"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Sidang DUN 759. Show all posts
Showing posts with label Sidang DUN 759. Show all posts

Friday, May 08, 2009

Kronologi Sidang DUN Perak 759 - malaysiakini

olahan dari YB Idham Lim:
copy paste dari Cenangau.

8.20 pagi : Kami mula bergerak ke DUN Perak Ipoh. Hampir 100 orang termasuk puluhan anggota polis berkumpul hadapan hotel penginapan kami sebelum bergerak ke dewan.

Segala persiapan yang perlu telah kami lakukan untuk mempertahankan hak rakyat Perak yang dicintai. Penyokong mengerumuni MB Nizar semasa tiba dihotel pagi tadi.

8.27 pagi : Kawalan amat ketat untuk ke Dewan Undangan Negeri. Dalam perjalanan ke Dewan Undangan Negeri, kami menempuh 4 sekatan polis walaupun hotel penginapan kami jaraknya hanya sekitar 1 km dari Dewan Undangan Negeri.

Inilah keadaan yang menampakkan sengaja dicipta untuk menyusahkan pergerakan kami ke Dewan Undangan Negeri. Sementara itu satu notis pihak polis telah ditampal di sekitar Ipoh yang merupakan arahan mahkamah yang melarang orang ramai mendekati kawasan sekitar 500 meter dari bangunan Dewan Undangan Negeri.

8.35 pagi : Ahli Parlimen Ampang YB. Pn. Zuraidah ditahan ketika cuba masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri, di pintu hadapan bangunan SUK.

9.10 pagi : Kami dihalang oleh polis untuk Masuk Ke Dewan. Seramai 16 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya yang sampai sekitar 8.45 pagi tadi telah dihalang oleh polis untuk masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri tempat Persidangan bakal diadakan pagi ini.

Walaupun dengan alasan untuk meletakkan barang sebelum perbarisan diadakan kami gagal untuk masuk sehingga sekarang. Kawalan dari polis sangat ketat dan saya beranggapan Sidang Dewan yang paling ketat dikawal polis setakat ini dalam sejarah demokrasi dunia.

Doakan keselamatan kami.

9.20 pagi : Kami berada di hadapan pintu masuk menunggu pintu dewan yang dimaklumkan oleh pihak polis cuma akan dibuka jam 9.45 pagi nanti.

Semua barang yang dibawa diperiksa dengan teliti dan di scan berkali. Saya menyaksikan hampir 50 orang polis yang berkawal di dua pintu masuk yang dibuka

9.45 pagi : Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak.

9.55 pagi : Apabila ADUN Lompat Jelapang masuk ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAK dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN. Kelihatan sama Osman dan Jamaluddin, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

10.00 pagi : Penasihat Undang-undang diarahkan keluar, mengikut ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah :

1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.

2. Kedudukan tempat duduk ikut sebelum ini.

3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.

4. Kepada 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.

5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk Penasihat Undang-undang keluar dewan.

6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawatankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker. Speaker masih mengulangi arahan supaya mereka-mereka yang berkenaan keluar Dewan.

10.10 pagi : Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat Speaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR. Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

Kepada 10 orang yang masih belum keluar, Speaker berulang kali mengatakan Sidang tidak akan dimulakan selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.20 pagi : Keadaan kecoh berlarutan. Pangkor cuba mengemukakan usul memecat Speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

Keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula.

10.30 pagi : Arahan speaker masih belum di ikuti. Sidang masih tidak dapat dimulakan, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali mengatakan bahawa keputusan menggantung dilakukan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.

10.40 : pagi. Hee, Timbalan Speaker cuba ambil kuasa Speaker yang masih sah. Hee dikerumuni oleh ADUN PR ketika cuba merampas kerusi Speaker. ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagal dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.50 pagi : BN Rampas kuasa Speaker dalam dewan, Ganesan dicalonkan sebagai Speaker baru. ADUN BN sedang berkerumun ADUN Jelapang dalam dewan semakan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

11.00 pagi : Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN yang dikelilingi ADUN BN sebagai speaker haram. Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker).

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan Jawatankuasa Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram. Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

11.10 pagi : Ganesan sedang meneruskan Sidang Haram. Ganesan cuba merampas kuasa Speaker... Sidang Haram Sedang berlangsung

Ganesan di meja ADUN sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap Dewan Negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demokrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.18 pagi : Speaker Sivakumar umumkan semua Usul yang sedang dibentang BN telah ditolak di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh Sidang Haram (ikut skrip) iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.30 pagi : Walaupun Sidang Haram umum ditangguh, ADUN BN masih tidak keluar dewan. Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikian dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.
Sekarang keadaan kembali tegang. dan sekejap-sekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.44 pagi : Saya telah arahkan ADUN PR jangan keluar kalau tidak perlu. Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

12.23 tengahari : Banyak Ahli Parlimen PR ditangkap diluar bangunan Dewan Negeri.
Saya menerima berita ramai dikalangan ahli Parlimen PR yang datang untuk menyaksikan sidang pada hari ini ditangkap, dari beberapa SMS dan makluman dari talipon yang diterima oleh rakan disebelah saya dalan dewan, ADUN Kuala Kurau, YB. Yunus, beliau memaklumkan antaranya Ust. Mujahid, Sdr. Tian chua,dan Yb. Salahuddin.

12.35 tengahari : Keadaan tenang di dalam Dewan. Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

12.20 tengahari : Tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

12.30 tengahari : Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR
keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan. Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara seorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.49 tengahari : Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan. Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya. Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

1.00 tengahari : Ganesan tangguh sidang satu jam lagi... Ganesan cuba mengendalikan Sidang DUN kali kedua. Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menengelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

1.21 tengahari : Lega bila ke tandas, dah tahan nak ke tandas sejak pagi tadi.... Pergi tandas pun hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air.

Saya tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Seingat saya dalam 3 sidang dibangunan ini sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering...

Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN ? seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi.

2.03 : petang. Hampir semua ADUN PR dan BN berada di Dewan. Ganesan dihalang oleh ADUN PR diiringi dengan laungan bubar Dun. ADUN PR suruh dia keluar sebab dia bukan ADUN. 

‘Sidang Syiling’ haram.

Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

2.17 petang : Kecoh Hampir ke Kemuncaknya. Ganesan dikerumuni ADUN Pakatan ketika cuba memulakan sidang pada 2.05 petang keadaan sekarang sangat kecoh dan bising dan hampir berlaku pergaduhan dalam dewan.

Bentara pula hendak rampas kuasa speaker. Keadaan berlarutan sebentar tadi bila bentara cuba membuat pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan

2:20 petang : Polis masuk campur. Polis sekitar 20 orang masuk campur termasuk yang berpakaian seragam menceroboh ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker

2.40 ptg : Pergelutan di meja Speaker oleh BN. Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

3.05 petang : BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.
Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haram, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

3.10 petang : Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali. YB Sivakumar diseret... tak patut sungguh kelakuan seperti ini!

ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ. Inilah deretan pendatang perampas kuasa Speaker

Siapakah mereka yang misteri ini?

Siapakah mereka ini?

Suasana tegang di kerusi Speaker. Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

3.21 petang : Raja muda Perak masuk ke dewan. Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin. Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah.

Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

4.07 petang : Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN. Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah.

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

4.15 petang : Sidang Akhbar.

Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

4.40 petang : Kenyataan Speaker Sivakumar. YB Siva diseret... tak patut sungguh kelakuan seperti ini! Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali. Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar 1 jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari. Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

4.49 petang : Nizar : Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata Nizar dalam sidang media sebentar tadi.

Thursday, May 07, 2009

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (6) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (5) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (4) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (3) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (2) - malaysiakini

Gambar-Gambar Sekitar SUK 759 (1) - malaysiakini

Bisikan diraja' untuk Pakatan - malaysiakini

Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.

"Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik)," kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar yang diangkut keluar dari Dewan.

Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.

Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.

Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.

Majlis perasmian hanya bermula selepas Sivakumar, Speaker dilantik Pakatan tahun lalu, dibawa keluar oleh pasukan polis.

