"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, February 05, 2009

Najib Teruskan Jihadnya - malaysiakini

Najib memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Hamidi

Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Bagaimanapun, beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat Paling Popular masakini- Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada jam 10.55 pagi ini.

Semalam, Najib mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Adun berkenaan menyokong BN secara terbuka.

Berikutan perkembangan tersebut, BN kini mempunyai 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pakatan juga 28 dengan tiga calon bebas yang telah menyatakan sokongan kepada BN.Najib berkata, dua bekas Adun PKR - Jamaluddin (Behrang) dan Osman (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu.

-PRO REFORM

No comments: