan cacat cela isterinya di dalam blogs. Manakala si isteri pula akan membuat benda yg sama supaya pengunjung2 blogs dpt memberi nasihat KONON.

Bayangkan jika saban hari si suami atau si isteri mendedahkan keburukan atau kecacatan seteru mereka...KONON...lagi banyak dedah...lagi banyak dapat komen dpd pengunjung blogs.

Jadi lihat lah....darimana datangnya RIBUT. dan siapa yg mencipta RIBUT.??????

FIKIR2KAN LAH.....

Anonymous said...

PLEASE LAH....

TOK GURU TAK SEBODOH MANGKUK YANG BUAT CERPEN ABUDOH NIH....

TUKAR PORTFOLIO AHLI POLITIK SALAH KER ?....MANGKUK ITU SEBAB DAH 20 TAHUN PERINTAH KELANTAN...

APE KE JADAH PENULIS BARUAH NIH TULIH...KO BIJAK ADVISE TOK GURU ...KO PERGI BERTANDING DALAM PAS TENGOK ... MAMPUIH KO TAK LEPAS ...

MANGUKUK PUNYE PENULIS CERPEN BINGKAI

Anonymous said...

senang je...iman bukan boleh di warisi. Namun TGNA adalah antara pemimpin yg berpengaruh di asia. TGNA juga manusia biasa. Cuma terkadang manusia terlebeh puja. Ujian yg TGNA hadapi sekarang, mungkin utk kebaikan TGNA sendiri. Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya sendiri. Baik yg buruk maupun yg baik.wallahualam.

Harris said...

AuWWW!AuWWW!!AuWWW!!Hik3x..!

Anonymous said...

Ini semua agenda hendak tumbangkan Pas di Kelantan sahaja..so tak perlulah kecoh2 dan komen lebih2 dalam hal ini. Tahula TGNA macam mane nak uruskan..