Sivakumar tidak berganjak dari tempatnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Nizar menyatakan demikian pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan sebaik sahaja Raja Nazrin menyampaikan titah diraja perasmian petang ini.

Raja Nazrin yang sepatutnya merasmikan sidang itu pukul 10 pagi tadi hanya berbuat demikian 3.17 petang.

Baginda tidak dapat berbuat demikian selepas Sivakumar sejak pagi tadi bertegas sidang DUN tidak akan diadakan selagi 10 anggota termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry tidak keluar Dewan.

Tiga lagi termasuklah ADUN Bebas yang menyokong BN sekarang.

Bagaimanapun mereka tidak keluar Dewan manakala BN pula mengadakan sidang dalam sidang DUN.

Kemuncak insiden hari ini ialah Sivakumar diganti dengan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dan diangkut keluar kira-kira 2.45 petang tadi.

Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. "Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas," kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.

Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.

Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

"Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

"Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun," katanya.

Mengulas lanjut isu itu, "saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat."

Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah :

"Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah."

Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu.

UMNO/BN Di Kemuncak Kegilaan - malaysiakini

Salam alaik,

Sejak Najib naik jadi PM ada 3 perkara utama yang Kabinetnya unjurkan :

1. Anak-anak yang berumur kurang dari 18 tahun perlu berada dalam agama asal walaupun salah seorang dari ibubapa mereka bertukar agama. Sekaligus memberi persepsi bahawa Mahkamah Syariah tidak lagi relevan kerana keputusan boleh dibatalkan oleh Mahkamah Civil.

2. Melepaskan quota Bumi daripada 27 subsektor perkhidmatan yang merangkumi 56% GDP Malaysia. Ia membabitkan berbillion ringgit setahun.

3. Membatalkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang mengakibatkan MARA, Suruhanjaya Koperasi dan banyak lagi Jabatan yang menjaga kepentingan bumiputera kini agak sukar untuk membuat keputusan.

Semunya membabitkan dan memberi kesan kepada Bumiputera dan Muslim.

Dengan 3 perkara di atas, ada 5 kategori rakyat Malaysia yang terjejas. Dengan itu, sebarang saki-baki simpati serta sokongan terhadap UMNO dan BN telah hangus hilang dan susah untuk dikembalikan.

Pandangan saya, Najib dan Partinya telah hilang saki-baki simpati dan langsung hilang penyokong daripada 5 kumpulan grassroot yang berikut :

1. Golongan yang suka kepada Agama Islam tetapi BUKAN AHLI PAS serta tidak suka pada politik.

2. Golongan ahli perniagaan dan usahawan SME yang terdiri dari Bumi dan Muslim yang tidak peduli pada Agama Islam walaupun Muslim.

3. Golongan petugas swasta, NGO dan kerajaan yang tidak politik dan tidak berniaga TETAPI memikul tanggungjawab mereka mengendali tugas untuk masyarakat.

4. Golongan peguam-peguam Syar'ie, penyelidik, penuntut agama, tenaga pengajar, ahli agama berpengaruh dan penulis ilmiah.

5. Golongan yang tidak politik tetapi amat meluat dengan telatah orang UMNO ketika pimpinan Pak Lah. Sebagai contoh adalah peminat-peminat Tun Mahathir yang bukan UMNO tetapi telah merasai pencapaian Malaysia ketika pimpinan beliau.

Bukankah mereka ini terdiri daripada 30% hingga 40% rakyat Malaysia?

Selain daripada itu, BN dan UMNO sudahpun mempunyai musuh ketat dari kalangan PKR, PAS dan DAP. Kemungkinan mereka ini terdiri daripada 30% rakyat Malaysia.

Kalau benar andaian saya, maka BN dan UMNO sedang menggali lubang yang amat dalam untuk diri-mereka sendiri. Iaitu, mereka tidak lagi relevan untuk 60% rakyat Malaysia pada PRU13. Hampir pasti, siapa saja pembangkang akan memperolehi banyak undi. Dan agak sukar untuk BN dan UMNO kembali memerintah untuk beberapa dekad selepas itu.

