"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, March 25, 2009

Speaker DUN Perak Di Pasir Mas - malaysiakini

Sivakumar hadir dalam ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Mini Pasir Mas.

Semua hadirin kusyuk mendengar penerangan dari Sivakumar. Kehadiran lebih 2 ribu orang.

Kemaskini Dari Pasir Mas - malaysiakini

Orang Pasir Mas tolong peringat Brahim Ali. Apa baiyah Brahim Ali masa nak jadi calon PRU-12?

Kalau belot jatuh talak 3 keatas isteri. Bukan main-main tu! Brahim Ali tak sayang bini ke?

Brahim! Mu kaba ko dok?

Kemaskini Dari Stadium Mini Pasir Mas - malaysiakini

Ceramah dah bermula lebih kurang setengah jam. Pengunjung lebih dari seribu orang. Orang ramai masih berpusu-pusu memenuhi padang stadium.

Suasana tenang. Polis cukup bekerjasama. Tiada team topi merah. Tiada team terak merah.

MSK sibuk merakam video. Aku jem. Setting camera lari jauh sampai ke Judah. Mungkin Dugong dah suntik botox dalam setting.

Harap kamera sya ok.

Brahim Ali apa khabar? Dengar kata nak bersilat dalam dewan lawan UMNO... ini orang betul-betul menate bokbong.

Sedare Amran Pembantu Khas Dato' Seri Ir Nizar sedang berucap menerangkan apa yang berlaku di Perak.

Rupanya ramai yang dah lebih dari faham... Rakyat Kelantan memang cerdik... Yang tak cerdik ialah orang UMNO.

Macam mana nak cerdik kalau asyik cium keris?

Lintas Langsung Dari Stadium Mini Pasir Mas - malaysiakini

Aku dengan yeol baru sampai Stadium Mini Pasir Mas.

Jalanraya makin sesak, pengunjung semakin ramai berasak-asak memenuhi ruang dalam stadium.

Bacaan Al-Qur'an sedang berkumandang dari dalam stadium dan memenuhi ruang halwa telinga cucu-cicit Adam dan Hawa.

Jemputan baru masuk melalui pintu utama.

Update Dari Sebelah Pencawang - malaysiakini

Aku baru sampai rumah yeols. dari Dabong tadi naik keretapi jam 3:30 petang terus ke Kuala Krai. yeols tunggu aku di Kuala Krai lepas tu terus bawak aku ke Pasir Mas. lepak umah dia kejap untuk update blog. kebetulan TMNet tengah buat kerja penyelenggaraan. jadi tak dak streamyx.

Nasib baik broadband ada sebagai penyelamat dan yang bagusnya, rumah yeols betul-betul sebelah pencawang Celcom. nasib baik dapat connect fullbar, walaupun kurang speednya (sebelah pencawang pun selor walaupun dengan package RM98/mth).

Kalau sebelah ni pun tak dapat connect, memang aku tebang je pencawang dekat sebelah rumah yeols. aku senang hati, orang kampung pun senang hati dapat duit lebih jual besi buruk.

Buat masa ni tak de apa-apa berita nak diceritakan dekat sini.

Jadi malam ni kalau ikut jadual, ada program di Stadium Mini Pasir Mas. penceramah jemputan aku tak tau sape tapi kalau tak silap, aku ada terbaca Sivakumar ialah salah seorang dari jemputan.

Geng-geng dekat sini pun baru dapat info petang tadi lepas tu kelam kabut naikkan banner. memang dari awal program ni dirahsiakan.

Kalau awal-awal diwar-warkan, kesian pulak dekat FRU di Perak & Kedah nak turun Kelantan pulak. kang tak pasal-pasal pulak keluar post terak ef ar yu terbalik versi ke-2 kang. naya beb...

Aku dengar dekat Stadium Mini ada wifi... kalau betul, bagus sangat tu... boleh la aku update dari stadium. harap-harap ada la power supply dekat sana. kang tak pasal-pasal tengah taip kang, black out laptop sebab masalah bateri.

Ok geng... aku nak mandi... lepas isyak gerak terus ke Stadium... jumpa dekat sana beb.

Tuesday, March 24, 2009

KL - Gemas - Kelantan ~ malaysiakini

Malam tadi aku gerak dari Kolumpo ke Dabong naik Expres WAU jam 8:30 malam dari KL Central. Lebih kurang jam 10:30 malam, Sya Reformis call aku bagitau perkembangan terkini dari kawasan program di Simpang, Bukit Selambau. Katanya pentas ceramah dijaga rapi oleh pihak FRU.

Lebih kurang jam 11:00 malam, Dugong Darat pulak call aku bagitau sape yang diumumkan sebagao calon mewaklili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.

Lebih kurang jam 12:15, Che’gu Man AMK pulak call aku maklumkan apa yang berlaku dalam ceramah DSAI di Bukit Selambau. Aku pulak lupa nak tanya dekat kawasan mana.

3-3 cerita dekat atas tu aku dah laporkan dalam blog aku semalam. 2 yang pertama dipublish atas katil dalam Keretapi, yang last sekali aku terpaksa mintak Dugong Darat publishkan sebab bateri laptop aku dah kong.

Terima kasih banyak-banyak dekat geng-geng yang pantas melaporkan apa sahaja perkembangan walaupun depa di Utara aku di Selatan. Insya-Allah dengan kerjasama erat yang ada, korang tak kan terputus maklumat. Agi idup, agi ngelaban.

Ni aku berada di Daerah Dabong, Kelantan dalam kawasan DUN Dabong yang diwakili oleh ADUN YB Dato’ Arifabillah dan Parlimen Kuala Krai yang di wakili oleh YB Dr.Hatta Ramli. 2-2 wakil dari PAS.

Datang kesini atas beberapa urusan dan petang ni kebetulan ada Mesyuarat Agung PAS Cawangan Kampung Biak, Dabong. Dapat la aku tengok muka Wakil Rakyat dekat sini. Apa yang bakal dibincangkan aku tak tau. Kalau bersesuaian aku akan publishkan lepas ni.

Kamera terpaksa aku tinggalkan dekat Dugong Darat sebab dia ambik alih tugas aku di Perak semalam tapi hari ni aku akan bertugas macam biasa untuk program Dato’ Seri Ir Nizar di Kelantan.

Tempat, aku tak tau lagi dekat mana, aku tunggu pengesahan dari team di Bukit Gantang, Perak.kalau jadi, MSK, Dugong Darat dan Sya jugak akan berada di Kelantan untuk program hari ni.

Kawasan yang aku datang ni agak jauh dari Bandar, lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kereta, jauh beb… kalau naik kereta, masuk daerah ni je korang boleh jumpa papantanda amaran “Awas Harimau..! jaga kebersihan kebun anda”. Bahaya beb… ghimau..!

Gambar..? mana la aku bawak kamera beb… lagipun aku naik keretapi, bukan kereta… kalau naik kereta memang jumpa la papantanda tu.

Chow..!

Ef Ar Yu Gempur Ceramah DSAI-malaysiakini

Malam tadi gerombolan tentera merah telah menyerang ceramah DSAI di Bukit Selambau.

Sumber mengesahkan bahawa ef ar yu telah melepaskan gas pemedih mata dan air gatal tanpa henti selama setengah jam.

Seramai 32 orang telah ditahan malam tadi.

Kehadiran pengunjung yang mencecah lebih 10 ribu orang sepanjang lebih 5 km kawasan ceramah telah menakutkan hamba setan mengakibatkan kegagalan berfikir.

Kekuatan ef ar yu ialah sebanyak 5 terak termasuk 2 water kenen dan hampir 1 ribu anggota termasuk baju biru dan baju sukan percuma.

Tak lupa juga geng beg sandang.

Monday, March 23, 2009

Nizar Calon PAS Bukit Gantang - malaysiakini

Pendek je...

SAH. Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin calon PRK Bukit Gantang.

Tak caya tanya FRU yang ada di keliling pentas tadi.

Calon Bakal Diumum, Pentas ber"skirt"ing Kaler Merah - malaysiakini

Aku dalam Express Wau menuju ke Kelantan. Bukit Gantang makin malam makin
panas.

Walaupun aku jauh, tapi aku tau jugak...

Aku dalam gerabak, Dato' Seri atas pentas...

Aku dikeliling hutan rimba, perlahan-lahan menuju kampung halaman.

Dato' Seri Nizar diatas pentas... perlahan-lahan dikepung tentera merah.

Tentera merah dengan perisai merah dengan topi merah dengan cota ditangan.

Calon PRK P-059 bakal diumumkan bila-bila masa... bersaksikan FRU...

Bersaksikan rakyat Bukit Gantang... mata-mata gelap.

Semua bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad

Rasulullah itu pesuruh Allah.

Semua bersaksi... tapi ada yang bersaksikan hitam.

Dunia binatang apa ni wahai pemerintah..? kau hamba Allah tapi kau

Memperhambakan diri kau pada setan.

*Ptuih..!*

Cerita Gempar, Rumors Dan dot dot dot... - malaysiakini

Aku nak balik kampung...

Sebelum aku balik kampung... aku tinggal sikit masalah...

Masalah 1 ... warna kuning naik bukit, sedia untuk lepaskan hewan, sedia untuk sekat hewan, sedia untuk jadi hewan...

Masalah 2 ... Gua Musang bakal jadi no 1 ... ini rumors ... no 2 ialah rambut putih ... no 3, adakah rumors ini sekadar rumors? kena tanya warna kuning... kenapa sekarang ramai-ramai berlumba nak perkudakan warna kuning? apakah warna kuning bertindak atas inisiatif sendiri?

Masalah 3 ... setakat ni belum jadi masalah ... tapi akan jadi masalah kalau ada bangang-bangang yang makan pil kuda pergi berlumba dijalanraya, lepas tu penonton pun sama naik angin...

Jangan cari masalah ... biarkan kuda makan pil kuda ...

Rakyat jangan sama jadi kuda.