"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, August 18, 2009

Saya Ada Cukup Bukti - Tulang Besi

Reactions: 
Penulis blog Malaysia Waves - yang mendedahkan konspirasi menyingkirkan beberapa wakil rakyat pro-Pakatan Rakyat di Selangor - berkata beliau mempunyai cukup bukti untuk berdepan dengan ugutan saman terhadapnya.

Oleh itu, beliau menjelaskan bahawa tindakannya menarik balik artikel berjudul 'Konspirasi Membuang YB Saari Sungip dan Yang Menentang Idea Persepakatan PAS-Umno di Selangor "bukan takut, tetapi untuk melindungi pemberi maklumat saya."

Artikel tersebut ditarik balik kurang 24 jam selepas ia disiarkan dalam blog tersebut.

Tulisan tersebut, antaranya mendakwa bekas calon PAS Suwardi Yaacob merupakan dalang utama yang merancang penyingkiran beberapa ADUN dan ahli parlimen PAS.

Mereka yang didakwa mahu disingkirkan antaranya Saari Sungib (Hulu Kelang dan bekas ketua penerangan PAS negeri), Dr Halimah Ali (Selat Kelang dan exco kerajaan Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Mengulas kandungan artikel itu, penulis blog tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai 'Tulang Besi' mempertahankan kewujudan mesyuarat konspirasi itu yang dihadiri beberapa tokoh penting PAS Selangor pada 31 Julai lalu.

"Dulu saya antara orang terawal mendedahkan rundingan sulit PAS-Umno, sebelum (bekas perdana menteri) Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) umumkan lagi. Semua orang kata saya tipu. Tetapi akhirnya terbukti betul. Perkara ini lebih kurang macam itu juga.

"Pada pagi pilihanraya umum tahun lalu, saya yang buat panggilan kepada pesuruhjaya PAS Selangor (Datuk Dr Hasan Ali), beritahu kita akan menang Selangor, bersedialah untuk angkat sumpah," jelasnya, sambil mencabar ahli PAS bertanyakan perkara itu kepada Dr Hasan.

Sehari selepas memuatkan artikel itu di Malaysia Waves, Tulang Besi menarik kembali tulisan yang didakwanya diterima daripada sumber dalaman PAS Selangor atas permintaan "tuan punya surat".

Menurutnya, kerana merasakan isu ini terlalu panas, maka pemberi maklumatnya takut akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Artikel yang sama dimuatkan dalam Perisik Rakyat (http://perisik-rakyat.com/), menyebabkan blog milik Topeng Perak itu turut menerima surat tuntutan guaman daripada Suwardi supaya memohon maaf terbuka yang mesti turut diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan.

Tulang Besi juga berkata beliau tidak menerima surat tuntutan guaman daripada Suwardi buat masa ini, termasuk melalui emel.

"Saya tidak pasti, mungkin masuk dalam spam," tambahnya.

Sementara itu, firma guaman - Tetuan Zulpadli & Edham yang menghantar surat bagi pihak Suwardi - berkata pihaknya belum menerima arahan dari anak guamnya untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Manakala Suwardi, ketika dihubungi Malaysiakini, enggan mengulas perkara itu.

"Tanya dialah (blogger)," katanya.

Sumber - Malaysiakini

8 comments:

Anonymous said...

Kebenaran PASti Datang.

heret pi mahkamah, dedahkan perkara yang sebenar depan Hakim dan umum. 1Malaysia tau..

'surat tuntutan guaman daripada Suwardi supaya memohon maaf terbuka yang mesti turut diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan.'

aik..! minat sungguh hangpa dgn akhbar arus perdana nooo..?!

Lawan Jangan Tak Lawan !!
mari kita lihat sapa yg nak kena.

Anonymous said...

"Saya ada cukup bukti..." dari zaman bro. BABI mata lebam dulu, "saya ada cukup bukti". Lepas tu... hampeh.
nampak sangat Pakatan BABI dah terdesak.
H1N1(Hadi 1 N.Ajis 1) = PAS - Penyakit.
Brader BABI = PKR - Punca Penyakit.
DAPigs = DAP - Penyebar Penyakit.
Tu la, kerja tak "BERSIH", Allah tak redha. Tak sedar lagi ker...

Anonymous said...

Kesian penyokong UMNO/BN....
Mereka semua muda lupa......
Bagus juga kalau ingatkan 'Allah'dan Agama Allah...

Anonymous said...

PAS dah berpecah? Itulah kalau guna agama utk kepentingan peribadi + kuda tunggangan DAP..di Permatang Pasir sendiri org PAS Permatang PAuh boikot calon yg dah 6 kali kalah itu!!!!kesiannya!

Anonymous said...

Calon pernah kalah pun tak apa.Biasa lah adat bertanding.
Ni calon umngok bekas loyar buruk yg dah kena pecat curi duit pekebun getah..hahaha..tak malu sungguh calon perompak..Nanti duit peruntukan Dun untuk rakyat pun ditipunya..hahaha

pemerhati bebas said...

UMNO la yg guna ugama untuk kepentingan politik sendiri.untuk anon, p surau ke masjid ke selalu dgr kuliah agama dari duk merapu tanpa ilmu...

Anonymous said...

PAS skang suka bina kuil..

Anonymous said...

Apa pulak Pas yang bina..keling2 tu lah yang bina kuil untuk tempatkan dewa murujib nya.