Kini timbul pula pengumuman yang menggusarkan lebih ramai lagi rakyat :

1. Pembukaan industri Pembiayaan dan Perbankan kepada rakyat asing.

2. Pembukaan industri Takaful dan Insuran kepada rakyat asing.

3. Pembukaan sektor Guaman kepada rakyat asing.

4. Perlantikkan Pak Lah sebagai Penasihat National Corridor Development.

Saya melihat ini semua langkah-langkah Political Suicide hasil dari tekanan beberapa pihak ataupun sememangnya SHORT-SIGHTEDNESS dari pihak Najib sendiri. Secara logiknya, ia amat pelik dan tidak menguntungkan tetapi sedang berlaku kepada UMNO dan BN.

Apa jua kesan yang buruk berlaku pada rakyat akibat keputusan Kabinet kini, pasti akan mendapat reaksi yang sama di dalam PRU akan datang.

-Mann Trex

Sidang DUN Perak Ditangguh - malaysiakini

Sidang DUN Perak ditangguh.

Penat beb... lepas ni kalau ada apa-apa masalah berkaitan Perlembagaan Negeri Perak, semua pihak kene rujuk pada ...
"Undang-Undang PERSETUBUHAN Negeri Perak"

Dapatkan dipasaran...

Sidang DUN Perak Gila Babi - malaysiakini

Ganesan bercakap, ADUN Pakatan Rakyat beramai-ramai menghempas meja, Barisan Nasional setuju ADUN Pakatan Rakyat membalas membooo ADUN-ADUN Barisan Nasional.

ADUN kerumun Speaker dan warning ADUN Simpang Pulai supaya keluar dari Dewan.

ADUN Bentara tak berani dan tak ikut arahan supaya mulakan pembacaan doa.

Raja Muda Nazrin bersedia untuk masuk ke Dewan untuk memberi ucapan perasmian.

Sidang DUN Makin Kecoh - malaysiakini

Jeritan "Bubar DUN" berkumandang di dalam Dewan Undangan Negeri, polis cuba masuk campur ke dalam dewan dan ada usaha untuk membawa keluar Speaker Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri.

Mufti sedang menunggu untuk berdoa agar Zambry ditabalkan sebagai Menteri Besar.

Setiausaha SUK mundar-mandir, jeritan "Who are you..!", "Bentara" menggamatkan keadaan dalam Dewan Undangan Negeri. Zambry teruk kena umput dek Speaker Sivakumar.

Jeritan disana-sini menggamatkan dan keadaan terlalu kecoh didalam dewan.

Ganesan terus membebel seorang diri.

Polis masuk ke dewan setelah dipanggil oleh Setiausaha SUK.

Minta tolong baca Qulhuallah dan apa yang patut. keadaan dalam dewan amat tidak tenang ketika ini.

Sidang DUN Perak: Polis Masuk Campur - malaysiakini

Polis sekitar 20 orang menceroboh masuk campur Sidang DUN termasuk yang berpakaian seragam ke Dewan Perak yang mulia.

Terdapat usaha merampas kerusi Speaker.

Makin gila dah...

Sidang DUN Perak - malaysiakini

Perundingan untuk menghalau Ganesan masih diteruskan, ADUN UMNO/BN berkumpul.

Zambry minta Ganesan bercakap manakala Tajol Rosli termenung.

Strategi UMNO/BN tak menjadi.

Nizar Lawan Zambry: Keputusan Isnin Ini - malaysiakini

Perbicaran kes Nizar lawan Zambry dalam menuntut pengesahan siapa MB Perak yang sah baru berakhir sebentar tadi.

Keputusannya akan diisytiharkan pada hari Isnin lebih kurang jam 2:00 petang.

Jumpa di Mahkamah Jalan Duta Isnin ni.

SUK Perak: Luar Dalam Kecoh - malaysiakini

Di SUK Hari ni keadaan panas. luar dewan panas, dalam dewan pun panas. setakat ni hampir 80 orang telah ditangkap dan penangkapan masih diteruskan. sape nak rasa naik trak polis, boleh cuba-cuba lalu depan polis. terus dapat tiket kelas 1 black maria.

