"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, March 08, 2009

2008: Kelahiran baru nasionalisme

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan tsunami politik yang melanda negara setahun lalu sebagai "kelahiran baru nasionalime".

Dalam ucapannya sempena ulangtahun setahun pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Anwar menggesa pakatan pembangkang supaya mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan pergerakan tersebut.

anwar ibrahim special briefing 280209Beliau mahu mereka mengajak rakyat supaya bersama-sama dengan 'kelahiran baru nasionalisme' itu bagi membina negara atas prinsip keadilan, kesaksamaan dan peluang untuk semua.

Anwar adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan gerakan reformasi pada 1998 dan 10 tahun kemudiannya - dalam pilihanraya umum 2008 - pembangkang berjaya menafikan Barisan Nasional (BN) penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Malah, Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam pilihanraya umum tersebut.

"Jika anda mengundi kami pada 2008, maka anda adalah sebahagian daripada sejarah. Ketahuilah, undi anda dalam pilihanraya akan datang, akan menentukan halatuju masa depan negara.

"Jangan lepaskan peluang ini. Saya minta semua rakyat Malaysia yang berkongsi impian ini, supaya bersama-sama dengan gerakan untuk perubahan ini," katanya.

Anwar turut membidas kerajaan BN yang menurutnya, walaupun lebih setengah abad berkuasa dan bercakap tetapi pembaharuan, tetapi semuanya berupa "cakap tak serupa bikin".

-malaysiakini

8 comments:

Anonymous said...

TP... Komen ni saya masukkan dalam blog-blog PerakBangkit dan ParpuKari! terlupa plak nak celebrate same dgn pejuang-pejuang PR... asik layan rumah sebelah plak
------------------------------

HAPPY BIRTHDAY TO US..!
HAPPY BIRTHDAY TO US...!
HAPPY BIRTHDAY TO PR....!
HAPPY BIRTHDAY TO US.....!

KORANG TAKNAK WISH KE KAT KITORANG PUNYE 1ST BIRTHDAY DAN BIRTHDAY YANG SETERUSNYE...!

BUDAK SETAHUN DAH MULA PANDAI MERANGKAK, SIKIT LAGI BERDIRI TEGAK LA...
KORANG DAH 51 TAHUN, DAH MENOPOUSE PUN, SIKIT LAGI DAH TAK BERGIGI LA TU... LUTUT PUN DAH KETAQ NO!

===========================

SELAMAT ULANGTAHUN BUAT KRABAT PR, BLOGGERS, PEJUANG&PENYOKONG2 PR... SEMOGA ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN...

1 TAHUN PERJUANGAN YG JUJUR DAN IKHLAS AKAN MEMBAWA KEMENANGAN YANG BERPANJANGAN...

KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN DALAM PERJUANGAN YANG PANJANG AKAN MEMBAWA KEPADA RAHMAT DAN BERKAT YANG BERKEKALAN...! AMIIIIIIIN.

INSYAALLAH.... TAKBIR 7X

Anonymous said...

Buat sasaudengo,blog pakatan rakyat sebenarnya sudah establish..serta meliputi pelbagai kaum.......bukan setakat blog berbahasa melayu sahaja tetapi juga..berbahasa cina dan india.....malahan terdapat web atau blog.com yang mencapai hits sehingga 200 ribu sehari seperti Trengganukite.online,harakahdaily.....malahan sewaktu kemuncaknya sehingga 1 juta seperti mac 2008 lalu....blog BPN....akan terus ketinggalan kerana isinya meliputi atau sma sahaj dengan tv media prima...utusan serta berita harian......satu lagi sokongan orang India dan Cina kepada Barisan Nasional...semakin menurun kerana blog atau blogger BPN...kebanyakkanya melayu..rasis...lucah melampau....serta penuh dengan kata nista....mungkin sdr tak percaya..tunggu ajelah PRU ke 13 nanti...benarlah kata-kata kepimpinan umno yang lama seperti Sanusi Junid.....Dr Mahathir...umno akan terus ketinggalan dan menjadi parti yang mereput apabila menjelang PRU ke 13....nampaknya penyokong umno akan terus terbuai dengan kewujudan bloggger BPN.....namun harus diingat...blogger BPN langsung tidak mengkritik kelemahan atau menegur pihak pemimpin umno...berbanding blogger pakatan rakyat..kenapa?...jawapannya kerana angkuh serta sukar menerima hakikat umno akan terus bermaslah jika pelabagai masah terus dibiarkan......tungggu ajelah nanti...

Lin said...

salam saudara umno net

minta tolong sampaikan blog PR yang berani tegur pemimpin mereka sebab tak pernah jumpalah.. atau mungkin saya lalai semasa melayari internet

salam

Mr Joker said...

Tungaklangit - saya kira anda masih baru dalam ruang cyber.

carilah berapa banyak blog pro PR yang bertindak menterbalikkan photo-photo Pimpinan kami.

saya yakin anda akan temui lebih dari 10 blog pro PR yang bertindak demikian.

TOLONG carikan saya blog pro UMNO/BN yang mengambil pendekatan yang sama dengan kami dan saya akan hadiahkan saudara RM100..!

saya cabar anda..!

Lin said...

salam

saudara TP ni nak marah aje kalau saya ulas dalam blognya.. bukan apa saya nak tahu bukan nak dihina macam itu.. kalau ada bagilah laman blog yang dikatakan lebih daripada 10 tu sebab saya nak tau jugak kan saya baru belajar jangan nak belasah orang aje....

pasal laman blog yg pro BN saya pun tak tahu sebab saya ni bukanlah pro mana-mana sayang hanya menegur mana yang tak baik itu sahaja..
salam

kafe kenyalang said...

hahaha..tungak langit ni mcm budak dadah jer..ayat pun ayat taman..common la bro..ktorg ni bunyi je mcm ganas bro,tp xda lah sampai main bom C4..xyah la kecut perut..cota,gas,watercannon pun ktorg x main..so,ape nak takut???..apa pun kt stil saudara wlupun fahaman berbeza..

apa pun SALUTE utk tungak langit and zali krana telah sama2 meng'imarah kan blog ni wlupun dgn komen2 yg x brapa BERNAS.

SMOGA ALLAH MBERIKAN HIDAYAH BUAT KT SEMUA ESPECIALLY PEJUANG2 RAKYAT YG BUKAN ISLAM..

Lin said...

Salam sdr kafer kenyalang

dadah tu macam mana.. yek? utk makluman TP adalah satu laman spt blog TP sendiri yang terbalikkan gambar Deputy CM Penang.. sebab dia tu memang tak ikut cakap ketua PKR ...

Saya sebenarnya suka bhujah dengan orang yang bhujah atas dasar fakta dan ilmu bukannya kerana marah dan dendam..

salam

Anonymous said...

HARI KELAHIRAN RASULULLAH S.A.W.
SEMPENA hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. 1430 sama-sama kita perbanyakan salawat ke atasnya sambil mengkaji dan menghayati segala ajaran dan sunnahnya. Sesungguhnya kelahiran Muhammad s.a.w. adalah membawa risalah untuk kesejahteraan dan kedamaian dunia.

Tuesday, March 10, 2009
Eksklusif Selasa
Abdullah dan Anwar Berunding di Hulu Langat?
TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurui Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.
Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan hampir 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.


Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.

Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.
Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini.

“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahlijawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apa kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

Ulasan dan analisa lanjut mengenai peristiwa