Dalam Dewan Undangan Negeri lagi kecoh...

Satu lagi rampasan kuasa berlaku di Perak dan kali ni berlaku didalam Dewan Undangan Negeri.

Mikrofon Sivakumar telah disabotaj. puak-puak gila pi tutup mikrofon Siva... aku malas nak cerita panjang karang tak pasal penuh ludah aku dekat sini.

Buat masa ni negeri Perak ada 2 Menteri Besar, 2 Kerajaan, 2 Speaker, 2 Dewan Undangan Negeri dan macam-macam 2 lagi.

Sidang Dewan baru je disambung, Siva tengah bertekak dengan Ganesan. Hasbullah pun nak join sama, dengar kata depa nak betumbuk. biaq pi... aku nak tengok sape bengkak dulu.

Karang sambung. gambar ada banyak tapi karang baru aku masukkan gambar.

Chiow... tengok kat luar nu, SB dok berkeliaran mengutip sape-sape yang pakai baju hitam.

1Malaysia: No Black Shirt..! - malaysiakini

Ini undang-undang baru 1Malaysia...

Sape pakai baju hitam esok - TANGKAP...!!!

Kah kah kah kah kah...!!!

Garis Panduan Pertama 1Malaysia: Tak Boleh Solat Hajat..! - malaysiakini

Tengahari tadi masa aku dekaat Mahkamah Tinggi Jalan Duta aku terbaca dalam akhbar (aku lupa akhbar mana) JAKIM akan mengeluarkan Garis Panduan yang akan mengikut konsep 1Malaysia.

Malam tadi bolehlah dikatakan bahawa garis panduan 1Malaysia yang pertama dah dikeluarkan iaitu lebih kurang bunyinya "tak boleh solat hajat"...

Korang baca dekat [sini], aku malas nak ulas panjang-panjang...

Mulai lepas maghrib semalam, semua aktiviti dimasjid-masjid sekitar Bandaraya Ipoh adalah DILARANG SAMA SEKALI...!!!

Syabas...!!!

Malaysia dah ada agama baru. zaman Pak Lah dulu agama Islam HadHari, masuk zaman Najib, agama 1Malaysia pulak..! tak boleh solat hajat..!

Hangpa jangan main-main ha..!

Panas Dari 2 Lokasi Panas Esok - malaysiakini

Esok 2 peristiwa besar akan berlaku dan kedua-duanya akan jadi perhatian seluruh negara dan mungkin juga seluruh dunia. semua perhatian akan tertumpu di 2 tempat strategi ni.

Bangunan Pejabat Kerajaan Negeri Perak (SUK). Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijadualkan akan diadakan pada pagi ini dan keadaan disini dah mula panas dengan jalan-jalan utama ke Pusat Bandar Ipoh dan beberapa kawasan strategi telah mula ditutup dan tidak boleh dimasuki oleh orang awam.

Apa yang akan berlaku disini esok tak siapa tau.tunggu laporan dari BloggersNetwork@Perak. wakil kami akan berada dilokasi dan laporan-laporan terkini akan dipaparkan diblog team kami seawal mungkin.

Mahkamah Tinggi Jalan Duta. perbicaraan kes DS Ir Nizar lawan Zambry dalam tuntutan untuk mengesahkan siapa Menteri Besar Perak yang sah akan disambung seawal jam 9:00 pagi disini.

Laporan-laporan dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta juga akan menyusul dari team BloggersNetwork@Perak dilokasi ini.

Harap semua dapat bersabar dan jangan lupa untuk melayar blog-blog team BloggersNetwork@Perak hari ini.

Gambar-gambar dari lokasi di Perak bakal menyusul pada sebelah petang manakala gambar-gambar dari Mahkamah Tinggi mungkin tidak dapat dipaparkan kerana wakil kami tiada kemudahan kamera disana... (kah kah kah kah kah...!!!).

Sabar beb...